Haaa...akhirnya bab tujuh baru diorang jumpa. kikiki. Okey, jom layan Reza & Naila.
Oh mak kau. Kus semangat! Nai rasa nak tercekik. You? Amboi, kemain! Macam cakap dengan kerabat tengku-tengku pulak berI – You.
“Haaa…apa?” Nai masih tak percaya. Bagaimana boleh Reza berada di dalam bas ini?
“Awak tengok apa kat luar tu?” Reza memulakan. Rasa macam janggal berI-You dengan Naila. Biarlah dia kembali dengan perbualan biasa, ala-ala kampung gitu. Itu lebih manisnya, wahai Reza. Kalau boleh, dia mahu lebih lama duduk di dalam bas ini dengan Naila. Entahlah apa ajaibnya, dia teringin sangat mahu melihat Naila di tasik. Selesai membungkus buah pear dan menyiapkan tugasnya di ladang, meski dalam kepenatan dia panjangkan langkah ke tasik. Naila tidak ada. Dia nekad pula menaiki bas. Nai mesti ada di universiti.
Tepat jangkaannya. Macam berjanji, dan dia sendiri sukar percaya cik gadis yang dengan muka ketat mengangkat dua karung guni menuju ke perhentian bas itu ialah Naila! Reza garu pelipis. Jemari memegang leher sendiri. Penghawa dingin di dalam bas serba sedikit membantu dia menyejukkan diri.
“Owhh…saya tengok pokok!”
“Mana ada pokok kat luar tu, cik Naila oi. Belah kiri awak tu semua bangunan.” Matanya mengecil dengan senyuman lebar. Isk Nai ni!
“Eh, rumput. Saya tengok rumputlah!” Nai segera menjeling si ‘Encik Reza’. Entah tak semena-mena, senyuman mahalnya yang sumpah tidak pernah dia lihat, tergaris indah. Lekuk lesung pipit di pipi kiri dan matanya yang mengecil akibat senyumannya itu, tambah mempesonakan. Naila terus tegakkan kepala ke hadapan.
MasyaAllah. Subhanallah!
Dag dig dug. Mahu sahaja Naila berlari empat puluh empat pusingan di Victoria Park Lake.
Macam tak percaya sungguh lelaki yang duduk di sebelah Naila hari ini ialah Reza. Korang percaya? Mesti korang tak percaya kan? Hik hik.
Bas menderu lagi. Laju dan sesekali bas akan berhenti ke destinasi yang sepatutnya. Apa lagi yang perlu dibualkan selain diam dan berharap bas segera sampai ke rumah mak su. Gugup!
Reza meramas-ramas jemari sendiri. Entahlah – dia tak pasti perkataan apa yang wajib keluar untuk pertemuan tanpa dirancang ini.
Naila menjeling lagi. Retina mata menyorot nakal. Dia melihat Reza meramas-ramas jemari sendiri. Entahlah kenapa dengan dia ni, agaknya? Jarinya sedang dia patah-patahkan. Tak habis patahkan jari, dia liuk lentukkan lehernya.
Krak kruk.
Bunyi lehernya macam patahkan maruku. Kau mampu?
“Rumah mak su nak sampai kejap lagi. Nai nak kena turun. Lagi tiga ratus meter.” Nai cepat-cepat melarikan anak mata. Lagi lama dia duduk di sebelah pemuda ni, lagi lama jiwanya resah. Entahlah kenapa, sudah lama sebenarnya rasa dan perasaan seperti ini hilang. Kalau dulu, dia pernah sepenuhnya mencintai Khalil. Sampai ke mati pun, dia rasa Khalil segalanya dalam hidup.
Reza angguk. “Saya kebetulan aje dalam bas ni. Nampak cik Nai angkat karung beg ni. terus saya suruh driver bas berhenti.” Reza mereka-reka cerita. Sebenarnya memang pun kan. Tapi niat di hati memang pun mahu bertemu dengan cik Naila.
“Ohh. Okey.” Hanya itu sahaja jawapan dari bibir Nai. Dia sebenarnya rasa sangsi. Kalaulah benar, pemuda di tasik itu ialah Reza, bermakna Reza memang sedang memerhatikan dirinya. Macam mana Reza tahu, bas ni akan ke rumah mak su? Jawapannya – hanya Reza yang tahu. Chait! Baik tak payah fikir, Nai oi!
“Terima kasih.” Nai gugup. Makin menderu perasaan dan tanda tanya di dahi.
Hei dia ni. Tak gentleman langsung. Ajaklah Nai keluar makan ke kan? Nai gigit bibir bawah.
Keluar makan? Apa Naila ni? Sangat tak bestlah kalau tetiba kau memaksa si Reza ni ajak kau keluar makan. Esok kan masih ada. Itu, kalau kami jumpa lagi. Buatnya Nai dan Reza tak akan bertemu lagi, berangan ajelah Nai nak ada orang belanja makan. Kan? Kan?
Jemari Reza menyeluk poket seluar jeansnya. Bas makin sampai ke rumah mak su. “Eh, bak sini nombor telefon you. Mana tahu tetiba I nak call ke?” Dia tiba-tiba sandarkan harapan. Isk, Reza! Kenapa awal sangat.
Tetiba nak call? Naila mula rasa was-was. Reza ni sebenarnya nak apa? Dia ni memang mengintip Nai ke? Boleh ke Nai percaya dengan keikhlasan dia. Jumpa pun, hanya kebetulan di kedai ketika dia menghantar stok buah-buahan. Selang dua minggu selepas itu, semua tugasnya diambil semula oleh Jit.
“Untuk apa ya, wahai encik Reza?” Senyum. Nai ukir senyum sambil jungkitkan kening.
Gugup! Reza pegang dahi sendiri. “Errr… saja. Suka-suka!” Adus kau Reza! Kenapa minta awal sangat.
Pantas - Naila bangun. Beg yang berisi kain perca diangkat. Reza memberikan laluan dan kakinya berayun laju mengikut langkah si gadis. Beg diambil perlahan dan kakinya menurut mengikut Naila turun.
Reza dan Naila.
Angin dingin berpuput lembut. Cahaya dari lampu jalan dan dari rumah sekitar kawasan tempat tinggal Naila membantu dia menyeluruhi wajah cik gadis. Nampaknya betul, Nai bukan gadis sebarangan untuk dia kenal. Reza melangkah lagi. Naila diam seribu bahasa. Beg guni di angkat sepenuh hati. Reza harus memulakan.
“Err…saya minta maaf kalau terminta nombor telefon. Cik Nai macam marah. Saya tahu, tak berhak untuk saya mintak nombor telefon cik Nai.” Reza hembus nafas. Jaket kulit yang dipakainya membantu menstabilkan jiwa yang entah berkecamuk. Iyalah, Reza ni sekali dah tersuka…Reza akan suka! Kalau selama beberapa tahun dia keseorangan tanpa teman, dia sanggup tahan! Berpuluh kali mak dan kakaknya si Reha Fahzy tu mahu menjodohkan dia semula dengan perempuan lain, dia tetap kata tak nak.
Tapi kali pertama bila ternampak Nai sedang berbasikal di tasik, dia terus jatuh suka! Pulak tu, ketika musim panas yang lepas, dia nampak Nai mengagihkan belon berwarna-warni kepada kanak-kanak. Macam dalam filem Hindustan. Tak pun macam dalam filem Hollywood, atau jikalau babak itu takde dalam filem Hollywood, memang adalah dalam drama atau filem Malaywood. Itulah kan…soal hati perasaan ini, hanya Allah swt sahaja yang mencampakkan.
Cik Nai? Naila perlahan-lahan atur gerak. Dia senyum. “Eh, tak payahlah panggil saya cik Nai…cik Nai. Nai sudah.” Otak si gadis masih ligat mencerna. Iyalah, agaknya Reza ni saja mahu berkawan dan berkenalan gitu-gitu aje. Tak memasal, mintak nombor telefon.
Tengok – Nai sudah senyum.
“Owh…tak boleh hek panggil cik Nai? Kalau gitu jangan panggil saya dengan nama ‘encik Reza’ tapi ABANG Reza, baru saya ubah ke Nai.” Dia jatuhkan beg berisi kain perca. “Beg ni buh apa? Beratnya kemain lagi.” Reza melonggarkan jemari. Lepas buat regangan jari, dia kembali mengangkat beg.
Nai menahan ketawa. Amboi, kemain berabang-abang Reza. “Eh, berat ke? Kalau gitu tak ape lah. Meh saya angkat satu.”
“Berat lah cik Nai oi. Dah nak patah tulang saya ni.” Reza merenung lagi si gadis. Dia gelengkan kepala. “Takpe, saya boleh angkat. Saya lelaki, kena tolong orang yang memerlukan.”
Naila memaku kaki. Dia mula rasa serasi. Reza macam ada sesuatu yang errr errr…sikap dia. Menyenangkan!
“Nai. Bukan cik Nai wahai encik Reza.” tegasnya lagi.
Reza senyum. Angkat bahu dan dia kembali mengikut langkah ayun si Nai. “Jauh lagi ke rumah awak, Cik Nai?” ceh – sebenarnya dah tahu pun mana rumah a.k.a tempat tinggal Nai dengan mak su nya.
“Tu…lagi seratus meter.” Nai tunjuk dengan bibir. Bas memang tidak akan ke hujung sana, menapak sampai ke rumah memang sudah menjadi kebiasaan.
“Owh…” dia mengikut lagi ayun kaki. Penat bekerja tadi rasa hilang melayang. Iyalah – dapat duduk sebelah dengan Nai dalam bas dan sekarang berjalan berdua-duaan dengan Nai. Tapi Reza, dia faham sungguh ; mana boleh dia nak memaksa sesiapa untuk berkawan dan bersahabat dengan dia yang tak punya apa-apa ni.
Jejak kaki akhirnya tepat di depan rumah mak su. Reza jatuhkan beg yang penuh dengan stok kain perca. Senyum bersambut. Nai cepat-cepat mengambil kunci di dalam beg. “Jap awak, saya nak cari kunci rumah. Manalah saya letak.” Nai menyelongkar. Habis bukak zip beg, dia cari di dalam poket beg. Tak ada! Selesai menggeledah poket beg, jemari sauk ke dalam poket seluar jeansnya. Haaa..ada! Tanpa dia sedar, Reza sudah memusingkan tubuh. Dia perlahan-lahan menyusup pergi tanpa apa-apa kata.
Jemari menyeluk poket jaket dan kaki laju-laju melangkah!
Naila tunjukkan segugus kuncinya. Aik? Matanya meliar lagi.
Tiba-tiba dia rasa kehilangan. Nai pula laju melangkah mengejar susuk tubuh Reza yang makin mengecil. “Heiii encik Reza!” jeritnya.
Reza tarik nafas. Jerit cik gadis menebarkan rasa sesuatu. Dia pusingkan tubuh. Naila termengah-mengah mengejar.
“Kenapa awak tak tunggu?”
“Eh. Tak apa. Saya tolong aje angkatkan beg awak tu.”
Nai yang termengah-mengah tegakkan badan. Dia memaku retina mata menyeluruhi wajah Reza. “Terima kasih wahai encik Reza.”
Senyum berbalas.
“Sama-sama cik Nai.” Reza kembali serius. Dia harus cepat beredar sebelum mak su Nai nampak.
“Nai! Kan saya kata, Nai. Bukan cik Nai.” Nai masih rasa tak puas hati. Eee…tak sukalah panggil cik cik. Dan si Reza ni, kenapa cepat sangat nak balik? Belum habis cakap, dia ni nak blah gitu aje.
Ketawa. Bintang bertaburan. Kaki langit terasa indah. Angin memeluk alam dan dia pusingkan kembali tubuh. “Selamat malam, cik Nai!”
Ah – degil. Naila bulatkan anak mata.
Reza senyum sampai mengecilkan anak mata. “Abang Reza!”
Itulah senyumnya yang paling mahal pernah aku lihat. Wahai Naila, kenapa tiba-tiba pertemuan tidak terjangka ini terjadi? Untuk apa semua ini?
Wahai Reza, kenapa perlu tiba-tiba kau mencorak kisah baru dalam kanvas kisahmu?
Hei uolzz, like, share & comment!