"I mengantuk sangat-sangat ni. Penat sangat kerja sampai tengok lima rumah yang belum siap renovate. I pun penat giler drive dari Senawang sampai Serdang. Then, tambah penat bila I bertumbuk dengan Huzairi. You nangis dulu. Dah puas menangis, kejutkan I ya."
“Waaaa… kau dapat telefon baru ek Nad?” Bib belek-belek i-phone milik Nad. Nad yang sedang tekun mengadap buku buat-buat tidak dengar.
“Hmm. Ya.” Dia menulis sesuatu. Membuat nota di dalam buku.
“Eh…siapa lelaki ni Nad?” Bib pandang Nad yang dia tahu akan malas melayan soalan-soalan darinya. Nad kalau belajar begitulah. Entah-entah soalan yang dia tanya ini, esok baru berjawab. Yang dia tahu, Nad sudah beberapa bulan yang lalu putus tunang dengan Huzairi. Bengkak-bengkak mata, sampai makan pun tidak lalu kerana kerana terkejut dengan keputusan Huzairi.
Huzairi itu memang – mata keranjang. Lepas dapat perempuan lagi cantik, lagi kaya raya, dia sanggup tinggalkan Nad begitu saja. Tapi, siapa lelaki mata sepet yang jadi wallpaper iphone Nad ni?
Nad sengih. Letakkan pen dan pusing kepala. “Tu model terbaru eksklusif untuk iphone. Kau tak tahu erk?” Bersahaja nadanya. Ketawa bersisa sampai Bib menjelirkan lidah. Mesti Bib mahu tahu mengenai Tan Jie Kang. Sudahlah gambarnya terpampang jadi wallpaper. Lupa pula dia mahu menukarnya sebab si Tan tu lepas makan nasi ayam belek-belek lagi iphonenya. Ambil gambar sendiri sambil dia sedut air milo dengan straw. Dia ingat pesan Tan, “Eh you…I buat gambar I yang kacak ni jadi wallpaper iphone you ya?”
Hampir tersedak Nad. Dia ingat dan siap sekali Nad urut dadanya. Kesat bibir yang tersembur keluar air milo. “You jangan perasan ya.”
“Ah, peduli apa I. I buat password jugak. Nanti you tukar sendiri ya.” Tan belek-belek lagi iphone Nad.
“Hmmm..” itu sahaja jawapan Nad. Nad pandang Tan. Wajah Tan kini di hujung mata.
“Password, Tan Jie Kang. Takde space tau.” Tan jeling Nad.
“Iyalah kau tu. Aku tengok sedap aje mata memandang mamat sepet ni. Siapa ni Nad? Eh..bukaklah iphone kau ni. Password bagai ni macam tak nak bagi aku tengok aje. Macam ada sesuatu aje yang kau rahsiakan dengan aku. meh lah cerita kat aku.” Bib bila dengar Nad menjawab soalannya terus mara ke arah Nad. Duduk di penjuru katil Nad. Kenangan bersama Tan terus hilang melayang-layang pergi.
Nad sambut huluran Bib. Bila dah sibuk-sibuk dengan nota dan kerja yang harus disiapkan di dalam bilik, dia langsung lupa menukar password. Akhirnya jelas di mata mereka berdua, wajah Tan Jie Kang yang menghiasi wallpaper milik iphone Nad. “Serius yang dia ni model baru? Eleh kau Nad…jangan nak tipu aku.”
“Kontraktor rumah aku sekeluarga. Kebetulan sekarang aku dan dia rapat gitu-gitu aje. Budak cina ni.” Nad tidak berselindung. Jemari tangkas menukar wallpaper gambar Tan Jie Kang dengan gambar lain. Adeii, boleh terlupa pulak dia untuk menukarnya. Wajah Nad sudah memerah kerana malu. Harus bagaimana dia berselindung dengan Bib mengenai hubungan persahabatan yang baru bermula dengan Tan ini.
Bib tangkas menarik iphone milik Nad. Lebih cepat menghalang jemari Nad yang berebut-rebut. “Eh, bak sinilah.”
Bib jelirkan lidah. “Ahh…aku tak peduli. Aku rasa macam ada sesuatu aje antara kau dengan dia ni.” Bib terus mencari gallery. Dia mahu membuktikan. Tim Jelita dah canang ke telinga dia mengenai Nad yang keluar dengan seorang lelaki ala-ala cina model entah mana. Siap dapat domino pizza dan pengeras jajan jenama Mister Potato. Kalau dah si cina model tu berikan domino pizza dan mister potato untuk Tim Jelita…mestilah Nad dan lelaki itu ada ‘hubungan mesra tak mesra’. Kan?
“Haaa…ni buktinya.” Bib terus pandang wajah Nad dan lelaki berkenaan. Dia sunggingkan bibir. Senyum. Pandang Nad yang gigit bibir. Nad masih menarik-narik hujung baju Bib.
“Iyalah, bak lah sini dulu aku tunjukkan sendiri.”
“Eleh, aku dah nampak dengan biji mata aku sendiri gambar kau dengan dia ni. Eh, siapa nama dia?” Bib akhirnya serahkan iphone milik Nad ke jemari Nad. Nad sudah menekur duduk sebelah Bib yang memeluk lutut. Bib angkat-angkat kening. Dia dah puas hati selongkar khazanah terbaharu milik Nad. Entah-entah iphone ni pun mamat sepet cina model tu bagi. Kan?
“Ni gambar kau dengan dia ni. Amboi-amboi. Bukti pun ada depan aku. haaa..siapa nama dia?” Bib tidak mahu mengalah. Soalannya harus dijawab oleh Nad sendiri. Bukan dijawab oleh orang lain.
Nad letakkan iphone sebelah buku nota. Betulkan kembali kedudukannya untuk menyambung belajar. Sambil itu bibirnya menjawab. Bib ini mesti nak tahu jawapan. Kalau tidak dicerita jam ini, esok Bib akan tanya lagi. “Tan Jie Kang.”
“Ohh..lagi? Lagi?” Bib sengih.
“Kontraktor rumah kami kat Seremban tu. Kebetulan abang Nazim kenalkan kami berdua. Dah gigih dia mengikutnya aku memancing. Gigih juga dia cari alamat aku kat sini. Alih-alih kami dah kawan macam yang kau nampak sekarang.”
“Cina?”
Angkat bahu. Banyak yang dia masih belum tahu mengenai lelaki itu. “Iyalah kan..aku sebenarnya tak tahu sangat dia tu memang cina ke…dia tu kacukan jawa cina belanda ke. Ha ha ha.” Nad ketawa. Macam main-main aje bunyinya.
“Kau ni.” Bib dah rasa kawan dia senget semacam.
“Iya. Seriuslah. Aku cuma tahu dua perkara mengenai dia. Nama dia Tan Jie Kang. Yang kedua dia kontraktor kerja menukang rumah. Lain-lain aku tak sempat tanya. Sudahnya aku cakap kat kau kan yang aku cuma kawan gitu-gitu aje dengan dia.”
“Tapi aku suka tengok muka dia. Jambu aje. Dari tengok muka, macam cina baba nyonya. Kalau dari kau kawan gitu-gitu aje dengan dia, apa kata kau serius saja?” Bib pandang Nad. Heh. Apa aku merepek ni? Bukankah Nad itu baru sahaja mahu berkawan dengan lelaki. Baru nampak Nad tersenyum dan sudah tumpukan pelajarannya. Kenapa aku terhegeh-hegeh pulak suruh Nad ambil serius saranannya berkawan dengan lelaki jambu itu.
“Dia bangsa cina, Bib. Mana mungkin kami boleh ada apa-apa ikatan. Macam aku kata tadi, aku gitu-gitu aje. Abang-abang aku tu yang nak tengok aku happy balik macam dulu. Kami macam kawan-kawan biasa. Pergi memancing sekali. Makan-makan pun sekali. Tidaklah aku rasa untuk letakkan soal hati perasaan dengan sesiapa. Aku nak study dulu. Kau pun tahu… aku tak nak kecewa lagi.”
Hening. Bib pandang Nad. Tapi gambar candid di dalam iphone Nad itu sedikit sebanyak buat dia rasa, pemuda itu ikhlas berkawan dengan Nad. Kalau betul, dia mendoakan dan tidak akan menidakkan. Dia yakin, Nad semakin matang menilai keputusan untuk hidupnya. Kalau dulu, segala apa Huzairi…makan dengan Huzairi. Keluar dengan Huzairi. Sekarang, Nad sudah duduk di dalam bilik menemaninya. Nad sudah mula menumpukan pelajarannya.
“Cina boleh peluk Islam. Nad!” Bib bingkas bangun. Menuju ke ruang meja belajarnya.
“Mengadalah kau.”
“Ha ha. Kalau betul, aku doakan yang terbaik untuk kau. Eh, aku nak gerak pergi bilik Nabila sekejap. Jangan kunci pintu tau.” Bib sudah memeluk buku. Nad pusing kepala, mata menjamahi wajah Bib yang masih tersengih-sengih. Suka sangat menyakatnya itu dan ini. Ah – dia tidak pernah kecil hati kalau Bib tanya banyak cerita peribadinya. Bib itu disenangi ramai kerana sifat suka membantu sesiapa di kolej. Kalau ada masalah, Bib boleh dikira sebagai pegawai kaunseling bertauliah.
“Okey bos.”
Bib bergegas keluar. Derap tapak kakinya sahaja yang menjadi teman gegendang telinga Nad. Beberapa minit dia menyambung membuat notanya. Menjeling sekejap iphone yang sudah bertukar wallpapernya. Nad tarik nafas, selindungkan sengih di bibir. Sehingga telefon menyanyi minta diangkat.
Nombor yang tidak dia kenali. “Ya?” Eh, kenapa tiba-tiba tanya ya?
“Nad!!” Suara parau lelaki itu dia kenali. “I ni…I ni..”
“Siapa ni?”
“Huzairi. I nak jumpa you sekejap boleh?”
Eh dia ni. Sibuk. Untuk apa lagi menelefon sedangkan sekeping hatinya itu bukan untuk aku. “Saya sibuk!”
“Saya kat bawah ni. Saya nak bagi barang-barang awak balik ni. Mehlah turun sekejap.”
Sakitnya hati. Peritnya jiwa kala ini. Nad diam. Terpempan sekejap dengan permintaan Huzairi.
“Sorry sangat-sangat. Amelia yang minta I hantarkan semua barang-barang ni kat you.”
Begitu mudah kan? Sampai hati Huzairi. "Buang sajalah." Entah mana hadirnya kekuatan, Nad tak pasti. Abang Nazim dan Nazrul pun selalu kata, Huzairi tu bukan yang terbaik untuk Nad. Ada lelaki yang lebih baik sebenarnya ada untuk Nad. Buat apa Nad nak bersedih bagai kerana seorang lelaki yang muka kelabu tak ada masa depan macam tu. Kan? Ha ha. Nad bila sahaja mendengar nasihat abang Nazimnya dah ketawa tak ingat dunia.
“You bagi aje kat Jen. Suruh Jen bagi Udin.” Nad lelah nak menjawab telefon. Lagi baik segala hadiah milik lelaki tu berikan pada Jen. Boleh Jen bagi Udin.
“You jangan mengada-ngada nak buang bagai segala hadiah dia ni. I nak you bagi sendiri depan mata kepala I. Kalau bagi Udin pun, nanti you akan ternampak-nampak semua hadiah yang Nad bagi ni. Ohh, please!” Suara Amelia pula mengusik gegendang telinga. Ohh..rupa-rupanya Amelia ada bersama dengan Huzairi. Patutlah dia datang ke sini. Lepas putus tunang beberapa bulan yang lalu, suara dan bayang Huzairi tidak pernah dia nampak. Malam ini pula entah kenapa Huzairi memunculkan diri.
Muncul pula dengan Amelia ada di sisi. Nad kumpul kekuatan. Mula cari idea gila. “You pergilah keluar makan bawa Amelia pusing-pusing Serdang ni. I tengah study. Dalam masa empat puluh lima minit, kita jumpa tempat biasa. Nanti I datang dengan kawan I ya. I pun sakit perut ni."
Huzairi pandang Amelia. Terkebil-kebil dia dengan saranan Nad. Entah tiba-tiba Nad menukar rancangannya. “Errr..okey. I tunggu you dengan kawan you tu.”
Nad letak telefon. Hembus nafas rasa sakit di dadanya berpadu-padu dengan serangan mental tahap cemburu. Sudah-sudahlah Nad. Huzairi bukan lagi tunangan dan cinta di hati. Baba pun dah selalu pesan, benda-benda begini, Allah yang aturkan. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. Ahh...tazkirah baba kalau masuk dalam kepala, harus cair segala isi kepala.
Nad pandang iphone. Rasa sebu dan dingin sahaja malam ini. Dia cari senarai contact nama yang ada. Abang Nazim mestilah dah berdengkur waktu begini. Abang Nazrul yang dia tahu sibuk main badminton dengan kawan-kawan. Dia cuba telefon kedua-dua orang abang kesayangan. Memang betul...dasar sibuk tahap yang berhormat. Semua tak berangkat.
Dia harus bawa seorang teman untuk menyokong pertemuannya dengan Huzairi. Bib pula tak bawa telefon bimbitnya. Tapi kalau bawa Bib, mahu pipi Amelia menjadi sasaran jemari kasar Bib. Heh..jangan buat fasal, Nad!
Entah kali ini, gila namanya Nad...dia pandang nama Tan Jie Kang yang tersimpan rapi di dalam senarai yang ada. Nad pandang lama-lama nama berkenaan. Sudah lima minit berlalu. Dia perlukan empat puluh minit dari sekarang untuk mengatur pertemuan bersama Huzairi.
Dia nekad. Tan Jie Kang. Hanya Tan Jie Kang jadi sasaran jemarinya.
“Eh...you!” Ceria sahaja suara Tan.
“Ya. I ni.”
“Haaaa....errrr. You ada nak cakap sesuatu ke?” Tan macam pelik-pelik. Dahi berkerut. Dia baru masuk ke dalam rumah. Badan rasa penat dan baju dah hapak busuk sebab hari ini, kerjanya sangat banyak. Projek di rumah baba Nad baru siap sikit, dia kena bergegas ke projek di Sendayan. Belum campur dia bergegas ke Nilai sebab pemilik rumah mengamuk hanya kerana marmar yang lewat dibeli.
“You boleh datang sini tak?”
Tan pandang iphone. Macam percaya tak percaya sahaja dengan pelawaan Nad. Dia letak semula iphone ke telinga. Sengih. Jujurnya dia sangat penat dan letih. Senawang ke Serdang. Kalau bawa Porche atau Lamborghini, dia bolehlah rasa okey sikit untuk meredah kepekatan malam. Kereta penduanya Toyota Vios pun sudah dirembat kakak sulungnya.
“Errr...”
“Please Tan.” Suara Nad mendatar minta simpati.
“I cuma ada Viva aje ni. Takut I lambat.”
“Tak kisah. Dalam empat puluh lima minit ni, I akan tunggu you.”
“45 minutes? You ni gila apa?”
Ha ha. Nad ketawa. Angguk. “Iyalah. Gila tak gila sangatlah. Urgent ni.”
“Urgent? Storylah!” Tan masuk dalam rumah. Pergi masuk bilik. “I pun tak mandi lagi ni. Busuk gila oooo!”
Nad geleng kepala. Redah aje Nad. “Nanti you sampai I storylah. Ala, tak apa, you tukar baju aje. Letak minyak wangi sebotol. Kalau tak sempat, i bawak turun minyak wangi I ni. Okey, I tunggu you. Bye!”
“Eh-eh. Naddd!!!”Tan jerit kuat. Tapi Nad sudah matikan perbualan. Tan terus atur gerak. Macam robot. Campak telefon ke atas katil. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar dan turut sama menjadi mangsa campakannya. Tepat landing sebelah iphone. Dia buka almari. Sambil itu, tubuh sasanya didedahkan. Mencari baju berkolar warna putih. Disarungkan cepat. Tanggalkan seluarnya yang bercapuk-capuk dan cari seluar jeans baru. Okey, ngam. Sesuai sudah.
Bilik sudah bersepah. Lantai dipenuhi baju dan seluar masamnya. Tan terus mencicit masuk ke dalam bilik air. Basuh muka yang sedikit berkeringat dan penuh dengan debu. Sekejapan, dia keluar dari bilik air. Jemari mengesat-ngesat muka dengan tuala berwarna putih. Dia bergegas pula mencari gelas dan tuang air mineral. Halkum bergerak-gerak. Mata pandang i-phone di atas katil. Menyala-nyala dan berbunyi-bunyi.
Moh Jia Wei is calling you, Tan Jie Kang.
Ah - dia cepat-cepat ayunkan kaki. Ambil i-phone. Sumbat ke dalam kocek seluar jeans. Ambil kunci.
Moh Jia Wei akan merajuk lagi, Tan Jie Kang.