Quantcast
Channel: Mardihah
Viewing all 176 articles
Browse latest View live

Mr Tan 23

$
0
0


“Hei Nad…janganlah nangis. Ishh… I okeylah.”
Gelengkan kepala. Dia kesat air mata. Manja. Nad menutup buku. Belajarnya malam ini di hospital. “You jangan gerak banyak sangat.”
Mata merenung wajah gadis dicintai, “You datang, temankan I kat sini pun dah buat I elok. Sakit kat kepala pun terus hilang.”
“Ajaib betul!”
Ketawa. Dia menarik tubuh si gadis yang sedang duduk dekat dengannya.





“Ya…kenapa? Nad okey ke?” Roziana terus keluar. Berlari sederhana mengejar jeritan Nadratul Nisa’. Jantung orang tua macam dia ini, mana boleh terkejut-kejut. Mata tangkas mencari si anak dara.

“Nad kat taman depan ni. Sini mama!”

Apa pulak ni Nad? Buat apa pula kat tempat letak orkid-orkid kegemarannya itu? Roziana terus ayunkan kaki. Melalui ruang tamu dan kini sedang berdiri tegap di depan pintu.

Nad berdiri memuncungkan diri. Pasu berisi orkid pemberian Tan ditayangkan. “Kenapa pasu orkid Nad ni semua pecah mama?” Nadanya sayu sahaja. Nad cekak pinggang. Terus memusingkan tubuh, menjungkitkan kaki mengambil lagi beberapa pokok orkid yang tergantung. Diturunkan ke bawah dan Nad membawa retina mata ke arah pokok kesayangannya.

Roziana terus melangkah. Telinga mendengar bunyi tingkap di tingkat atas berbunyi. Kepala menengadah ke atas. Marzunisham angkat kening. Jari telunjuk suaminya sudah ada di bibir. Hati ibunya terus merusuh. Marzunisham menyengih. Sengaja membuatkan isterinya marah.  

‘Ni mesti kerja baba! Ya Allah babanya ni, macam budak-budak sungguh!’ Roziana sudah tepat berdiri depan Nad. “Nanti kita gantikan dengan pasu yang baru. Ala, sikit aje pecah ni.”

Dia lepaskan nafas. “Tapi ni hadiah dari kawanlah mama. Sayangnya pecah macam ni. Selalu semua okey aje.” Nad henyak punggung ke kerusi kayu yang baba tempah dari Indonesia. Mata Nad memerhati orkid yang lain. “Kenapa yang Nad baru dapat ni semua pecah. Kalau sikit, takpelah mama. Ni hampir semua.” Nad memerhati si bunga orkid. Agaknya pasu ini jenis tak tahan lama. Harus diganti. Bunga-bunganya pun banyak yang tak menjadi sangat.

“Berapa ringgit sangatlah Nad. Habis exam kita pergi beli. Okey? ” Berjanji. Dia menjeling tingkap bilik bacaan yang terbuka. Bayang suami sudah menghilang. Tetapi gertakan dan jadual suaminya mahu menyatukan Nad dengan Maleq terus mengasak-asak hati ibunya. Nazim dan Nazrul mesti dah tahu. Sebab tu beria-ia mahu carikan kawan untuk Nad. Sebab tu juga si anak-anak lelaki menyokong Nad dengan si Tan tu. Baba ni memang suka ikut kepala dia aje. Digertaknya juga Nad tak perlu mengambil examnya. Huh!
Roziana gigit bibir bawah. Kalau dia pecahkan rahsia terus kepada Nad, apa yang akan berlaku nanti? Nad akan lari bersama si tukang rumah itukah? Dia geleng kepala. Oh, tidak. Nad satu-satunya anak gadis kesayangan jiwa. Kasih sayangnya tumpah untuk gadis manis ini. Minda berputar-putar. Baba nampaknya lebih cekap tahu serba serbi kegiatan luar Nad berbanding dia yang duduknya hanya dirumah menjadi suri rumah sepenuh masa. Memang betullah Nad ni. Betul sudah gila bayang dengan Tan. Patutlah dia selalu nampak Tan tersenyum-senyum semasa sedang mengubahsuai kabinetnya. Asyik direnung gambar dia dan Nad yang bergantung di dinding.

Roziana melarikan mata memerhati Nad.

Pujuk hati wahai Nadratul Nisa’. Dia senyum. Menabahkan diri dengan si orkid yang buat ragam. Dia memerhati mama yang sudah duduk di sebelahnya. “Kejap lagi tukar dengan pasu yang ada dalam stor tu. Nanti baba kalau bagi duit belanja lebih ke, boleh Nad cari pasu yang baru. Mana tahu abang Nazim ke abang Nazrul bagi duit poket jugak. Hehe.”

“Ha…ya ya.” Roziana dah serupa bagai burung belatuk.

“Tapi pasu yang pecah ni mama, Nad tak akan buang. Nad nak simpan dalam kotak. Dalam stor ada kotak kosong kan mama?” Nad buang rasa sedihnya. Menerima hakikat pasu comel yang letaknya bunga orkid kesayangan sudah pecah.

“Ada. Ada kotak kosong kat stor tu. Mama ada susun dalam kabinet plastik. Nanti Nad ambil ya.” Roziana menelan air liur. Perit.

Suara si anak yang dilahirkannya secara pembedahan ini menambah gundah. Nad sedang membenarkan jalinan hatinya dengan seorang lelaki. “Hadiah ni adalah hadiah paling best dan istimewa tau mama. Nanti Nad pergi Cameron, Nad nak angkut semua.”

Nad gumam bibir. Meletakkan diri sebulan dari sekarang. Sedang menerima kenyataan yang ketika itu Tan Jie Kang sudah bersama bahagia dengan isteri tercintanya. Dia pejam mata. Terima hakikat, Nad. Terima hakikat Nad. Entah kenapa suara Bib mencelah-celah mengganggu benak minda.

“Mama…” Nad mengatur nafas.

“Iya Nad.” Ditarik jemari runcing anak tunggalnya ini. Yang pasti, suaminya sedang menyusun hari bahagia Nad tanpa pengetahuan Nad. Yang pasti, dia juga tahu bahawa suaminya bukan mahu merosakkan masa depan Nad. Kalau itu kata suaminya, maka perlukah dia bersetuju sahaja? Kalau itu juga paksaan suaminya, maka perlukah dia membangkang dan menolaknya? Tan Jie Kang itu juga dia tahu sudah bertunang dan akan berkahwin. Lelaki itu juga bukan beragama Islam. Itu paling penting.

Yang pasti, Roziana tahu suaminya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Adik kesayangan suaminya, Mariah sudah pergi entah ke mana mengikut suaminya seorang lelaki berbangsa Cina. Dua tahun lepas, Marzunisham merisik khabar berita. Mencari jawapan di mana adiknya berada. Paling pedih, Mariah bukan lagi beragama Islam. Mariah entah kenapa sudah hilang pedoman dengan Iman menukar namanya sebaris dengan nama agama suaminya.

Mata Nad merenung pokok-pokok orkid yang tersusun di hujung kaki. Nad senyum. Mata bersinar-sinar penuh cinta. “Nad rasa Nad dah jatuh cintalah mama….” Senyum. Gigi putihnya tersusun cantik.

Jantung Roziana bagaikan mahu terkeluar. Jemari sudah sejuk beku. Kalau dia anak beranak dengan Nazim dan Nazrul memandai-mandai menjalinkan hubungan ini -  dan baba dapt tahu entah-entah baba akan tembak mereka semua dengan senapang patah yang letaknya di dalam bilik berkunci itu. Ya Allah, kenapa dia selalu sangat mengikut saja kemahuan anak-anak tanpa berfikir panjang. ‘Dah jadi begini, apa perlu aku buat Ya Allah?’

Nad terus ketawa. Memeluk pinggang mamanya. Lupa sudah Nad mengenai pesanan Bib. Lupa juga dengan whatsapp Bib memujuknya pulang kembali ke bilik mereka. Nad melentokkan kepala ke bahu Roziana. “Jatuh cinta dengan pokok orkidlah mama!”

Phewww.. dia rasa lega. Kalau Nad mengaku betul-betul, apa jawapan yang akan dia berikan nanti. “Hei….mama pun sama. Jatuh cinta juga dengan pokok orkid Nad yang tersusun cantik ni.” Dia mengusap bahu Nad. Mahu saja bibirnya bertanya mengenai kebenaran dan hakikat seorang lelaki  bernama Tan Jie Kang di dalam hati Nadratul Nisa’.

Tetapi hati ibunya tiba-tiba tidak bernyawa mahu bertanya. Rasa kurang enak tiba-tiba menyentuh jiwa. Bibir terus terkunci. “Haaaa..lepas ni jatuh cinta dengan pokok bunga mawar pulak. Jauhlah dia duk kat Tanah Rata tu.”

Nad bangunkan kepala. Tubuh berpusing. Bahu mama kesayangan dia alih mengarah ke diri. “Mama…”

Hening. Roziana mengukir senyuman. Memandang hidung sederhana milik anaknya membuatkan jiwa rasa senang. Hidung betul-betul photostat hidung babanya. “Ya Nad.”

Tangan Nad terus menarik bahu mamanya. Dirangkul penuh kasih sayang. “Nanti Nad akan rindukan mama. Rindukan abang Nazim dan Nazrul. Rindukan baba.” Esak tangisnya lantas bermula. Tubir mata sudah mula digenangi air mata.

Nad menurunkan bola mata ke bawah. Sambil memeluk mama, dia mengetap bibir. Fikiran melayang-layang. ‘Aku akan rindukan kau, Tan Jie Kang. Sampai nafas terhenti. Sampai akhir nanti.’

***

“I kat sini. Banglo hujung sekali.” Tan menyusun kayu-kayu yang baru sampai. Dia mendongak melihat dua orang pekerjanya di atas bumbung. Kerja utama hari ini ialah susun kayu dan pasang atap genting. Iphone bersatu dengan bahu dan telinga. “You dah sampai ke?”

“Iya. Jap tau. I tengah parkir ni.” Nad menjeling Tupperware di sebelah tempat duduk. Lepas siap memasak dan tahu Tan ada di Seremban 2, terus sahaja dia membungkus makanan.

“Haiyaaa..cepatnya. Rindukan I ya?”

Ketawa. “Hihi. Sikit-sikitlah.”

Tan gelengkan kepala. Turut sama ketawa dan sisa ketawanya terus membuatkan Nad tersenyum bahagia. “Hero, I bawa nasi dan lauk pauk ni.”

“Ohhh..my heroin!” Tan mengukir senyum kacak. Mendongak melihat Alex dan Lim yang sedang berdiri di atas bumbung. Arahan-arahan Alex bersambung-sambung dengan senda gurau Lim.

“Banglo hujung ya.” Mata meliar. Nad mendongak memerhati dua orang pekerja cina lelaki di hujung sana. Agaknya itu banglo berkenaan.

“Ya-ya!” Tan terus offkan Iphone dan kaki ayun pantas masuk ke dalam. Bunyi hentakan kuat bumbung yang jatuh melalui lubang yang belum bertutup membuatkan dia lebih peka. Mesti ada kepingan bumbung atap genting yang jatuh dari atas.

“Alex. Hati-hati sikit! Haiyaa…ni sudah jatuh maaa. Pecah! Kalau kena kepala habis masuk hospital ni.” Kan sudah diagaknya. Tan terus mengutip atap genting yang bersepah-sepah di lantai simen belum bermarmar. Banglo dua tingkat ini masih dalam proses pengubahsuaian. Pemiliknya seorang melayu yang menceburkan diri dalam bidang hartanah. Boleh dibawa berbincang dan pembayarannya selalu tepat selepas siap segala ubahsuai yang ditetapkan. Dia mengangkat kepingan genting ke belakang.

“Tan….Lim ni. Asyik cerita bini dia membebel. Tergelak-gelak aku dibuatnya. Hahaha.” Alex cekak pinggang. Dari atas bumbung, matanya memerhati kelibat gadis dicintai Tan. Dia gelengkan kepala. Apa lagi Nad budak melayu ni nak agaknya?

“Hei Lim.”

Alex panggung kepala. Panas terik mentari hari ini sudah buat dia sakit kepala. Kaki menyusur kayu-kayu yang sudah dibentuk. Atap genting diangkat perlahan-lahan. “Ya.”

“Tan tu bukan akan kahwin dengan Jia Wei ke?”

“Sibuklah lu. Cepat sini hulurkan atap tu. Nanti Tan bising lagi.”

Kaki Nad sudah menjejaki pintu utama banglo. “Tan. You kat mana?”

“Sini-sini!” Dia letakkan kepingan atap genting di dapur. Tan membersihkan jemari. Menepuk-nepuk pula bajunya yang sedikit berhabuk.

“I bawa nasi dan lauk ni. I lapar ni. Jom makan. ” Kaki sudah jejak ke dalam ruang tamu. Nad mendongak ke atas. Lubang besar di atas kepalanya masih belum ditutupi bumbung. Suara pekerja Tan berbual-bual dan ketawa membuatkan dia tersenyum. Sesekali perbualan di selang-seli dengan bahasa cina dan bahasa melayu.

Dia terus tegak mendengar. “Itu Nad cantik oooo. Kalau nak bandingkan dengan Jia Wei, I pun pilih Nad. Hahaha.”

“Sebulan lagi maaa…haiyaa!  Mati o. mati!” Alex gelengkan kepala.  Dia menolak sekeping atap genting ke arah Lim. Melalui lubang yang masih belum ditutup. Lim terus mencapainya. Alex sekejap-sekejap merubah kedudukan tubuh badannya. Rasa seperti tidak seimbang. Panas terik hari ini membuatkan dia keletihan.

Atap kedua ditolak dengan kaki. Tiga keping atap ditolak sekali. Diatasnya lima keping kayu sebesar lengan tersusun juga. Tidak tepat untuk Lim sambut! Atap genting beratnya yang boleh memecahkan dahi terus terpelosok ke bawah. Jatuh terbang tepat ke atas kepala Nad yang sedang diam menantikan Tan.

“Nad!!!!” Tan yang sedang berjalan menuju ke arah Nad terus berlari laju. Atap genting untuk kali kedua sedang jatuh melayang dari atas.

Nad memandang Tan. Penuh kasih dan cinta. Dia tunjukkan Tupperware yang dibawanya. Nasi, lauk asam pedas ikan tenggiri yang sudah menjadi kegemaran Tan dibawanya juga. Sayur campur dihiris dengan tauhu ikan pun turut sama dibuatnya tadi. Untuk Tan dan kawan-kawan.

Tan terus berlari.  Nad mengerutkan dahi. Segalanya pantas berlaku. Sekelip mata. Tubuhnya ditolak kuat. Tupperware terbang melayang. Bekas jatuh ke bawah. Lauk-pauk dan nasi jatuh mencecah bumi.

Dia sudah jatuh ditolak oleh Tan Jie Kang. Mata Nad terbeliak besar. Tan sekarang duduknya di bawah tiga keping atap.  Kayu-kayu yang juga datang dari mana turut sama menjadi teman. Suara keras, menjerit dan berpadu dengan angin, “Tannnnn!”

Air mata tiba-tiba mengalir lesu. Darah mengalir perlahan-lahan keluar entah dari mana. Tubuh Tan di bawah timbunan atap genting yang pecah berkeping-keping. Dia cuba bangun. Nad cuba sekali lagi rapat ke arah Tan yang sudah tidak bersuara.

“Tannnn!!!!” Suaranya sekali lagi menewaskan sang angin. Air mata si gadis mendudu mengalir di pipi. “Tannn…bangun Tan!”

Awan terus bergelumang dengan angin. Langit terus meneduhkan irama-irama bayu yang sedang berhembus lembut. Nasi, asam pedas dan sayur campur terbiar sepi. Aromanya tiba-tiba tidak menafsukan lagi selera. Tupperware bergelimpangan bagai menjadi saksi.

Nad kaku. Bibir menyebut-nyebut lagi nama kekasih dicintai, “Tan…Tan!”

:::Press like itu comel::: Memperkenalkan kaver baharu diatas. Selamat datang untuk Maleq Rafie. Hehehe:::

Mr Tan 24

$
0
0




Dia dan Tan Jie Kang sudah tidak peduli. Biarlah mereka bercinta sahaja meski  'beberapa hari' yang Bib katakan itu akan menjelma.  Tan akah kahwin. Tan akan mengahwini Moh Jia Wei.

Tapi kini, dia pasrah kerana turut sama mencintai si lelaki berbangsa Cina dan berlainan agama. Dia dan Tan Jie Kang kata orang, sudah tidak peduli pandangan mata orang lain. Berdosakah Nad, mama? Berdosakah Nad dengan Allah kerana hati Nad sudah terisi dengan seorang lelaki yang akan menjadi milik orang lain?







“Hei Nad…janganlah nangis. Ishh… I okeylah.” Tan terkebil-kebil memerhati wajah sugul Nad. Buka sahaja mata, orang pertama yang dilihatnya ialah Nadratul Nisa’. Dia senyum. Jemari terus mengusap kepala Nad. Nad panggung kepala.

Nad menggeleng-geleng. Kesat air mata. Manja. Nad menutup buku. Belajar dia malam ini di hospital. “You jangan gerak banyak sangat.” Terus mencapai beg galas di bawah. Dimasukkan buku ke dalam beg. Mata rancak bergerak memerhati Tan yang semakin segar. Pembalut putih yang membalut kepala Tan sudah dua kali ditukar oleh jururawat.

 “You datang, temankan I kat sini pun dah buat I elok. Sakit kat kepala pun terus hilang.” Direnung lagi wajah Nad.

“Ajaib betul!”

Ketawa. Dia menarik tubuh si gadis yang sedang duduk dekat dengannya. Rasa senang dengan kehadiran Nad yang disayangi. Dipeluk kejap dan perlahan-lahan dilepaskan bila jemari Nad menolak. “I tak selesa.” Nad membetulkan tudungnya. Ditepuk-tepuk pipi sendiri dan Nad mula rasa pipi sudah berbahang kemerah-merahan.

“Ohh..sorry Nad. I terkejut tengok you datang. Teruja dan rasa rindu banyak pulak. Haha.” Tan meraba balutan di dahinya. Sempat ketawa dan menjeling kekasih dicintai. “Nasib baik tak teruk.” Tan menukar topik. Semakin lama dekat dengan Nad, semakin rasa cinta. Entah, dia tidak pasti kenapa. Tapi meski cinta dengan Nadratul Nisa’, bila berhadapan dengan Jia Wei, dia tidak mampu menolak juga secebis rasa simpati dan sayang yang pernah ada di hatinya untuk gadis itu.

Antara Jie Wei dan Nadratul Nisa’. Dua jiwa untuk sekeping hatinya. Mana satu ya Nad? Benarkah kau wahai Nad, sanggup berhadapan dengan kenyataan? Dan kalau memilih kenangan, bagaimana kelak untuk aku pertahankan semua ini dalam ingatan. Kalau kenangan antara kita sukar dipadam, apa yang perlu aku buat Nad? Dia renung pipi Nad yang masih kemerah-merahan. Senyum terukir kecil. Suka betul dia melihat Nad malu-malu sebegini

“I masuk sini secara serang hendap.” Jemari tangkas membetulkan gebar yang membalut tubuh Tan.
“Mama I datang tak?”

Nad angguk. “Datang. Errrr…mama kenal I ya?” Dahi berkerut. Kening sudah bercantum. Paling penting, sebab mama Tan hadiahkan senyum mahal untuk dia. Masa terserempak di depan lif, direnung tubuhnya atas bawah. Pelik betul.

“Iya.” Tan menarik jemari Nad. Digenggam erat. “Kenal. I cerita semua.”

“You cerita dengan mama?” Teruja. Wajah ceria. Rasa mahu membalas sahaja memeluk tubuh Tan. Tapi, norma Islam masih sedikit berkait di hati. Oh, Nad…kerana cinta hampir semua dia lupa.

“Dengan mama semua I cerita. You. I. Kita.” Tan senyum. Membalas renungan Nadratul Nisa’.

“Kita?” Terkejut. Jam sudah menginjak jam 1 pagi. Perbualan makin hangat dan panjang. Dia makin seronok. Makin ingin tahu apa sebenarnya yang Tan ceritakan dengan mamanya.

Tan angguk. Mata terkebil-kebil. Denyut kepalanya masih berbaki. Kadang-kadang sakit kepala datang dan pergi. “Mama tahu I sukakan you.”

Direnungnya Tan dalam-dalam. Patutlah mama menariknya menuju ke hujung tangga. Siap berpesan ringkas. “Nanti Nad temankan Tan ya. Aunty nak bawa Jia Wei balik. Jangan sampai Jia Wei tahu ya.”

Sampai waktu ini, dia masih pelik. Bagaimana mama Tan mengenalinya. Senang sekali dia melihat wajah mama Tan. Kedatangannya petang tadi secara serang hendap juga. Dua kali mencuba masuk ke dalam wad Tan. Tidak berhasil kerana wad penuh dengan rakan-rakan dan keluarga Tan. Paling terkesan dia melihat sendiri Moh Jia Wei menangis memeluk Tan.  

Kejung rasa tubuh badan. Berdiri sahaja dia di luar sambil merenung dan menyaksikan kasih sayang Jia Wei untuk Tan. Seharian dia duduk di hospital. Menunggu jam beranjak dan menanti matahari terbenam. Siang terasa panjang. Risaunya untuk Tan Jie Kang seorang. Berkali-kali cuba untuk memunculkan diri. Setiap kali itu juga dia melihat Jia Wei tekun merenung lelaki yang turut dia sayangi.
Selepas pemergian Jia Wei, barulah dia boleh jejakkan kaki ke sini.  “You tak marah I temankan you kan?” Direnung Tan penuh kasih sayang.

Hening. Tan menggelengkan kepala. Senyum lagi. “Heii…buat apa I nak marah you, Nad. You tak apa-apa kan?” Mata merenung seluruh wajah Nad. Tidak ada calar. Dia puas hati dapat melihat Nad sihat sebegini.

Dan topik perbualan terus menghibakan. Air mata si gadis mengalir-ngalir. “Kenapa you biar you yang jatuh? Kenapa tak biar je I yang kena hempap semua atap tu? Kenapa you selamatkan I? Kenapa Tan? Kenapa?”

“I nak ada kenangan dengan you.” Dia pejamkan mata. Tan menarik nafas. Dadanya rasa sesak. Padat kesan hentakan menujah dadanya. Rasa sakit ditahan-tahan. Dipegang pembalut yang kemas di kepala. “Kalau ada parut, I akan ingat you.”

Direnung lagi Tan. “You tahu kan, I risaukan you. I tak nak kehilangan you.”

“Lain kali you kena berhati-hati. Tapak pembinaan you kena tengok sana-sini. Pekerja-pekerja you jangan main-main dan buat kerja semberono aje.” Membebel lagi. Sambil membebel, dia kesat air mata. Ah – Nad memang manja. Cengeng orangnya.

Angguk. Berkali-kali. Terasa nyaman mendengar suara gadis yang disayangi. Tan mengukir senyumnya. Dihembus nafas. “I pun tak nak kehilangan you, Nad.” Jemari terus mengusap pipi Nad.

Dikesat air mata Nad. “Hei Nad….janganlah nangis lagi. Baru sikit dah nangis. Macam mana kalau betul-betul I tak ada. Macam mana you nak kuat bila I kahwin dengan Jia Wei nanti?”

Dia pejam mata. Nad mengatur nafas. Dia sudah betul-betul nekad. Memilih kenangan itu memeritkan wahai Nadratul Nisa’. Angguk. Mengiyakan segala kata-kata Tan Jie Kang. Lelaki di depannya ini – dia tahu sukar membuat keputusan. Dia juga tahu lelaki ini sudah berjanji. Dia juga tahu lelaki ini bukan seorang Islam yang boleh membawanya ke mana sahaja dan bernikah bersama.

Nadratul Nisa’ hanya ada kenangan. KENANGAN.
Nadratul Nisa’ hanya ada cinta sahaja di hati lelaki ini. Cinta yang kadang-kala bukan untuk dimiliki kan?

Malam terus berlabuh. Malam kekasihnya ialah bintang. Malam kekasihnya ialah langit yang gelap. Malam juga kekasihnya ialah bulan yang sedang terang berderang.

Direnung wajah Nadratul Nisa’. Gadis polos yang tidurnya beralaskan beg galasnya dipandang lama-lama. Tan memandang jam. Sudah empat pagi. Perbualan mereka akhirnya menidurkan si gadis. Dia bangun. Menolak gebar sendiri. Menarik selimut kecil pemberian mama dan dibalutkan perlahan-lahan ke belakang bahu Nadratul Nisa’.

“Shhh….” Mata menjamu kecantikan luar biasa Nadratul Nisa’. Sampai ke hari ini, dia hairan. Hairan kerana jantungnya akan berdegup-degup bila berhadapan dengan Nadratul Nisa’. Dia juga jadi pelik kerana setiap masa selepas bertemu dengan gadis ini, senyumannya sahaja yang menghiasi hujung mata. Tidak ada sesiapa melainkan gadis ini. “Selamat malam sayang.” Tan rebahkan kepala ke bantal. Gebarnya ditarik. Jemari kiri menyentuh-nyentuh pipi sang gadis. Perlahan-lahan dan dia senyum lagi.

Bagaimana kelak Nad?  Bagaimana kau akan berhadapan dengan kenyataan dan bagaimana kita melalui perpisahan nanti. Mampukah kita Nadratul Nisa’? Mampukah aku juga melupakan setiap detik dan masa yang telah kita lalui bersama-sama?

***
Baru saja jemari runcing mahu membuka pintu kereta, bahunya ditepuk seseorang. Secepat kilat, dipusingkan kepala. Jantung terasa mahu jatuh ke bawah. Tetapi haih jantung – kenapa tidak mahu meloncat dan bibir Nad pula terbuka. Tergamam entah kenapa.

Kaki laju saja mengikut. Ayunan terasa lemah gemalai. Bangunan hospital baru hendak ditinggalkan, tetapi tetamu yang tidak diundang ini menambah perit dan sesak dada. Pertemuan tanpa dirancang. Pertemuan entah apa jawapannya.

Moh Jia Wei di depannya. Mata bertutup cermin mata hitam. Pakaiannya berjenama dan kulit bakal isteri Tan Jie Kang ini lebih cantik berbanding dengannya. Tinggi lampai dan sesuai dengan kerjaya modelnya.

Dia menoleh memandang Nadratul Nisa’. Cermin mata ditanggalkan. Mata sudah bengkak kerana tangisan risaukan Tan Jie Kang. Dia tidak mahu bergaduh. Tidak mahu juga menjadi seperti budak-budak.

“Nad…” nama yang dibencinya dipanggil. Cuma sekali ini sahaja. Moh Jia Wei menarik nafas. yang kini bersatu dengan angin. Gadis bertutup litup dan pandai bergaya ini direnung. Mata entah kenapa senang melihat kecantikan luar biasa gadis yang dicintai Tan Jie Kang ini. ‘Apa kurangnya aku, Tan? Apa lebihnya gadis di depan mata aku ini, Tan?’

Nad menelan air liur. Bola mata kini bersatu merenung Jia Wei.

Jia Wei melangkah mendekati Nadratul Nisa’. Dekat dan semakin dekat. Lengan Nad ditarik. Perlahan-lahan. Mata terus bertemu. Degup jantung rentaknya sudah bertukar nada. Jemari Nad dilekapkan terus ke perut yang sedang berdegup nyawa si kecil.

Mata Nad terus terbeliak. Jia Wei angguk. “Satu saja yang I pinta dari you Nad. Untuk anak dalam rahim I ni.”

Jemari terus ditarik. Dia terlongo tidak percaya. Air mata tiba-tiba bertakung. Ditahan untuk tidak tumpah. Bibir bergetar hebat. Nad menggelengkan kepala. Dia tidak ingin percaya dan tidak ingin mendengar lagi. Mengapa ini semua bukan mimpi? Mengapa?

“Ini anak kami Nad.” Direnung Nad dengan tajam. Air mata simpatinya turut sama mengalir. Dia mahu Nad tahu yang Tan Jie Kang lelaki yang mencintainya. Dia mahu Nad mengerti yang dia juga mencintai lelaki itu.

Nad menggelengkan kepala. Air mata merembes-rembes jatuh.

Sekali lagi Moh Jia Wei berdiri di depan Nad. Dia mengangguk. Dia tunduk. Bibir terus mendekati cuping telinga Nad yang ditutup tudung. Rasa simpati yang bersarang tiba-tiba bertukar menjadi benci. Iya, bencinya kerana setiap kali bersama denagn Tan Jie Kang, entah kenapa nama gadis ini yang lelaki itu sebutkan. Dia benci! Dia benci! “Demi anak ni Nad, lepaskan Tan Jie Kang. Berilah kami peluang untuk meneruskan cinta kami. Dan jangan menyesal kalau I bunuh anak ni. Dan nanti jangan menyesal juga sebab I akan beritahu semua orang yang you adalah pembunuh anak kami. Tan sayangkan sangat anak ni tau!”

Dia melangkah setapak ke belakang. Air mata yang tadi jatuh di pipi gebu bagaikan kering disapu angin. Jantung rasa berhenti dengan sendiri. Bumi juga rasa seperti berhenti putarannya. Siang terasa tidak akan berputar di paksinya. Malam rasa tidak akan indah lagi. Bintang rasa akan gugur menghempap kepala sendiri.

Tuhan, apa pula dosaku kerana masih mencintai lelaki bernama Tan Jie Kang itu?

Dia menoleh. Berjalan lesu dan membiarkan tubuh tinggi lampai Jia Wei di belakangnya. Nad mengatur langkah. Tetapi menoleh. Kini, mereka sudah berjarak beberapa meter. Hati rasa sayu merenung tubuh kurus Jia Wei dan mata terus rapat merenung perut yang kelak akan membesar.

Akhirnya dia buka mulut yang dari tadi terkunci. “Izinkan I.”

Nad gelengkan kepala. Tidak Nad! Tidak mungkin! Tetapi hati menzahirkan. Bibir terus melafazkan. “I cuma ada ….”

“Apa?” Jia Wei angkat kening.

“I ada lagi 3 minggu.”

Nad menyeka air mata. “…..izinkan I berkawan dengan Tan. Hanya 3 minggu lagi.” Mata menyorot mata yang Jia Wei yang sedang bulat. Kegilaan apakah ini, wahai Nadratul Nisa’? “Please Jia Wei!”

Suaranya makin rendah. Memohon sesuatu yang tak pasti . “….please…”

 :::Enjin semakin panas. Maleq Rafie baru turun dari Cameron. Esok kot dia adooo. Hehe :::

Mr Tan 25

$
0
0


 "Ikan dua ekor ni pun nak bawak jugak?"
Angguk. Bisu. Kelu.
"Ikan ni nama apa?"
Jungkit bahu. Malas mahu jawab.
"Abang bagi nama nak? Yang ni Ali...yang tu Siti!"
Isk..sibuk. Sibuk sampai semua nak tanya dan tahu. "Didi. Yang ni Nini."
"ohh...ada nama rupanya. Baru nak bagi nama." Garuk kepala.




Dan selepas berakhirnya peperiksaan. Meninggalkan Serdang dan kenang-kenangan dengan dewan peperiksaan. Nad kini tersenyum manis sahaja. Dia sudah memeluk Bib dengan linangan air mata. Ala, dengan Bib tu, sekejap saja bergaduhnya. Sekejap juga rajuk mereka berdua. Dia juga telah berbohong dengan Bib untuk meninggalkan Tan Jie Kang. Tidak semudah itu Bib. Bibir mudah melafazkan, bukan? Tapi hati masih sayang. Kalau dia bercerita dengan Bib mengenai perhubungan yang berbaki tiga minggu ini apa yang akan Bib lakukan lagi dan pesankan lagi ya? Kalau Bib tahu cintanya masih berterusan untuk Tan Jie Kang, apa yang boleh Bib buat?

Meski Moh Jia Wei tidak membenarkan. Menidakkan lagi hubungan terlarang antara mereka berdua.

Nadratul Nisa’ sedang duduk di rumah menekuni resipi-resipi yang mama turunkan. Bercerita apa sahaja dengan abang-abangnya. Menyembunyikan sedihnya juga. Menutup ruang-ruang hatinya dari terus inginkan lelaki itu menjadi miliknya. "Bukan Nad tak pandai masak. Nad pandailah mama." Terkebil-kebil dia merenung buku resipi mama.

"Ishh..iyalah, tak lama lagi Nad dah nak pergi Cameron. Kenalah teman mama lebih sikit. Ya?"

Nad, ketika masak pun gulainya terpandangkan senyum Tan Jie Kang. Ketika membasuh pinggan mangkuk pun haruman lelaki itu seakan-akan melayang-layang masuk ke dalam rongga hidung.

Dia dan Tan Jie Kang sudah tidak peduli. Biarlah mereka bercinta sahaja meski  'beberapa hari' yang Bib katakan itu akan menjelma.  Tan akah kahwin. Tan akan mengahwini Moh Jia Wei. Meski hakikatnya dia tahu yang Moh Jia Wei sedang mengandungkan anak Tan Jie Kang. Kalau Bib tahu, mesti mata dia akan dicucuk dengan garfu. ‘Kau apa tahu Bib..cinta tu kan buta!’

Sehingga detik ini.  dia pasrah kerana turut sama mencintai si lelaki berbangsa Cina dan berlainan agama. Dia dan Tan Jie Kang kata orang, sudah tidak peduli pandangan mata orang lain. Berdosakah Nad, mama? Berdosakah Nad dengan Allah kerana hati Nad sudah terisi dengan seorang lelaki yang akan menjadi milik orang lain?

"Nad sayang. Gulai tu dah menggelegak. Termenung saja dia ni." Roziana menjeling. Jemari ligat membasuh sayur.

"Mama..." Nad menutup api. Gulai sudah semerbak harumnya. Dia pusingkan tubuh mengadap mama tersayang. Kaki mendekati mama yang sedang fokus membasuh sayur sawi.

Roziana sambil itu, terus mengunci bibir. Mata sesekali pandang sayur sawi, sekejap menjeling telatah si anak dara. Apa kena dengan anak gadisnya yang satu ini? Jantung berdebar-debar. Sebab Tan Jie Kang kah?  Ah, sudah. Malam tadi – dia, Nazrul dan Nazim duduk berbincang mengenai Nad dan Maleq. Bergaduh-gaduh pula Nazrul dan Nazim disebabkan Maleq. Nazrul tidak setuju sebab tidak sebulu dengan Maleq. Entah apa yang dimarahnya dengan Maleq itu. Yang Nazim sudah tak tahu nak beri jawapan apa. Nazim bebel-bebel marahkan baba kerana suka sangat memaksa Nad itu dan ini. Masing-masing mengeluh kerana akhirnya baba dah buat keputusan. Apa lagi yang mereka harus buat?

Tiga kesimpulan yang mengusutkan. Satu. Maleq itu baikkah? Bila Nazrul kata Maleq tu kaki perempuan, ohmaiii…..dia rasa nak pengsan dan pitam. Baba hilang akalkah? Baba ni tak diperiksakah salur galur Maleq itu.

Okey. Nazim akan pergi jumpa dan siasat. Kalau nak ikut cakap Nazrul, semua orang salah depan mata dia. Ada saja yang tak kena dengan Maleq. Semenjak zaman sekolah menengah, dia sebagai mama sudah tahu yang Nazrul tu asyik berperang saja dengan Maleq. “Peninglah Arul ni. Bagi aku aje jumpa. Bagi Maleq bersemuka sendiri dengan Nad. Kita ni kena siasat serba serbi. Kau tu kalau nak marahkan Maleq tu lagi janganlah sampai dibawa kisah-kisah lama tu masuk sekali. Matured sikit boleh tak?” Suara Nazim berlawanan lagi dengan Nazrul.

“Habislah penat-penat kita kawankan Nad dengan Tan!” Nazim lepaskan nafas. Pandang mama.

“Dari kita fikir Tan, baik sekarang kita settle masalah Maleq. Aku tak nak budak kaki perempuan tu jadi adik ipar aku. Kau Ajim, asyik fikir Tan aje. Sendiri mahu ingat, dia nak kahwin. Sendiri juga mahu ingat, baba memang pantang kahwin campur-campur ni. Sejarah dah ada depan mata. Kau nak baba tembak kita semua dengan senapang patah?” Nazrul bengang. Adik kesayangan dah jadi pertaruhan dan serupa bola pun iya.

Ah – jadi bergaduh anak beranak sebab Tan dan Maleq. Nazrul menyampah tahap ultraman dekat Maleq. Roziana gigit bibir bawah. Yang Nazim pula, asyik fikirkan si Tan Jie Kang yang akan kahwin beberapa hari lagi. Iyalah, dia tahu yang Nazimlah mula-mula menjadi orang tengah antara tukang rumah mereka itu dengan Nadratul Nisa’. Mestilah Nazim kecewa sebab projek ‘match-maker’nya tak menjadi. Punah kerana baba lebih dahulu membuat plot cerita nikah kahwin adik kesayangannya itu. Ahhh, baba memang dahsyat!

Baba pulak – sudah aturkan semuanya. Antara Nadratul Nisa’ dengan Maleq Rafie.

Dia sebagai mama? Tersepit di tengah-tengah dan tidak mampu berkata apa-apa bila berhadapan dengan si anak gadis.  Sudahnya, malam tadi – perbincangan mereka menjejak sampai dua jam.  Sampaikan, ketiga-tiga mereka termenung tanpa kata.

Dua. Malam tadi, Marzunisham sebagai seorang ayah sudah tidak boleh berkompromi. “Abang dah tak boleh nak sabar.”

Ditariknya tangan suami yang sudah membuka pintu bilik. Gelengkan kepala. “Janganlah abang. Janganlah. Nanti Ana pujuk Nad. Ana akan pujuk Nad.”

“Awak tahu dia ke hulur ke hilir dengan Tan tu? Pegang tangan, peluk pinggang. Sakit mata saya ni tau tak? Dah tak ingat agama apa?”

Sekali lagi dia menarik jemari suami duduk kembali ke atas sofa. Roziana terus mati akal. Mati segala nafsu seleranya mahu bergurau senda. Suara Marzunisham terus merantai jiwa. “Habis exam aje, makin menjadi-jadi. Keluar sampai entah pukul berapa. Balik, berkurung dalam bilik sampai saya nak jumpa dia pun susah. Hei Ana, saya ikutkan hati…esok juga saya nikahkan dia dengan Maleq tu. Awak ingat saya tak tahu yang dia berkepit dengan budak cina tu.”

Kalau suaminya sudah bersaya awak, memang sudah marahnya tahap tujuh lapis langit dan bumi. “Kalau terserempak dengan saya kat luar, cepat-cepat dia masuk bilik. Hah, tu tak namanya Nad menyorokkan sesuatu dengan saya?”

Kusut. Suaminya malam tadi sudah mula naik angin. Sudah mula mencorak.

Tiga. Adakah Nad akan menerima Maleq? Mampukah dia sebagai mama memujuk Nad. Nad mampukah melupakan Tan yang semakin hari semakin dihatinya anaknya itu.

“Mama…” Seru Nad. Dia pandang mama. Senyum. Eh mama ni, sambil basuh sayur pun boleh termenung-menung.

“Ehhh…sorry-sorry. Mama mengelamun kejap. Malam tadi baba mimpi sampai tak boleh tidur dibuatnya mama.” Terkebil-kebil. “Haaa..ada apa-apa nak cerita dengan mama? Cerita apa ya?”

“Errrr…” Nad memerhati jemari mama. Dia pantas menutup kepala paip yang sedang mengalirkan air. Ditarik lengan mama dan di bawa Roziana ke meja makan comel yang beralas cantik.

Mereka sudah duduk berhadapan. Nad mengukir senyuman. "Kalau Nad bercinta dengan lelaki yang akan berkahwin dengan orang lain lagi beberapa hari lagi..mama tak marah kan?"

Roziana terngaga. Akhirnya. Nad membuka mulut sendiri tanpa dia paksa. Dia renung wajah Nadratul Nisa’ yang putih kemerah-merahan. Mata anaknya bulat segar bersinar-sinar. Iya, dia tahu, anaknya memang sedang bercinta. Tetapi cintanya hanya akan berbaki beberapa hari saja lagi.

“Tan Jie Kang?” Dahi berkerut-kerut. Bibir pantas bertanya mahukan kepastian. Roziana merenung ulas bibir merah Nadratul Nisa’ yang sedang tersenyum. Sudah tahu, dia bertanya lagi. Ya Allah, permudahkan urusan kami sekeluarga.

Angguk. Namun anggukan Nad terhenti bila baba berdiri betul-betul di belakang mamanya. Senapang patah milik baba betul-betul di tangan baba. Wajah merah baba bagaikan biji saga. Mata bulat Marzunisham terus tepat mencari bibir anaknya yang sedang bergetar tanda ketakutan.

“Maleq Rafie!” Suara baba terus menggetarkan gegendang telinga.

***
Itulah Nadratul Nisa. Macam kata Baba, bila bersoal jawab mengenai hati ini, Nad mesti akan larikan diri. Tapi baba tidak boleh lagi boleh kompromi. Baba siap cakap, "Nad ingat baba tak tahu Nad pusing keliling satu Malaysia ni dengan budak cina yang tukang rumah kita ni?"

Nad kesat-kesat air mata. Melimpah sampai pipi. Mama terkujat tidak mampu menjawab apa-apa.

"Baba dah tak boleh sabar dengan Nad ni. Kalau dengan budak cina tu boleh. Tapi sekarang..Nad kena ikut arahan baba."

"Baba..baba. Janganlah buat Nad macam ni Baba. Nad janji, Nad tak akan keluar lagi dengan Tan." Sudah lemah anggota tubuh. Sudah puas dia menangis memohon dari baba. Sudah puas dia meminta kebenaran dari baba.

"Janji? Hei...mata aku ni sakit tengok anak sendiri bergelak ketawa, senda gurau macam tak ada pegangan agama lagi. Selama ni baba diamkan aje kamu Nad. Kali ni baba tak kira. Baba tetap. Tetap dengan keputusan baba."

Nad terus menarik-narik jemari baba. Marzunisham sudah hilang panduan diri. Amarah setinggi gunung Kinabalu. Dia sudah tidak boleh bersabar dengan perangai anak gadisnya ini.

Air mata Nad meleleh-leleh lagi. Dikesat-kesat minta simpati. "Nad tak nak baba. Sumpah, sampai mati pun Nad tak akan kahwin dengan lelaki yang tak pernah Nad cintai!"

“Sumpah?” Mendidik darah tuanya. “Sumpah juga kalau kau kahwin dengan lelaki cina tu kau akan tengok mayat dia depan rumah ni.”

Nadratul Nisa’ longlai di hujung dinding. Memandang mama yang tidak mampu membantu.

“Baba berani bersumpah juga Nad…si lelaki tukang rumah keturunan cina tu tak akan bahagiakan Nad. Ingat Nad, kalau cinta beralaskan dengan Allah barulah Allah akan redha.” Dia cekak pinggang. Puas hati akhirnya.

Marzunisham terus pusingkan badan. Bawa senapangnya bersama. Ambil kunci bilik anak sendiri dari dalam poketnya. Roziana terus terburu-buru mengikut. Nad dibiarkan di hujung sana. Nad dibiarkan bertangisan tanpa sesiapa sudi pujuk.

“Sampai hati abang buat Nad macam ni. Kesianlah dekat dia abang.”

Suara baba mengalirkan lagi air mata. “Nak kesiankan apa lagi Roziana? Apa lagi yang dia nak dari kita, Roziana?” Marzunisham menekan nama isterinya. Suara dia sudah tegang. Esak tangis Nad di dalam bilik makin kedengaran. Pintu bilik sudah ditutup rapat.

Dia masukkan kunci. “Hujung bulan ni. Kita nikahkan Nad dengan Maleq.”

“Abang!” Roziana gelengkan kepala. Ni kahwin paksa apakah ini?

“Tak ada kahwin paksa. Ni akan jadi dia redha terima aje. Ini Marzunisham.” Nekad bunyinya. Dari telinga asyik bernanah mendengar kawan-kawan cerita fasal anak gadisnya. Dari telinga sampai naik muak mendengar soalan-soalan orang surau fasal anaknya, lebih baik dia kahwinkan aje. Kemudian hantar Nad terus ke Cameron Highland.

“Nad tak nak. Nad tak nak. Buka pintu ni baba. Bukak cepat. Bagi Nad jumpa dengan Tan sekarang jugak!!!!” Nad menjerit-jerit bagai orang gila. Dia sudah kehabisan daya tenaga memujuk baba.

Marzunisham menjeling isterinya. Dia masukkan kunci ke dalam poket seluarnya. “Haa tengoklah tu.” Dia hulurkan senapang patah yang dia miliki. “Simpan senapang ni elok-elok. Kalau awak kata saya ni kampung sangat mengurung anak dara saya, biarlah.”
Roziana memandang suaminya. Entah dia jadi bisu. Sampai hati suaminya buat sebegini. Sampai hati suaminya mengurung Nad.

“Lebih baik saya kurung dia, dari saya terus tanggung dosa!” Langkah semakin besar. Dia tinggalkan Roziana yang sedang kaku berdiri tanpa boleh melakukan apa-apa. Suara Nad merayu supaya dibukakan pintu semakin mengetuk pintu hati. Semakin dia mendengar…air mata ibunya mengalir perlahan-lahan.
***
“Kalau awak tak setuju….errr tak apalah.” Maleq merenung gadis yang duduknya di hujung sofa.

Kelu. Bisu.

Mata sudah bengkak. Nad tunduk sahaja. Bib sudah hantar SMS. Itupun dengan telefon buruknya yang dia jumpai dalam laci meja belajarnya. Tan dah kahwin dengan Jia Wei. Dia ada hantar beberapa keping surat kat aku ni Nad. Iphone miliknya entah mana disorok baba.

Air mata menitis tanpa dipinta. Pedihnya. Sakitnya jiwa. Kisah cintanya terlalu pantas. Bagaikan sebuah drama dua jam tanpa iklan berbayar. Nadratul Nisa’ terus rasa hidupnya kosong tanpa apa-apa. Rasa tawar sahaja hatinya.

“Ehh, kenapa awak menangis? Saya tak buat apa-apa yang salah kan?”  Ah sudah – tanya soalan itu pun Nadratul Nisa’ sudah menangis. Dia nampak titis-titis air mata yang mengalir di pipi si gadis. Dia jadi gelabah. Terus cari tisu. Haa, ada-ada. Kaki ayun ke kanan. Cepat-cepat mengambil sekotak tisu. Dihulurkan.

Suara baba Nad dan ibu di ruang tamu pertama lebih kuat berbanding mereka berdua di sini. “Ni tisu ni, ambillah.”

Nad menggelengkan kepala. Sumpah dia tak mahu memandang wajah lelaki yang bernama Maleq Rafie ini. Dia ingat-ingat pun, lelaki ini hanya sahabat zaman kecilnya. Sepatah haram dia tidak ingin berbual dengan lelaki ini. Lagi pula untuk mengingatinya. Jemari runcing sendiri mengesat-ngesat air mata.

Teragak-agak dia turunkan kotak tisu. Perlahan-lahan dia duduk kembali di sofa yang bertentangan. Tak apa, ada lori ada bas. Ada hari boleh balas. Heh. Dia senyum sendiri memerhatikan jemari runcing si gadis pilihan ibu. Dia dan Nadratul Nisa’ pun hanya berkawan semasa zaman kecil. Tidak pernah pun terlintas di hati untuk memperisterikan Nadratul Nisa’. Tapi sebabkan ibu beria-ia tunjukkan sekeping gambar gadis di depan matanya ini, dia terus jatuh cinta.

“Maleq asyik sibuk kerja. Ibu tahu takde calon lagi. Haaa…ni….yang ni mesti terpikat punya!”

Dia mana ada masa nak bercinta. Kalau zaman sekolah menengah dulupun, dia dipikat pelajar-pelajar sekolah perempuan bangunan sebelah. Habis semua kata dia calon pelajar lelaki kaki perempuan. Dia senyum.

Bila gambar sudah ada di depan mata. Bila juga Allah pernah temukan dia dan Nadratul Nisa’ di beberapa tempat. Dia jadi terus mengkagumi keindahan ciptaan Allah swt. Dia terus rasa calon ibu ini paling tepat untuk dia. Lantas, istikharah sudah berlangsung. Jawapan lantas ditemui. Hati dan jiwa mulai lapang.

Kini, dia sedang menemui si calon isteri.

Semasa terserempak dengan Nadratul Nisa’ pun, dia sudah tersenyum-senyum sendiri. Si gadis calon isteri ketika itu sedang memicit-micit sebiji jerawat yang tumbuh di pipi kanan. Dia ingat ketika sedang membelek-belek buku di MPH Aeon, Seremban 2. Sambil memilih buku, Nadratul Nisa’ sibuk betul marah-marahkan si jerawat yang baru hendak tumbuh.

Mahu sahaja dia ketawa. “Eeee..jerawat ni. sibuk!”

“Besar pulak tu. Habislah. Habislah abang Ajim membahan malam ni.”

Maleq perlahan-lahan menyorot retina mata. Mencuri pandang Nadratul Nisa’ yang membisu dari tadi. “Tak ada jawapan ke?” Mata meneliti pipi yang putih bersih. Sudah hilang agaknya ‘jerawatnya’ itu.

Mata meniti lagi bibir merah yang basah. Dia gigit bibir. “Nad memang tak suka ya? Kalau tak…tak apa. Lagipun,benda-benda begini bukan boleh paksa. Nikah kahwin bukan untuk sehari dua. Benda panjang bawa ke syurga neraka ni, kena fikir betul-betul.”

Sayu. Hati terus dipagut pilu. Dia menyebut nama itu berkali-kali. Sudah lebih seratus kali. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tetapi langsung tidak ada bayang.

Sudah penat menunduk, akhirnya dia panggung kepala. Tepat matanya bergabung dengan renungan si Maleq Rafie.

“Apa penyudahnya hidup saya kalau saya berkahwin dengan awak, Maleq? Apa janji awak pula untuk saya kalau saya jadi isteri awak, Maleq?”

Maleq Rafie terkedu.

Nadratul Nisa’ tiba-tiba bersuara mencari jawapan yang tidak mungkin dia perolehi.

Dahi Maleq berkerut-kerut. Dia mula menyusun aksara indah untuk calon isteri. “Penyudahnya ialah redha Allah dan syurga. Janji seorang suami itu satu sahaja…”

Mata terus melekap mencari mata yang sudah tidak berseri lagi. Maleq mula rasa sangsi. Tetapi dia yakin dengan jawapan yang telah dia perolehi dari istikharah beberapa malam nan lalu. “Hatinya untuk isteri. Juga janjinya supaya rumahtangga itu bahagia sampai ke syurga.”

Air mata mengalir lagi. Tanpa Nadratul Nisa’ pinta. Suara Maleq terus menghumban dia ke daerah paling sunyi dalam hati. “..dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa’.”

Adeiii…apesal lagi dia ni menangis? Apesal lagi si calon isteri ni bersedih bagai. Bukan disuruh masak buat asam pedas ke, buat pavlova ke, reneh sup tulang ke, buat mee rebus ke. Maleq sekali lagi bangun mengambil kota tisu yang tidak dipedulikan Nadratul Nisa’. Dia mara mendekati.

Sekali lagi, Maleq menghulurkan ‘pakcik kotak tisu’ a.k.a kotak tisu yang tadinya tidak dipedulikan kepada Nadratul Nisa’.

“Nah. Tisu ni. ambillah. Kesat hingus dan air mata awak tu. Buruk benooo rupanya. Haihlah perempuan.”



:::Maleq, selamat datang:::Selamat datang untuk terus memuja sang wanita yang kadang kala rapuh jiwanya. Selamat menempuh kenyataan ya:::

Mr Tan 26

$
0
0


"Nad..."
"Iya." Dia membelakangkan suami. Kan betul, kisah hidupnya memang sah-sah seperti cerita dalam drama televisyen. 
"Kita dah halal kan?" Jemari Maleq lembut diletakkan di atas pinggang cik isteri. 
Nad pejamkan mata. Wajah mama dan baba terbayang-bayang kini. 
Diam. Tidak ada jawapan.
"Nad." Lembut suara Maleq. Sekali lagi dia memujuk. 
"Iya." Pesanan Maleq sehari sebelum pernikahan terus memalu jiwa.
"....izinkan saya."





“Sampai hati baba…” Nad memeluk lutut. Mendiamkan diri merenung kaki langit yang boleh dia nampak melalui tingkap yang terbuka.

Dia kesat air mata. Dunia perhubungan luar sudah tidak ada untuk dia. Hanya kiriman SMS dari Bib dengan telefon lama ini. Itupun, diperiksa oleh baba. Kalau dia nak melarikan diri pun, dia sudah tidak berdaya. Abang Nazim dan Nazrul asyik menjenguk dan memujuk. Belikan itu dan ini untuk dia.

“Dah, abang Ajim dah jumpa Maleq tu. Dia okey lah. Jangan risau-risau. Dia baik. Confirm baik! Tan tu dah kahwin pun. Jangan dikenang suami orang Nad.” Nazim memujuk. Letak teddy bear warna putih besar atas katil. Hari-hari dia belikan hadiah. Sudah sepuluh teddy bear berjenis-jenis dihadiahkan untuk Nadratul Nisa’. Sungguhlah dia tidak tahu mahu hadiahkan apa. Sampaikan dia sudah kenal dengan pekerja kedai cenderhati di Giant tu.

“Okeylah untuk kau Ajim. Tak. Tak. Aku tetap tak setuju.” Nazrul pula membuat kesedihan dia berganda.

Akhirnya bergaduh si kembar. “Habis, kau fikir kau baik sangatlah? Kenapa kau tak setuju?” Nazim sudah bengang. Suka sangat bikin panas. “Kita ni nak memujuk Nad supaya terima dan lapang dada. Tapi kau lagi tambah jiwa dia kacau. Eeee…nampak kau macam kecik aje Arul!”
Nazim menyiku perut Nazrul yang duduk di sebelahnya.

“Habis semua budak perempuan bangunan sebelah kita dulu minat kat dia. Entah apa-apa. Si Nani pun sampai berkenan kat dia.”

“Hal lama pun jadi hal!” Nazim baling bantal. “Kau sebab pemalu. Nani cakap sepuluh patah, kau cakap setengah patah. Sebab tu dia beralih minat kat Maleq.” Sudah berdekah-dekah dia ketawakan Nazrul.

Nadratul Nisa’ hanya diam mendengar celoteh abang-abangnya. Abang Nazrul pula belikan dia bermacam-macam baju. Tudung entah jenama apa pun semua dia beli. Bersusun cantik atas katil tanpa dia usik. Dia tahu, kedua-dua abangnya sedang memujuk. Memujuk dia untuk menerima hakikat mengenai pernikahannya yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi. Katalah apa sahaja mengenai Maleq Rafie. Baik, buruknya langsung dia tidak ambil peduli. Dia sudah tidak mampu berfikir. Makin diam menyepikan diri, makin kesedihan larut dalam diri. Biarlah abang-abangnya datang memeriahkan jiwanya nan sepi ini.

“Tan dah kahwin ya abang Ajim?” Itu sahaja soalan yang mampu keluar. Dia menoleh merenung Nazim dan Nazrul yang sedang duduk di penjuru katilnya. Mahukan kepastian sebenar. Bib sudah mengiyakan, hari ini dia mahu memastikan juga.

Angguk lesu. Nazrul juga. “Dipercepatkan.” Nazim menelan air liur. Dia memang terserempak dengan kereta Tan yang diparkir di hujung sana. Dia tahu, Tan mencari Nad. Hari-hari sehinggalah pergaduhan besar berlaku antara baba dan Tan. Sehinggalah baba tidak boleh menahan sabar mengheret Tan ke balai polis selepas dibelasahnya Tan oleh entah siapa yang baba suruh. Ah baba – baba sudah berdrama dan sanggup buat apa sahaja demi hasratnya bermenantukan Maleq tercapai.

“Sampai hati baba kan?” Nad mengesat lagi air mata. Nazim dan Nazrul terus bangun meluru menuju ke arah Nadratul Nisa’. Kedua-dua terus melutut. Nazrul membetulkan rambut panjang Nadratul Nisa’. Iya, adiknya cantik dipandang. Tambah memikat bila rambut ini dilepaskan sebegini.

Hati lelaki jadi rawan melihatkan adiknya yang tambah kurus dan cengkung ini. “Nad dah makan tak?” Dia memandang Nazim yang turut bersila. Marilah kita sama-sama mengubah topik. Dia jeling Nazim yang sedang gigit bibir.

Nad gelengkan kepala. Apa khabar Tan ya? Sihatkah dia? Apa yang berlaku dengan Tan di sana? Kenapa dia tidak jejakkan kaki bertemu dengan dia di sini? “Nad tak lapar.” Air mata menitis lagi.

“Makanlah sikit. Tu mama dah letak bubur untuk Nad.” Nazrul memujuk lagi.

Nazim lekas bangun. Bertindak laju untuk sesi pujuk memujuk hari ini. Dia mengambil mangkuk bubur yang sudah mama sediakan. Dulang yang letaknya lengkap bersama air suam tersedia.

“Nad…” Kalau baba kata begitu, dia juga tidak boleh menolak. Meski dia pernah marahkan Maleq kerana hal-hal orang lelaki zaman sekolah dahulu, dia kena lebih menjadi ‘abang’ untuk Nad hari ini.  Dia juga harus menjadi abang kepada Nazim dan mama.

Mereka perlu menyokong Nadratul Nisa’ walau apa terjadi. Nazim sudah duduk bersimpuh. Dulang diletak di depan mereka bertiga.

“Makanlah sikit Nad. Mama risau sangat dah tu sebab Nad tak makan. Kalau kurus sangat, nak jadi pengantin nanti tak cantik.” Nazim angkat mangkuk bubur. Sudu sudah dimasukkan di dalam mangkuk. Dia mengacau-ngacau bubur yang mama sediakan. Tiba-tiba dia lapar pula terbaukan bubur ayam. Siap mama hiris daun bawang dan taburkan dengan bawang goreng. Lada sulah pun hadoo ni Nad. Makanlah. Sedap ni.

“Maleq tu baik ke?” Nad pandang Nazrul. Dia mahukan kepastian. Dia mula perlahan-lahan mengutip hakikat. Dia mula berdepan dengan kenyataan. Hidup bukan untuk sehari dua lagi, Nadratul Nisa’.

Akhirnya dia mengangguk. Nazrul mengalah demi adiknya. Demi Nad mengalas perutnya. “Nad makanlah ya.”

Nad betulkan kaki. Dari melutut dia sudah bersila. Duduk mereka kini bertiga. Dia renung wajah abang Nazrul dan abang Nazim yang disayanginya. Air mata semakin serasi.

Bubur diceduk-ceduk dengan sudu. Jemari kiri Nazim perlahan-lahan membetulkan rambut yang jatuh di dahi adiknya. “Sedap ni Nad. Dah seminggu kami tengok Nad tak makan. Minum air je. Baba dan mama risaukan Nad. Kalau Nad masuk hospital, lagilah kami semua susah hati. Makan ya.” Sudu sudah ada di depan bibir Nad.

“Baba tak sayangkan Nad kan? Sampai hati baba buat Nad macam ni.” Air mata lesu lagi. Bibir masih terkunci. Nazim kembalikan sudu ke dalam mangkuk. “Baik ke buruk Maleq tu..kenapa baba perlu tentukan perkahwinan Nad? Kenapa baba benci sangat dengan Tan tu? Teruk sangat ke Nad ni abang Ajim? Nad ni jahat sangat ke abang Arul?”

Dia rasa dunia kejam. Dia rasa semakin lelah. Air mata mengalir lagi dan lagi. Nazrul mengesat-ngesat air mata adik kesayangannya.

“Nad anak kesayangan baba. Baba nak yang terbaik untuk Nad. Kita makan ya. Nanti perut masuk angin. Meh abang Arul suapkan.” Dia sudah tidak berdaya memujuk. Kalau memujuk itulah bahan utama  Nad. Menangis dan mahukan kepastian mengenai pernikahannya. Dia dan Nazim mati akal.

Mangkuk bubur sudah di tangan Nazrul. “Kita makan ya.”

Nazim kalau bab Nadratul Nisa’ dia akan tewas. Dia akan bersedih dulu dari Nazrul. Ia, Nad rapat dengan dia. Nad serba serbi berkongsi segala ceritanya dengan dia.

Nad sudah angkat jemarinya. Mengambil mangkuk bubur dari tangan Nazrul. Dia rapatkan sila dengan abang-abangnya. “Kalau abang Ajim dengan Arul nak tengok Nad makan, kita makan sama-sama ya?”

Nazrul pandang Nazim. Nazim terus mengangguk cepat. Air mata dia sudah bertakung. Buatlah apa sahaja Nad, asalkan Nad makan dan mengalas perutnya.

Suapan pertama untuk Nazrul. Abangnya yang sulung. “Doakan Nad bahagia. Dunia dan akhirat.” Air mata lagi dan lagi menjadi teman. Nazrul menahan hiba. Dia mengunyah penuh jiwa.

Nad menyuap pula untuk Nazim. Direnung Nazim dengan kasih sayang. “Nanti lawatlah Nad kat Cameron. Mesti abang Ajim dan abang Arul akan rindukan Nad yang comel ni. Kan?” Dia mengawal sebak. Nad akan rindukan semua dalam rumah ni.

Nazim tidak mampu menyembunyikan sedihnya. Air mata lelakinya gugur. Satu persatu dikesat dengan jemarinya yang kasar. 

Nad memaksa diri. Dia sedang memaksa diri menerima aturan yang sedang baba tetapkan. Dia menyuap bubur. Disumbat masuk ke dalam mulut. Dia mahu abang-abangnya tidak susah hati kerana kurus dan cengkungnya ini. Tadi dia sudah berjanji untuk makan dan menikmati bubur ini dengan abang-abangnya.

“Jangan lupakan Nad.” Sekali lagi dia menyua bubur ke bibir Nazrul.

Wajah abang Nazim yang disayangi direnung lagi. “Terima kasih kerana sudi menjadi abang yang baik untuk Nad.”

Nad letakkan mangkuk bubur. Diketepikan dan terus memeluk kedua-dua abang kembarnya ini. “Nad akan rindukan semua. Baba, mama, abang Arul dan abang Ajim.”

Ah Nad. Kenapa perlu air mata menemani? Mengapa juga hatinya menyalahkan takdir yang sentiasa tidak menyebelahi sisi hidupnya ini.

“Jangan risaukan kami lagi Nad. Jangan.” Nazrul mengusap lembut belakang tubuh adiknya. Dikucup lembut ubun adik-adiknya. Dia akan merindui Nadratul Nisa’ yang manja ini. dia akan rindukan senda gurau si manis yang akan kelak menjadi milik Maleq Rafie.

Buanglah Nad nama Tan Jie Kang itu. Kuburkanlah nama itu jauh-jauh ke hujung dunia. “Kami akan sentiasa doakan Nad bahagia. Dengan siapa pun jodoh Nad, Nad kena ingat yang itu adalah yang terbaik. Kuncinya ialah Nad kena redha dan menerima suami Nad. Nad kena jadi isteri yang baik. Jaga nama baik keluarga. Nad kena ingat tu semua ya…”

***

Hantaran sudah siap. Segalanya lengkap. Baju nikah yang dipilih entah siapa ini pun sudah melekap cantik di tubuhnya. Dia termenung jauh. Aroma bunga rampai tidak memberikan apa-apa rasa untuknya. Dia duduk di dalam bilik kesepian entah kenapa. Bilik hari ini dihias cantik oleh mama dan mak long Hawa.

Maleq Rafie. Perkenalan antara dia dan bakal suaminya itu singkat sahaja. Selebihnya diuruskan baba dan mama bersama abang-abangnya. Maleq Rafie itu sibuk telefon bertanya itu dan ini. Saiz cincin dan apa hadiah yang diimpikan pun sekali turut sama ditanya. Bertemu dengan bakal suaminya itu pun hanya ketika kursus perkahwinan dan mengisi berbagai-bagai jenis borang di rumah ini.

Minggu lepas pertemuan dia dan Maleq diaturkan. Sekali lagi untuk majlis pertunangan. Majlis kecil hanya dihadiri sanak saudara sahaja. Ibu Maleq pun namanya dia tidak tahu. Apa-apa tentang Maleq Rafie dia langsung tidak ingin tahu.

Entahlah jiwa. Entahlah hati mengapa.

Kalau berdiri di dalam bilik, dia ternampak-nampak Tan Jie Kang dengan senyuman dan jelingannya. Segala-gala bagaikan baru semalam berlaku. Bagaikan juga semalam perkenalannya dengan lelaki berbangsa cina itu.

“Saya tengok awak macam tak ada semangat aje. Kursus pun macam tak nak kursus. Isi borang pun macam bosan entah apa-apa. Kenapa ya Nadratul Nisa’?” Suara Maleq pertama kali di dalam telefon mengejutkan. Dia fikirkan Tan Jie Kang yang menelefonnya. Tetapi lewat malam tadi, suara lelaki pilihan baba ini yang meledak gegendang telinga.

“Kalau Nadratul Nisa’ tak suka beritahu saya ya. Jika rasa terpaksa pun kita ada masa untuk batalkan. Kita ada masa untuk tangguhkan.” Maleq berdiplomasi.

Suaranya mati. Dia tidak membalas apa-apa. Langsung tidak dibuka bibirnya.

“Ke awak dah ada pilihan sendiri?” Maleq menghambat pilu ke dalam diri. Dia tahu calon cik isterinya ini ada masalah. Cumanya, dia tidak mahu bertanya dengan bakal mertua. Lebih baik dia bertanya sendiri. Lebih baik mendengarnya dari mulut si gadis.

“Kalau berdiam diri begini, Nadratul Nisa’ saya rasa lebih baik kita batalkan. Masih sempat!” Maleq Rafie buntu. Dia keliru.

Baru saja hendak dimatikan telefon, suara yang dinantikan itu mengusik naluri lelaki. “Ehh..tunggu.”

Dia mengesat air mata. Pejamkan mata. Wajah Tan Jie Kang melayang-layang di dalam kepala.

“Iya Nad. Saya tunggu.”

“Jangan batalkan.”

Hening.

Maleq masih menanti suara itu bernada untuknya. “Jangan.” Wajah baba, mama dan abang-abangnya menghimpit seluruh minda. “Mana boleh batalkan. Esok kita akan menikah.”

Maleq senyum. Akhirnya. “Puan Nadratul Nisa’ harus melengkapi suaminya nanti. Tanggung dan jawab juga. Zahir dan batin. Hubungan halal itu mesti berlangsung dengan rela. Saya tak mahu menanggung dosa. Sebelum bernikah, lapangkan dada dan solatlah minta ketenangan hati. Dua jiwa yang akan disatukan esok bukan untuk permainan melepaskan tekanan. Saya pohon, Nad.”

Dia diam. Maleq mula membenarkan akan hubungan sah antara suami isteri. Dia tidak mahu pernikahan esok bukan atas kerelaan bakal isteri. Dia juga tidak mahu semua yang akan berlangsung mendatangkan kebencian Allah swt.

Nadratul Nisa’ akhirnya mengangguk. Dia mula menangis. Maleq jadi kelu tiba-tiba. “Errrr….Nad…kalau ada masalah nanti, esok Nad cerita dengan saya ya. Sudahlah, pergi tidur. Ambil wuduk dan berdoa untuk majlis kita.”

Pintu bilik ditolak. Wajah riang mama, wajah gembira baba dan abang-abangnya melekat di hujung mata. Suara Maleq memujuknya terus hilang dengan wajah Tan Jie Kang berganti dan berbalam-balam. Seketika dia rasa berdosa. Seketika pula dia rasa seperti tidak mampu menerima kenyataan ini.

“Tadaaaa…” Nazim terus dengan kemahirannya mengambil  gambar si adik kesayangan. Klik! Klik!

“Okey, Nadratul Nisa’….jom kita pergi bawah. Maleq Rafie dah tunggu!” Nazrul cekak pinggang. Suasana makin ceria. Para tetamu jantungnya berdebar-debar. Malaikat sekarang juga sedang memenuhi ruang kosong majlis pernikahan suci antara Nadratul Nisa’ binti Marzunisham bersama Maleq Rafie bin Asmawi.

Dia senyum. Meski hati sedang menangis. Dia ketawa. Meski hati sedang bergerimis. Dia cuba berlagak ceria meski jiwa sedang dihentak pilu. 

:::Sebab saya laju sangat menulis, bab 27 tunggu minggu depan ya. Saya nak berjalan-jalan pergi Hong Kong. Hahahaha:::Press like banyak kali saya up bab 28. *hihihi.:::

Maleq Rafie 34 Part I

$
0
0

Angguk. Pipi merah lagi. “Iyalah…oh encik ganteng! Hahahaha.” Dia ketawa. Menambah lagi rencah menyuruh si Bib suka. “Pun aku panggil suami aku dengan gelaran baru encik kopi. Maleq Rafie peminat tegar kopi tau.”




“Abang!” Suara Nad dari bawah terus terbang tinggi ke atas.

Maleq memandang buku yang berselerak. Dia dalam proses mengemas almari bukunya. Kalau Marsha balik, haruslah dia kena marah sebab rak buku sudah bercampur aduk lagi. Dia garu kepala. Apa lagi mahunya cik isteri banyak songeh ni. “Iya!”

“Sinilah!” Mata melilau mencari barang yang dicari. Sesekali  mata memerhati pembahagi dapur di kanannya. Kenapa tak turun lagi? “Sinilah abang. Turun kejap.”

“Kenapa lagi ya?” Dia hembus nafas selepas melontar jeritan. Maleq senyum seorang diri.

“Mana kopi ek?” Nad sengaja. Buat-buat buka kabinet bawah dan atas.

Dahi Maleq berkerut-kerut. Kopi? Aik..bukan semalam isterinya ada buatkan kopi untuknya ke? Dah dua kali dia turun ke bawah dan naik semula mengadap buku yang berselerak ini. Tadi, cik isteri banyak songeh tanya mana tepung gandum. Sebelum tu gula dan sekarang kopi. Adoi!  Kaki terus keluar dari bilik keduanya. Hari Sabtu bertandang lagi. Tadi, ibu sudah menelefon. Disuruh bawakan menantu, ‘cik isteri banyak songeh’ ke rumah ibu untuk makan malam. Tubuh terus mengiku rentak ayunan menuruni tangga. Mata melilau mencari kot-kot Nadratul Nisa’ menyergahnya. Sesekali dia senyum teringatkan akan isteri sendiri. Alahai Maleq. Akhirnya berjaya juga memujuk Nadratul Nisa’. Tapi Maleq harus lebih mengenali isteri. Juga Maleq,harus perlahan-lahan memupuk kasih sayang untuk isteri.

Tubuh berdiri tegak. Memandang Nadratul Nisa’ yang menyusun cawan di dalam dulang. "Eh, kopi kat atas tu aje." Sambil bercakap, dia terus menuju ke arah tempat letak kopi, milo, Nescafe dan kelengkapan bahan minum.

"Ohhh..." Bibir muncung lagi.

Maleq terus berjalan. Menjongketkan ibu jari. Buka kabinet. Kopi kegemaran diambil. "Ni..kan ada kat sini ni. Mengada nak suruh kita datang ambilkan." Dia pusingkan kepala. Pandang Nadratul Nisa’ yang tersengih sambil angguk-angguk. Entah apa yang diangguklah ni. Kejap lagi, mesti cari garam! Jangan campur garam dalam kopi sudah.

Nadratul Nisa’ sengih. Dicapai kopi dari huluran encik suami. "Terima kasih. Hehe." Mengada manja betul!

Maleq melirik mata. Geleng kepala. Heilah...kalau begini, buku yang sedang dia susun sampai esok pun tak siap-siap. Sambil gelengkan kepala dia berjalan menjauhi si isteri. Buku lebih penting hari ini. Sebab lepas mengemas buku, dia kena memikirkan tarikh sesuai membawa isterinya berbulan madu. Ada banyak perancangan di dalam kepala. Ada benda penting yang perlu dia selesaikan untuk menguruskan Nadratul Nisa’.

Iya, mereka berdua sedang perlahan-lahan mengenali hati budi. Iya, Nadratul Nisa’ itu sedang membajai namanya di dalam hati. Perbualan hati ke hati harus berlangsung dengan damai. Dia mahu selesaikan masalah hati mereka berdua dengan bijaksana. Ibu lembut sahaja pesanannya, ‘Maleq, selesaikanlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Maleq kena bijaksana. Seperti memalu ular di dalam benih. Ular biar mati Maleq. Benih jangan dirosakkan sama sekali. Maleq sedang menabur benih kan?”

Malam tadi mana sempat dia tanya pun. Malam tadi pun Maleq….dia terkebil-kebil sambil senyum meleret sampai ke telinga.

"Err abang!" Nadratul Nisa’ memanggil lagi. Kaki cik isteri banyak songeh terus laju ke arah suami.

Kaki berhenti. Momen indah dia dan Nadratul Nisa’ terus terputus. Iskkk cik banyak songeh ni. Kacau daun betul! Terus Maleq pusingkan tubuh. Diangkat lima jari bila melihat Nad sudah mara makin dekat dengan dia. "Nad, jangan Nad!"

Nadratul Nisa menjongket. Jari jemari runcing isteri sudah mendarat atas rambut. Laju sungguh dia bertindak dan si Maleq diam keras kejung diusik isteri. Ditiup perlahan dan dikuis-kuis rambut encik ganteng. "Ni..." Nadratul Nisa' mencebik. Tunjuk sesuatu di atas jarinya. "Ada habuk atas rambut abang."

Maleq mengurut dada. Habuk dari almari bukulah ni. Kenapa habuk tak melekat kat pipi ke? Bibir ke? Dia bawa retina mata memandang wajah kesayangan, "Huh...Nad ni suka sungguhlah." Dia menyeluruhi lagi wajah isteri yang selamba badak. Buat-buat lagi jual mahal. 
"Laaaa…Nad kan tolong buangkan habuk dari rambut abang. Dapat pahala apa?” Dia angkat kening. “Tapi Nad suka tengok pipi abang merah. Hihi." Nadratul Nisa meletuskan tawanya. Dia kembali mengalihkan tubuh semula ke kabinet.

"Kalau Nad panggil abang lagi sekali...siaplah!" Ah - dia tidak boleh menahan degup jantung kalau cik isteri banyak songeh ini mengusiknya. Dia beri amaran. Tiga kali sudah dia ke bawah semata-mata mencari barang yang sememangnya Nad tahu mana kedudukannya.

"Siap apa?" Jelirkan lidah.

"Siaplah....!" Maleq tergesa-gesa keluar dari dapur. Kaki berayun mendaki anak tangga. Dia tersengih lagi.

"Haaa..siap apa?" Suara Nadratul Nisa' melantun lagi masuk ke gegendang telinga Maleq. Encik ganteng ketawa.  Gelengkan lagi kepala. Ibu, beginikah rasanya hangatnya cinta? Ibu, beginikah juga rasanya bila sudah jatuh sayang dan suka. Hati sudah sedikit lapang. Hati dia sudah sedikit Maleq curi. Mampukah lagi Maleq wahai ibu?

Sambil terus menuju ke atas, dia menjerit. Ketawa. "Siaplah abang tarik hidung cik isteri banyak songeh tu!"

“Cik isteri banyak songeh???!!!” Nad di dapur senyum sudah sampai langit. Bercekak pinggang. Jemari memegang sudu mengacau air kopi kegemaran Maleq Rafie.

“Encik ganteng!” Dia menjerit sambil mengetuk bibir teko dengan sudu.

Hahahaha. Maleq ketawa lagi. Terus meluru mencari bilik kerjanya. Rasa bahagia mula bertunas. Rasa dahulu yang ingin dia kecap bersama Nadratul Nisa’ perlahan-lahan sedang mengukir di jiwa.

:::Bab 34  Part II esok. Saja bagi entry pendek-pendek untuk membako. Sila senyum. Hahaha:::

Maleq Rafie 34 Part II

$
0
0
"Sini nak?" Maleq buka lagi sebuah laman web. Nadratul Nisa' yang duduk bersila disebelahnya gelengkan kepala. 
"Sabah....jauhnya!"
"Okey.. tengok sini." Maleq menaip. Jemari laju lagi. 
Mata Nad terbeliak melihat paparan skrin laptop si encik ganteng. Wahhh, cantiknya. "Kat mana tu?" 
"Hurmm...Negeri Sembilan!"
"Haaaa..nak-nak!" Angguk laju-laju. Bola mata bersinar-sinar.
Eleh, nak balik rumah mama dan baba lah tu. Cet. "Sini dulu!" Maleq bawa jari telunjuk ke pipinya. Tersengih-sengih dia macam kerang busuk.




“Assalammualaikum ibu.” Maleq terus meluru mendapatkan ibu kesayangan. Dipeluk lama tubuh puan Wardah. Bahunya diusap-usap lembut.

Mata puan Wardah terus mencerun memerhatikan Nadratul Nisa’ di belakang anaknya. “Waalaikumsalam. Meh masuk-masuk. Haaa…datang akhirnya Maleq bawakan menantu ibu.”

“Nad masuklah.Jom. Ibu ada buat karipap pusing tu. Siap sekali air kegemaran Maleq ibu buatkan.” Mata menjamah tubuh Nadratul Nisa’ yang lengkap dengan baju sejuk.Cuaca di Cameron Highland minggu ini memang tidak menentu. Hujan baru sebentar tadi turun mencurah-curah. Kalau baru macam Nadratul Nisa’, memesrai cuaca di sini, memanglah boleh demam dibuatnya.

“Okey tak cuaca kat sini, Nad?” Puan Wardah mula merancakkan suasana. Menantu sudah menghulurkan salam. Menantu baru sudah memeluk dia. Bahu menantunya sudah diusap lembut dengan doa pelembut hati.

Maleq sudah duduk. Buat-buat muka seposen. Capai akhbar dan membiarkan isteri dan ibu mengecap silaturrahim. Air kopi kegemaran dia sudah tersedia. Karipap pusing inti kentang yang dia minat pun ada. Waaaa….ini sudah nikmat. Heaven betul kalau kopi bercampur karipap. “Ibu buatkan karipap pusing ajelah. Tak payah masak berat-berat. Nad tu tak makan nasi malam-malam. Katanya diet. Haaa..jangan lupa buatkan Maleq air kopi!” Dia sampaikan pesan terus ke ibu.

Retina mata milik si gadis memerhati teko berisi air. Aroma pun dia sudah tahu. Ini mesti air kopi. Haih..satu hari dah berapa kali minum kopi. Encik kopi betul. “Habis tu kau panggil suami kau, encik gantenglah ya?” Suara Bib pagi tadi buat dia ketawa. Ala hanya dengan Bib, dia boleh mencurah rasa. Walau Bib itu laser mengalahkan peluru berpandu.

Angguk. Pipi merah lagi. “Iyalah…oh encik ganteng! Hahahaha.” Dia ketawa. Menambah lagi rencah menyuruh si Bib suka. “Pun aku panggil suami aku dengan gelaran baru encik kopi. Maleq Rafie peminat tegar kopi tau.”

Bib ketawa lagi. Berdekah-dekah. “Ehem-ehem...aku doakan projek kau dan Maleq berjaya. Kahkahkahkah.”

Eeee, harus diketuk kepala kuning si Bib ini. Terus dia letak telefon. Paling terkujat bila pagi tadi, tiba-tiba Maleq berdiri memandang dia sambil angkat kening. “Siapa call tu?”

Garu dagu sendiri. “Errr..Bib!”

Dia tersenyum-senyum. Terus mata menatap ibu yang menanti perbualan bersambungan, “Dah bersin-bersin waktu mula datang dulu.” Sengih. Mata menyeluruhi pula rumah separuh batu dan papan milik ibu mertuanya. Kemas sahaja atur letaknya. Dia sudah duduk. Bertemu empat mata akhirnya dengan ibu mertua. Dia ramas-ramas jemari sendiri. Ah – waktu mula-mula datang memang dia tahankan diri dari demam. Pakai baju berlapis-lapis kalau waktu malam. Tubuh serasi tidak serasi juga. Masuk fasa bergaduh dan berperang dengan Maleq, semuanya sudah tidak dia endahkan.

Sekarang pula, baru dia rasa kesejukan negeri Tanah Rata ini mencucuk ke tulangnya. “Ni minggu ni Nad rasa semacam pulak sebab hujan kerap sangat.”

“Haaa Maleq!” Puan Wardah yang sedang duduk mengejutkan si anak kesayangan.

“Ya bu!” Suratkhabar terus dia tutup. Terkebil-kebil. Maleq merenung Puan Wardah.

“Beli banyak sikit baju sejuk. Hujannnn…” Puan Wardah tersengih. Mendalam maksudnya. Dijeling si anak bujang yang sudah jadi suami orang. Hati tidak henti-henti ucap syukur. Bibir tidak lekang ucap Alhamdulilah. Kalau Maleq sudah membawa Nadratul Nisa’ ke sini, bermakna pesannya sudah berjaya. Bermakna hati isteri sedang Maleq pegang. Maleq anak yang mengikut kata dan pesanannya. Itu satu yang selalu menjadikan dia kagum dengan kesungguhan Maleq. Dia simpati, dia empati. Sebagai ibu, hanya pesanan terbaik. Hanya doa dia titipkan.

Nadratul Nisa’ betulkan duduk. Mula rasa canggung. Dicapai karipap pusing. Dikunyah perlahan-lahan. Belum serasi lagi diri. Belum mengenali ibu mertua dengan lebih dalam lagi. Tapi dia tahu, Puan Wardah ini baik orangnya. Puan Wardahnya cakapnya berlapik dan selalu sampaikan pesan.

Yang penting, Maleq anak lelaki kesayangan Puan Wardah. Maleq satu-satunya buah hati pengarang jantung. Kalau zaman kecil dahulu, dia mana mahu berbual-bual dengan Puan Wardah. Datang ke rumah baba pun sekejap sahaja. Dia akan terperuk duduk dalam bilik abang-abangnya atau tidur sahaja.

“Dah beli. Ada banyak bu.” Maleq capai secangkir kopi. Asap berkepul-kepul. Sesi memanaskan badan dengan kopi buatan ibu sedang meruapkan tubuh. Sesekali mata menjeling-jeling cik isteri.

Si ibu mahu mewarnakan rumahnya malam ini. Kali ini tidak mahu selindung. Dia mahu rapatkan lagi hubungan dua hati. “Haaa…bawaklah Nad honeymoon. Kat sana nanti bolehlah pujuk-pujuk lagi Nadratul Nisa’!”  Haaa kau, terus panggil nama menantu dengan nama penuh.

Burrrr…Kopi yang baru masuk ke dalam bibir terus termuntah sendiri. Air terasa lebih panas. Peritnya air kopi di tekak oiii! Maleq terus letak cawan. Kelam kabut Nadratul Nisa’ mencari tisu. Karipap yang sedang Nadratul Nisa’ kunyah terus melekat di dalam kerongkong. Terburu-buru dia membantu Maleq. Cawan diletak sampai mahu rebah dibuatnya. Cik cawan dan cik piring pun tahu blushing!

Puan Wardah ketawa.

Tawa meletus lagi bila melihat pipi si anak dan menantu baru memerah. Maleq garu kepala. Dia kesat-kesat bibir dengan tisu. Adoi ibu ni. Nasib baik bukan dia makan karipap. Mahu tercekik encik karipap dalam anak tekaknya nanti. “Iskk ibu ni!” Maleq kawal resah. Dalam elok-elok beri nasihat diam-diam, ini main redah beritahu apa perlu dia buat lagi. Eee, malu-malu!

Nadratul Nisa’ kembali duduk. Dia nampak dulang kosong di atas meja. Otak ligat mahu melarikan diri dari perbincangan suami dan ibu mertua. Amboi ibu mertuaku yang satu ini. mulutnya tiba-tiba takdeinsurans pulak.

Dia bangun cepat. Mengambil dulang kosong. Cawannya yang masih terisi air kopi diangkat pergi bersama-sama dulang. Cepat-cepatlah Nadratul Nisa’.

Masuk ke dapur. Dia lihat pinggan mangkuk belum berbasuh. Haaa…selamat. Selamatlah membasuh pinggan mangkuk wahai Nadratul Nisa’. Ibu mesti balik dari kedai cenderahati tidak sempat mengemas dapur. Suara dan ketawa si ibu mertua terus mengganggu gegendang telinga. Maleq di ruang tamu sana membalas juga menjawab. Dia pegang telinga. Agaknya sedang merah cuping telinganya dengan topik-topik dari Puan Wardah.

Dia lipat lengan baju kurung yang sudah tebal dengan baju sejuk. Tudung dia selimpangkan ke bahu kiri. Sesi membasuh pinggan mangkuk kini bermula. Sabun mula bersatu dengan jemari. Sesekali angin sejuk memeluk dirinya. Tiba-tiba terasa sahaja jemari kasar Maleq di pinggangnya. Bila menoleh, tidak ada. Hanya halusinasi. Dia senyum. Sambil membasuh, senyum Maleq suaminya melekat-lekat di hujung mata.

Sambil membasuh pinggan mangkuk ini juga, terasa pipinya diciumi.

Hangat. Seri pengantin baru menjalar-jalar menyelubungi diri. Cinta dan kasih sayang sedang bersemi. Sudu, garfu, mangkuk plastik, cawan, piring terus menjadi saksi. Dia senyum dan terus melakar pelangi di hati. Sampai sudah. Sehingga selesai tugasnya membasuh pinggan mangkuk. Ditangkup ke dalam bakul yang tersedia. Dilap kabinet cantik milik ibu mertuanya. Fikiran melayang-layang pergi. Sentuhan sang suami tambah memberi cinta. Rencahnya meski lewat tapi makin diterima.

Adakah benar Maleq sudah menerima kemaafannya? Maafkah abang dengan Nadratul Nisa’? Nadratul Nisa’ memalu nama suami. Cuba memadam kenangan dengan Tan Jie Kang. Dia cuba. Dia boleh!

“Hei…” Lembut suara Maleq di cuping telinganya. Pinggang Nadratul Nisa’ disentuh. “Senyum sampai tak perasan abang langsung!”

Nadratul Nisa’ mengelap-ngelap kabinet. Sengih senget. “Eh…”

“So?” Tiba-tiba Maleq bertanya.

“So apa?” Dia pandang jemari Maleq yang masih melekat di pinggangnya. Hei, ni rumah ibu. Bukan rumah kita. Bukan okey?

“Nad kena pilih. Abang rasa-rasa macam dah bosan kalau bawakan Nad jalan-jalan kat sini. Kita cari tempat honeymoon lain ya?” Maleq senyum. Dia letak cawan dan piring karipap yang sudah kosong. Proposal ibu berguna juga ya. “Bawalah si Nad jalan-jalan tempat lain. Cari tempat tenang sikit. Baru Maleq boleh bincang. Kan? Hati ke hati. Orang perempuan ni Maleq suka kalau suami bawa jalan-jalan, belikan hadiah selalu.”

Terkebil-kebil dia. Ibu pula lebih tahu selok belok dunia kewanitaan berbanding dia. Alahai malunya. Haruslah lepas ini, dia pergi mencari buku. Atau paling tidak, pasang ceramah ustaz Azhar Idrus. Dia hanya ingat mahu membawa Nadratul Nisa’ keliling Cameron Highland saja. Ibu juihkan bibir, “Apa barang jalan-jalan kat sini. Dah hari-hari Maleq dengan Nad kat sini. Dua bulan lagi ke barulah jalan-jalan sini. So boring!” Ibu sudah speaking London.

Dia hanya berhehehe saja depan ibu. Tepuk dahi sendiri sambil berjalan ayunkan kaki ke dapur.

Kening Nadratul Nisa’ sikit lagi mahu bercantum. Dahi berkerut pandang piring yang diletakkan Maleq. “Aik? Enam keping dah habis?”

Angguk. Sengih. “Peberet ni. Hehe. Inti kentang letak daging. Ibu ada tapaukan untuk Nad. Nanti dalam kereta kita sambung makan lagi. Kita pergi honeymoon ya?”

Diam. Langsung dia terus membisu bila bibir Maleq sudah melekat di pipi kirinya. Terus si encik ganteng, ke depan. Nasib baik perasan si ibu sedang menuju ke dapur.

***
Hanya radio menjadi penghubung. Malam Sabtu di Cameron Highland terus padat dengan pelancong. Lampu neon jadi tarikan. Pasar malam di Brincang masih bernyawa. Tradisi disambung hari ke hari. Ah – mata dia baru sedar mengenai kerancakan dan cantiknya suasana malam di sini. Selepas hampir dua bulan dia di sini, barulah dia mampu menghirup kesegaran udara waktu malam di Cameron Highland. Bau hujan yang baru berhenti beberapa jam tadi, rasa wanginya masuk ke dalam rongga hidung.

“Haaa…nanti kita berdua sajalah. Cik isteri banyak songeh dan encik ganteng!” Suara Maleq mengejutkan.

Nadratul Nisa’ telan air liur. Maleq suka sangat menyebut dia sebagai ‘cik isteri banyak songeh’ dan 'cik isteri banyak songeh’. Eeeee…..tak suka. Tak suka!

“Abang dan Nad. Boleh buat apa sahaja berdua. Kan? ”

Nadratul Nisa’ pandang ke depan. Gulp. Dia mula rasa sesak nafas. Apa kena dengan Maleq di dalam kereta ini? Ibu bagi ubat senyonyong ke dekat Maleq?

“Nad nak rumah atas pokok? Abang boleh carikan. Kalau nak honeymoon kat air terjun pun abang boleh carikan. Kalau nak pergi panjat gunung Kinabalu pun abang sanggup bawa.” Maleq menjeling si isteri. Dia ketawa melihat reaksi isteri. Haha. Geli hati sungguh melihat pipinya yang merah itu.

“Rumah atas bukit ke. Sekeping Serendah atau Sekeping Tenggiri pun best. Sejuk aje kat sana walau kat tengah-tengah Bandar. Awan Mulan kat Jelebu pun syiokkk. Tanah Aina dekat sikit dengan kita. Kita pergi ya?” Maleq menambah rencah. Sengaja dia mahu melihat persetujuan isteri.

“Setuju tak?” Maleq memusingkan stereng. Honda Stream meluncur laju. Membelah kesibukan jalan raya. Kereta mahu mendaki menaiki bukit kawasan ladang dan banglonya. “Haaa…kawan abang ada cakap ‘The Dusun’ pun cantik. Nad pilih. Abang akan senaraikan. Okey tak?” Jungkitkan kening.

“Errrr..” Hujung baju kurung digentel-gentel. Nadratul Nisa’ garu kepala. Dia menelan air liur. Gurau senda Maleq harus dia raikan. Malu harus dia letak ke tepi. Nadratul Nisa’ bukankah sedang menganyam cintanya untuk Maleq Rafie? Nadratul Nisa’ bukankah juga sedang melilit nama encik ganteng di dalam jiwa. “Kat rumah berhoneymoon pun dah lebih dari cukup!” Haaa – akhirnya bibir menjawab tepat dan padat.

Nadratul Nisa’ terus memandang Maleq yang terus terdiam. Dia ketawa.

“Okey…okey!” Dia tarik jemari cik isteri. Dikucup lembut setiap jari isteri. Mata masih fokus dengan jalan raya. “Tapi…”

Kaget. Nadratul Nisa’ jadi malu bertambah segan bila Maleq menyerlahkan sifatnya terang-terangan sebegini.  Suara Maleq terus buat dia termangu tanpa kata. “Tapi kan lagi best kalau kita pergi honeymoon. Lebih afdal. Lebih syiokk untuk kita berdua yang baru kahwin. Kehkeh.” Ketawa nakal Maleq bergema lagi. Dah serupa samseng Kampung Dusun Maleq oi!

“Tapi…” Dia bertapi-tapi lagi. Jeling Nadratul Nisa’ yang sedang mengembungkan pipinya. “Kat rumah memang dah lebih dari cukup pun!” Dia makin nakal mengusik lagi isteri tersayang.

Tubuh Nadratul Nisa’ terasa terapung-apung. Nafas rasa berhenti. Dia jelirkan lidah. Pipi berganda-ganda merah. Rasa malu menyebak dada. Cerita malam semalam, sesi dia memujuk si encik ganteng rasa tidak mahu dia ulangi. Cukuplah! Cukuplah sekali! Mahu sahaja dia sorokkan muka di dalam baju sendiri.

“Pandai ya Nad pujuk abang.” Maleq menutup mulut dengan jemarinya. Senyumnya dia sembunyikan. Kelakar betul melihat Nadratul Nisa’. Punggungnya macam panas semacam aje.

Huwaaa. Nad rasa mahu menangis.

Maleq ketawa mengekek-ngekek. Secara rasminya, peha dia tiba-tiba menjadi mangsa cubitan. Dan secara rasmi juga ditarik jemari isteri masuk ke dalam kocek baju sejuknya. Dia terus fokus memandu. Sebelah tangan pegang stereng. Berlagak macho ala-ala hero filem Hollywood.

Nadratul Nisa’ menelan air liur. Mengembungkan lagi pipi sendiri. Entah kenapa bila Maleq menunjukkan rasa romantisnya begini, dia hanya boleh menutup malu dengan mengembungkan pipi sendiri. Dia hembuskan nafas macam duduk di Kutub Utara. Sekali lagi menarik nafas dan mengembungkan pipi sendiri.

Jemari dia yang kini berada di dalam kocek baju sejuk Maleq terasa terus sejuk.

“Nad tahu tak?…abang rasa macam mimpi!” Dia terus membawa rasa yang sudah mula bertunas di hati. Maleq sudah mahu berkongsi rasa hatinya. Nadratul Nisa’ mesti tahu. Isterinya wajib maklum akan kehadiran ‘luka’ yang pernah terbit di hatinya.

Jeda. Dia terkedu. Entah rasa sayu menghubungkan jiwa. “Abang harap sangat-sangat abang bukan yang kedua dalam hati Nadratul Nisa’.”

Dia menoleh. Sebak melihat Maleq yang tiba-tiba berubah emosinya. “Tapi selagi terdaya, abang akan cuba bahagiakan Nad. Cik isteri banyak songeh, cintai juga abang ya? Seadanya.”

Nadratul Nisa’ menelan air liur. Retina mata memerhatikan wajah tenang Maleq. Bibir Maleq menyantuni jiwanya, “Nad boleh kan untuk mencintai abang?”

Air mata menitis. Air mata tiba-tiba mengalir pilu menghenyak pipi. Dia tahu akan dosanya. Dia tahu akan usaha yang sedang Maleq cantumkan untuk perkahwinan mereka. Dia angguk. Menyeka air mata.

“Hei encik kopi!” Nadratul Nisa’ gigit bibir.

“Hmm…” Dahi keluar tanda soal. Heh…encik kopi? Maleq hamburkan ketawa. Dari beremosi, hati sudah bertukar warna. Ceria!  “Encik kopi?” Dia keluarkan kembali jemari Nadratul Nisa’ dari baju sejuknya. Ada jugak yang terbabas masuk hospital malam ini nanti.

Angguk. Air mata sebak sudah kering. Dia senyum. “Iya, encik kopi. Abang panggil Nad cik banyak songeh. Jadinya Nad mesti ada nama pena untuk abang jugak. Baru adil.”

“Ehh..mana adil. Encik ganteng dan encik kopi. Dua nama untuk abang. Nad satu aje…cik banyak songeh!” Ah – tunjuk perasaan. Mana keadilan! Ini tidak adil! Ini tidak adil!

“Apa pulak. Suka hatilah!” Dia menebar suasana syahdu dan emosi Maleq jauh-jauh. Kalau boleh, dia tidak mahu Maleq bersedih hati dengan kenangan yang dia taburkan di awal perkahwinan mereka berdua. Jangan. Jangan. Nanti dia sedih.

“Cik seksi!” Maleq terus ketawa. Hanya dia sahaja yang tahu kenapa nama berkenaan tiba-tiba terpacul di kepala. Maleq berdekah-dekah ketawa.

Eeeeee…….dia sudah malu! Nadratul Nisa’ gigit bibir Rasa mahu dia cubit-cubit pipi si encik ganteng!  “Sesuai apa. Encik ganteng dan cik seksi. Hahaha.”

Eeeee….eeeeeee…Nadratul Nisa’ kembungkan semula pipinya. Sudah tidak mampu menahan usik-usikan si suami. Nadratul Nisa’…dia menjeling Maleq. Mata redup memerhati jemari runcing suami di stereng kereta.

Dia tarik nafas. Hari ini dia rasa semacam. Dia rasa rentak dan paluan jantung satu sahaja menuju cinta halal yang penuh bermakna. Dia rasa makin tenang dan bahagia.

Maleq senyum. Suara kedengaran tapi dibuat ala berbisik-bisik. “Sila jawab soalan-soalan abang malam ni ya cik seksi!” Buahahaha. Dia ketawa lagi dan lagi.

 :::Musim kedua, kisah cinta Maleq Rafie bersemi!:::

Maleq Rafie 40 Part I

$
0
0
Hati kembali menjadi kecil. Air mata kembali menjadi teman. Dia rasa terbuang dan rasa dipinggirkan semenjak hadirnya Marsha di rumah ini. “Abang ngah!” Pintu diketuk bertalu-talu. Suara itu lagi. Menganggu lagi dan lagi!

Gebar terasa ditolak. Katil sebelah terasa ditinggalkan Maleq. Suara Marsha memanggil lagi. “Marsha buatkan kopi. Mehlah join. Best tau kopi yang Marsha buat ni. Bukan selalu dapat minum kopi yang Marsha buat.”




“Haaa…surat dari Tan Jie Kang ni genap dua tahun perkahwinan kau baru aku akan bagi.” Bib memasukkan surat berkenaan di dalam sebuah buku. Tulisan cina di atas sampul surat dibelek-belek. Sudah lama dia simpan. Sudah lama juga surat ini menjadi teman laci dan bukunya ini. “Lama lagi kan dua tahun tu. Kira aku simpan ya.”

Sebelah jemari menggosok-gosok mata. Bib ini kenapa? Bib ini buang tebiat apa?

Nadratul Nisa’…dengar sini ya! Bib itu baru memecahkan rahsia. Bib itu baru bercerita. Cuba dengar betul-betul ayatnya. Nadratul Nisa’ tidak menjawab. Sebaliknya diam mendengar suara Bib. Kenapa kau cerita mengenai Tan Jie Kang ya?

“Ni amanah dari orang Nad. Apa-apa kau pandai-pandai jawab dengan suami sendiri. Kau kena cerita dengan dia. Tau!.”

Diam. Pegun. Nama itu lagi bermukim di hati. Bib ini kenapa? Arahan apa yang sedang Bib berikan ini ya?

“Yang penting aku tak tahu mana Tan pergi. Mana duduknya dan keadaan dia sekarang. Satu perkembangan positif untuk kau agar terus tak jumpa dengan dia.” Bib sesekali memerli. Tersengih-sengih dia seorang diri. “Nad oi! Aku bukan nak keruhkan hubungan kau dengan Maleq. No. …sebaliknya aku tahu yang kau dan Maleq dah okey. Kan?”

Angguk. Mata merenung ladang bunga mawar yang terhidang. Indah. Kata-kata Bib sudah lali di gegendang telinga. Perli dan sesekali pedas berapi dia sudah boleh terima. Katalah apa sahaja Bib.

“Tan dah pergi Nad. Aku tak tahu dia pergi mana. Kita doalah dia baik-baik. Sebenarnya aku rasa perlu untuk kau tahu mengenai amanah ni. Paling penting kau nak terima atau tak surat ini. Lebih baik aku beritahu awal-awal dan lebih baik kau berikan keputusan untuk aku ni sebagai pemegang amanah jalankan tanggung dan jawab.”

“Kau cakap apa ni Bib?” Dahi berkerut-kerut. Tanda soal mula terbang melayang-layang.

“Kau nak atau tak nak? Kalau tak nak, aku buang.”

“Kau kata genap dua tahun perkahwinan aku kan? Mestilah aku nak!”

Bib ketawa. “Ada hati juga kau ya. Hahaha.” Mata Bib melirik lukisan di dinding. “Kau okey kan kat sana, Nad?” Dia tidak boleh menutup soalan-soalan di dalam benak. Nadratul Nisa’ sahabat dunia dan akhiratnya. Soal rumahtangga kawannya ini, biarlah diselesaikan sendiri oleh Nadratul Nisa’. Dia yakin yang Maleq itu lelaki baik. Dia juga yakin jodoh Nadratul Nisa’ telah tertulis dan terukir dengan nama Maleq Rafie. Ala, lambat laun Nad mesti boleh melupakan dan melenyapkan nama pemuda cina berkenaan.

Tapi keyakinannya kadang-kala sedikit menipis bila terpandangkan surat di dalam bukunya ini. Apa isinya ya? Apa pesan Tan Jie Kang untuk Nadratul Nisa’ ya? Nadratul Nisa’ di sana bahagiakah dengan Maleq Rafie si encik ganteng itu?

“Alhamdulilah. Aku semakin okey. Ladang mawar pun bertambah baik. Bila kau nak datang sini Bib? Bolehlah membantu aku tanam pokok.” Mata menyeluruhi ladang yang semakin membiak segar. Para pekerja sedang tekun membuat kerja. Dia beruntung. Untung sungguh kerana jejakkan kaki ke kawasan ladang yang sudah bertunas. Tidak perlu bersusah payah keluarkan modal dan berjerit perih mencari sumber seperti peladang yang lain.

“Maleq okey juga kan?” Bib mengasak.

“Pun okey. Dia baik. Macam aku kata, kalau tetiba aku rapuh selalu. Termenung selalu dia akan sergah suruh baca Al-Quran.” Mengaku dalam tawa. Jujur sungguh kau Nadratul Nisa’. Senyum Maleq kini menghiasi tubir mata.

“Rapuh?” Mata membulat bagaikan guli. Sudah dia jangka. Mahu saja dia letak telefon kala ini. Alahai Nadratul Nisa’, cincang empat belas hati tu boleh tak? Mari aku lumat-lumatkan nama Tan Jie Kang itu.

“Bib…” Kaki Nadratul Nisa’ berayun perlahan-lahan. Dia sedut udara. Bayang senyum suami sekali lagi di hujung mata. “Rapuh tu kadang-kadang ujian kan?” Sudah lama dia memendam. Entah kenapa dia terasa berdosa. Hiba, sedih yang selalu di hati selalu dia tahan seorang diri. Kalau ketawapun…sebenarnya hati menangis siapa yang tahu? Hati sedang bergerimis pun siapa mahu tanya?

“Aku sedang dengar Nadratul Nisa’.” Dia setia menadah telinga. Nadratul Nisa’ ini kan lurus bendul orangnya?

Air mata entah kenapa perlahan-lahan menjadi teman pipi. Nadratul Nisa’ kesat dengan hujung jemari. “Hati aku kadang-kadang tak sekuat mana Bib. Mana mungkin aku boleh lupakan dia, Bib.” Dia sudah teresak-esak. Sakit Bib! Sakit!

“Maleq tu baik sangat-sangat sampai aku terkadang rasa dia entah malaikat yang datang untuk aku. Tapi Bib..” Kaki langit yang biru menjadi teman mata. “Kalau aku nampak kolam kat hujung sana tu Bib…aku sentiasa nampak yang aku sedang memancing dengan dia. Berbual-bual dengan dia. Bergelak ketawa dan sama-sama jatuh ke dalam kolam.”

Kolam tenang di hujung ladang selalu menjadi tempat dia duduk seorang diri. Kalau terasa beban dengan masalah ladang, dia akan berjalan seorang diri ke kawasan kolam.  Hakikat yang tidak boleh dia benamkan ke mana-mana. Kalau semasa perjalanan di dalam kereta, terpandangkan kolam kecil itu pun dia akan nampak sebuah sampan. Duduknya dia dan Tan Jie Kang. Sedih Bib..Pilunya hati aku ini tidak pernah sekali berganti dengan mana-mana kenangan.

Ironinya jiwanya kosong. Meski hakikatnya sang suami itu sedang dicintai. “Aku masih ingatkan Tan Jie Kang, Bib. Aku masih ingat dia. Masih aku terkenangkan dia. Mana dia pergi selama ni.. Bahagikah dia dan segalanya tentang dia. Berdosanya aku Bib. Jahatnya aku kan?”

“Kau cintakan Maleq kan? Hati kau rapuh apapun aku tahu kau sekarang sayangkan dia kan?” Bib kini mendekatkan dua hati. Dia senyum.

Angguk. Apa lagi yang meski dia nyatakan. Kalau kata dia terpaksa mencintai Maleq itu penipu juga. Pembohong namanya kalau dia tidak cintakan Maleq. Pendusta namanya kalau dia tidak kasihkan Maleq.

“Jangan tamak Nad. Jangan. Allah swt sebenarnya sedang menguji sejauh mana setia kau dengan suami. Syurga kau, kasih sayang kau, hati kau dan perasaan kau. Itu semua syaitan yang sedang bolak balikkan hati kau, Nad.”

“Kalaulah aku boleh belah tubuh aku ni kan? Bahagikan dua. Kan bagus?” Perbualannya dengan tawa yang dibuat-buat. Nadratul Nisa’ segera beristighfar. “Allahuakbar. Isteri apa aku ini, Bib? Jahatnya aku.”

Dia memaku kaki. Memejam mata. Pergilah kenangan. Pergilah. Kenapa hari ini, dia boleh teringatkan semua itu? Kenapa?

“Nadratul Nisa’, Allah sedang hantar ujian. Allah sayangkan kau. Sebenarnya ujian ini diletak ke bahu kau sebab kau mampu galas. Dengan cinta kau untuk suami, aku rasa kau sedang layak duduk di syurga. Tapi Dia sedang menguji setia kau Nad. Pilihan di tangan kau kini Nad.”

Angin berhembus perlahan-lahan. “Tidak ada cinta yang sempurna. Masakan dengan mana-mana lelaki yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tapi yang sempurnakan cinta itu..” Bib kini menggalas status teman berjiwa syurga. Dia mahu membantu sahabatnya ini. “…ialah antara kau dan dia yang bergelar suami.”

Angin memeluk tubuh. Zaqwan di hujung sana sedang memberikan arahan kepada para pekerja. Maleq bukankah sudah berpesan. Pesannya ringkas memalu jiwa “Abang perlukan Nad untuk ke syurga. Nad juga sama perlukan abang. Rumahtangga itu atas dasar kasih sayang dan ikutan sunnah untuk kita ke syurga.”

Suara Maleq tembus lagi ke dalam jiwa. “Abang ada kekurangan. Abang bukan yang sempurna juga.”

Air mata dia kini merembes-rembes ke pipi. Nad juga abang. Nad juga kini bukan sempurna sesiapa. Nad juga perlukan abang untuk ke syurga. Bantulah Nad. Bimbinglah Nad.

“Terima kasih Bib. Aku hanya titipkan doa untuk dia. Agar dia bahagia dengan apa yang sedang dia jalani. Esok dan sampai bila-bila, aku cuba…”

“Cuba lupakan dia ya?” Bib senyum. Susah sungguh mengasak si Nadratul Nisa’ ini. “Errr..” Bib garu kepala. “…dan surat ni Nad?” Bib gigih lagi memaksa hati sebenar si kawan. Haihlah bodoh kau Bib. Buatnya Nadratul Nisa’  ‘rapuh’ dengan tiba-tiba, kau nak jawab apa ya?

“Kau buanglah.” Dia sudah buat kata putus.

Jemari membuka kembali buku. Diteliti tulisan tangan Tan Jie Kang. Cantik. Sampulnya berwarna merah. Diselitkan kembali dan dia tutup perlahan-lahan. “Baiklah. Aku akan tamatkan riwayat surat ni sekejap lagi.”

“Mungkin sudah memadai untuk aku ada kenangan dengan dia. Sampai kau marah-marahkan aku macam mak tiri kan?” Tawa bersisa. Kenangan bertamu lagi.

“Ek eleh…alih-alih, kau juga cari aku Nad untuk bagi nasihat percuma. Berbuih dah mulut aku ni tau. Setengah jam kena bayar Ringgit Malaysia dua ratus tau!”

Bibir herot ke kiri. “Ishh..mahalnya.”

“….dan Nad!” Bib ketap bibir.

“Iya Bib. Dan apa?” Mata Nadratul Nisa’ terkebil-kebil. Tubuh seorang gadis menjelma di hujung pejabat kecilnya. Siapa itu? Siap melambai-lambai penuh mesra.

“Memadai doakan Tan Jie Kang beriman. Peluk Islam. Dia bahagia dan kau bersama Maleq juga bahagia. Aku doakan kau bahagia sampai syurga ya kawan!” Bib senyum. Laci almari soleknya dia tutup. Biarlah dia sahaja yang tahu mana simpan dan letaknya surat ini. Kalau Nadratul Nisa’ sudah membenarkan untuk dia tamatkan, maka dia akan lakukan. Tapi aku ini Nad, hati kecil sungguh mahu tahu akan isinya ini. Buang Bib! Buang! Berdosa tidak minta kebenaran pemunya surat ini.

“Terima kasih Bib. Eh..”

“Haa..apa eh-eh?”

“Aku ada tetamu ni Bib. Kita borak lain kali ya?”

“InsyaAllah. Whatsapp pun boleh kalau kau free. Assalammualaikum Nad.”

Nadratul Nisa’ ketawa. Tubuh tinggi lampai si gadis makin mendekati dia. “Aku tak free. Layan laki dua puluh empat jam.”

“Auwwww. Hahaha. Gatal kau Nad!” Bib sudah menjerit. Ketawa memecah kesunyian. Iphone segera Nadratul Nisa’ masukkan ke dalam kocek baju kemeja besarnya. Jemari cepat-cepat dia kesat ke kemeja.

Tubuhnya kini tiba-tiba dipeluk seseorang. Dia terkedu. Pegun rasa kaki memijak bumi. “Hai kak ngah. Assalammualaikum kak ipar Marsha.” Pipi sudah dicium. Automatik jemari membalas huluran salam Marsha.

“Waalaikumsalam. Ni Marsha kan?”

“Hmm..iyalah. Marsha. Adik yang tak dapat hadir ke majlis kahwin abang ngah dan kak ngah. Dah berbulan-bulan. Mesti pelik kan?” Marsha dengan cermin mata hitam menggosok-gosok hidung. Mata menyeluruhi gadis pilihan ibu untuk abang kesayangannya. Kak ngah ini pun kata ibu, sudah pilihan abang Maleq. Hari ini barulah dapat dia bertentang mata.

“Kenapa tak balik?” Cuba memesrai. Kaki sudah berayun sama rentak ke pejabat.

“Marsha ada kerja sikit. Masa kenduri, presentation projek dan jadual final pun sangkut masa majlis abang ngah. Abang ngah kata tak payah balik. So, Marsha pun malaslah. Tengok gambar pun dah okey.” Penipu sungguh Marsha. Walhal tiket bas sudah abang ngah poskan. Bila saja tahu yang abang kesayangan akan berkahwin, dia mogok duduk di rumah kawan. Peperiksaan bukan masa hari majlis pun. Kalau mahukan tiket kapal terbang pun, abang ngahnya boleh uruskan.

Sepatutnya dia awal memunculkan diri, tapi lebih baik dia ke Langkawi mengkut Sheila, Timmy dan Rose. Hati bengkak bernanah sebenarnya dia tahankan sahaja. Sampai hati abang ngah ambil keputusan mengahwini seorang wanita yang dia tidak kenal.

Lenggok kakak ipar dia perhati. Mampukah kak ngahnya ini mengemas baju, melipat baju dan menggosok baju seperti yang selalu dia buatkan?

Selektif. Dia sendiri yang sudah berjanji dengan abang ngah untuk memilih calon kakak ipar sendiri. Biar sama citarasa macam dia. Biar sama jenis kemasnya seperti Marsha. Abang ngah yang setuju. Abang ngah kan pembersih serba serbi seperti dia. Kak Nadratul Nisa’ ni boleh ke?

“Marsha…Marsha.” Panggilnya sudah masuk tiga kali.

“Haa…ya. Ya!” Sengih. Cermin mata hitam sudah di atas tudung yang melilit leher.

Nadratul Nisa’ mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Dia pandang jam di dinding. Maisarah sudah menghilang ke ladang membantu Zaqwan dan rakan-rakan. “Kita naik ataslah. Marsha pun baru sampai. Mesti penat. Bolehlah rehat-rehat. Tetamu datang ni kita kena raikan.”

Angguk. Dia memerhati lagi. Jemari Nadratul Nisa’ terus menyeluk poket kemeja. Iphone dia keluarkan.

“Eh kak ngah. Kak ngah nak call abang ngah ya?” Marsha memeluk tubuh. Mata cepat sungguh memerhati tingkah kakak iparnya. Kalau dulu hanya berbual dua kali sahaja di dalam telefon. Kali ini, mereka sudah bertentang mata.

“Ya. Nak cakapkan yang Marsha dah sampai. Mesti abang ngah suka. Kata abang ngah Marsha sampai esok. Itu yang baru akak nak call ni.” Jemari runcing Nadratul Nisa’ memasukkan password. Pantas.

Marsha mendekati almari. Melihat susunan gambar kenangan antara Maleq dan kakak iparnya yang dibingkaikan. Marsha herot bibir ke kiri. Ala, setakat The Dusun. Dia pun pernah pergi. Pergi dengan abang ngah dan ibu. Lagi syok. “Tak payahlah kak ngah call abang ngah. Marsha dah call tadi. Dari dalam bas dah berborak panjang. Abang ngah on the way tu. Jomlah naik. Tak sabar Marsha nak tengok rumah abang ngah. Rindu!”

Mata merenung wajah selamba Marsha. Nadratul Nisa’ rasa lain macam hatinya. Entah kenapa degup jantungnya lain dari biasa. Iphone perlahan-lahan dia masuk ke dalam kocek kemeja. “Okey. Kita naik dulu. Marsha tunggu kat luar ya. Kak ngah nak sampaikan pesan kat Maisarah dan Zaqwan.”

“Ermmm..” Marsha peluk tubuh. “Okey.” Senyum meleret sampai ke telinga. Boleh tahan cantik kakak iparnya ini. Patutlah abang ngah suka. Takpe, kita tengok siapa sebenarnya yang abang ngah sayang.

Nadratul Nisa’ terburu-buru keluar. Retina mata terus mencari Maisarah dan Zaqwan. Marsha meletakkan kembali cermin mata ke atas hidung mancungnya. Kaki mengikut langkah kakak iparnya.

“Huh…”  Bibir bawah sudah menggelebeh ke bawah. Susuk tubuh kakak ipar di hadapan yang sudah beberapa meter direnung dalam-dalam. “Kita tengok siapa. Marsha atau Nadratul Nisa’? Yang penting Marsha sudah ada tiket. Tiket di mata abang Maleq.” Sinis. Dia senyum sambil gigit bibir.

:::Sedihnya saya dan tamatkan cerita ini. Satu bab lagi esok sebelum saya tamatkan kisah ini bi blog. Marsha in the house. Hehe. Apepun, plot Marsha perbualan telefon antara Nad dan Marsha sebelum ini akan saya ubahsuai sikit. Terima kasih semua setia menunggu si encik ganteng dan cik seksi:::

Maleq Rafie 40 Part II (Akhir di blog)

$
0
0

“Akhtar!”
“Haaaa..”
“Kau tak nak kahwin lagi ke?”
Geleng kepala. Jemari mengusap lembut rambut si anak dara. Permainan yang Bahtiar baru saja beli dan hadiahkan kepada anaknya sudah menjadi kawan.
“Kau nak aku carikan?” Bahtiar sengih. Isteri dia di dapur sedang memasang telinga.
“Kesian tau Nisa. Dia pun nak ada mummy kan?” Suara Nani di dapur menggamit. Menambah rencah si suami.
Akhtar senyum. Hanya senyum. Itu sahaja yang dia mampu selain menelan kenangan yang sukar dia padamkan dari ingatan.
“Kalau korang berdua boleh carikan aku mummy yang sama nama macam anak aku.” Akhtar memandang wajah sahabat baiknya. “Aku akan setuju!” Titik. Dia senyum.
Pulak dah!

“Kak ngah, baju ni salah letaklah. Bukan kat sini.” Suara Marsha memetir. Dia memerhati susunan yang bukan kebiasaan di mata. Kalau selalunya, bercuti semester dia akan datang mengemas. Dia akan sibuk menguruskan pakaian abang kesayangan. Itupun selalu dimarah oleh ibu. Kalau sudah kantoi dengan ibu, perginya pun secara sembunyi-sembunyi dari pengetahuan ibu dan abang ngah. Paling tidak, dia paksa abang ngah mengambil dia dan ibu bertandang ke rumah abangnya ini. Proses mengemas, mengambil hati maka berjalanlah seadanya.

Terkejut. Nadratul Nisa’ terus membuka pintu bilik air bila mendengar suara Marsha. Tengok-tengok Marsha sudah ada di dalam bilik kelamin dia dan Maleq. Eh? Nadratul Nisa’ yang hanya bertuala terkebil-kebil. Kaki meluru laju ke arah almari. Muka rasa berbahang kerana terkejut akan kehadiran Marsha di dalam bilik tidur dia dan Maleq. Dahi berkerut-kerut. Dalam hati sudah bertalu-talu soalan. Eh, Marsha ni kenapa masuk macam tu saja ke dalam bilik ini? Eh Marsha ni dah kenapa?

“Eh, Marsha buat apa ni?” Kaki laju ke almari. Soalan lain yang akhirnya terkeluar dari bibir. Rambut yang masih basah di tolak ke belakang. Dia ambil baju-baju Maleq yang berada di atas tangan Marsha.

“Ni salah susunlah kak.” Dia renung mata kakak iparnya.

Nadratul Nisa’ hanya mampu menelan air liur bila Marsha rancak menyusun baju-baju yang lain. Habis daya, baju-baju yang ada di jemarinya kini juga laju diambil kembali oleh Marsha. Marsha kembali mengemas.

Apakah?

“Ala, kak ngah pergilah mandi. Jangan kacau Marsha.” Dia menepis tangan Nadratul Nisa’ yang kini laju menarik baju-baju Maleq.

“Eh, takpe. Kak ngah boleh kemaskan balik. Tapi rasa macam dah okey aje ni.” Dia tidak mahu mengalah. Baru sehari, Marsha sudah melampau membuatkan dia marah. Serba serbi salah. Baju yang bergantung di bilik menggosok, sibuk Marsha yang mahu gosokkan. Baru sehari sudah tunjukkan dia apa yang salah dan betul. Eh, kau dah kenapa?

“Nad!” Suara garau Maleq mematikan pergaduhan kecil. Dia peluk tubuh sambil bersandar di daun pintu. Retina mata memerhati tubuh isteri yang masih berbalut tuala. “Eh, tak habis mandi lagi ke?”

“Itulah kan abang ngah. Marsha suruh habiskan mandi dulu. Takpelah baju ni…bagi aje Marsha yang kemas.” Mata melirik abang ngah yang dia sayangi. “Marsha dah biasa kemas baju abang ngah kan?”

“Errr..dah-dah!” Sebenarnya baru dia mandi. Tak sampai tiga minit pun. Belum habis menyegarkan tubuh yang kepenatan melayan sesi permintaan Marha yang mahukan itu dan ini. Bukan main berselera mahukan dia memasak itu dan ini. Maleq pun turut sama gembira bukan main lagi mendengar adiknya itu meminta dia memasak.

“Ala…bagi aje Marsha kemaskan. Nad pergi mandi dulu. Ada sabun atas rambut tu lagi.” Maleq membulatkan anak mata.

“Takpe kak. Marsha kemaskan. Selalu baju ni bukan kat sini pun.” Marsha senyum simpul. Mata kemudian memandang abang dikasihi.

Dia masih berdiri. Nadratul Nisa’ gigit bibir bawah. Mata tekun memandang Maleq yang merenungnya. “Dah..Nad dah sudah mandi dah. Takpe Marsha. Kak ngah buatkan.” Dia sekali lagi mengambil baju-baju di jemari Marsha.

“Nad…” Lembut sahaja bicaranya. Maleq senyum. Dari riak wajah isteri dia tahu Nadratul Nisa terkejut. Dia tidak boleh menghalang tabiat dari kecil Marsha yang satu ini. Dia tidak boleh menegah Marsha takutkan Marsha kecil hati. Marsha inilah satu-satunya adik tempat dia menumpang kasih. Beberapa tahun dia keseorang, ibu akhirnya mengandungkan Marsha. Marsha sudah jadi adik darah daging sendiri. Marsha adik yang sama berkongsi susu ibu zaman kecilnya dahulu.

Perebutan terhenti sekali lagi. Masing-masing memandang Maleq yang kini bersuara, “Ke Nad nak abang masuk bawak Nad ke dalam bilik air?” Angkat kening. Sengih macam kucing jantan mahu menerkam mangsa.

Marsha menyiku kakak iparnya. “Cepatlah kak pergi mandi. Marsha yang kemas ya?” Mata terus tajam menikam lekuk tubuh kakak iparnya yang hanya bertuala. Mengada sungguh! Jangan harap nak bermesra manja masa Marsha ada.

Serentak itu, kaki Nadratul Nisa’ perlahan-lahan berjalan menuju masuk ke dalam bilik air. Sudah buang tabiat ke mahu dia mengajak Maleq masuk ke dalam bilik air dengan adanya Marsha di depan almari? Gila apakah Maleq ini?

Dahi kembali berkerut-kerut. Sebelum menutup pintu bilik air dia sempat menjeling Marsha yang sedang tersenyum sinis. Baju-baju di dalam almari dan kesemua milik Maleq tiba-tiba dipunggahkan oleh Marsha.

Gila! Gila! Gila! Hatinya mahu menjerit-jerit. Ahh…sakit. Sakitnya jiwa entah kenapa bila terpandangkan wajah dan senyum mengejek Marsha itu. Kenapa perlu Marsha sebegitu sekali? Mengapa?

***

Hari-hari  berikut yang memendamkan seribu rasa. Nadratul Nisa’ mendiamkan diri. Sepanjang masa pun, dia hanya menjadi perhiasan. Dia menjadi si penghidang makanan. Menjadi si tukang masak yang buat-buat ketawa di depan suami sendiri. Tawa Marsha dan Maleq terus menghiasi gegendang telinga. Semuanya menari-nari di depan mata. Jadualnya minggu ini agak padat dengan kehadiran Marsha dan ibu. Ibu sesekali menjengah menikmati makan malam. Pernah dia terdengar juga perbualan ibu yang mahu mengheret Marsha pulang. Tapi hmmm…suara manja Marsha memujuk suaminya bagaikan menyiat-nyiat gegendang telinga. Kenapa dia jadi marah melihat kemesraan Maleq dan Marsha? Kenapa dia cemburu? Kenapa dengan adik Maleq pun dia rasa lain macam benar degup jantungnya?

Kalau Maleq sedang berbual-bual mesra bersama Marsha sambil bermain Sudoku, dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik dan terus tidur. Paling memilukan bila petang tadi, Marsha menurunkan semua barang-barang keperluan di dapur. Baru mahu berbual mengenai masalah ladang. Baru mahu dia buka mulut dan berbincang, Marsha datang membawa kerusi kayu dan memanjat kabinet.

“Marsha ingat nak tolong kemas dan susun balik Tupperware dalam kabinet nil ah abang ngah. Boleh ya?”

Boleh ya? Jemari Marsha sudah ligat. Memanglah dia sudah minta kebenaran tapi boleh pula terus menggeledah tanpa ada persetujuan empunya dapur. Dia terkebil-kebil menyaksikan bekas-bekas Tupperwarenya dikeluarkan oleh Marsha. Telinga bernanah lagi mendengar, “Eeee….banyak habuklah dalam kabinet ni abang ngah. Tak kemas ya?”

Sentap. Dia renung Maleq yang terkebil-kebil. Nadratul Nisa’ terus angkat kaki. Ayunkan kaki segera masuk ke dalam bilik.

Segala Tupperware telah disusun kembali di kabinet yang berlainan. Alahai, habuknya di dalam kabinet itu biasalah wahai Marsha. Kenapa itu pun menjadi topic bebelannya? Ibu pun tidak pernah ambil tahu dan pusing pun! Kopi, teh, susu, milo, gula dan garam pun sekali dikemas tanpa persetujuan dia. Semua susun atur replika kapal terbang yang dikumpul Maleq pun turut sama diubah. Almari antik yang tidak bersalah itu pun menjadi salah satu saksi minggu menyedihkan jiwanya. Ah, Nadratul Nisa’. Dia tewas kalau berdiri di depan Marsha. Tubuh rasa dihempap dengan bumbung rumah.

Paling memedihkan, Maleq turut sama sibuk membantu menyusun. Dari susun atur di dapur sampailah ke ruang tamu. Maleq turut sama menghidangkan ketawaran dalam hatinya. Bukan tiga hari Marsha duduk dengan mereka. Tetapi seminggu yang berterusan memenjarakan jiwa Nadratul Nisa’. Dia pejamkan matanya. Cuba untuk tidur dan menanti lagi tubuh suami datang mampir tidur bersebelahan dengan dia. Dia tarik nafas. dia mengatur sendu yang tiba-tiba mengetuk pintu hati. Air mata sepi tiba-tiba mendudu. Dia entah kenapa rasa terbuang. Entah kenapa rasa tidak dipedulikan semenjak hadirnya Marsha. Maleq pun dia lihat berlainan gaya dan tingkahnya. Semuanya Marsha. Segalanya Marsha. Hanya Marsha dalam minggu ini menjadi topik perbualan dan singgah di bibir Maleq.

Inikah rasanya seperti yang Maleq rasa dahulu? Inikah rasanya tidak dipedulikan suami sendiri? Maleq itu kenapa berubah tiba-tiba. Kenapa dengan Marsha berbeza sungguh perilakunya? Rasa hibanya disampaikan angin. Rasa sebaknya kini merelung-relung membawa kesan sampai ke ruang tamu.

Maleq mendongak. Memandang tingkat atas. Lampu di tingkat atas rumah sederhananya ini masih menerangkan rumah. “Eh, kak ngah dah tidur ya?”

“Iyalah kot. Asyik tidur awal aje. Ajak main sekali UNO ni tak nak. Buku Sudoku pun ada kat sini. Mengadalah kak ngah tu. Sinilah abang ngah. Main sekali lagi ni.” Kad-kad UNO disusun. Mata melirik memandang abang kesayangannya. Itulah, siapa suruh kahwin awal? Siapa suruh pilih sendiri calon isteri. Bukankah abang ngah sudah berjanji mahu menanti dia turut sama dalam proses mencari calon kakak iparnya. Hanya janji yang tinggal janji!


“Abang ngah dah ngantuklah!” Dia cari alasan. Maleq terus bangun dari sofa. Perlahan-lahan berjalan ke anak tangga. Dia kini sudah berdiri di anak tangga pertama. “Eh…abang ngah naik atas dulu. Ibu pesan tadi suruh Marsha tidur awal. Ni dah lewat ni. Dah-dah pergi tidur!” Kaki laju berlari menjarakkan diri dari tempst duduk Marsha. Waktu malam inilah baru dia boleh larikan diri dari Marsha. Kalau tidak, entah ada saja ceritanya. Dari cerita zaman kanak-kanak sampailah ke zaman pengajian di Kedah sana. Marsha ni kalau tidak dihalang bebelannya, mulutnya tidak akan berhenti.

“Ala.. Marsha dua hari lagi nak balik dah rumah ibu. Marilah borak lagi. Tak bestlah abang ngah ni.” Monyok sedepa. Cari kak ngahlah tu. Menyampah!

Ah - Maleq pula mati kutu. Entah kenapa rasa serba salah. Mana satu hendak dia mengalah. Marsha pun hanya seminggu sahaja duduk di rumahnya ini. Maka, masanya kini lebih terarah untuk berbual dengan adik kesayangan hati. “Ishh…dah tengah malam ni Marsha. Kesian pulak kat kak ngah. Kita selalu borak sampai pagi. Esok abang ngah ada meeting. Nanti lambat. Esok lepas abang ngah balik kerja kita chit chat lagi ya.”

Kaki laju mendaki. Maleq meninggalkan Marsha yang terkebil-kebil menahan rasa geramnya. Hurm. “Huh…dahlah kemeja abang ngah pun gosok macam serupa tak gosok. Dapur pun tak berkilat macam selalu aku ada. Pemalas punya perempuan!”

Geram. Marsha ketap bibir. Kenapa awal sangat abang ngah kahwin tanpa dia carikan calon untuk abang ngah? Kenapa mesti kak Nadratul Nisa’? Kenapa mesti dia? Mata menyorot bayang tubuh abangnya yang sudah masuk ke dalam bilik. Bunyi pintu yang ditutup Maleq menggigit gegendang telinganya. Akal berputar-putar lagi.

“Nad…” Maleq jejakkan kaki ke dalam bilik. Perlahan-lahan dia letakkan kepala ke atas bantal. Maleq kini sudah membaringkan diri. Nafas sudah bersatu dengan angin. Mata masih terkebil-kebil memandang siling bilik. Maleq pantas menarik gebar menutup tubuh sendiri. Sudah dua belas tiga puluh minit dan kini malam makin pekat.

Tubuh isteri yang nyenyak tidur sedang membelakangkan dirinya. Perlahan-lahan dia mendekatkan diri dan jemari kini memegang bahu Nadratul Nisa’. “Nad dah tidur ke?”

Nadratul Nisa pejamkan mata. Buat-buat tidur. Dia mahu segera lena dan mahu segera pergi dari bayang sedih. Alahai Nadratul Nisa’, manja sungguh. Marsha itu kan adik Maleq. Marsha itu kan bukan selalu datang menjenguk dan menjadi tetamu di rumah ini. Dia pujuk sendiri hati. Biarlah Maleq mahu berbual-bual dengan Marsha. Tidak luak apa-pun kan. Tapi dia sudah merajuk. Berjauh hati dengan kelakuan Marsha yang dilebihkan Maleq. Sampaikan bilik tidur mereka pun dicerobohi tanpa permintaan. Sedangkan anak sendiri pun dia tahu harus dididik. Ketuk pintu bilik ibu bapa jika mahu masuk. Marsha tu tak sekolah ke? Ah, geram!

“Nad…selamat malam sayang.” Suara garau sang suami memenjarakan resah. Pinggangnya kini dipeluk erat. Bahunya terasa dicium hangat. Pipi pula menjadi teman bibir Maleq. Rambutnya dielus lembut. Rindunya dengan Maleq hanya Tuhan yang tahu. Rindunya mahu berbual-bual panjang sebelum melelapkan mata. Rindunya kan Nadratul Nisa’? Dia hiba sendiri.

Nadratul Nisa’ sembunyikan sedih. Dia sembunyikan marah yang dia simpan selama beberapa hari ini. Mata kini terbuka. Entahlah, dia sendiri tidak pasti. Maleq semestinya tahu yang dia sedang marah. MARAH tau tak?

Ali dan Siti yang sedang berenang-renang menjadi pemantul cahaya. Batu-batu yang disusun atur oleh Maleq di dalamnya menjadi teman mata. Dia cuba membalas. Mahu berbicara. Sekurang-kurangnya dia mahu ucapkan selamat malam juga untuk suami. Dia juga mahu bibirnya ini melekat di dahi sang suami.

Tapi bibir terkunci. Sekali lagi bibir mati tanpa kata-kata! Hati sudah menjadi kecil. Air mata kembali menjadi teman. Suara Marsha di luar buat Nadratul Nisa’ kembali menutup mata. “Abang ngah!” Pintu diketuk bertalu-talu. Suara itu lagi. Menganggu lagi dan lagi! “Bukalah pintu ni!”

Gebar terasa ditolak. Katil sebelah terasa ditinggalkan Maleq. Suara Marsha memanggil lagi. “Marsha dah buatkan kopi. Mehlah join. Best tau kopi yang Marsha buat ni. Bukan selalu dapat minum kopi yang Marsha buat.” Pintu diketuk kuat tanpa ada rasa hormat.

“Haaa…” Pintu sudah dibuka. “Marsha nak apa lagi ni? Abang ngah nak tidurlaaa.”

“Marsha bukak cerita best. Iron Man. Nak join tak?” Marsha menjeling ke dalam bilik Maleq. Retina mata mencari tubuh Nadratul Nisa’ sambil tersenyum penuh sinis. Tubuh kakak ipar sudah berbalut dengan gebar. Oh, dah tidur. “Kopi?” Dia memancing lagi. Angkat kening. “Paling best. Sesiapa pun tak boleh lawan bancuhan Marsha. Ibu atau kak ngah buat pun pun takkan sama rasanya. Kalau tolak, abang ngah rugi!”  Mug berisi kopi ditayang-tayang depan mata Maleq.

“Waaaa…sedapnya bau! Kejap. Seminit. Abang ngah pergi buat laporan dulu.” Lupa. Maleq terus lupa dengan mesyuarat keesokan harinya. Lupa juga untuk tengahari esok membawa Nadratul Nisa’ bertemu dengan pembekal baja. Kalau sudah minum kopi dan tonton DVD, haruslah waktu tengahari di pejabat dia tidur berdengkur-dengkur.

“Okey!” Dia senyum manja. “Marsha tunggu tau!”

Air mata perlahan-lahan mengalir. ‘Sesiapa pun tak boleh lawan bancuhan Marsha. Ibu atau kak ngah buat pun pun takkan sama rasanya. Kalau tolak, abang ngah rugi!’ Jemari runcing Nadratul Nisa’ terus menerkam pipi. Air mata sudah dia lap. Kesedihan diri sendiri kini dia pendam lagi.

Ali dan Siti terus berenang-renang. Perlahan-lahan berenang seperti tahu sedih si tuannya. Mata menyorot ke arah ikan. Nadratul Nisa’ membetulkan gebar. Bibir dia bergerak mengalunkan rasanya kini. “Ali, selamat malam ya!”

***
Maleq terburu-buru. Dia menyarung apa sahaja baju yang disediakan oleh isteri. Mencari tali leher dan stoking di dalam laci. Beg disambar. Kunci kereta dan apa sahaja kertas yang berlambak di atas meja comel dia gulung laju-laju. Selalunya Nadratul Nisa’ yang akan mengemas semua ini. Eh, mana Nad ya? Kaki berayun laju. Maleq keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga.

Pantas dia mencari dapur. Mana haruman kopi yang selalu isterinya bancuhkan ya? Sarapan apa yang Nadratul Nisa’ hidangkan untuk dia pagi ini ya? Dia sudah lapar.

Retina mata menyinggah meja. Kosong! Aik? Dia memandang tubuh genit isteri yang berdiri di sinki. “Eh, Nad tak buatkan sarapan ke?”

“Baru nak jerang air.” Perlahan sahaja suaranya. Protes! Air mengalir laju masuk ke dalam cerek. Dia pantas bergerak. Hidupkan api dan meletakkan cerek yang sudah dipenuhi air. “Nad tertidur lepas solat Subuh tadi. Penat agaknya.”

“Kopi pun tak buat ke?” Jungkitkan kening. Wajah mendung isteri dia teliti.

“Suruhlah Marsha buatkan. Dia buatkan best. Lagi sedap bancuhan kopinya. Nad malas.” Spontan bibir menjawab. Dia terburu-buru keluar dari dapur. Maleq terus mengikut. Beg kerjanya terus dia letakkan di atas kerusi makan.

Tali leher yang masih belum lengkap dibiarkan bergantung di leher dan bersatu dengan kemeja. Pulak! Kenapa perlu dikaitkan Marsha fasal membancuh kopi ni? Dia mengikut Nadratul Nisa’ mendaki anak tangga.

Dia dan Nadratul Nisa’ kini sudah di dalam bilik. Suara yang ditahan Nadratul Nisa’ bergema. “Pergilah suruh Marsha adik kesayangan abang tu buatkan kopi untuk abang. Nad malas!”

“Kenapa ni Nad? Fasal kopi aje. Abang tak minta lebih dari tu. Hanya kopi. Kalau tak sempat pun, abang boleh sarapan dengan Jiji aje kat pejabat. Abang dah lambat ni. Janganlah macam ni ya.” Memujuk. Wajah rusuh isteri dia renung lagi. “Pagi-pagi ni tak baik buat begini kat abang. Apa salah Marsha pulak ni?”

“Ohh..abang tanya apa salah Marsha?” Nadratul Nisa’ mengawal suara. Dia tidak mahu Marsha mendengar perbalahan ini. “Abang nak tahu?”

Sudah. Maleq pejamkan mata. Kelam kabut sudah corak paginya hari ini. “Nad…” Dia mendekati. Mahu memeluk tubuh isteri yang dia kasihi.

“Jangan dekat dengan Nad. Jangan!” Dia menolak. Sudah marah. Sudah beberapa hari dia pendamkan amarahnya. Kali ini dia perlu meluahkan.

“Okey-okey. Sekarang Nad cakap apa salah abang. Kita bincang okey?” Maleq berdiri di depan Nadratul Nisa’. Alamak ai, bila isterinya ini marah, dia jadi tidak tentu arah.
 
Nadratul Nisa gigit bibir bawah. Dia mula menyuarakan. “Apapun ni bilik kita. Kenapa perlu Marsha masuk dan sibuk sibuk susunkan baju abang?"
 
“Laaaa...Marsha betulkan aje. Dia dah selalu kemaskan pun dari dulu.” Maleq masih tidak menyedari akan rasa kecewa Nadratul Nisa’.
 
"Whatever!" Nadratul Nisa’ buntangkan bola mata. “Betulkan aje? Abang…ini bilik kita. Sesiapapun tak boleh masuk. Dan kenapa Marsha sibuk-sibuk betulkan dan ubah semua barang-barang kat dapur. Sibuk kemas itu dan ini. gosok baju abang semua? Kenapa?”
 
Dia pandang Maleq yang sedang menarik nafas. “Abang ada Nad tau. Nad boleh buat semua dan Nad tak perlukan tunjuk ajar dari Marsha. Siapa dia nak tentukan itu dan ini dan komen fasal apa yang Nad sudah buat? Apa yang abang lebihkan Marsha sampai abang diamkan saja apa yang dia buat? Nad ni siapa? Nad siapa?” Jemari menekan dada.
 
"Nad cemburu ya?" Sengih. Boleh pula dia melawak selepas mendengar luahan hati cik seksi.
 
Mulut ternganga. Kening sudah bercantum. Itu sahaja jawapan Maleq? Penatnya bercakap! Alahai. "Bukan masalah cemburu atau tak. Even dia adik susuan abang. Dan Nad tahu Marsha itu dah sah jadi adik abang. Tapi dia kena hormati hak Nad. Ini bilik kita dan rumah ini juga ialah kini rumah Nad. Kenapa sibuk ajar Nad tentang abang itu dan ini. Melampau tau tak?"
 
"Nad...." Hembus nafas. Aduhai masalah. "Boleh tak Nad faham? Dia adik abang. Please." Kaki melangkah mendekati lagi cik isteri.
 
Ah, mahu saja dia menjerit kuat-kuat. Nad tahu abang sayangkan Marsha itu sebab Marsha adik yang ambil berat segalanya fasal abang semasa zaman abang sekolah dan zaman abang bujang. "Haa, serba serbi semalam dan dua hari lepas Nad beralah. Kali ni....nooo!" Marah. Betul betul dia bengang dengar Marsha yang keterlaluan. Mengada!
“Jadinya Nad moody, monyok dan tak buatkan abang kopi sebab Marshalah ya?”
 
“Penat tau Nad cerita dan luah masalah Nad. Kalau malam bilanya kita nak sembang? Kalau petang abang balik sibuk terus berborak dengan Marsha sampai lupakan Nad. Nad ni siapa abang?” Dia palingkan wajah. Sampai hati Maleq. Boleh pula Maleq main-mainkan perasaannya.
 
Dia memaku kaki. Maleq seperti mendengar masalahnya dan seperti menganggap ia kecil. “Nad sedih dan kecewa bila abang pinggirkan Nad. Nad betul-betul kecewa.” Nadanya rendah. Dia akhirnya tunduk mengalah. Nadratul Nisa’ kena bertenang. Kena berzikir mengawal rasa marah dan terkilan. Nad boleh ya? Dia memujuk hati.
 
Bibir bergetar. Air mata sudah bergenang. “Nad tunggu abang pujuk Nad. Tapi abang langsung tak hiraukan Nad…” Mata kini bertemu lagi. Air mata perlahan-lahan gugur. Dia benar rasa kecewa. Bila lagi rasa terkilan bila melihat layanan Maleq serba serbi melebihkan Marsha.
 
“Nad rasa terpinggir sungguh bila tengok abang layan Marsha. Gurau abang dengan dia berbeza sungguh dengan Nad. Hati mana tak cemburu.” Dia meluahkan lagi.
 
Maleq mendengar. Dia menyeluruhi lagi wajah isterinya. Dia biarkan sahaja Nadratul Nisa’ meluah masalahnya. Ohh..maafkan abang sayang. Dia tidak pernah sedar tindak tanduknya selama Marsha ada di rumah mengecilkan hati isteri. Jemari terus memeluk tubuh Nadratul Nisa’. Pinggang isteri dia rapatkan ke tubuh. Meski Nadratul Nisa’ mencuba menolak tetapi kekuatannya terus buat cik isteri diam menangis di dada.
 
“Iya..abang minta maaf kalau kecilkan hati Nad. Sumpah abang tak sengaja.”
 
Nadratul Nisa’ masih menangis. Dia memujuk lagi. “Iya Nad. Abang minta maaf. Dahlah jangan menangis lagi. Nad baik kan?” Dia mengucup ubun-ubun isteri.
 
“Ni kan abang pujuk Nad ni. Janganlah nangis lagi. Buruk benor rupanya!” Jemari kasar mengesat air mata di pipi isteri. “Abang tahu abang salah. Iya abang mengaku abang tak sempurna mana. Nad jangan ambil hati ya?” Jemari kiri kini menanggalkan tali leher. Dia campak tali leher ke atas lantai. Baju kemejanya sudah basah dengan air mata isteri.
 
Maleq tarik nafas. Bukan senang rupanya mahu merawat hati isteri yang sedang bersedih hati. “Nak merajuk berapa hari ni?” Maleq mencium lagi ubun-ubun isteri kesayangan hati.
 
Rasa lapang dan tenang selepas meluahkan rasa terbuku. Sebenarnya banyak yang ingin dia cakapkan. Gelengkan kepala. Tapi bibir lancar bercakap. “Nad nak merajuk setahun.”
 
“Uiks..lamanya.” Dia senyum. Rambut isteri dia lurut dengan lembut. “Abang akan cuba tegur Marsha. Ambil masa sikit ya. Lepas dia balik ni, kita akan okey balik kan?”
 
Angguk. “Nad tak nak buatkan abang kopi lagi.” Dia mencebik. “Nad tak nak buatkan abang sambal ayam lagi. Baju-baju abang semua abang gosoklah sendiri.”
 
“Eh janganlah gitu. Abang dah pujuk ni.” Jemari dia perlahan-lahan membuka butang kemeja sendiri. Debar di dada semakin melanda jiwa. Haruman cik isteri ini mengacau sungguhlah.
 
Dia masih bertangisan. “Abang kena masak empat puluh hari empat puluh malam. Untuk Nad.”
 
Ketawa. Bibir mengucup lagi kening isteri. Senang saja memujuk bini yang sedang merajuk oi! “Errr…abang ingat nak datang kerja lambat sikit hari ni. Okey tak?” Kemeja dia sudah tanggalkan. Kenyit mata dan hadiahkan sengih luar biasa untuk isteri.
 
Nadratul Nisa’ terus tegak macam patung. Sisa air mata membasahi kelopak mata. “Abang ni dah kenapa? Bukan abang kerja ke? Mr Ang kan akan bebel-bebel marah abang nanti?” Mata memerhati kemeja Maleq yang sudah tercampak ke atas lantai. Encik ganteng hanya bersinglet dan seluar slack hitamnya sahaja.
 
“Hehehehe.” Sengih lagi. Kening diangkat double triple.
 
“Abang jangan buat kerja gila!” Nadratul Nisa’ sudah menjerit. Tadi menangis merajuk siap mahu mogok selama satu tahun. Sengih nakal herot bibir ke kiri encik ganteng itu dia kenal sungguh untuk apa dan tindakannya.
 
Dia ketawa. Kaki kini mengejar tubuh cik isteri banyak songeh yang berlari dari diri dia. “Whatever!” Dia mengejek perkataan yang tadi dilemparkan dari bibir Nadratul Nisa’.
 
“Ah…Nad peduli apa!” Dia menjerit lagi. Maleq terus ketawa. Encik Ali dan cik Siti berenang-renang dengan riang.

“Abang pun peduli apa. Sini-sini! Huarghhh…” Dia mengejar berlagak seperti hantu. Sambil berlari dan mengejar dia menjerit kuat-kuat. “Janganlah merajuk lama-lama. Susah abang nanti nak pujuk. Tidur tak lena, mandi pun tak basah.”

Abang…Nadratul Nisa’ sedang mengukir kenangan juga dengan abang. Kali ini kan, kenangan yang diukir itu atas nama bersaksi Tuhan dan halal di sisi agama. Cinta dan kasih abang kini mengikat relung hati. Senyum, lirik mata dan ketawa Maleq Rafie kini di hujung mata. Tuhan, terima kasih untuk cinta ini.


:::Bagaimana Maleq mengajari pula Marsha akan saya kemaskini di dalam manuskrip penuh. Dua benda belum selesai. Satu. Marsha. Dua. Tan Jie Kang. Hehehe. Terima kasih semua atas sokongan. Terus terang saya terhibur dengan semua pembaca yang sudi melayangkan komen dan like atas setiap apa yang saya lakarkan. Geng Transformers - Izan & eira, momo, mona, diebah, cikgu...(shoutbox error..hihi..tq sudi berbual2 dengan saya yg kerdil ini) Kena bawa skru betulkan shoutbox. Kalian semangat saya untuk terus menulis kisah dongeng dan nyatakan di dalam sebuah manuskrip biasa. Tak kira di page ‘Mardihah’ dan group comel saya yang sederhana.

Selepas siap manuskrip, dua bab bonus akan saya layangkan di blog. Tan Jie Kang? Rindukan dia? Sama juga seperti saya. Diri sudah lengkap dengan tiga watak. Nadratul Nisa’, Tan Jie Kang dan Maleq Rafie. Nantikan kisah ini ya. Mohon maaf andai lambat terbit. Mohon maaf kususun dahulu jika terbitnya memakan masa. Tapi kalian saya pasti akan setia menunggu kisah-kisah sederhana saya.

INI BAB AKHIR DI BLOG YA. Soalan saya ialah Tan Jie Kang atau Maleq Rafie? Heh. Senyum 14juta sentiasa semua. 

Salam ukhwah dan manis, 
Mardihah


Encik Abang

$
0
0
Siapa kata saya tak rindu menulis kisah Nad, Maleq dan Tan? Ceh. Rindu. Sumpah! InsyaAllah bulan November siap. Saya pasang impian siapkan cepat. Apapun progress kisah mereka bertiga perlahan-lahan kini disambung. Kadang-kadang nak tidur pun fikir kisah mereka. Nak ubah sentiasa aje plot kisah mereka.

“Kalau buat matikan watak heroin kan, ada tak buku kena bakar?”

“Klise tak?”

Ha ha ha

Okey. Doakan saya laju-laju siapkan ya. InsyaAllah. Oh sorry, semalam, blog ditutup. Sehari lebih aje. Ada entah apa-apa iklan masuk. Semalam menukang jadi pakar IT dan blog dikemaskan sedikit seperti hari ini.

Masih sempat lagi rasanya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca mardihahdotcom.

Salam manis,
Mardihah.

 Duduk atas buaian kat The Dusun ni mesti banyak dapat ilham kan? #tetiba. 
Sengetkan bibir. Sengih dan angkat kening. "Encik abang, jom pergi The Dusun!"Cakap dalam hati aje. Heh. #Eh, buat tajuk novel Encik Abang pun best jugak kan? Ha ha

Udin Dan Jen 2

$
0
0
Udin & Jen 2 disambung. Bab 1 lepas hanya mimpi si Saari. Hehe. Mimpi Saari dan mimpi Nenda Sufi (wataknya belum dibawa masuk..tapi Jen dah memperkenalkan) jadi nyatakah? Ceh. Selamat datang Udin & Jen. Selamat siapkan manuskrip juga Mardihah!

***


Saari berjalan laju meluru terus ke Udin. Kerja dia dan Udin sebagai juruteknik memudahkan mereka ulang alik sahaja bertemu. Udin di line 17. Dia di line 18. Senang lambai-lambai tangan kat Udin yang sedang memeriksa televisyen. Kilang Sony di Bangi ini sudah jadi macam rumah kedua untuk mereka. Perut aku dah lapar sungguh ni Udin. Jomlah teman aku makan oi!

“Udin!” Dia jerit. Muka pandang televisyen 40 inci. Kaki terhenti bila tubuh tinggi Irsyad tiba-tiba terpacul. Alamak Isryad ni. Pantang sungguh dia nak borak panjang dengan Udin. Ada sahaja kacau daunnya.

“Hei Saari. Kau mesti nak ajak si Shahbudin aka Udin tu minum kat kantin kan?” Irsyad menjegilkan anak mata. Tahu sangat dia perangai dua budak setan ni.

Saari telan air liur. “Ala, rilekslah Ir. Aku bukan ajak Udin lari balik rumah tinggalkan semua kerja ni kau buat sorang-sorang.”

“Eleh. Kalau tak sejam kat kantin bukan kau dua oranglah. Dah-dah. buat kerja cepat!”

“Sibuklah kau Ir! Asal kerja aku dan Udin siap. Kau jangan sibuk-sibuk.” Saari gosok hidungnya. Mata menjeling Udin yang sedang bersandar di dinding. Dua tiga operator sedang berbual-bual manja denga Udin. Adeh Udin ni…boleh pulak mengayat masa kerja macam ini. Kaki Saari laju melangkah mencari Udin. Berdiri saja depan Udin, dia terus menarik Udin.

“Kantin!”

“Iyalah. Aku tahu kau lapar.”

“Tapi aku ada satu cerita nak cakap kat kau.” Kaki berayun laju. Sambil berjalan menuju ke kantin, mulut membebel-bebel bercerita.

“Cerita apa?”

“Aku mimpi kau lagi malam tadi. Dah dua malam beb. Siap mimpi dengan awek nama Jen.”

“Daerah mana pulak kali ini?”
“Cameron Highland.”

“Uiks..jauhnya. Hahaha.” Udin tepuk bahu Saari.

“Aku mimpi kau tidur dengan Sabrina.”

“Choiiii!” Udin hampir nak tersungkur. Budak Sabrina seksi yang mereka jumpa di kelab malam tempoh hari nyaris-nyaris saja jadi santapan. Tapi sebab dia tahu kak long akan maki hamun dia kalau bawa balik budak perempuan masuk dalam rumah. Kalau nak kena halau dengan kak long, buatlah kerja terkutuk tu, Udin!

“Jen sape pulak?” Udin tarik kerusi. Tubuh sudah sampai ke kantin.

Saari angkat tangan. Jerit seperti biasa, “Kak Bibah, macam biasa. Teh tarik dua. Mee goreng basah pedas dua.”

“Okey. Tunggu lima minit!” Kak Bibah dari dalam kantin membalas jerit pekik Saari.

“Budak seksi mana entah. Tapi sebab kau kena halau dengan kak long, aku suruh kau mengayat dia pun, kau tak nak. Tapi yang aku tahu nama dia Jen.” Saari gumam bibir. “Mimpi mainan tidur beb. Tapi kalau betul-betul, aku rasa mesti kau nak pergi ayat dia bagi cair.”

“Jen erk?”

“Ha’a.” Saari garu dagu yang gatal.

“Udin dan Jen. Haha.” Dia ketawa. “Mimpi kau selalu tak menjadi Saari. Tapi aku harap untuk kali yang ke beratus-ratus kali ni, mimpi kau akan jadi nyata.”

Saari sengih. Angkatkan kening. Pelayan kantin sudah meletakkan air yang dipesan. Buih-buih nampak berselera sungguh.

“Balik nanti aku nak singgah pet shop. Nak ikut?” Udin menarik gelas berisi air kegemaran.

“Nak cari apa?”

“Kak long aku. Suruh belikan makanan kucing dia pulak.” Udin terkebil-kebil teringatkan kak longnya si suka bebel itu. Ish..bukan pernah dia membelikan makanan untuk si Didi tu.

“Malaslah. Kau pergi sendiri aje. Aku nak balik cepat. Malam nanti nak pergi tengok bola. Hehe.” Saari menyengih lagi. Kak Bibah sudah letakkan mee goreng basah kesukaan mereka berdua.

“Aku nak letak racun kat makanan kucing kak long aku. Hahaha.”

“Letaklah. Jangan kau kena halau keluar sudah. Haha.” Saari sambung ketawa. Udin ni memang menyampah tahap petala tujuh dengan kucing kak longnya itu.

***
Sofea Jameela Pet. Udin parkir motor betul-betul depan kedai yang tidak pernah dia jejak. Mata menengadah melihat signboard kedai yang kreatif. Gambar kucing pulak tu. Adeiii. Selalunya kak longnyalah yang akan pergi membeli makanan si Didi. Helmet di jemari kasar dia pegang erat.

“Err…awak nak ikan ?” Entah suara merdu mana mengacau halusinasi. Oh, Udin sudah ada di dalam kedai Sofea Jameela Pet. Mata meneliti nama yang melekat di baju pekerja kedai. Pekerja kedai ya? Oh. Namanya Jen. Jen? Jen? Biar betul. Bukan Jen tu nama yang Saari bualkan dengan dia ke. Mimpi? Mimpi Saari tu betul ke?

“Hellooo…you nak ikan ke atau you tengok I ni?”

Awaklah ikannya Jen. Amboi, mengada. Manja!  “Saya ni kucing, awaklah ikannya!” Udin sengih. Mula dah dia mengayat. Mulalah. Saari…awek ni nama Jen lah. Awek nama Jen dari Cameron Highland sudah ada depan mata.

Jen memandang dua ekor ikan yang baru mereka beli dari pelanggan. Ikan-ikan sedang berenang dengan rancaknya. “I seriuslah. Ni Didi dan Nini. Semalam ada sorang mamat handsome datang sini. Baru I nak tackle, rupanya dah kahwin. Belikan ikan baru untuk bini dia.” Jen senyum. Mula melayan si pelanggan. Ikan di depan mata ini milik Mukhriz. Sudah berjaya menjadi milik Sofea Jameela Pet.

“Oh ye ke?” Jemari meliar pegang pinggang ramping Jen. Oh, beraninya dia. Hah

“I pilih ikan cantik untuk dia.” Jen sengih. Mata menjeling jemari si lelaki yang tidak bernama. Amboi. Kemain letak di pinggang rampingnya. “Nama baru ikan tu tak komersial langsung. Ada ke letak Ali dan Siti.” Dia sambung bercerita meski menjeling tajam.

“Ali dan Siti?” Dia sengih. Udin gigit bibir. Nama memang tak komersial langsung.

“Boleh tak turunkan jemari you kat pinggang I ni? Kalau I ikan pun…I nak kucing yang jenama tengku, syed atau VIP. Baru I terima.” Dari membongkok memerhati Ali dan Siti Jen terus berdiri tegak.

Gulp! Tengku? Syed? VIP? Amboi…ni stok gadis-gadis yang tak pandang dia yang sekadar bekerja sebagai juruteknik di kilang Sony erk? Eleh….

“So..you nak beli apa ni?” Jen memeluk tubuh. Macam-macam betul perangai pelanggan yang datang ke kedainya ini.

“Err…” Jemari sudah dia tarik dari pinggang Jen. “Sorry. I memang sengaja nak ayat you. Ingatkan stok boleh layan. Tapi sebab you stok nak yang Tengku, Syed….i mengalah lah.”

Jen senyum. Jujur sungguh. Jemari halus betulkan rambut yang jatuh ke dahi. Mata Udin terus memerhati. Oh, cantik. Sederhana juga di matanya.

“I nak makanan kucing. Ni..” dia unjukkan sekeping kertas yang ditulis oleh kak longnya.

“Ohh…Royal Canin. Makanan paling terbaik untuk kucing. Jenama pun bagus. Sesuai untuk semua jenis kucing. Cuma kalau untuk stok kucing kampung memang cepat habislah ni.” Jen mula memesrai pelanggan. Kertas ditulis entah siapa diberikan kembali kepada Udin.

“Bulu kucing kak long I bulu tebal tu. Entah apa jenis kucing entah. Tukang beli aje ni. Hehe.” Udin memerhati pergerakan Jen yang menuju ke rak kaca. Makanan Didi di ambil untuk Udin.

“Kucing Parsi tu. Mesti cantik. I pilihkan yang ni untuk kucing kak long you.”

Kaki mengikut pula ke kaunter bayaran. Sambil memerhati Jen, dia mula lagi mengayat. “I stok biasa-biasa aje. Bukan Tengku, Syed atau VIP. Kerja juruteknik aje.”

“Ohh..” Jen sengih. Jujur sungguh.

“Nama I Udin.”

Jen tersentak. Udin? Eh-eh. Bukan nama ‘Udin’ ni nama yang nenda sebutkan minggu lepas ke? Mimpi nenda Sufi itu betulkah menjelma hari ini? Jantung yang tadi tidak berdegup kencang kini deras berpalu laju.

“Jen.” Dia tunjuk nama yang melekat di baju.

“I tau.” Udin sambung senyum. “So you tak suka stok kerja technician macam I ke?” Sekali lagi mencuba. Sungguh kau betul Saari. Ada budak perempuan cantik nama Jen. Ia wujud Saari. Cantik pulak tu.

Jen mengambil not lima puluh ringgit yang diberikan Udin. Gelengkan kepala. “Tak. I tak berapa suka. Tapi tak tahulah esok lusa kot-kot berubah citarasa ke.” Jen gelengkan kepala. Dia harus bergegas balik dan bertemu nenda. Udin itu betul-betul ada di dunia nyata wahai nenda.

Yes! Udin sengih.

Nak berkenalan dengan Sofea Jameela a.k.a Jen ke? Sudah Udin oi. Jen ni perangai bukan betul sangat pun. Jangan jatuh cinta dengan Jen ya. Jen pandang kalendar. Macam tidak percaya hari ini dia berjumpa seseorang yang dinyatakan nenda.

“So I boleh mencubalah ni?” Udin masih belum mengalah.

“Nanti Jen akan jatuh cinta dengan Udin!” Suara nenda terngiang-ngiang mengetuk gegendang telinga. Dia macam terpaku bila mata Udin merenung seluruh wajahnya.

“Udin dan Jen.” Udin senyum. “Mana duit bakinya yang oi?” Udin mengetuk pula meja kaunter bila menyedari yang Jen bagaikan patung merenung wajahnya.

Senyum. Dalam senyum ada debar.

Saari, Jen betul-betul wujud!

Nenda Sufi, Udin benar-benar ada di depan Jen hari ini.

Maleq Rafie [Special Entry I]

$
0
0
Untuk yang sentiasa rindukan Maleq Rafie & Nadratul Nisa'. Nah.





"Iyalah...Nad mengaku. Sebelum kenal abang Nad kenal banyak lelaki lain."

Gulp. Maleq tertelan air liur. Bola mata sudah bulat bagaikan guli.

"Iya ek?" Sengih. Buat-buat macam ok-ok. Sedangkan jantung berdegup-degup. Siapa tak cemburu oi? Maleq, ni ok-ok ke ko-ko ni?

Nadratul Nisa' sengih. Eleh! Iya ek? Iya Ek?

"Antaranya siapa?" Okey Maleq.....biarlah isteri itu bercerita. Dengarlah cerita dan kenangan lamanya itu. Rasanya tak salah pun.Nadratul Nisa' bukan sudah sayang beribu-ribu lemon ke kat dia? Ceh. Maleq ukirkan senyuman. "Mehlah beritahu siapa calon-calon yang  pernah 'mengisi' hati Nadratul Nisa a.k.a cik banyak songeh abang ni?"

Ketawa. Nadratul Nisa' terus ketawa. Hahahaha. Pipi Maleq sudah merah. "Eleh....iya ke abang okey kalau Nad cerita?"

"Iya. Abang okeylah!"

"Chaitttt!"

"Haaa...cakap. Siapa-siapa?"

"Satu. Huzairi." Tenang sahaja Nadratul Nisa'.

Angguk. "Ohh...yang putus jua pertunanganku itu hek? Kahkahkah." Maleq ketawa.

"Eeeee....Huzairi yang mintak putus ok." Nadratul Nisa' jelirkan lidah. Balingkan bantal ke atas sila Maleq.

"Kedua siapa?"

Nadratul Nisa' kuntumkan senyuman. "Yang ni special sikit....hahahaha." Dia pandang Maleq. Pipi encik ganteng merah lagi.

"Special?"

"Iya..."

:::Okey, cukup sampai di sini. Nanti sambung cerita lagi ya. Hehe::

Tan Jie Kang [Special Entry II]

$
0
0

Heh. Saya tak boleh bagi entry panjang-panjang. Sekadar seciput aje bolehlah ya. Rindukan Tan Jie Kang tak? Nah -entah apa saya jadi jiwang 14 karat. Jadinya karangan di bawah sudah bercantum dalam manuskrip lengkap 'Nadratul Nisa'. Yang pasti musim ketiga menyusuri sisi Tan menjernihkan hatiku. Ecewahhh!! Sayang semua 14juta. Daaa



Nadratul Nisa’. Ada kenangan yang kau tinggalkan. Dan kenangan yang berlagu di hujung mata ini telah selalu membuatkan aku sepi. Apa lagi yang mampu aku buat selain menelan sahaja pahit dan perit kenangan ini? Apa lagi yang mampu selain aku mengumpul kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

Atas nama Allah wahai Nadratul Nisa’…aku tidak pernah berhenti menyebut namamu. Aku juga tidak pernah lupa akan kekuatan yang aku ada tika mendengar nadi ini bernyawa atas sinar wajahmu.

Berdosakah aku lagi Nadratul Nisa’?

Nad…air mata sudah kering. Kalau mahu dibilang dan bersaksi tahajud itu…ia sukar diganti dengan apa-apa melainkan Allah menciptakan seorang gadis menyerupai kau semula. Tetapi ia mustahil. Barang aku lupa agaknya, yang saat bibir basah menyebut nama Tuhan. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar…ada air mata bercucuran membasahi pipi dan aku menyebut berkali-kali namamu.

Berdosakah aku juga Allah kerana masih menyintai dia?

Tahajud bersilih ganti dengan zikir itu adakah Kau terima wahai Tuhan? Sang mentari selalu merasakan aku menjadi temannya. Di mana-mana. Tetapi dingin angin yang membalut tubuh ini Nad, hanya terasa kau meneman di jiwa.

Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa’.


Akhtar Tan Abdullah

$
0
0

Siapa pilihan Nadratul Nisa'? Hahahaha. Okey, blog bagi berasap sikit dengan iklan yang mengatakan manuskrip sedang berjalan dengan baik. Sikit iklan gambar Akhtar Tan Abdullah yang dahulunya ialah Tan Jie Kang. Hahahaha. 
InsyaAllah November ini siap semuanya. Doakan saya ya semua.

Maleq Rafie 39

$
0
0
“Kak ngah, baju ni salah letaklah. Bukan kat sini."
Terkejut. Baru keluar dari bilik air Marsha sudah ada dalam bilik kelamin dia dan Maleq. Eh? Dia yang hanya bertuala  terkebil-kebil.
"Eh, Marsha buat apa ni?" Kaki laju ke almari. Dia ambil baju-baju milik Maleq.
"Ni salah susunlah kak."
Telan air liur. Dia perhati jemari Marsha yang rancak mengambil kembali baju di jemarinya dan mengemas semula baju milik suaminya.
Apakah?



Sambil mengemas bilik tetamu di bawah, bibir membebel-bebel. Sekejap-kejap dia cekak pinggang. “Kemaskan bersih-bersih ya! Nanti Marsha datang.” Dia meniru gaya encik ganteng beri arahan.

“Nad jangan lupa tau. Bilik tu kena mop lagi sekali.” Dia meniru lagi.  Sambil itu mengemop lantai.

“Baju Nad yang Nad gantungkan sekejap tu Nad bawalah naik atas. Nanti Marsha nak letak beg dia dalam almari tu.” Tiga kali arahan diterima. Bertalu-talu. Dia beraksi lagi. Bergaya meniru cara encik suaminya member arahan.

Bilik tetamu sudah berkemas. Sabtu begini, kalau dibawanya pergi memancing ke, tengok budak-budak lelaki main bola ke, adalah faedahnya. Ini disuruh kemas bilik. Hanya sebab ‘Marsha nak balik!’. Nadratul Nisa’ angkat baldi. Mop dia bawa keluar dari dalam bilik. Hati berbisik lagi, ‘syurga Nad. Syurga!’

Kaki terhenti bila tiba-tiba Maleq berdiri di antara dapur dan bilik tetamu. Peluk tubuh, “Oooo, ejek abang ya?”

Baldi terus dia letak. Sengih. Gelengkan kepala. “Eh-eh, tak-tak. Bila masanya?” Nadratul Nisa’ masukkan kepala mop di dalam baldi. Haaa….rendamlah kat situ lama-lama. “Abang kan sibuk kat dalam bilik tu. Asyik adap aje lappy. Nad boleh buat semualah.”

“Aik?” Angkat kening. Dia terus membantu mengangkat baldi dan mop. Ditariknya tangan cik seksi mengikutnya. “Ni buat kerja tak ikhlas ya? Hihi.” Maleq ketawa. Jiwa terhibur sungguh mendengar suara isteri yang mengejeknya itu dan ini.

“Kita nak pergi mana ni?” Nadratul Nisa’ terus bergerak. Baldi dan mop kini di tangan kiri Maleq.

“Masuk bilik air! Haha.” Maleq mahu mengusik.

“Eh-eh. Tak kuasa! Hahaha.” Dia pula ketawa. Sempat mencubit pinggang Maleq di depannya.

“Iyalah, abang nak Nad temankan abang.” Maleq terburu-buru masuk ke dalam bilik air. Jemari Nadratul Nisa’ sudah di pintu. Dia menahan diri dari terus masuk mengikut Maleq. Jarinya memegang daun pintu. Habislah kalau dia dan Maleq masuk dalam bilik air. Haha. Maleq ni, bukan boleh percaya tindakan refleksnya. Lebih pantas dari biasa! “Sini tangan ni. Abang basuhkan. Amboi, kita bukan nak buat apa-apa punlah.” Dia jeling Nadratul Nisa’. Gelengkan kepala. Tawanya bersisa. Kelakar betul cik isteri banyak songehnya ini.

Jemari cik isteri terus dia basuhkan. Sinki berkilat-kilat kini menjadi saksi. Air paip mengalir dan perlahan-lahan dia menjirus jemari Nadratul Nisa’. Selepas berpuas hati, pinggang cik isteri terus dia tarik bawa keluar dari bilik air. “Ishh..memang tak boleh pun duduk lama-lama sebelah Nad ni. Ada magnet.”

“Magnet?” Kening terangkat ala-ala Ziana Zain.

“Iya.” Angguk.

“Ishhh..merbahaya-merbahaya.” Nadratul Nisa mengikut Maleq. Mereka sudah mendaki anak tangga. Kaki mengatur jejak. Kini bilik kerja Maleq menjadi teman kaki. Maleq sudah duduk di kerusi kerjanya. Lappy masih menyala. Beberapa keping lukisan bersepah-sepah di bawah. Ya rabbi. “Ribut taufan apa ni?”

“Taufan Maleq nama diberi.” Dia menepuk-nepuk peha. “Meh sini. Duduk sini dengan abang.” Sengih lagi. Cakap sajalah nak bermanja dengan cik seksi wahai encik ganteng.

“Ish..Nad busuk. Mandi peluh mengemas bilik kat bawah. Yang adik kesayangan abang nak balik esok tu kan?” Jelirkan lidah.

“Ala….sinilah.” Maleq memanggil Nadratul Nisa’ yang masih berdiri di sebelah tingkap. “Marsha pun datang dua tiga hari aje. Sini-sini.”

Kaki melangkah. Pergi mengikut permintaan suami. Sambil berjalan, dia garu leher. Akhirnya punggung sudah ada di atas peha suami. Sama-sama duduk berdua mengecap nikmat bahagia.

Jemari Maleq lancar membuka gambar-gambar mereka berdua. Dagu sudah ada atas bahu cik isteri. Haruman pewangi dipakai isteri menerobos masuk ke dalam hidung. Sesekali jemari membetulkan rambut Nadratul Nisa’ yang mengganggu retina mata. “Cantik kan?”

Angguk. “Eh, Nad ni rasa macam Nad gemuk sungguh duduk kat depan abang ni. Haha.” Malu. Iyalah. Musim cinta mereka pun sekarang terasa banyak bezanya dengan awal-awal perkahwinan mereka. Maleq ini, manja kemain lagi.

“Ishhh..diam-diam. Tengok gambar ni aje. Bukan buat apapun. Eh dia ni. Jangan bantah. Jangan bantah! Nak syurga tak? Hahaha.” Dia ketawa. Gelengkan kepala. Buka satu gambar mereka di The Dusun, satu ciuman hangat dia hadiahkan ke pipi comel cik isteri.

“Eh..cantik!” Mata menyeluruhi momen-momen indah mereka di The Dusun. “Dengan durian pun ada. Bila abang ambil gambar ni?” Gambar dia dengan durian pun turut terselit.

“Sebelum kita bertolak pergi mandi kat air terjun ni. Haaa..ni-ni.” Maleq scroll ke kanan. “Gambar kita berdua.” Dia senyum. Sekali lagi satu ciuman di pipi Nadratul Nisa’.

“Paling comel mestilah Nad kan? Hehe.” Dia meneliti. Jemari Nadratul Nisa’ turut sama berscroll ke kanan dan ke kiri. Dia menoleh ke kiri. Pipi encik ganteng dia renung. “…dan yang paling penting, orang yang paling ganteng ialah abang. Encik ganteng!”

“Cik seksi!” Jelirkan lidah. Maleq senyum lagi. Entah apa-apa sungguh mereka berdua ni. Ada sahaja usik mengusik. Tapi inilah dinamakan bahagia. Semalam ibu menelefon. Bertanya khabar dia dan perkembangan cik isteri banyak songeh.

“Maleq okey tak?”

“Alhamdulilah ibu.” Senada. Gembira sebenarnya.

“Haaa..Nad macam mana?” Tersipu-sipu si ibu bertanyakan projek si anak kesayangan.

Maleq mencerna ingatan dengan pesan-pesanan ibu. “Nad okey dah. Alhamdulilah. Nampaknya semakin serasi.”

“Ehem-ehem.” Puan Wardah berehem-ehem.

“Hahahaha.” Maleq ketawa. “Apa yang ehem-ehem ni ibu?”

“Takde apa-apa. Saja nak berehem-ehem. Eh, kedai ibu dah makin ramai ni. Kita talk-talk lain kali. Singgah sini, ambik strawberry. Ibu terbeli banyak. Bagikan Nad makan. Maleq tu kan belum sempat bawa Nad jalan-jalan sekitar sini.”

Tepuk dahi. “Ha..okey-okey.” Senyum sampai telinga.

Suara Nadratul Nisa’ matikan lamunan. “Kita belum setahun pun. Nanti dah dua tahun kahwin macam mana ya kita? Bahagia macam ni ke?” Dia mengajukan soalan entah apa-apa.

Jemari meraut rambut panjang isteri. Lappy dia tinggalkan bernyala. Perhatian kini lebih kepada rambut panjang isteri. “InsyaAllah. Kita doa sama-sama. Dan jangan tanyakan soalan-soalan ni lagi kat abang boleh tak?” Maleq serius. Nadanya hantar debaran di jiwa Nadratul Nisa’.

“Iya, Nad saja tanya. Kita kena planning rumahtangga kita. Tahun ni kita pergi The Dusun. Tahun depan Nad nak ajak abang lagi pergi honeymoon.”Jemari dia terus di atas papan kekunci. Gambar-gambar ini mesti dia printkan dan simpan dalam album. Kenangan indah kan?

“Abang doa siang malam untuk kita. Biar bahagia sampai syurga. Okey, nanti abang plan tahun depan kita pergi jalan-jalan.”

“Serius?”

“Iya, abang serius ni.”

“Janji?” Nad pusingkan kepala. Memerhati sekali lagi mata Maleq.

Angguk. Senyum. “Iya, abang janji. Nak jejak Kutub Utara pun boleh.”

“Eleh! Iyalah tu.” Sengaja lagi mengusik. Nadratul Nisa’ kini merenung kembali lappy encik ganteng.

“Iya. Sumpah!” Ketawa. “…paling penting kan…” Suara Maleq halus berbicara. “Kita solat jemaah sama-sama. Baca Al-Quran lembutkan hati kita di samping abang berdoa hari-hari lembutkan hati cik isteri banyak songeh ni. Hari-hari abang doa tau.”

“Eh…” Dia tiba-tiba berdiri. Punggung sudah tidak letak di atas peha Maleq Rafie. Nadratul Nisa’ cekak pinggang. “Doa lembutkan hati cik isteri banyak songeh?”

Angguk dan ketawa. “Iyalah.” Maleq buat muka selamba. “Doa tau. Hari-hari abang doa lembutkan hati cik seksi. Doa supaya abang seorang sahaja di hati cik seksi. Doa juga supaya cinta Nad tu untuk abang seorang. Doa kan senjata orang mukmin? Kira abang berusaha apa pujuk Nad dengan doa.” Dia tidak berdalih. Malah membenarkan sejarah rumahtangga di bibir.

Dia selangkah mendekati encik ganteng. “Ohhh…” Picit hidung Maleq. “Patutlah.”

“Patutlah apanya?”

“Hari-hari sebut nama abang aje…ohhh.” Nadratul Nisa’ picit lagi hidung encik ganteng.

“Mestilah. Haha.” Dia membalas. Menarik hidung cik isteri.

“Patutlah hari-hari nak duduk dekat sebelah abang aje. Haha.” Dia ketawa. Sekali lagi dia tarik lengan Maleq. Digigit kuat-kuat.

“Sakitlah! Hahaha.”

Ketawa. Bahagia meruap-ruap lagi. Tapi Nadratul Nisa’ masa semakin mendekati. Detik nan lalu sebenarnya sukar dia lenyapkan. Pernah satu malam, Maleq menarik dia ke dalam pelukan. Hangat. Meski dia sudah lelapkan mata, tetapi sebenarnya dia masih terjaga. Suara Maleq menyebarkan rasa syahdu. “Nadratul Nisa’, kita doa Tan itu jadi orang beriman. Itu lebih mulia. Itu malah tambahkan pahala. Abang tak kenal siapa Tan. Sikitpun abang tak akan tanyakan lagi siapa dia di sisi Nad.”
Suara Maleq menyambung sejarah. “Errr…..Sebab nama dia Tan kan. Mesti dia bukan Islam. Right? Agak-agak abang selalunya betul. Abang doa dia kekal bahagia di mana-mana. Abang doa dia diberi hidayah Tuhan. Terima kasih kerana dia berikan abang bahagia mengenali Nadratul Nisa’. Isteri abang yang baik, selamat malam.”

Kucup hangat melekat di dahi. Malam menabur bahagia. Tidurnya diselaputi sang cinta. Kenangan lalu sesekali sukar dia buang pergi.

Kelip-kelip membawa cahaya,
Bunga seroja tumbuh melata,
Hati kini bahagia dengan cinta,

Usah lagi dikenang sejarah lama.

:::Rindunya dengan Tan Jie Kang. Apa khabar dia? Ada satu bab akhir lagi di blog. Nanti saya bagilah dua entry pendek fasal TJK ya. Selamat berhujung minggu semua:::

Mari anyam kenangan

$
0
0
Mari anyam kenangan dengan saya. Boleh temui saya dan rakan-rakan penulis Karya Seni & Penulisan2u. Pilih tarikh dan serbu PWTC.

Jadual 'Mardihah' pada 11.12.2013. Hari Rabu, Jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Masukkan Mr Pai Epal dalam beg. Jumpa saya di sana dan kita sama-sama mengukir senyuman.

Saya pilih 11.12.2013 sebab Selangor cuti. :)  Mulanya segan nak pergi, tapi atas tiket meraikan penerbit dan meraikan pembaca juga mahu bau buku. Oh ya, rindunya nak tepek cerita di dalam blog sendiri. InsyaAllah, Januari 2014 saya akan mulakan manuskrip baru. 
Doakan 'Nadratul Nisa', Maleq Rafie dan Tan Jie Kang@Akhtar siap Disember ini. Maaf, November tak sempat saya siapkan. Maklumlah akhir tahun datang dengan banyak proses baru dengan kerja-kerja baru. 

Tunggu teaser comel saya mengenai Akhtar. Hehe. 




Maleq Rafie Special Entry II

$
0
0
Haih susah hati tak siap-siap lagi. Sikit aje lagi. Nah sikit teaser untuk semua kesayangan saya. Tajuk novel saya tak pasti apa. Tan Jie Kang ke? No. No. Maleq Rafie? No. No. No. Nadratul Nisa' ...Love Story? dah bunyi omputih ada kena jawab macam-macam nanti. Haha. Sila senyum banyak-banyak atas kesudian saya menepek sikit teaser terhangat di pasaran. 

 
‘Nad tak pernah cintakan abang. Sekelumit pun tak. Dan kalau abang nak tahu..’

Suara dan kenangan yang banyak mematangkan hubungan mereka berlagu-lagu. Maleq terketar-ketar sambil mengambil wuduk. Air matanya menitis-nitis. Entah kenapa dia rasa sendiri. Dia rasa sepi tanpa cinta yang hakikatnya berhak hanya untuk dia seorang.

Nad cintakan orang lain. Bukan abang.’

Dia sudah himpun cinta untuk Nadratul Nisa’.
Dia sudah suburkan kasih sayang untuk isterinya nan seorang itu.
Kalau semua punah hanya kerana gambar yang dia saksikan itu, dayuskah dia?
Dia sudah tuluskan hati untuk mencintai Nadratul Nisa’. Malah isterinya dari hari ke sehari sudah mengaku menyintainya.

Kalau hanya dari bibir isterinya, bolehkah dia percayai? Hati isterinya apa yang terselindung? Apa? Apa?

Sambil air mata membasahi pipi, dia mengangkat tangan. Doa usai berwuduk berlagu syahdu. Kaki perlahan-lahan menuju ke sejadah yang sudah terbentang. Maleq mencapai kopiah putih yang santun terletak di meja kecil hotel. Kopiah sudah melekap di kepala. Jemari perlahan-lahan mengesat lagi air mata. Semakin lama, hati semakin sayu.

Dia berniat. Ikhlas. Mujahadah melawan bisik syaitan. Dia tepis rasa sedih dan hibanya. Sudah-sudahlah Maleq. Itu kan gambar ‘lama’ Tan Jie Kang dan Nadratul Nisa’. Dia pujuk hati nan lara. Seorang lelaki boleh menangis begini, alangkah bodohnya kau Maleq.

Maleq pejamkan mata. Mengusir hiba.

“Allahuakbar.”

Sayu. Air mata dia entah kenapa menitis lagi. ‘Kenapa bukan aku yang menjadi pertama dihati Nadratul Nisa’?’ Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.

Solat sunat terhenti lagi. Sudah berkali-kali dia berwuduk. Sudah berkali-kali dia mengangkat takbir. Maleq terus menjatuhkan tubuh. Lutut bertemu sejadah. Tangisnya menikam lubuk hati. ‘Kenapa bukan aku ada sejarah dan kenangan denganmu wahai isteriku?’

Nadratul Nisa' Special Entry [Maleq Rafie/Tan Jie Kang]

$
0
0

Alhamdulilah. Manuskrip Nadratul Nisa’ siap akhirnya. Yeayy! Yippie! Berbekal semangat jitu pembaca di blog, page dan group (semua adoo) haha. Terima kasih semua untuk kasih sayang kalian. Kritikan, komen dan apa sahaja untuk manuskrip Nadratul Nisa’. Musim cinta pertama, kedua dan ketiga mereka bertiga akan kalian dapat edisi cetak nanti. Bila? Tak tahu, sebab minggu depan baru saya emailkan ke editor. (saya kena polish sikit. Pruf read, betulkan dua tiga kali bagi nampak cantik manuskrip. Iya kan?) Perlu saya ingatkan, kita kena tunggu penerbit kata okey, baru saya beritahu bila terbit. Saya tak boleh terus bagi jawapan bila ada di pasaran. Okey semua?

Projek seterusnya ialah saya kena siapkan Nama Dia Joe. Saya kena kemaskini semua dan emailkan ke editor untuk penilaian bulan Februari ini. Doakan kedua-dua manuskrip lulus dan kita tunggu terbit sambil saya usaha siapkan semua manuskrip yang terbengkalai. Kalau saya laju menaip dan menyiapkan, saya janji sambung Udin & Jen. Saya usahakan yang terbaik untuk Geng Transformers. Okey?

InsyaAllah, bulan Jun 2014 baru saya akan mulakan projek Mrs Pai Epal. Jeng Jeng jeng. Okey, tak nak cerita banyak-banyak meh layan teaser akhir Nadratul Nisa’ ini. Suka? Suka? Suka?



“Nisa duduk sini dengan aunty Zaireen ya.” Akhtar gelabah. Rasa separuh mati. Dia rasa sebak. Dia pusingkan lagi tubuh. Mata mencari wajah Tengku Zaireen. “You tengokkan anak I. Kejap aje. I pergi cari Nad.”

Tengku Zaireen melangkah setapak ke depan. Ingin dia tarik lengan si Akhtar. Tapi terhenti. Kaki Akhtar lebih laju berayun ke depan.

Akhtar berlari lari. Laju. Tengku Zaireen hanya boleh memerhati. Dia hanya boleh menunggu dan melihat sendiri – berjayakan Akhtar mencari wajah yang dikatakan sama seperti Nadratul Nisa’?

Akhtar berpusing ke kiri. Mencari di setiap sudut. Wajah dicari tidak ada. Tubuh yang tadi dia juga nampak sudah menghilang. Dia pusing lagi dan berlari ke arah kanan. Dia nampak wajah Nadratul Nisa’ di sebalik pengunjung yang makin ramai. Tadi. Itu tadi, Akhtar!

Dia berlari. Dia gagahi diri untuk mencari. Rasa mahu menangis bila wajah sebenar tidak muncul di depan mata. Dia rasa sudah rindu. Bertahun-tahun dia menyimpan rindu dan kenangan. Mana kau, Nad? Mana?

Nadratul Nisa’ tenang berdiri bersama eskalator yang sedang turun ke tingkat bawah dan perlahan-lahan bergerak. Sesekali mata ke kiri dan ke kanan merenung hiasan pameran yang dia tinggalkan. Aroma bau bunga dan kemeriahan kawasan pameran menari-nari di hujung mata.

Akhtar berdiri. Menarik nafas. Dia pergi ke ruang tengah. Mid Valley ini besar. North. South. East. Wing. Gila. Mana nak cari dia? Mana? Besar sangat ni.

“You tak nak cari dia?” suara Tengku Zaireen mengasak-asak.

“Tak nak.”

Meski jawapannya tidak. Tetapi kaki sedang melangkah laju. Sekejap-sekejap dia berlari dan kemudian berjalan sambil mencari.

“Kenapa?” Senyum Tengku Zaireen mencelah. Sesekali menganggu minda.

“I nak dia ada depan mata dengan sendiri. Kalau Allah takdirkan I jumpa dia dengan masa yang tiba-tiba, itu lebih bermakna dari I cari dia. Pencarian akan membuatkan hubungan dia dan suami mungkin dalam keadaan emosi.”


Akhtar meneruskan pencarian. Sukarnya mencari. Muncullah. Muncullah walau sekali.

Berlari-lari.

Mencari di serata ceruk kedai. Berjalan sambil memusingkan mata entah ke mana sudah. Kiri. Sekejap dia ke kanan. Macam orang hilang anak dan akal. Iya. Semua ini kerana rindunya. Kerana sayangnya. Kerana kenangan antara mereka. Kadang-kadang dia rasa ini hanya sia-sia. Bukan. Bukan. Bukan sia-sia. Dia mahu mencari Nadratul Nisa’. Cukuplah sekali kalau dia melihat wajah nan dirindui. Dia hanya mahu bertanya khabar. Itu saja. Bukan dia mahu cinta yang tersimpan ini dibalas dengan apa-apa.

“Ohh….kalau dia sayangkan suami dia bukan lagi you? Macam mana?” Gema suara Tengku Zaireen berpadu lagi bersama kaki yang sedang bergerak. Dia akhirnya duduk di sebuah bangku.

Rasa putus asa. Akhtar sudah tewas. Pencariannya berakhir begitu saja. Bila punggung berlabuh ke kerusi kayu, penatnya baru terasa. Peluh rasa mencurah-curah turun. Dia tunduk.

Jemari runcing dia genggam erat-erat. Air mata rasa bergenang dan sekejap lagi bakal melimpah. Beberapa minit dia mendiamkan diri. Dia menarik nafas dan kemudian perlahan-lahan dihembuskan.

Seseorang sedang berdiri. Kasutnya tidak dia cam. Akhtar perlahan-lahan memanggung kepala. Mata kini sedang bertemu. Mata kini sedang bersatu.

“Bro, you terjatuhkan wallet masa berlari-lari tadi.” Senyum

Jemari perlahan-lahan menggamit beg sendiri. Akhtar teragak-agak. Mujur! Kalau tidak, habislah kena ke balai polis membuat report.

“Cari siapa? Macam cari seseorang yang penting aje.” Senyum lagi.

Dia – Akhtar. Hanya diam. Hanya mengambil semula wallet dan dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya. “Terima kasih.” Hanya itu terzahir.

Selebihnya dia penat dan rasa sudah putus asa.
Mahu menangis, dia lelaki.
Mahu menjerit, nanti dia dikatakan gila.
Sudah Akhtar. Sudah!


"Nad sayang abang banyak mana?"
"Errr..banyak laut!"

Nama Dia Joe [Memori I]

$
0
0

Meh kita imbas kembali. Antara Joe dan Mawar. Ada hey hey hey. Hahaha. Okey, cerita sebenarnya saya sedang menguruskan manuskrip Nama Dia Joe. InsyaAllah hujung bulan dua akan siap! ;) Doakan saya! Amin. Jangan nyanyi lagu rindu ya! 

 Memperkenalkan Mawar saya. Eh silap...Mawar milik encik Joe. JOE. 
Credit picture Risty Tagor : LINK



Mawar sendukkan bihun yang mummy buat. Wahhh, matanya  terbeliak. Perencahnya penuh satu alam. Ada ayam, sotong, daging dan udang. Sayur pun lengkap segala-gala. Perutnya terus berkeroncong maha lapar. Dia menyendukkan bihun untuk dua piring. Keluarkan sandwic dan tuang air ke dalam cawan.

Eh-eh..mummyawak masak nampak semua sedap. Semua ni mummybuat?” Dah tahu tanya lagi.

Joe angguk sambil menanti Mawar. Mawar memang sengaja buat kerja lambat-lambat. Mawar memang nak kena ni. “Iyalah awak oi. Mummy buat sebab awak. Excited terlampau bila saya kata nak ajak awak teman saya study kat sini. Kalau bolehkan, dengan nasi lemak, ketupat dan kuah kacang pun mummy nak buat.”

Pandang lagi Mawar. “Saya aje yang tak bagi buat macam-macam. Dah macam kenduri sekampung aje mummy tu. Hehe.”

Mawar berdiri sambil membawa bihun goreng. Tangan sebelah pegang sandwic. Air nanti boleh ambil kemudian. “Laaaa..kenapa awak tak setujuje. Nanti Param, Din dan Siti Nur Nuha boleh makan jugak. Awak ni kedekutlah. Biarlah macam kenduri ke apa. Kalau tak habis boleh hantar kat asrama kawan-kawan kolej awak tu.”

“Mawar. Please….cepat sikit datang sini. Saya lapar ni. Boleh tak awak jangan sebut nama Param, Din dan Siti Nur Nuha tu. Eeeeiiii, bernanah telinga ni.” Joe pandang Mawar. HeilahMawar ni. Ingat lagi nama budak sekor-sekortu. Sekelip mata dia keluarkan kamera dari dalam beg. Sambil betulkan kamera, dia menunggu Mawar yang sedang berjalan ke arahnya. Buku study letak tepi.

Mawar sudah duduk di sebelahnya. Muka cebik sambil hulurkan sepiring bihun terus ke arah Joe. Sekelip mata mereka berdua sudah jadi seperti biasa. Teman tapi errr errr errr mesra! Sambil menanti Mawar habiskan bihunnya, dia sesekali curi-curi mengambil gambar Mawar. Kalau Mawar sedang tersenyum, cepat-cepat dia klik!

Kalau Mawar hulurkan air dengan wajah seriusnya, cepat-cepat dia klik! Cantik. Lagi-lagi langit sedang berwarna biru. Juga ditemani dengan hijaunya padang ini. Turut sama menjadi teman ialah pohon rendang yang sedang meneduhkan mereka ini. Semuanya lengkap. Petang indah dan menawan dengan semua gambar di dalam kameranya kini dipenuhi dengan gambar Mawar. Gambar Mawar serius sambil jawab soalan matematiknya pun dia klik. Klik dan klik!

Dia senyum memerhati gambar Mawar. Mawar sebelahnya sedang berkerut-kerut dahi memerhati soalan matematiknya. Dia jeling Mawar. Perut dah penuh dengan isi makanan. “Dapat tak?”

Geleng kepala. “Tak. Otak dah berkarat. Lamanya tak study macam awak ni.” Mawar letakkan buku Joe. Joe letak kameranya. Dekatkan tubuh dengan Mawar. Lunjur kakinya sama dengan Mawar kini.  Kepala Joe macam biasa, ditongkatkan dengan tangannya.

Senyum sambil angkat kembali bukunya. Rileks sahaja Joe menyelesaikan jawapan matematik di dalam buku berkenaan. Pennya bergerak-gerak. Mulut Joe terkumat-kamit seperti membaca buku. Dia tenang menjawab. Lagi senang hati bila Mawar ada di sebelahnya.“Senang ajeni. Prof Kamil tu memang suka bagi soalan tak mencabar begini. Tengok, dah siap!”

“Wah!” Mawar dekatkan lagi dirinya. Mereka dah duduk berdua seperti selalu. Mawar terus ambil buku Joe. Perhatikan langkah penyelesaian yang dibuat oleh Joe. “Dah siap. Pandainya awak.”

Joe angguk. Senyum. Capai begnya dan letakkan di bawah kepala sebagai alas. Dia dah mengantuk. Bihun mummy ni memang sedap sampai buat dia mengantuk. Mata terpejam-pejam. Mawar di sebelah sedang menilik bukunya. Sambil mata yang nakal memerhati Mawar matanya terus layu.

Mawar terus meneliti buku Joe. Sambil itu, dia  perhatikan Joe yang sedang terlena. Mata Joe terpejam-pejam. Nampak sikit terbuka. Kemudian nampak terpejam kembali. Cepat-cepat Mawar ambil kamera Joe. Masih belum dioffkan. Dari tadi dia memerhati apa yang Joe buat. Dia tahu Joe curi-curi mengambil gambarnya. Eleh, cakap ajelah awak nak saya jadi model muslimah. Cakap ajelah dengan saya yang saya ni comel. Kan? Kan? Kan?

Udin & Jen 1

$
0
0



Salam semua. Hai! Kata pengurus saya, jangan tinggalkan blog berhabuk tanpa apa-apa entry. Makanya, saya kembali mengisi jadual kalian seminggu sekali untuk sama-sama membaca kisah manis, sempoi dan pap!…entahpape aje fasal Udin & Jen ini. Hahaha. Sila-sila. Jangan terpengaruh dengan cerita ini, kerana dikhuatiri jika saya tidak menyambungnya, kalian akan lemau tahap biskut lemak cicah air teh. Larikkkk.





Saari terburu-buru menjejak  Udin. Kerja dia dan Udin sebagai juruteknik memudahkan mereka ulang alik sahaja bertemu. Udin di line 17. Dia di line 18. Senang lambai-lambai tangan kat Udin yang sedang memeriksa televisyen. Kilang Sony di Bangi ini sudah jadi macam rumah kedua untuk mereka. Perut aku dah lapar sungguh ni Udin. Jomlah teman aku makan oi!

“Udin!” Dia jerit. Muka pandang televisyen 40 inci. Kaki terhenti bila tubuh tinggi Irsyad tiba-tiba terpacul. Alamak Isryad ni. Pantang sungguh dia nak borak panjang dengan Udin. Ada sahaja kacau daunnya.

“Hei Saari. Kau mesti nak ajak si Shahbudin aka Udin tu minum kat kantin kan?” Irsyad menjegilkan anak mata. Tahu sangat dia perangai dua budak setan ni.

Saari telan air liur. “Ala, rilekslah Ir. Aku bukan ajak Udin lari balik rumah tinggalkan semua kerja ni kau buat sorang-sorang.”

“Eleh. Kalau tak sejam kat kantin bukan kau dua oranglah. Dah-dah. buat kerja cepat!” Irsyad terkebil-kebil.

“Sibuklah kau Ir! Asal kerja aku dan Udin siap. Kau jangan sibuk-sibuk.” Saari gosok hidungnya. Mata menjeling Udin yang sedang bersandar di dinding. Dua tiga operator sedang berbual-bual manja denga Udin. Adeh Udin ni…boleh pulak mengayat masa kerja macam ini. Kaki Saari laju melangkah mencari Udin. Berdiri saja depan Udin, dia terus menarik Udin.

“Kantin!”

“Iyalah. Aku tahu kau lapar.”

“Tapi aku ada satu cerita nak cakap kat kau.” Kaki berayun laju. Sambil berjalan menuju ke kantin, mulut membebel-bebel bercerita.

“Cerita apa?”

“Aku dah dapat sorang awek baru.” Saari jungkitkan kening. Seronoknya kan? Iyalah, sebabnya Udin masih belum dapat seorang awek pun. “Kau sendiri yang kata, seorang pergi, sepuluh mari. Sabrina pergi tinggalkan kau dah tiga bulan. Tak kesepian ke? Siapa yang ganti? Ekekeke.” Ketawanya sinis.

Cis Saari. “Mulut kau, bau longkang sungguh.” Udin laju-laju ayunkan kaki.

“Siapa nama awek kau tu?” Udin sambung sesi perbualan.

“Sabrina!” Serius sungguh Saari.

Kaki Udin automatiknya berhenti. Paling muka, hadap muka Saari. “Kau janganlah bagi aku berangin satu badan, Saari. Iyalah…aku tahu. Aku ni taklah sekaya mak bapak kau. Tapi kalau Sabrina tiba-tiba beralih angin kat kau, ni yang buat aku terus bertsunami ni.”

Saari terus membahan si kawan.“Tsunami?” Jemari Saari sudah mendarat atas bahu Udin. Kaki dia terus kanan, kiri dan kanan kembali membawa si kawan ayunkan kaki ke kantin. “Apa kejadah tsunami. Ni Sabrina lain. Bukan Sabrina sisa-sisa kau. Hahaha.”

“Choi! Sisa-sisa sangat. Apa, kau ingat aku ni tak tahu halal haram ke?” Ceh Udin. Bajet-bajet konon hero paling maksum dalam dunia. Sangatlah drama okey! “Kau jangan Saari. Jangan bagi aku naik darah. Kalau betul tu Sabrina aku, kau memang nak kena.”

Saari melangkah membawa kaki. Berayun kiri dan kanan mengikut jejak Udin. Sesekali mereka menyapa kawan-kawan kilang yang turut sama baru pulang dari kantin.  “Takde lah. Aku bukan kawan jenis yang makan kawan punya. Rileks ar. Tarik nafas. Nanti kau mesti kenal punya.”

“Kenal sangatlah!” Udin mencebik. Retina mata gagah mencari kehijauan. Dia mahu matanya hari ini melihat pokok-pokok yang hijau. Cucikan mata, katanya!

Saari mengekek-ngekek ketawa. Sambung sesi menghangitkan Udin, “Kau tu ramai peminat kat kilang, kau tak nak. Jual mahal.”

“Bukan tak nak. Bukan aku jual mahal. Tapi bila diorang tahu aku ni miskin setakat ada motor buruk tu, semua larikan diri. Mata duitan betul budak-budak perempuan ni.. macam sial!” Udin mula memaki hamun. Ah – dia panas hati sungguh. Habis kopaklah kalau setiap kali keluar makan, dia kena belanja. Makan, bayar sendiri-sendirilah! Kemain sungguh semua nak menghabiskan duit gaji aku.

Sampai sahaja ke kantin, Saari angkat tangan. Jeritannya membelah tiupan angin. “Kak Bibah, macam biasa. Teh tarik dua. Mee goreng basah pedas dua.”

“Okey. Tunggu lima minit!” Kak Bibah dari dalam kantin membalas jerit pekik Saari.

“Ala…kau juallah motor tu.” Saari gumam bibir. “Takpun jual tanah mak ayah kat kampung.” Saari membahan lagi.

“Kau gila apa? Aku nak pergi kerja naik apa? Naik gajah? Kau ingat aku ni desperatesangat nak ada awek, sampai sanggup gadaikan tanah bagai. Jangan buat plot drama kat sini ya.” Udin sudah bengang.

“Hahaha.” Tawa si Saari meletus.

“Tapi aku ada termimpi sesuatu. Orang kata mimpi macam ni, akan jadi kenyataan.” Udin mula serius. Sisa ketawa Saari mula terbantut.

“Haa..mimpi apa?” soal menyoal macam biasa bermula.

“Jumpa seorang awek ni. Dia larikan diri dari aku.” Udin gumam bibir, minda berproses ligat.

“Nama dia?”

“Errr…” Udin gulungkan lidah. Toleh kepala dan kini mata pandang hidung kemek si Saari. “Jen. Nama dia Jen.”

“Jen sangatlah! Hahaha.” Saari kembali menyambung hobinya, ketawa.





 “Mimpi kau tu Udin, selalunya tak menjadi. Dah serupa nama artis aje. Jen sangatlah! Hahaha.” Saari mengutuk lagi si kawan.

Udin hembus nafas. “Ni yang aku malas nak cerita kat kau ni. Asal aku cerita aje, kau akan kata semua tak menjadi.” Udin angkatkan kening. Pelayan kantin sudah meletakkan air yang dipesan. Buih-buih nampak menyelerakan anak tekak.

“Iyalah-iyalah. Kali ni aku akan iyakan. Udin dan Jen. Haaa..amacam. Serasi tak? Serasi tak?” Saari membunuh lagi semangat si kawan.

Udin terkebil-kebil. Semangat mahu mencicip teh tarik bertambah-tambah. Bibir sendiri mengalunkan nama berkenaan. “Udin dan Jen. Errr…serasi-serasi!” Hahaha. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak bersama Saari.

“Balik nanti aku nak singgah pet shop. Nak ikut?” Udin menarik gelas berisi air kegemaran. Sisa ketawa akhirnya terhenti bila teh tarik mula mahu dinikmati.

“Cari apa?” Bodoh betul kau Saari. Takkan nak cari basikal pulak dalam pet shop!

“Kak long aku. Suruh belikan makanan kucing dia pulak.” Udin terkebil-kebil teringatkan kak longnya si suka bebel itu. Ish..bukan pernah dia membelikan makanan untuk si Didi tu.

“Malaslah. Kau pergi sendiri aje. Aku nak balik cepat. Malam nanti nak pergi tengok bola. Hehe.” Saari menyengih lagi. Kak Bibah sudah letakkan mee goreng basah kesukaan mereka berdua.

“Aku nak letak racun kat makanan kucing kak long aku. Hahaha.” Udin geleng-gelengkan kepala.

“Letaklah. Jangan kau kena halau keluar sudah. Haha.” Saari sambung ketawa. Udin ni memang menyampah tahap petala tujuh dengan kucing kak longnya itu.

***
Sofea Jameela Pet. Udin parkir motor betul-betul depan kedai yang tidak pernah dia jejak. Mata menengadah melihat signboard kedai yang kreatif. Gambar kucing pulak tu. Adeiii. Selalunya kak longnyalah yang akan pergi membeli makanan si Didi. Helmet di jemari nan kasar, dia pegang erat.

“Err…awak nak ikan ?” Entah suara merdu mana mengacau halusinasi. Oh, Udin sudah ada di dalam kedai Sofea Jameela Pet. Mata meneliti nama yang melekat di baju pekerja kedai. Pekerja kedai ya? Oh. Namanya Jen. Jen? Jen? Biar betul. Bukan Jen tu nama yang errr errrrrr. Mimpi? Mimpi aku tu betul ke?

“Hellooo…you nak ikan ke atau you tengok I ni?” Jen menayang-nayang lima jemari.

Awaklah ikannya Jen. Amboi, mengada. Manja!  “Saya ni kucing, awaklah ikannya!” Udin sengih. Mula dah dia mengayat.

Jen memandang dua ekor ikan yang baru mereka beli dari pelanggan. Ikan-ikan sedang berenang dengan rancaknya. “I seriuslah. Ni Didi dan Nini. Semalam ada sorang mamat handsomedatang sini. Baru I nak tackle, rupanya dah kahwin. Belikan ikan baru untuk bini dia.” Jen senyum. Mula melayan si pelanggan. Ikan di depan mata ini, dahulunya milik Encik Mukhriz. Kini, sudah menjadi hak milik Sofea Jameela Pet.

“Oh ye ke?” Jemari meliar pegang pinggang ramping Jen. Oh, beraninya dia. Hah!

“I pilih ikan cantik untuk dia.” Jen sengih. Mata menjeling jemari si lelaki yang tidak bernama. Amboi. Kemain sempat letakkan jemari kasar di pinggang rampingnya. “Nama baru ikan tu tak komersial langsung. Ada ke letak Ali dan Siti.” Dia sambung bercerita meski sedang menjeling tajam.

“Ali dan Siti?” Dia sengih. Udin gigit bibir. Nama memang tak komersial langsung.

“Boleh tak turunkan jemari you kat pinggang I ni? Kalau I ikan pun…I nak kucing yang jenama tengku, syed atau VIP. Baru I terima.” Dari membongkok memerhati Ali dan Siti, Jen terus berdiri tegak.

Gulp! Tengku? Syed? VIP? Amboi…ni stok gadis-gadis yang tak pandang dia yang sekadar bekerja sebagai juruteknik di kilang Sony erk? Dia dah agak, ini mesti jenis perempuan mengikis. Jenis yang kalau dia ajak keluar makan selama sepuluh hari, si lelaki aje yang membayarnya. Sudah sah-sah motorsikal cabuknya cap Honda Bon Siew itu tidak dipandang. Chaittt!

“So..you nak beli apa ni?” Jen memeluk tubuh. Macam-macam betul perangai pelanggan yang datang ke kedainya ini.

“Err…” Jemari sudah dia tarik dari pinggang Jen. Dia buat-buat menyelak rambut. “Sorry. I memang sengaja pun nak mengayat you. Ingatkan stok boleh layan-layan. Tapi sebab you stok nak yang berTengku, berSyed..errrr….i mengalah lah.”

Jen senyum. Jujur sungguh. Jemari halusnya turut sama membetulkan rambut yang jatuh ke dahi. Mata Udin terus memerhati. Oh, cantik. Sederhana juga di matanya.

“I nak makanan kucing. Ni..” dia keluarkan sekeping kertas dari poket seluar jeans. Tulisan kemas kak longnya sedang dibaca oleh Jen.

“Ohh…Royal Canin. Makanan paling terbaik untuk kucing. Jenama pun bagus. Sesuai untuk semua jenis kucing. Cuma kalau untuk stok kucing kampung memang cepat habislah ni.” Jen mula memesrai pelanggan. Kertas ditulis entah siapa diberikan kembali kepada Udin.

“Bulu kucing kak long I tu, jenis yang berbulu tebal. Entah jenis kucing apa agaknya. Saya ni datang sini, tukang beli aje.” Udin memerhati pergerakan Jen yang menuju ke sebuah rak kaca. Makanan Didi, dengan pantas di ambil untuk Udin.

Jen mengukir senyumnya. “Kucing Parsi tu. Mesti cantik. I pilihkan yang ni untuk kucing kak long you.”

Kaki si jejaka mengikut pula ke kaunter bayaran. Sambil memerhati Jen, dia mula lagi mengayat. “I nak mengaku ni….yang I bukan stok anak Tengku, Syed atau VIP. Kerja juruteknik aje. Kat kilang Sony sana tu.”

“Ohh..” Jen sengih. Jujur sungguh.

“Nama I Udin.” Zasss….dia memulakan misi memanah sekeping hati.

Jen tersentak. Udin? Eh – macam pernah dengar aje kan? Ceh…skrip drama lagi. No-no, sila ubah skrip berkenaan wahai Jen. “Ohh Udin ya. Nama stok kampung aje. Hahaha.” Jen ketawa.

Udin menjelirkan lidah. Amboi, kau mengutuk nama yang abah banggakan ini ya? Apedehal dengan nama sampai tergeliat nak sebut. “Elehh, tak mainlah nama Adam Mukhzani ke, nama Daniel Amar Mikhail ke, Rafiq Shadi ke, Tengku Shah Ibni Syaiful Ziyad ke.” Udin main belasah menyebut nama-nama entah sesiapa.

Jen ketawa. Adoi. Kelakar. Iya tak ya. “Habis, nama penuh you?”

“Haaaaa…nama penuh yang abah banggakan ialah Shahbudin. Nama pena Udin. Hehe.” Udin tersengih-sengih macam kerang busuk. Panahannya kini, terlajak sipi-sipi aje. Ceh Udin. Takpe, cuba lagi. Cuba lagi!

“Jen.” Dia tunjuk nama yang melekat di baju.

“I tau.” Udin sambung senyum. “So you tak suka ke nakberkenalan dengan I yang hanya stok kerja technician macam I ke?” Sekali lagi mencuba.

Jen mengambil not lima puluh ringgit yang diberikan Udin. Gelengkan kepala. “Tak. I tak berapa suka. Tapi tak tahulah esok lusa kot-kot berubah citarasa ke.” Jen gelengkan kepala.

Yes! Udin sengih. Mari Udin, kita ubah skrip drama. Ngeh ngeh. “I ni memanglah tak pernah jumpa dengan you. Dalam mimpi pun rasa macam sipi-sipi aje. Nama penuh Jen aje? Ke nama penuh Jennifer Lopez?”

Jen kembali ketawa. Sampai dia menutup bibir dengan jemari runcingnya. Ada Jennifer Lopez. Please!

“Sofea Jameela.” Jen tayangkan gigi putihnya.
“Perghhh..panjangnya!”

“Dipendekkan jadi Jen!”

Udin blur-blur. “Mana pulak datangnya jadi Jen?” dahi berkerut-kerut.

“Opah kat kampung suka panggil Jen. Teruslah melekat.” Eh-eh…dah melampau sesi taaruf kau berdua ya Jen.

“So I boleh mencubalah ni?” Udin masih belum mengalah.

“Mencuba?” Dia macam terpaku bila mata Udin merenung seluruh wajahnya.

“Udin dan Jen.” Udin senyum. “Iya..kita. Kita berdua.” Udin sah-sah gunakan teori memikat bersama gaya jemarinya. “Haaaa…mana duit bakinya yang oi?” Udin mengetuk pula meja kaunter bila menyedari yang Jen bagaikan patung merenung wajahnya.

Senyum. Dalam senyum, tiba-tiba jantungnya berdebar. “Oh…ni-ni. Ni duit bakinya.”

“Boleh ya?” Udin menyambar cepat baki berkenaan.

“Boleh?” Jen dah macam kena santau.

“Iyalah. Kita mencuba untuk jadi kawan. Dari kawan jadi sahabat. Dari sahabat jadi kekasih. Dari kekasih jadi errrr…”

Jen senyum sinis. Seorang pelanggan mula masuk ke dalam kedai. Serentak itu, perbualan bubar. Udin terus pusingkan tubuh dan sebelum menolak pintu kaca Sofea Jameela Pet, dia rakus merenung si Jen. “Jadi terus, isteri Shahbudin.”

:::Sambil laju-laju siapkan Nama Dia Joe. Hey hey hey!:::

Udin & Jen 2

$
0
0



Saya susun kisah ini begini. Ada bab bercerita mengenai Jen. Ada bab mengisahkan Udin. Ada bab saya cantumkan cerita mereka berdua. Saya sedang bermain dengan semua POV dalam Udin & Jen. Harap suka. Terima kasih semua.








Sofea Jameela (Jen)


Ya. Itulah pertemuan pertama kami. Aku ingat sampai bila-bila. Sofea Jameela Petyang menjadi saksi. Makanan kucing jenama Royal Canin itu juga yang menjadi penghubung. Bila dia keluar dari kedai milik diri sendiri, aku terkebil-kebil sambil menahan senyum. Aku ketap bibir kuat-kuat agar senyum tidak sampai ke telinga. Budak muda memang macam-macam ragamnya. Aku akan seadanya melayan sesiapa. Kalau lagaknya seperti cina, slangnya berubah juga. Lagaknya remaja, aku jadi remaja. Kalau budak-budak muda, ah – aku pun rasa mahu jadi muda. Sepuluh pelanggan yang datang ke sini, rencahnya ada sepuluh juga. Tidak terjangka.

Jujur. Dia itu pula jujur sahaja bicaranya sambil memperkenalkan nama penanya. Udin.

Kesibukan aku di kedai kesayangan ini, lantas melupakan aku dengan namanya. Tidak sedikit terdetik pun untuk aku memenuhkan nama mana-mana pelanggan di dalam kotak hati. Sudah statusnya aku ini janda. Janda yang punya seorang anak lelaki berumur 9 tahun. Mahu mengharapkan apa-apa lagi perhubungan dengan mana-mana lelaki, ia sebenarnya sudah basi. Ungku Mariah pun ada sebut dan selalu cakap, “Janganlah tutup hati kau tu dengan mana-mana lelaki lagi Jen. Umur kau pun muda lagi. 30 tahun. Kalau ada customer lelaki yang datang ke kedai kau ni, usha-ushalah! Mesti ada satu yang tersangkut.”

Jangan Jen! Jangan!  “Usha? Ish kau ni.”

Ungku Mariah provokasi, “Orang takkan tahu umur kau tu 30. Aku tengok pun, umur kau ni macam 24 tahun. Serius! Orang pun takkan tahu kau ada sorang anak lelaki. Aku tengok kau atas bawah, atas bawah bergetah lagilah. Fakhrul Sufi tu pun nak jugak ada ayah.”

“Sufi dah kata, dia okey duduk berdua dengan aku. Aku ni kan ayah dan umi dia, Ungku Mariah oi!” aku terbeliakkan biji mata. “Kau kan tahu, aku suka ulam. Orang makan ulam-ulam ni awet muda.”

“Heee dia ni. Perasan! Dahlah, aku nak balik kedai aku.”

Ungku Mariah senyum senget. Kedainya bersebelahan sahaja dengan kedai aku ini. Kalau mahu lepaskan tekanan, bolehlah berspa di kedainya. Jahit baju pun pandai. Pendek kata, benda-benda yang melibatkan kecantikan wanita, semuanya dia boleh buat. Ungku Mariah memang serba boleh. Kalau rasa dia bosan, sekejap lagi sampailah dia membawa pisang goreng. Petang-petang begini, sedapnya kan…makan pisang goreng? Cicah pula dengan sambal kicapnya. Lagilah nikmat!

Suara Ungku Mariah perlahan-lahan hilang di bawa angin. Kain di jemari makin tangkas mengelap habuk di papan kaca. Mata aku cekap memerhati ikan-ikan emas besar di dalam kolam buatan. Bunyi air berkocak-kocak, tambah menenangkan. Sofea Jameela Pet, kedai milik aku ini sudah semakin membesar. Ruang bawah menempatkan serba serbi lengkap makanan haiwan. Hanya makanan ikan dan aksesori di dalam akuarium ditempatkan di tingkat kedua. Kalau Humaira ada, dialah yang akan bertugas di kaunter ini. Disebabkan Humaira MC, maka aku mengambil alih menjaga ruang bawah ini. Amir di bahagian belakang sedang sibuk melayani pelanggan. Hanya dua orang pekerja sahaja yang akan mengetuk papan kekunci dan menerima pembayaran. Untuk sekarang, aku lebih melatih dan mempercayai Amir dan Humaira. Hanya mereka berdua yang boleh aku percayai.

Aku memasang telinga. Pekerja-pekerja di ruang atas entah sedang berbual-bual apa. Ruang atas kedai aku ini, lebih besar ruangnya. Lebih menjenamakan Sofea Jameela Pet. Kalau menjengah jam  8 malam, ruang atas akan dipenuhi dengan peminat kucing, arnab, kura-kura, hamster, ikan-ikan dan anjing. Mahu membeli joran pun, Sofea Jameela Pet sediakan. Aku sudah mengumpul sebanyak 8 pekerja untuk mengawasi keseluruhan kedai aku ini.

“Umi!” Fakhrul Sufi menolak pintu. Jemari yang sedang mengelap rak terhenti. Aku hadiahkan senyum manis. Seorang pelanggan mampir dan Amir kini menjalankan kembali rutinnya di kaunter. Tubuh aku terus dipeluk si kacak manis. Anak aku ini semakin membesar.

“Ya comel umi.” Aku sengih. Automatiknya, bibir menciumi pipi gebu Fakhrul Sufi. Dikesat-kesat sambil ketawa. “Amboi, kesat nampak?”

“Eeee…Sufi dah besarlah umi. Malulah dengan abang Amir.” Fakhrul Sufi mencebik.

“Mengada. Kecik hati umi tau. Sufi… dosa tau..dosa…” Aku kembali rancak bergurau senda. Pakaian sekolahnya masih melekap. Jemari aku tangkas sahaja menarik jemari anak lelaki aku ini. Sebelah jemariku gigih memegang beg sekolah Fakhrul Sufi. Inilah rumah kedua kami. Bilik belakang yang lengkap dengan ruang sederhana besar itulah, tempat selalu Fakhrul Sufi duduk menantikan kedai ini ditutup.

Salah aku. Iya. Disebabkan kedai ini juga, hubungan aku dan dia putus di tengah jalan. Dalam sibuk aku membangunkan Sofea Jameela Pet, suamiku sebenarnya sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Lebih perit wahai Zainal Syah…kau duakan aku dengan Farina yang aku didik dia bekerja di Sofea Jameela Pet ini.

Salah aku juga. Hanya memikirkan kerja. Dunia aku lapan tahun yang lepas, asyik sahaja dengan haiwan-haiwan yang memenuhi kedai ini. Jadual padat dan kesibukan kerja ini akhirnya menoktahkan titik untuk perkahwinan yang kami bina atas dasar cinta. Genap Fakhrul Sufi enam tahun, sembilan bulan, cerai itu adalah pengakhiran untuk aku.  Aku ini, wanita yang tidak ingin suamiku berkongsikan kasih sayangnya. Aku ini, bukan wanita yang boleh membahagikan hati dan perasaan. Setahun juga, Zainal Syah melupakan aku. Tahun-tahun perit itu akhirnya bertukar ganti dengan aku menuntut fasakh. Mana mungkin luka di hati ini, boleh dia rawatkan lagi. 

Remuk dan sakitnya hati aku ini, masih menyala-nyala bila nama bekas suamiku itu meniti di bibir Fakhrul Sufi. Fakhrul Sufi, masih anak Zainal Syah. Aku tidak boleh menidakkan hubungan darah antara mereka berdua. Ada ruang dan masa yang aku izinkan untuk mereka berdua. Tetapi jangan izinkan umi, untuk nama itu dicantum-cantumkan lagi. Sudah-sudahlah Sufi.

Rutinnya sama. Sambil menunggu anak lelaki aku mandi, aku akan membuka televisyen. Jika pekerja memanggil hal-hal berkaitan kedai, aku akan keluar sekejap ke atas dan kembali ke bilik ini. Ini yang seronok jika jadi bos di kedai sendiri. Perjuangan selama sembilan tahun akhirnya membuahkan kejayaan. Tapi Jen, ada manis dan pahitnya kan?

Beberapa minit, aku akan duduk pula menikmati bekalan bersama Fakhrul Sufi yang mama hantarkan tengahari tadi. Susah-susah sangat, aku tapau sahaja dengan kedai Anida Tom Yam selang tiga kedai dari kedai aku ini.

Suara Amir bergema. “Ong, bungkuskan katak tiga ringgit.”

“Katak tu nak buat apa umi?” Fakhrul Sufi bersoal jawab.

“Umpan ikan.”

“Oooo.”

Aku pasangkan sebuah pembesar suara di bawah untuk para pekerja berhubung. Pelanggan yang setia, hanya akan berdiri di kaunter tanpa perlu naik ke tingkat atas. Ulat, katak dan berbagai-bagai jenis umpan akan di bawa turun ke bawah selepas Amir atau Humaira membuat pesanan. Lebih mudah kan?

“Kak Jen, keluar sekejap. Ada orang nak jumpa ni.” Suara Amir mengetuk pula gegendang telinga. Cis. Baru hendak bersenang-senang dengan Sufi.

Aku bingkas bangun, membasuh jemari di sinki dan membuka pintu bilik. Fakhrul Sufi sudah biasa dengan kesibukan uminya ini. Lepas makan nanti, dialah yang akan bergerak aktif membantu kedai. Suka sangat dia dengan hamster dan ikan-ikan di atas. Kalau ramai pelanggan, Sufi sudah boleh membantu. Sufi sudah cekap menangkap ikan di dalam akuarium dan dimasukkan ke dalam beg plastik.

Buka sahaja pintu, mata aku dan dia sekali lagi bertemu. Dia gariskan senyuman. Eh budak Udin ni lagi.

Jemarinya hulurkan sebuah beg plastik. “Kakak I tak nak pulak yang saiz ni. Kalau tukar yang plastik kecik sikit boleh tak?”

Aku terkebil-kebil merenung dia. Dah kenapa? Banyaknya songeh kakak dia ni. “Boleh, tukar sahaja. Asalkan you tunjukkan resit dengan Amir. Tukar dengan pekerja I tu. Dengan Amir. Tu dia.” Bibir aku muncungkan ke arah Amir.

Pertemuan kedua tercipta lagi antara aku dan dia. Anehnya, ada detak dan debar di hati. Tapi aku sedang gariskan pemisah antara kami. Udin ini sama sahaja seperti pelanggan tetap kami.

Dia gelengkan kepala. “Tak. I dah kata dengan Amir, I nak tukar makanan ni dengan you yang bernama Jen sahaja.” Senyum. Udin hadiahkan lagi senyumnya kepada aku.

Eh mengada! “Laaa….”

“Eh serius. Sebab I dah beli dengan you. So, kalau tukar pun biarlah dengan you.”

Budak Udin ni! Sudahlah dia berani mengayat. Sudahlah dia, beberapa jam tadi, kemain gatal memegang pinggan ramping Jen. Plastik yang sedang dihulurkan oleh Udin, diambil perlahan. “Iya-iya. Kejap ya.”

“Kak long tu nak jimat cermat. Kalau kecik sikit, bolehlah kurangkan harganya kan?” Sambil kaki dia mengikut ayunan aku, bibirnya membebel bercerita.

Aku senyum. Jimat sangatlah! “Iya-iya. Jimat lebih kurang lima ringgit.”

“Kak long I kata, ada tak yang beli satu dapat satu percuma?” Udin selamba badak menyoal  jawab.

Aku sengih lagi. “Dua bulan lagi. Baru ada promosi.”

“Laaa…dengan I tak boleh ke kira harga promosi? Hehe.” Udin sudah berdiri disebelah aku. Sogokan Udin beberapa jam tadi terus aku lupakan. Nak jadikan aku isterinya kunun…..seluar pun nak beli tunggu haji. Heh.

“Tak majulah I. Yang ni okey kot.” Sambil aku mengambil Royal Canin bersaiz kecil, mata menjeling Udin yang memerhatikan seluruh kedai ini.

“Haaa..” Udin nampak teruja. Matanya kembali menangkap wajah aku. Dia terangguk-angguk. “Yang ni okey.”

“Resit?” soal aku sambil meletakkan semula Royal Canin yang ditukarkan.

“Ni!” unjuk dia. Udin terkebil-kebil. Halkum dia bergerak-gerak. Air liur agaknya meleleh tengok leher aku yang sedang terdedah ini. Macamlah aku tak perasan matanya itu tala ke mana. Itulah Jen, Sufi yang sembilan tahun pun sudah bising hari-hari, “bila umi nak pakai tudung? Bila umi? Ustazah tu kan cantik aje Sufi tengok dengan tudungnya.”

“Tunggu kiamat.” celah mama dengan jawapan bisa ke telinga. Adoi!

Aku ayunkan kaki ke kaunter. Udin, matanya sedang menangkap kolam ikan.  Tangga buatan yang kreatif untuk ke tingkat atas turut menarik minatnya. “Eh, tadi I tak perasan ada kolam ikan ni. Tangga ni pun ada sekali ya?”

Aku sambil menguruskan pertukaran barang dengan sistem terangguk-angguk. Amir yang berdiri di sebelah tersenyum. “Iya, memang ada kolam ni. Tadi pun, saya ada kat kedai ni. Saya kat belakang sana.” Amir menjawab bagi pihak aku.

“Tangga ni?” tanya lagi. Kejap-kejap mata dia teleng ke kiri. Kepala menengadah menengok-nengok serupa nazir melawat sekolah.

“Pergi tingkat dua. Ada macam-macam lagi yang I jual.” Jawab aku cepat

Udin terlopong. Gumam bibir dan baki wangnya aku terus serahkan. “Jimat lima ringgit. Boleh beli tepung dua kilo.” Gurau aku.

Gurauan aku disambut mesra. Aku senang dengan caranya yang begini. “Buat cekodok. Nanti I hantar kat you. Boleh?”

Sekali lagi. Sekali lagi, dia mewarnakan emosi. Udin ni. “Udin oi. tak perlulah susah-susah. Jen tak makan cekodok. Jen makan Molten Chocolate Lava Cakeaje.”

“Agak dah.” Dia masih mahu meneruskan bebel-bebelannya. Nasib baiklah, tidak ada pelanggan lain di belakangnya.

“Agak apa?”

“High maintenance sungguh. Cancel!” Udin ketawa. Royal Canin di dalam beg plastik dibetulkan kedudukannya.

Tawa Amir meletus bersama-sama kami. Hari ini, pertemuan kedua tercipta lagi. Selang hanya beberapa jam. Aku biasa sahaja rasanya. Kalau ditanya, apa yang bagus mengenai Udin ini, aku akan jawab satu. Udin, jujur budaknya. Melalui riak wajah, aku dapat meneka, yang dia ini dalam lingkungan dua puluh empat tahun.

Mata kami berlaga. Mata dia bersinar-sinar bahagia. Entah apa, mata dia hari ini seakan-akan menawarkan lagi pertemuan ketiga antara kami. Pertemuan ketiga antara aku dan dia akan terjalin beberapa hari lagi.

Mahu tahu? Nantilah aku akan kisahkan. Tunggu.
Viewing all 176 articles
Browse latest View live