Quantcast
Channel: Mardihah
Viewing all 176 articles
Browse latest View live

Mr Tan 5

$
0
0
Rindu. Menulis. Jom. Sesi gempak siri Mr Tan akan disambung. Sila Layan. Turunkan komen. Heh. Terima kasih untuk semua yang menunggu. Sayang semua 14 juta.




“Nad…dapat ikan berapa ekor?” Nazim sengih jahat.

Abang Nazim ni memang nak kena cepuk. Nad hayunkan kaki naik tangga. Jeling Nazim yang mengekek-ngekek ketawa. Nazrul si abang sulung kerut-kerutkan dahi sebab tak faham apa-apa. “Eh, ni apesal macam ada perang aje aku tengok ni? Kenapa aku tak tahu?” Nazrul pandang Nazim adik kembarnya.  Macam nak telan.

“Cuba nak kenenkan dia dengan Mr Tan Jie Kang kat Nad tu. Manalah tahu dia berkenan ke.” Nazim buat muka tak bersalah.

“Tan Jie Kang? Wei wei…” Nazrul sengih sambil rapatkan tubuh ke sofa. Bola mata berpusing-pusing sebab mahu ambil tahu. “Tan Jie Kang mana pulak ni?”

Nad berhentikan langkah. Kepala pusing sikit sambil pandang kedua-dua orang abangnya. Mama sengih-sengih. Mata pandang televisyen walau telinga pasang cerita terbaru Nazim. “Tolonglah. Boleh tak jangan spekulasi. Dia kawan babalah. Kontraktor renovaterumah kita nanti. Tak pasal-pasal terbabit pergi memancing dengan dia sebab abang Nazim tu. Sesuka hati menipu dan buat perancangan nak kenakan Nad. Eeee…” Nad terus panjat tangga. “Bencilah!” Nad protes sudah.

Baldi sebelah pintu utama berkocak-kocak. Ikan yang berjaya dipancing masih segar mendengar perbualan mereka. Nad dah letakkan baldi elok-elok di situ. Nazim dan Nazrul bangkit dari sofa. Terus berdiri sebelah baldi kecil milik Nad. Nad si kaki pancing memang tidak pernah mengecewakan. Nad mesti akan berjaya mendapatkan ikan. Hatta ketika hujan lebat pun.

“Mama!” Nazim melambai-lambai. “Sinilah lekas.” Dia panggil mamanya.

Roziana lekas-lekas menyertai pakatan si anak-anak. Berjalan ke arah baldi hasil pancingan Nad dan Encik Tak Bernamanya itu. Jemari berlabuh lekas ke bahu anak-anak kesayangan. “Nazim memang suka cari pasal dengan Nad kan? Ni kalau baba tahu projek mengenenkan Nad dengan si Mr Tan tu..habislah kita.”
“Rilekslah mama. Ni planning secara tak sengaja pun. Ala, keluar memancing aje pun. Ni..” Nazim tunjuk hasil tangkapan Nad yang sedang nyawa-nyawa ikan. “Dua ekor tu ma.”

Nazrul menambah perisa, “Seekor jantan…seekor betina. Kira lengkaplah tu. Ha ha.”

“Amboi, kenakan orang nombor satu aje dia ni kan?” Roziana cubit lengan Nazrul.

“Ala mama..betul apa Rul cakap. Kira matchinglah kan sebab ni ada dua ekor ikan ni. Satu Nad, satu lagi untuk Mr Tan dia tu.”

Haaaa…lepas dia putus tunang dengan si Huzairi tu, kita kawan-kawankanlah dia. Bukan kita nak kenakan dia mama. Apa yang Nazim buat ni kira betullah. Bagi dia senyum balik. Bagi Nad ceria semula macam dulu. Asyik monyok masam macam buah mangga. Tak syoklah ma kalau tengok Nad macam tu.” Nazim menokok tambah. Walhal dalam hatinya tak siapa yang tahu. Perancangan tiba-tiba mengenakan Nad dengan Encik Tak Bernama tu sebenarnya mengharukan jadual seharian dia. Semalaman dia bersengkang mata memujuk baba. Minta nombor telefon dan pujuk rayu baba menerima Mr Tan menukang rumah mereka. Apa gila sungguh kau Nazim. Mr Tan itu bangsanya cina, Nazim. Budak lelaki yang jadi tukang rumah dan bos untuk syarikat kecil-kecilan Smart Kenway Enterprise.

Boleh tak Nazim fikir begini.
1)      Kalau jodoh Nad dengan Huzairi tu memang dah tak ada dan tak akn diikat…si Mr Tan tu sebagai galang gantinya…apa gila? Belum bersunat. Kena Islamkan. Sudah tambahkan kerja jadinya. Mati-matilah aku!
2)      Tapi kawanlah dulu kan, mana tahu Nad suka dengan budak lelaki tinggi mata sepet tu. Mana tahu lama-lama suka. Episod kenen-mengenen menjadi akhirnya. Episod tak sengaja membaca whatsapp Nad menjadi cerita rupa-rupanya.
3)      Kalau tak jadi….adakah Nad akan terus merajuk dan malas lagi joinkan aktiviti memancingnya dengan mereka berdua? Huarghhh…..Nazim telan air liur.

“Hei…nak suruh mama buat sambal ke ikan ni?” Nazrul tolak bahu Nazim.

Hehehe.Roziana menyengih. Anak-anak lelaki berdua ni memang. Tapi ikan fresh-fresh begini, buat sambal berlada memang sedap kan? Encik suami mesti suka.

“So, mama ingat nak letak nama resipi ni, Ikan berlada Nad dan Mr Tan. Hehe.” Roziana pun nakal sepesen macam anak-anak terunanya.

“Sayang mama lapan belas tingkat!” Serentak itu mereka ketawa.

***

Ni hen huai dan.

Apa kejadahpulak maksud ni hen huai dan ni? Nad gelisah. Malam ini entah kenapa dia tak boleh tidur. Pusing kanan, nampak senyum si Tan Jie Kang. Pusing kiri nampak juga jelingan si Tan Jie Kang.

You sebut nama I lima kali….I datang depan you.

Nad tolak gebar. Terus bersila dan membetulkan rambutnya. Getah rambut terus menjadi teman rambut panjangnya. Sebut lima kali datang sini? Serius? Nad mula terkebil-kebil. Kenapa ya wajah putih melepak si lelaki itu menjelma.

“Tan Jie Kang.” Nad sebut perlahan. Tarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Gila! Apa gila aku ni sebut nama dia ni?

Bibir dan hati bersatu lagi menyebut nama yang sama. “Tan Jie Kang.” Iskk…ni semua sebab perancangan abang Nazimlah ni. Huwaaaa…

Kali ketiga dia menyebut nama si lelaki. “Tan Jie Kang.”

Bulu roma Nad mula meremang. Eh, lelaki tu hantu ke? “Tan Jie Kang.” Nad tepuk bibir sendiri. Ni dah masuk kali keempat ni.

Nad pandang dinding. Tarik gebar ke dada. Mata bagaikan tembus entah ke mana-mana. Entah khayal entah kenapa. Sekali lagi untuk kali terakhir dia menyebut nama itu perlahan-lahan. Meniti dari bibir dan terus ke hati. “Tan Jie Kang.”

Dan. Macam cerita Alice In The Wonderland atau Harry Potter pula kisah dia dan Tan Jie Kang ini. Heh. Nad sengih semacam saja bila telefon pintarnya bernanyi-nyanyi. Dia segera lemparkan gebar. Bangun dan mengambil telefon bimbit.

“….Encik Mata Sepet.” Nad senyum sambil membaca nama yang tertera.

Telefon letak di telinga. Perbualan lantas bermula. “You sebut nama I lima kali ya?” Suara dia sengau-sengau sikit. Agaknya malam begini berlaku pertukaran hormon kot.

Angguk. “Eh..mana ada. Sila jangan perasan.” Nad menidakkan. Tadi angguk. Jantung entah kenapa berdebar-debar. Eh, kenapa ni Nad? Mengapa jadi begini ni?

Tan gariskan senyumnya. “Tapi I dapat rasalah. You sebut nama I lima kali.”

“Eeeee…” Nad akhirnya ketawa. Dia dah kembali bersila atas katil.

“Mungkin I rasa. Tapi kalau betulpun apalah salahnya kan.” Dia senyum. Tan berdiri pandang kaki langit yang gelap. Jemari kiri betulkan rambut panjang paras lehernya.

“You tak tidur lagi?”

Geleng kepala. Tan senyum lagi. “Belum. I tidur kejap lagi. Tapi I call ni nak cakap sesuatu dekat you. Eh..bahasa melayu I tak tunggang langgang kan?” Ketawanya bersisa.

Nad angkat kening. Senang hati mendengar suara si Mr Tan. “Okey. I faham.”

“Dari kecik I kawan dengan budak-budak melayu. Sekolahpun melayu. Kira I pandai banyak jugalah cakap melayu ni.” Tan cuba tanam tebu tepi bibir. Maniskan ayat kalau kau cakap dengan adik aku si Nad tu. Itu pesan Nazim sehari yang lepas.

Nad segera ingin tahu. Nak cakap apa pulak mamat cina ni. “You nak cakap apa?”

“Terima kasih banyak-banyaklah.” Suara Tan adjust sikit bagi sedap. Berdehem-dehem dia mengawal lantunan suara.

“Untuk apa?” Kening Nad sikit lagi nak bercantum dua.

“Memancing dengan you. Seronok sungguh. I tak pernah memancing.” Tan terbayangkan aksi akrobatik menggulung rel dan memegang joran bila pancingnya mengena tadi. Susah payah si Nad membantu. Bila tengok ikan sebesar lengan muncul dari dalam tasik bersih itu, dia rasa teruja sungguh. Bersungguh-sungguh mereka menaikkan ikan.

Nad gumam bibir. Dah pulak, ajak memancing lagi sekali. “Ohh..ok. Sama-sama.” Tapi jantung Nad dag dig dug sahaja.

“Janji tau.” Tan mula serasi.

Erk.

Tan buang undi lagi. “I tak pernah memancing. Nanti kalau memancing duduk atas sampan ke atas bot ke dan kita berdua duduk tengah tasik mesti lagi best.” Tan tarik nafas.

Nad ketawa. Amboi. Angan-angan si Mr Tan ni…tingginya. Siap duduk atas sampan bagai. “Okey. Tapi tak janji.”

“Ala…” Nadanya sayu sahaja. Tan pandang telefon sendiri. Kemudian cepat-cepat sambung perbualan. “You tak sudi ke? Iyalah…I ni budak cina. Bukan melayu. Perkauman sangatlahkan.”

“Ehh..bukan macam tu lah. Bukan.” Nad rasa serba salah. Apesal tetiba timbul isu perkauman pulak ni. Mamat ni sensitif betullah. “Apa pulak nya perkauman. You Chinese, I Malay..duduk sama-sama kat negara ni. Ada aje melayu Islam kahwin cina…india kahwin cina… Boleh apa? You makan hasil you. I pun sama duduk Malaysia. Sama rata. You bayar tol, I bayar tol. Mana ada asing-asing. 1 Malaysia maaaa…”

Tan ketawa. “Ok-ok. So?”

Eh-eh dia ni. Main so so pulak. “So what?”

“Pergi memancing?”

Ah sudah.

Nad tak tahu nak jawab apa. Mati kutu. “Youlah bagi tarikhnya bila.”

Pantas Tan menjawab. “Esok.”

“Gila!”

Sengetkan bibir. Senyum. Suka dengar Nad jawab yang dia gila. “Apa pulak gila. I tak kira… esok mesti jadi. Tadi you yang suruh I bagi tarikh kita pergi memancing. Kan? So?” Tan tak puas hati.

Eh dia ni. So so lagi.

“Apa pulak main paksa-paksa I ni. Suka hati I lah kalau tak nak. Eh-eh dia ni.” Nad garu kepala.

“Esok. Lepas I jumpa baba you ambik first payment renovation rumah you tu….kita pergi. I siap-siap tempah satu sampan.” Paksa rela. Titik. Tan malas nak pusing ayat lain.

Mamat ni macam paksa pun ya. Kemudian macam suka-suka hati dia saja nak buat itu ini. Aku ni siapa? Nad terkebil-kebil tarik nafas.

“Hei Nad…” Tan merayu hati si gadis. “Ala…keluar dengan I kejap aje.”

“Errr…”

“Errrr…no errr errr…esok. Lepas you solat Asar I tunggu kat depan pintu gate rumah you. No excuse!” Tan pula memberi jawapan.

Nad pandang telefon pintarnya. Tan Jie Kang ni sesuka hati mak ayah dia aje paksa anak baba dan mama itu ini.

Mr Tan 6

$
0
0



“I tak pernah pergi memancing tau.” Tan terus meneroboskan diri masuk dalam kereta comelnya. Tadi pun tergesa-gesa dia membersihkan kereta yang selalu ibunya kata macam sampah ini. Dia akui sendiri yang dia memang pemalas. Pemalas tahap empat belas kata mama. Ala, dia pun tak nak jadi hipokrit sebenarnya. Malas sikit aje mama. Bukan malas banyak pun. Nad baru sahaja jadi kawan dengan dia. Kalau Nad boleh berkawan dengan dia dan sekarang ini menerima pelawaannya untuk pergi memancing dia dah syukur sangat-sangat. Kalau Nak pun bising-bising komplen fasal kereta dia ni, memang sahlah Nad ni seorang perempuan macam mama. Kalau diam buat buta kayu tu ada masalah mata pun ya. Haha. Tan senyum sambil bersiap sedia menadah telinganya.

“Habis, yang kita pergi tiga hari lepas tu apa?” Nad betulkan duduk. Hidung macam bau sesuatu. Mata dia mencari-cari bau yang kurang menyenangkan. Eeee…bawah punggung dia ada kertas bertimbun pulak. Nad segera angkat punggung. Alihkan kertas ke belakang. Mata rasa semak tengok pemandangan kereta Tan. Baju ada dua tiga helai berlonggok. Rasa macam nak saja dia kemas kereta budak Tan Jie Kang ni.

Tan sengih. Enjin dah bersiap sedia. Kereta comel miliknya ini akan terus meluncur laju. “Itulah kali pertama I memancing. Seumur hidup tak pernah, Nad. Sumpah!” Tan mula turunkan brek tangan, tekan minyak dan berdesup meninggalkan Nazim yang jadi pengiring rasmi Nad. Nazim melambai-lambai dari depan pintu pagar rumah banglo mereka. Ekor mata Tan pandang Nad yang macam tak selesa. “Ohh…bau tak best yang sedang you bau ni bau stokin I. Lupalah nak basuh. Orang bujang kan?”

Rasa nak termuntah Nad mendengar. Dia tepuk dada perlahan-lahan. Nak saja dia buka hidung luas-luas. Nad terus menurunkan cermin tingkap kereta. Berpusing-pusing tangannya. Terus hala wajah ke arah angin yang sedang berpusing sederhana. Leganya rasa. Macam baru lepas dari seribu kelegaan. “You ni pengotor tau tak. Ya Allah.”

Tan ketawa. Gelengkan kepala dengan telatah Nad. “Haiyaaa..bukanlah. Bau besi karat bercampur dengan bau kereta I ni. Bau dia kejap lagi hilanglah.” Tan jeling Nad. Muka buat ala-ala kesian.

“You jangan nak menipu I lah Tan. Eee..pengotorlah. You ingat I ni tak pandai bau ke?” Nad jelirkan lidah.

Tan ketawa lagi. Dia tambah lagi perisa bau keretanya. “Bau baju I kat belakang tu pun sama. Kira tambah bau stokin, bau baju dua tiga helai sebab menukang dan bau besi karat. Kira sedap apa bau haruman dalam kereta I ni. Apa pulak pengotornya?”

“Eeeeee…..iyakkkk!” Nad menjerit nyaring. Terus jeling Tan yang sedang mengekek-ngekek ketawa. Memang perempuan. Sebijik macam mama.

“Dahlah you paksa I keluar dengan you. Memancinglah, apalah. Lain kali kalau kereta you macam ni punya busuk…you jangan harap I nak masuk join you memancing. Baik duduk dalam bilik dan study!” Nad tepuk-tepuk dashboard kereta. Cuba onnkan radio pula.

“Radio dah rosak.” Tan dah kejung sebab kena marah dengan Nad. Perempuan ni dah terlebih mesra marah-marah aku itu ini. Nad ni kenapa?

“Duit banyak, tapi……kedekut. You esok pergi betulkan radio you ni. I nak dengar radio.” Nad dah rasa nak marah. Eeee budak Tan Jie Kang ni. Radio pun rosak. Miskin betullah dia ni.

Tan angkat kening. “Iyalah…iyalah. I betulkan esok.”

“Kereta you ni?” Nad beri arahan. Suara maksimum sampai gegendang Tan Jie Kang berdengung-dengung.

Sambil putar stereng. Tan mengikut sahaja arahan ‘kawan’ barunya ini. “Iya-iya. Nanti I kemaskan. Jangan bising-bising boleh tak? Duduk diam-diam.”

“Ingat ya.” Nad bagi arahan sambil jeling Tan. Hembus nafas dan rasa kembali stabil selepas menyedut angin. “You kalau kereta semak, kotor dan busuk macam ni, jangan harap I nak you yang renovate rumah baba. I bising ni bersebab. Sebab kereta you kotor. Macam mana you nak ada awek? Eeee…”

“Baba you dah bagi duit pun. Takde sape boleh halang I. Kalau sebut fasal awek, I dah awek pun. Dia sayang I. Dan dia pun bukan mata duitan dan mata suci bersih macam you.” Tan sengih.

“I tak akan ikut you memancing. Eeeeee….pleaselah. I tak hingin ada pakwe macam you ni. Baik you bersihkan dulu kereta comel you ni dan baru boleh mengurat I. Awek you tu malang betul! Huh!”

“Tapi sekarang you kena ikut pun kan? Dah ada dalam kereta. Jangan mengada-ngada. Esok-esok I kalau ajak pun belum tentu you nak ikut. Sementara mood you baik ni, baik I ajak.” Tan pusing stereng. Jalan tidak sesibuk mana. Jadinya boleh sampai ke tempat yang dituju dengan cepat. Kedengaran dia ketawa kecil. Kelakar pulak melayan si Nad yang boleh tahan membebelnya ni.

Nad diam sambil tarik lagi nafasnya. Mata melilau ke bawah. Jangan ada lipas sudah. Ada yang tercicir tepi jalan raya nanti.  Tan sekali lagi menghangatkan suasana. “Tapi awek I untung apa  berboyfriend kan I.”  

“Untung?” Nad jelirkan lidah. Menyampahnya dia ni. Berlagak. “Untung apanya. Perasan.”

Tan ketawa. Terus fokus pada pemanduannya. Betul-betulkan snow cap dan rambutnya. Beberapa minit yang sepi dan akhirnya mereka sampai ke kawasan tasik luas menghijau. Port memancing yang terbaik untuk Nad. Dua jam sebelum tadi, dia dah contactpemilik tasik buatan yang cantik ini. Siap tempahkan sampan untuk mereka berdua sekali.

Hingga akhirnya kaki menjejak tanah. Berjalan berdua perlahan-lahan mencari tempat letaknya sampan. Joran, rel, baldi dan segala macam benda gigih di bawa mereka berdua. Angin menjadi teman. Sederhana alunannya.
Nad hentikan hayunan kakinya. Pandang Tan. “You tahu berenang tak?”

Tan telan air liur. Budak ni, memang suka mengejutkan jantung.  Geleng kepala. “Tak!”

Nad ketawa. Kahkahkah.  Ah, Tan buat muka bengang. “Kenapa you ketawa?”

“Sebab kalau you tenggelam. I pun tenggelam sekali!”

Tan Jie Kang rasa nak picit-picit hidung mancung Nad. “Porah!”

***

“Eh, you sewa sampan cantik siap beropol-ropol ni untuk kita? Kita bukannya nak honeymoonlah Mr Tan oi. Kita ni nak memancing ajelah.”

“Iyalah. Kenapa? Awak tak suka ke?” Muka Tan serius pandang Nad yang tersengih-sengih dalam sampan. Si Nad ni mesti dia gelakkan aku sebab sampan ni ada ropol-ropol. Kan? Nad mainkan peranan jemarinya. Betulkan rel dan joran dipasang dengan umpan.

Bushhh….mata kail terus dicampak masuk ke dalam tasik.

Selepas selesai dengan tugasnya, Nad alih bola mata. Mata menikam hidung sederhana milik Tan. Tan terkial-kial letakkan umpan. “Ehh..bukanlah I kata I tak suka. I suka sampan ni.” Nad pandang tasik yang menenangkan. Tapi sebenarnya hatinya sedang menggeletek ketawakan Tan yang boleh tahan kelakar.

Kemudian Nad larikan kembali anak matanya ke arah jemari Tan yang masih tidak mampu selesaikan tugasannya. Duduk pun sebelah menyebelah. Jemari Nad meliar. Menarik joran dari jemari runcing Tan. “Sinilah I buatkan.”

Tan senyum. Hulurkan jorannya. Umpan beberapa ekor cacing dalam baldi comel senang sahaja dicapai oleh Nad. Dia meneliti Nad yang tekun membelek cacing dan mata kail miliknya. Seminit memerhati. Akhirnya lengkap. Rel berbunyi-bunyi. Nad senyum puas sebab akhirnya dapat memancing. Hobi gilanya ini memang sah-sah diwarisi dari kedua-dua orang abang kandungnya itu.

“Betul you suka sampan yang I sewa khas ni?” Tan dengan sekali hayun, membawa umpannya jauh ke dasar tasik. Dia tahu Nad ketawakan sampan yang beropol-ropol ni. Sekejap lagi, basahlah kain warna hijau ni. Atas sampan, siap ada meja kecil letak air sirap pulak tu. Mestilah Nad ketawa guling-guling tengok hiasan sampan ni.

“What?”

Sengih. Dia pandang Nad. Entah kenapa mereka dah jadi baik disebabkan whatsapp abang Nazim. Ajaib betul. “I tanya….betul ke you suka sampan yang I sewa untuk kita ni.”

“Ohhh….” Nad angguk. Sengih. Tahan ketawa sambil jeling meja kecil beralas cantik. Ada air sirap. Tak menahan betul si Tan Jie Kang ni. Hahaha. “Errr…kenapa you tak sewa sampan yang siap ada aircond sekali?”

“Eee dia ni. Melampau betul!” Tan kembangkan hidung. Mengejek Nad yang sedang mengekek-ngekek ketawa.

Aktiviti memancing berterusan. Nad dan Tan. Tasik membiru dan menghijau. Nyaman. Sesekali burung berkicau-kicauan. Sesekali Nad akan mengekek-ngekek ketawa. Tak habis-habis geli hati dengan Tan yang serba surprise sampai sampanpun diropol-ropolkan macam langsir.

Tan sesekali menjeling geram. Eeee...

“You nak pakwe yang macam mana ek?” Tan juihkan bibir. Memecah kesunyian mereka berdua yang masih belum mendapat ikan.
“Handsome.” Spontan Nad menjawab. Dia sengih lagi geli hati. Malas nak menimbang soalan-soalan spontan dari kawan barunya ini.

Tan jeling Nad. “Lagi?”

“Tinggi!”

“Ohhh…lagi?”

“Gentleman.” Nad entah apa menjawab sahaja. Bukan difikir apa-apa.

“Macam I?”

“Please!” Nad teguk mineral water.

“Okey…lagi-lagi.”

Malas nak fikir. Nad fokus memancing. Tapi bibir menjawab. Senada. “Have a good sense of humor.”

“Lagi?”

“Romantic!”

Tan Jie Kang telan air liur. Nad terus pandang jorannya yang masih belum mengena ikan.

“Ada lagi?”

“Loyal!”

“Semua tu ada kat saya. Kan?” Tan terus berdiri tegak atas sampan. Sampan bergerak-gerak. Nad memusingkan kepala. Tengok Tan dah berdiri tapi badannya stabil tak stabil. Dan joran Tan tiba-tiba disentap ikan.

“Eh-eh…berat ikan ni. Tolong…tolong!” Tan rasa sebak sebab ikan sudi menikmati umpannya. Macam ajaib. Ada rasa seronok pula menggebu-gebu seluruh jiwanya kini. Dia ketawa sampai pecah isi langit.

Ah, sudah! Nad terus bangun. Meluru bersebelahan Tan. Capai joran Tan yang tidak mampu mengimbangi kedudukan mereka berdua. Nad terus mencampak jorannya ke bawah. Gelas di atas meja kecil terus jatuh.

“Hei-hei. Hei Tan!”

“Nad…tolong I.” Joran sudah berlari arah. Mengikut kekuatan ikan yang mengasak mereka.

Disebabkan takut dirinya terjatuh, Tan terus memaut pinggang Nad. “Hei-hei….” Nad terkejut beruk. Sampan bergerak-gerak. Pantas – Nad mahu menolak. Semakin ditolak, Tan terus mengasak. Dia mana tahu berenang. Kalau betullah kata Nad, harus mereka berdua mati kerana lemas. Kerana menolak lengan Tan yang memaut pinggangnya, tubuh Nad terus sukar diimbang. Kaki Nad juga tidak mampu bertahan. Sebelah tangan menarik joran dan kini sedang menolak pula Tan Jie Kang yang penakut.

Bushhhh! Nad jatuh. Jatuh masuk ke dalam tasik maha luas.

“Naddddd!!!!”

“Nadddddd!!!!”

Sebab kalau you tenggelam. I pun tenggelam sekali

:::Siapkan YT, DCHS, NDJ:: Harap-harap semua siap...Maaf semua mss lambat sebab momentum hilang berterabur...hehe:::

Mr Tan 7

$
0
0
Mr Tan 7. Okey.. cerita saya ni hero dia biasa-biasa saja. ;)






“Akhirnya awak yang selamatkan saya, Nad.” Polos sahaja. Suara Tan sayu. Rasa insaf sekejap kerana dia diselamatkan oleh seorang perempuan. Rasa malu menebal rasa nak masuk muka bawah meja pun iya.

“Saya heroin. Heroin hujung-hujung cerita.”

“Kata tak tau berenang.” Tan buat muka pelik. Iyalah, sebelum beberapa jam tadi Nad yang mengaku akan tenggelam kalau dia tenggelam juga. Pasrah betul dia waktu itu tanpa tahu perkara ini akan terjadi.

Bohong sangatlah Nad ni. Nad kan memang begitu. “Abang-abang saya dah ajar saya berenang semenjak dalam perut mama lagi. Macam mana nak jadi pemancing handalan kalau berenang pun tak reti.”

Tan ketawa. Entah apalah yang kelakar sangat. Tapi dia suka mendengar segala butir yang keluar dari bibir Nad.

“Kenapa you ketawa?”

Tan lap rambutnya yang masih basah. Mereka duduk di hujung tasik sambil menantikan baju kering. Rumput basah menjadi alas punggung. Sesekali dia menjeling Nad yang kini berbalut tuala. Dah macam duduk di kutub utara si Nad ni. Nasib baik pak guard tasik ada. Haha. Tapi betul, nyaris-nyaris dia mati! Sempat pula tu dia sebut Ya Allah masa terjunkan diri selamatkan Nad tadi.

“You kelakar.”

Nad renung air yang menghijau membiru. Habis semua joran kesayangan masuk dalam tasik. Semua tak dapat diselamatkan lagi. Haru-biru betullah hidupnya hari ini. Kelakar sangatlah Tan oi!

Tan gerakkan lagi bibir. Mahu menyusun maaf. Dari hati. “I minta maaf ya. Dalam kalut-kalut tadi terpegang pinggang you. I takut jatuh tasik. Sebenarnya cuak juga tadi bila ikan tu berat ya amat.”

Nad tidak bereaksi. Hanya renung air yang tenggelamkan rel mahalnya. Huwaaa.. Rasa mahu menangis sahaja dia saat ini. Telefon pintarnya dipandang juga seperti tidak bernafas.
“Okey.” Hanya itu mampu dijawab oleh Nad. Hati sebu ya amat.

“I tahu, haram hukumnya pegang pinggang you yang bukan muhrim tu. I minta maaf ya.” Tan tundukkan muka. Hanya angin yang menemani mereka sekarang ini. Memeluk dan sesekali angin menampar pipi gebunya. Kalaulah dia tidak tergopoh-gapah tadi, mesti Nad tidak jatuh ke dalam tasik. Mesti juga perkara ini tidak akan terjadi. Rel, joran dan semua kelengkapan memancing Nad juga mesti akan selamat dari malapetaka.

Eh dia ni. Bab hukum haram sudah selari di bibirnya pulak. Kemain lagi dia.  “Sila taubat nasuha!” Nad jegilkan mata.

Tan ketawa. Merenung juga telefon pintarnya yang habis basah. Kalau boleh diselamatkan...selamatkanlah Tuhan. “Nanti I gantilah telefon mahal you tu.”

Nad dah menggigil-gigil. Cepat-cepat dia bangun. Angkat semua barang-barang yang berjaya diselamatkannya. I-phone segera digenggam. “Ehh, jomlah. Dah sejuk sangat ni. Hantar saya balik. Nanti tak fasal-fasal demam.” Nad segera hayun kaki.

“Nanti I ganti tau.” Tan mengekor langkah Nad. Dah dua kali dia sebut soal ganti telefon si Nad tu.

“Iya. Kalau rosak awaklah kena ganti. I memang akan tuntut pun.” Nad serius.

Tan pulak terkebil-kebil. Rasa bersalah yang amat. Sampai sahaja dalam kereta, semua barang dihumbankan ke dalam kereta. Nad terus letak punggung. Kunci kereta nasib baik ada dalam poket seluar, diseluk. Kereta comel Tan terus membelah kesibukan jalan raya.

Haihlah Tan. Hari ini, kau buat adik Nazim masam macam cuka.

“Saya kenal Huzairi.” Tan memulakan perbualan. Dia harap topik ini menggembirakan Nad. Lagipun, Nazim dah beritahu awal-awal pada dia…Nad baru putus tunang. Nad perasaannya sukar dikawal dalam tempoh dua tiga bulan ini. Kalau dia sebagai kawan kepada Huzairi boleh menggembirakan semula Nad, apa salahnya. Kan?

Nad pusing kepala. Hairan. Pandang tunak wajah Tan yang selamba. “You kena Huzairi?”

“Ha’a.” Angguk lagi.

“Okey.” Tapi Nad pelik. Macam mana pula Tan Jie Kang boleh kenal Huzairi? Dia ni memang skudeng aku ke?

“Kawan saya. Udin. Udin suka dengan adik Huzairi.”

Diam. Hening sahaja suasana tanpa radio yang sudah rosak.

“Apa kena mengena Udin pulak ni. Udin mana ni?” Nad mula rasa nak demam.

“Udin tu kawan baik I. Satu sekolah dengan I. Best friend I. Mestilah I tahu adik dia berkawan dengan siapa. Jadinya I kenal gitu-gitu aje dengan Huzairi. Makan-makan satu meja sebab nak ‘pow’ abang dia benarkan kami bawak Jen keluar dengan kami.”

Nad keliru. Cerita apa pulak Tan bawa petang-petang yang nyaman ni. Udin? Jen?  Nad cuba imbas memori. Oh…Jen itu adik Huzairi. Rapat dengan dia. Kalau fasal Jen dengan Udin, dia memang malas nak ambil tahu.
Yang penting sekarang..antara dia dan Huzairi sudah tidak ada perhubungan. Noktah.

“I tahu you putus tunang dengan Huzairi pun dari Udin.”

Dia ni apesal? Apehal pulak nak cerita, imbas memori lama antara aku dan Huzairi ni? Aku bukan kenal dengan kau pun, Tan Jie Kang. “Boleh tak jangan bagi I pening kepala. Soalnya I tak kenal you dan you jangan lebih-lebih nak korek sejarah silam I. kalau Udin rapat dengan you pun nak cerita bagai fasal I kat you…you boleh shut up tak?”

“Tapi I nak tolong you.” Tan pusingkan stereng kereta. Dada berdebar-debar tengok tahap kemarahan Nad. Tapi serius, dia sekadar mahu membantu dan sekadar mahu bercerita sahaja. tidak lebih dan tidak kurang, Nad.

“Tolong apa? Apa yang you boleh tolong I?” Nad mula garang. Dia peluk tubuh.

“Rapatkan balik you dan Huzairi.”

Nad kerutkan dahi. Adeii..pening-pening. Ni skandal siapa pulak akan tercipta lepas ini. Atau adakah ini perancangan abang Nazim mahu dia kembali mencipta hari-hari bahagia seperti dahulu. Kenapa pula mahu kaitkan Tan Jie Kang dalam kisahnya ini? Kenapa? Mengapa?

Nad membisu. Tan juga. Sampai satu persimpangan, Tan memecut memotong kereta yang terhegeh-hegeh di atas jalan raya.

“Sorrylah..” Tan masih memujuk. Abang Nazim yang cerita mengenai Huzairi pada dia. Memang betulpun dia kenal Huzairi. Udin dan Jen yang mengenalkan dia dengan lelaki bernama Huzairi. Paling mengejutkan bila dia tahu yang Nad bersama Huzairi sudah putus tunang.

Kalau dulu, masa dia teman Jen dan Udin lepak-lepak di kedai mamak makan mee goreng basah, dia akan nampak Nad bersama Huzairi duduk di sebuah meja. Di kedai yang sama mereka sebenarnya pernah ditemukan.
Tapi dia tahu, Nad itu budak perempuan melayu. Mana mungkin Nad akan memandang dia sebab Huzairi sudah ada di depan matanya.

Udin dan Jen sahaja yang akan bercerita. Mengenai Huzairi dan Nad. Semuanya tentang mereka sampai telinga dia hafal satu-satu mengenai perhubungan cinta mereka berdua terus ke pertunangan dan habis putus kerana Huzairi main kayu tiga. Dia macam angin sahaja di depan mata Nad.

Angin. Sampai dia pernah mengaku…kalau Nad ni bleh tersuka pada dia….pandang dia dan hadiahkan segaris senyuman pada budak lelaki cina tak tahu apa-apa ni..dia akan peluk Islam. Gila sungguh.

Sehingga detik menemukan mereka. Agaknya angin yang bercerita dengan Tuhan mengenai kehendak hatinya. Mereka bertemu di rumah Nad. Whatsapp macam menyatukan mereka berdua dan akhirnya dia sebagai lelaki mana mungkin menolak getar di hati bila terpegangkan pinggang Nad tadi. Ohh..terima kasih Nazim. Terima kasih.

Mana kau nak letak Moh Jia Wei, Tan Jie Kang?

“Tak perlulah nak rapatkan I balik dengan Huzairi. Orang melayu kata jodoh dah tak ada. Allah dah kata dia bukan pilihan tepat untuk I. So, lepas ni..baik I fikirkan study. Terima kasihlah sebab hairankan kisah dan kenangan saya tu. Cerita lama aje, Tan.” Nad mula rendahkan intonasi suara. Kepala berputar mengingati wajah lelaki di sebelahnya ini. Bagaikan pernah ternampak-nampak senyumnya. Tapi di mana dan bila dia mula mencongak-congak. Udin dan Jen?

Tan Jie Kang kawan rapat Udin? Ohh..Udin adik Huzairi tu kawan dia rupanya.  “Kecilnya dunia ni..rupa-rupanya you kawan dengan Udin.” Nad lempar pandangan keluar. Baju rasa kering sikit dari tadi. Habislah hapak lagi kereta Tan ni.

You aje yang tak pernah nampak I, Nad. I ni siapalah kan. Tan jauhkan hatinya. Pergi membiarkan angin membawa kepedihan hati. Amboi…sudah ada Moh Jia Wei..ada hati nak berkawan dengan Nad pulak ya.

“Lebih baik kita fokuskan dengan masa sekarang.” Nad mula ubah fikiran. Pusing kepala tepat dan mata pandang Tan.

“Masa sekarang?”

“Yes.”

“Fokuskan apa?”

“I dan you. Kita kan dah jadi kawan. I boleh bawak you memancing lagi nanti. Senang-senang you pun boleh join aktiviti kami hujung minggu ni. Dengan abang Nazim dan Nazrul. Kita pergi memancing lagi. Nak?”

“Errrr..” Apa Nad ni? Sudahlah dia fobia nampak air. Buatnya betul dia lemas dalam tasik ke, sungai ke ..laut ke.

“I akan selamatkan you lagi kalau you lemas. Don’t worry!”

“Ehh…you biar betul!” Tan pula tiba-tiba jadi nanar dengan pelawaan Nad. Tiba-tiba sahaja mood perempuan sebelah aku ni boleh berubah. Tadi angin satu badan, ni sekarang tersengih-sengih gembira macam nampak aku hulur choki-choki.

“Iyalah. Lebih baik ktia fokus dengan keadaan sekarang. I dengan study, aktiviti memancing dan mulakan persahabatan kita ni. Tu kira bagus apa…dari you nak rapatkan I balik dengan Huzairi malaun tu. Itu lebih bagus dari kita buang masa dan tenaga kan? You tak penat…I pun tak ralat sangat. Masa itu emaslah Mr Tan!”

Malaun? Bahasa apa pulak Nad sebut ni.

Dia tersengih-sengih. Errrr…..Bila Tan menjeling, dia nampak Nad sedang tersenyum. Manis.

Katakan Padaku Kekasih 2

$
0
0




“Aisya Husna..bangun. Bangun.” Suara Hakimi menerjah masuk ke dalam gegendang telinga. Sahut menyahut suaranya.

Aku bangun. Betulkan tudung yang sedikit herot. Dia senyum tetapi mata melarikan diri memandang pemandangan luar. Tubuh Hakimi yang tinggi jauh beberapa meter. Beg di atas bas diturunkan ke bawah. “Jom. Kita dah sampai.”

“Haaa?” Aku macam tak percaya.

“Sampai mana?”

“Perlis.” Mandatar sahaja. Hakimi segera membawa tubuhnya. Turun segera dari bas. Terpisat-pisat dan aku bingkas membangunkan diri. Mana Shamsul, sahabat Hakimi yang dikatakannya tadi?

Mata meliar. Tubuh rasa letih. Tekak terasa perit. Sebuah kereta menantikan kami. Shamsul keluar dari kereta. Hakimi meluru ke arah Hakimi. Mereka berpelukan dan mata Shamsul menyeluruhi wajah aku yang mendung ini. Kaki perlahan-lahan mengikut Hakimi dan Shamsul yang berada di tanah lapang sana.

Seorang wanita bertudung pendek menemani kami. Siapa dia, entah…aku tidak pasti. Mengenalinya pun tidak termasuk dalam minda kala ini. Namanya pun entah apa aku tidak tahu. Aku lebih mudah menyendiri. Selepas menyalaminya, aku berdiri sambil mendengar bebelan Shamsul untuk Hakimi.

“Salah ni Hakimi. Kau dah bawa anak orang lari dari rumah.” Suara Shamsul perlahan sahaja. Tetapi cukup ranum masuk ke dalam kepala.

“Aku terpaksa.” Hakimi menjeling aku.

Aku tunduk. Wajah abang long Zain, kak Majdina dan umi terbayang-bayang lagi di peluput mata.

“Kau dah yakin nak kahwin kat Siam ni?”

“Aku yakin.” Suara Hakimi deras lagi. Penuh ikhlas sambil memandang aku.  “Dari aku takut kami terbabas buat maksiat, lebih baik aku kahwin dengan Husna. Lebih mudah dan aku dah siap-siapkan semua dokumen. Lepas ni aku dan Husna nak terbang ke London. Aku nak bawa dia ke sana sebagai isteri aku.”

“Emak ayah dan adik-beradik dia tahu?”

Diam. Jiwa aku rasa sebu. Hati mendayu-dayu. Perasaan entah kenapa libang libu. Rasa sedihnya hati ini hanya Tuhan yang tahu. Hakimi menggelengkan kepala. Rindunya mahu memeluk umi. Sayangnya dengan kenangan kami adik beradik. Antara aku dan abang Zain tersimpul ikatan jiwa di hati.

Shamsul berjalan perlahan-lahan. Sudah berdiri pula dia di hadapan aku. Bawa Hakimi juga ke hadapan aku. Bersama peneman kami si gadis yang aku tidak tahu namanya ini.

“Aisya Husna…” Shamsul menyeru nama aku. Perlahan. Hakimi menyorot wajah aku. Sekali pandang dan kemudian matanya tunduk rapat memandang bumi.

Suara Shamsul keras. Peringatan jelas untuk aku dan Hakimi. “Kalau boleh beritahu keluarga yang kamu selamat. Jangan susahkan hati emak, ayah dan ahli keluarga. Abang tengok Aisya Husna ni baik orangnya. Hakimi ni pun baik juga tingkah lakunya. Kalau betul nak kahwin dengan Hakimi, buatlah cara yang betul dan tepat. Memang abang dan kakak Siti ni boleh membantu, tetapi kami tak nak bersubahat kahwinkan kamu di Siam. Jika ada masalah lepas kahwin nanti, bagaimana?”

Wajah Hakimi merah. Seperti dibakar mentari yang tegak di atas kepala. Aku panggung kepala, membawa bola mata memandang Hakimi. Aku kumpul semangat dan keyakinan yang kadang kala rapuh untuk keputusan hidup dan mati ini.

“InsyaAllah. Husna akan telefon abang long Husna. Bukan Husna belakangkan keluarga. Masalahnya saya tak diterima keluarga Hakimi. Nanti saya takut umi dan abang long akan dipersalahkan oleh keluarga Hakimi. Lebih baik sahaja saya mengikut Hakimi dan saya bersetuju berkahwin dengan Hakimi. Keputusan saya tepat. Saya tak akan balik sama sekali dan tak mahu menyusahkan umi dan abang long saya.”

‘Abang’ Shamsul kerutkan dahi. Nampak pasrah dengan segala jawapan aku. Hakimi senyum sambil menarik nafasnya. Otak aku berputar lagi. Sungguh hidup aku ini bagaikan drama dan disusun seperti plot di dalam novel. Pasrahkah aku ini Aisya Husna?

Suara abang Shamsul dan kak Siti bersatu dengan angin. Entah apa yang mereka tazkirah dan pesankan, aku tidak pasti. Telinga sudah beku. Gegendang ini bagaikan tidak mahu menerima apa-apa lagi nada suara. Tinggi mahupun rendah.

Yang pasti…kaki aku mengikut sahaja hayunan Hakimi. Bagaikan aku ini pasrah dan menyerah dengan takdir yang sedang aku cipta sendiri. Zikir-zikir yang sentiasa menjadi peneman menjadi penawar diri. Aku ini mengikut kata-kata syaitan atau nafsu sendiri? Budak baik macam aku ini boleh pula berkahwin lari seperti cerita yang disisipkan di dalam kebanyakan lambakan majalah di Malaysia.

Aku sama sahaja seperti mereka. Detik ini dan detik mendatang itu, aku tidak tahu apa akan jadinya. Kami sudah masuk ke dalam perut kereta Honda. Menyusur laju dan aku membisu. Tidak ada cerita lain hanya mata merenung alam semulajadi dan bumi Malaysia yang akan aku tinggalkan.

“Lepas nikah, kita akan pergi London. Duduk di London.” Suara Hakimi lewat beberapa malam dahulu menganggu halusinasi. Janjinya sama seperti hari ini.
“Abang janji akan jaga Husna baik-baik. InsyaAllah semuanya selamat lepas kita pergi London.”

Janji? Benarkah Hakimi akan mengotakan janjinya itu kepada aku. Mata menyorot lagi pokok-pokok yang tegak berdiri di sepanjang jalan. Kak Siti menghulur sebuah telefon bimbit kepada aku.

“Telefonlah abang Zain Husna ya. Katakan Husna selamat dengan kami.”

Serentak itu aku memandang mata kak Siti yang bersinar-sinar. Jemari aku ditarik dan telefon diletak di atas jemari ini. “Hakimi kata Husna ada seorang abang yang baik. Ada seorang kakak ipar yang cantik bernama Majdina. Juga seorang umi yang sentiasa tersenyum dengan Husna. Husna mesti rindukan mereka semua kan?”

Ah – aku rindukan umi, abang long dan kak Majdina. Kelopak mata terasa dipenuhi genangan air mata. Suara umi dan senyuman abang long bagaikan menari-nari di tubir mata.

“Telefonlah. InsyaAllah…Husna akan dapat restu dari mereka semua.” Kak Siti menghadirkan rindu di hati.

Dan air mata mengalir-ngalir lesu. Bahu terhinjut-hinjut menahan keesakan tangisan sendiri. Aku terus memeluk kak Siti dan perjalanan ketika itu disimbahi dengan seribu kepayahan. Antara paksaan hati dan jiwa yang meronta-ronta untuk memeluk semua kesayangan aku itu.

Maafkan dik Husna. Maafkan dik Husna.

Mr Tan 8

$
0
0


Nad berjalan lemah gemalai sambil tarik tudung dan sarungkan ke kepala. Fatimah a.k.a Tim Jelita sudah berkali-kali mengetuk pintu biliknya. Roommate si Habibah a.k.a Bib entah mana perginya. Kawan-kawan penuh dengan nama glamour kalah artis.

Nad pulas tombol pintu. Jengulkan kepala dan gosok-gosok mata. “Ha…apa lagi ni Tim Jelita oi. Aku nak tidurlah. Esok ada kelas lagi.”

Muka Tim Jelita serba salah sahaja. Dahi berkerut-kerut. “Selagi kau tak turun bawah, selagi itulah mamat mata sepet dan aku rasa macam dia tu spesis lelaki yang tak boleh blah akan ganggu aku belajar kat bawah pokok tu. Please…”

Nad kejip-kejipkan mata. Dah empat kali Tim Jelita ketuk pintu. Dia malas betul nak turun ke bawah semata-mata berjumpa dengan mamat mata sepet. Eh. Bukan ke nama dia Encik Tak Bernama. Macam mana pulak dia tahu aku belajar kat sini ni? Apa lagi yang dia mahu dalam hidup aku ni?

“Kau pun satu. Janganlah belajar kat situ.” Nad sarung selipar jepun. Tim Jelita ni pun satu, boleh pula dia dengan gigihnya berjalan ulang alik mengetuk bilik aku. Nad sengih lagi sambil membayangkan Tim Jelita membebel-bebel marahkan dia.

“Dah tu memang port aku study. Duduk dalam bilik terperap tak boleh nak jalan lah Nad. Cepatlah turun. Kesian kat dia.” Tim Jelita terus pusingkan badan. Dalam hati dia senyum gembira saja sebab dia dah dapat satu set Domino Pizza. Siap air sekali dan ada Mister Potato perasa BBQ. Lelaki bermata sepet yang menggelarkan dirinya sebagai Tan itu memang baik hati. Kerana si Tan itu belanja dia macam-macamlah, dia sanggup turun naik tangga mengetuk pintu bilik Nad. Empat kali pun empat kalilah Nad oi. Empat kali bermakna ada empat set Domino Pizza. Kenyang tahap buaya lah dia dan Zati hari ini. Sampai ke esok pagi pun entah-entah kentut bau pizza.

“Cepatlah Nad. Aku rasa dia ada benda urgent tu. Cari kau macam orang gila aku tengok.” Suara Tim Jelita bergema-gema dan tubuh genit Tim Jelita sayup-sayup mengecil di pelupuk mata Nad. Nad segera hayunkan kaki. Terus menuruni tangga dan kereta comel si Tan itu betul-betul ada di luar pagar  perkarangan parkir para tetamu kolej Siswi.

Tan ukir senyuman. Angkat kening dan hembus nafas. Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan Nad. Bersusah payah juga dia dapatkan alamat kolej kediaman Nad di Universiti Putra Malaysia ini.

“Eh, datang sini ni nak apa? Tetiba aje you ni.” Nad buat muka pelik.  Dahi entah berkerut-kerut berlapis lapan.

Tan diam. Dari tadi dia rasa gembira semacam saja sebab nak berjumpa ‘kawan barunya’ ini. Nad ni kadang-kadang boleh buat hati dia hiba sungguh. Eee, boleh tak cakap tu elok-elok sikit.

“Tak apalah, I balik dulu.” Tan sangkut cermin mata hitam ke telinga. Terletak kemas di hidung dan kini menutup matanya. Dia senyum kelat.

“Ish dia ni…” Nad melangkah ke depan. “Laaa..merajuk lah tu. I cuma tanya, you datang sini kenapa? Ada benda urgent ke?” Nad maniskan muka. Mamat ni suka sangat ambil hati. Bergurau pun tak boleh.

Tan buka pintu kereta. Mata Nad cepat-cepat tala ke dalam kereta yang nampak menarik hatinya. “Iyalah, manalah you nak jumpa dengan lelaki selekeh macam I ni kan. Okeylah, I balik dulu.” Tan merajukkan hati. Walau rasa nak merajuk, tapi matanya tetap hala ke hidung mancung Nad.

Nad segera berpusing. Bila Tan masuk ke dalam tempat memandu, dia cepat-cepat masuk ke kerusi penumpang di sebelah Tan. “Dah start ke renovate rumah baba?”

“Dah. Baba kata buat masa you duduk kolej. Tak adalah orang yang cerewet dan I pun akan buat kerja dengan senang hati tanpa orang ganggu I.” Tan hidupkan enjin kereta. Dalam Nad tidak menduga akan kehadiran lelaki disebelahnya ini, dia turutkan hati duduk di dalam kereta comel Tan. Mahu bertanya banyak, dia segan pula. Alih-alih kereta Tan bergerak perlahan.
“Eh, I tak bawak apa-apa pun ni. Purse pun dalam laci.” Nad hembus nafas. Rasa wangi pulak kereta comel si Tan ni. Bebelannya bersambung, “Ohh….baba tipu I. Baba kata nak renovate masa I ada kat rumah. Hurmmm..kalau bilik tu tak menepati citarasa I, you ubah balik boleh?”

Senyum nampak gigi. Tan buat-buat bodoh sambil membawa keretanya.

“Apesal you diam ni? Jawablah.” Nad gumam bibir. Tan ni susah betul nak jawab soalan-soalan cepu emas dari dirinya.

“I jawab dalam hati. Hehe.” Tan ukir lagi sengihannya. “Cantik tak kereta I?” Tan menjeling-jeling keretanya. Bola mata kejap-kejap ke kanan. Kemudian ke kiri. Dia bawa jemari runcing hidupkan radio. Sudah berbunyi lagu dari Jason Marz. “Kalau kena tahan dengan Polis pun, I tinggalkan you dengan mereka. Boleh?”

Bola mata Nad pula meliar. Dia pusing ke belakang. Ada sebuah beg kecil juga terletak kemas di kerusi penumpang. Hidungnya baru perasankan pewangi jenama Ambi Pur. Oh, wangi! Bila mendengar lagu dari penyanyi yang disukai oleh Bib, Nad tanpa segan hadiahkan senyumannya untuk Tan. “Polis tu kawan I. Ceh!” Nad sandarkan tubuh dengan selesa ke kerusi yang sedang diduduknya ini.

Suasana tiba-tiba hening semacam. Perut bergelodak rasa lapar. Nad memerhati kawasan Universiti Putra Malaysia yang perlahan-lahan sedang mereka tinggalkan. Anehnya rasa. Anehnya perasaan ini tatkala melihat lelaki yang bukan seagama sedang membawa kereta dan ‘melarikan’ dia dari kawasan kampus. Bukankah tidak manis sungguh dia keluar dengan seorang lelaki yang bukan muhrim ini? Nad pejam mata. Tiba-tiba rasa diri betul-betul terpinggir dengan hukum karma agama.

“Eh…I macam mimpi.” Nad buka mata. Hembus nafas perlahan-lahan.

“Iyalah. You memang mimpi pun.” Tan juihkan bibir.

“Hahahaha.” Nad ketawa. Nak tanya banyak, dia rasa segan. Perubahan apakah yang berlaku dengan lelaki di sebelahnya ini? Agaknya lepas Nad menegur dan mengutuk keretanya yang serba selekeh ini, Tan terus buang tabiat dan membersihkannya. “I nak tanya beberapa soalan boleh?”

“Haaa..tanyalah.” Tan senang hati.

“Bila you bersihkan kereta you ni? Kemain cantik dan wanginya. You marah ekkk…sebab I kutuk you dan suruh you bersihkan kereta ni?”

Tan terus hamburkan rasa senangnya. Mula jujur. “I hantar workshop seminggu. Siap suruh diorang bersihkan, vacumkan, cantik-cantikkan. Kira decoratekan sekalilah kereta I ni. Lepas mama bising dan lepas you pun mengutuk kereta I ni, baik I kemaskan sebelum telinga I bernanah lagi dengan suara sumbang you tu.”

Nad senyum. “Bagus-bagus. Tak sangka you boleh terima kutukan I. At least senanglah sikit jiwa I naik kereta you ni. Nak tidur baring pun nyaman saja rasa I.” Nad mula buka telinga. Enjin kereta lelaki ini sudah juga diservis dengan baik. Kalau semasa mereka keluar beberapa minggu lepas, enjin kereta lelaki ini punyalah berbunyi tong tong tong gitu.

“Ni…” Nad pandang Tan yang sedang fokus memandu. “Nak bawa I pergi mana ni?”

“Kita pergi cari joran you dan alat kelengkapan memancing you. Lepas tu cari telefon baru. Hari tu kan semua masuk dalam tasik. Suka tak?” Tan pusingkan stereng. Ala-ala si gagah perkasa bawa kereta.

Nad terdiam. Telefon sementara yang abang Nazrul bagi pun masih elok. “Ish…seganlah. Tak naklah.”

“Tak apa. I boleh sekali beli joran baru. Lepas tu kalau you free lagi minggu depan, boleh I ambik you dan kita sama-sama pergi memancing lagi. Ok tak?”
Nad garu kepala. Haihh….situasi menjerat diri. Ini semua sebab abang-abangnya. Sebab projek memancing mereka minggu lepas yang tak jadilah, Tan telah menuntut masa dan janji-janji dari dia.  Suara Tan terus masuk ke gegendang telinga. “Hari tu you dah janji kan dengan I? Lagipun projek memancing kita yang tak jadi tu harus ditukar jadualnya. You dah janji kan?”

“Aaaaa….errr….” Nad terkebil-kebil. Dia pandang lagi Tan yang sedang membawa kereta. Cermin mata hitam yang dipakai oleh si Tan ini betul-betul merimaskannya. Dia ni pandang jalan raya ke pandang aku? Chet!

Tan tahu, Nad macam susah mahu menerima pelawaannya. Tapi terus saja dia mencaras suara Nad. Cepat-cepat dia memberikan alasan kukuh untuk Nad tidak menolak pelawaannya. “I susah payah datang sini. Gigih cari alamat kolej you. Paksa kawan you tu panggilkan you. Sampai ai belanja dia Domino Pizaa. Lepas pilih joran dan i-phone you, kita pergi makan. Ok kan si gadis manis?”

“Si gadis manis?” Nad jeling lagi Tan. Tan belanja Tim Jelita Domino Pizza? Habislah…habislah aku akan digosipkan satu kuliah nanti dengan Tim Jelita tu.

Tan ketawa. Paling tidakpun, hari ini masanya akan ditemani oleh Nad. Boleh pilih joran dan cari barang-barang keperluan yang disukai oleh Nad. Kemudian boleh pilih i-phone juga. Seronoknya dia rasa semenjak Nad sudi menjadi kawannya.

Tan angguk lagi. “Iyalah…you….Nad si gadis manis.” Dia jeling Nad yang sedang terkedu blur-blur ayam.

Aku si gadis manis? Okey kejap…Tan ni kena suluh muka dia sebelum dia cakap aku ni si gadis manis. Dia ni mimpi ke apa? Nad sekali lagi membawa bebola matanya ke cermin mata hitam yang menutupi mata Tan. “Gila! Manis apanya I ni?”

“Bila you senyum….” Tan senyum meleret. Jantungnya berdegup-degup. Entah kenapa laju berdetak-detak. Viva kesayangannya bagaikan menjadi saksi. Malam tadi, memang dia mimpikan gadis ini. Lancar sahaja bibir merahnya mengatur arahan degup jantung. “Manis!” 

"Wo zuo wan meng jian ni" Tan nakal kenyitkan mata.

Oh mai...menatang apa pulak yang dia sebut ni. Nad rasa nak sekeh-sekeh kepala Tan Jie Kang.

Mr Pai Epal

$
0
0

Ini nyanyi rindu kan? Nyanyi rindu kisah cinta Izz Amir dan cik Yaya terus bersambung-sambung sampai ke kota Cinta di Paris.

Apa lagi boleh saya kata. Melainkan sebak. Syukur. Ada rasa damai. Ada entah berbagai rasa sukar digambarkan.

Terima kasih penerbit Karyaseni. Terima kasih Dato' Wan Mohd Muzri. Terima kasih editor yang sentiasa saya tahu bekerja dengan penuh cabaran. Bekerja dengan ruang kesesakan soalan bertubi-tubi para penulisnya.

Terima kasih untuk cinta pembaca kepada Mr Pai Epal. Terima kasih untuk rindu yang sentiasa dipanjatkan. Terima kasih untuk segenap rasa yang dicurahkan di blog dan page dan group. Oh banyaknya ucapan tahniah. Sampai saya terkedu tidak mampu menjawabnya. Heh. Bajet retis. Dalam sebak, cuba kumpul kekuatan nak senyumkan diri....mengenang kembali ketabahan dan simpulan-simpulan kekuatan yang selalu saya jalinkan dalam jiwa.

Mr Pai Epal hadiah penghijrahan saya. Akhirnya tertunai bulan June 2013.

Alhamdulilah. Subhanallah. Allahuakbar. Jangan lalaikan saya. Jangan putuskan saya dengan takbur. Jangan. Jangan.

Yang penting kaver saya terima seadanya. Comel. Heh. Saya mahu ada topi chef! Ada Eiffel Tower yang mengujakan saya. Tak sangka dimasukkan sebab saya tak minta pun begitu.

Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya,
Apabila dicantum rasanya manis seperti cinta!

Salam manis,
Mardihah.

Pre-Order Mr Pai Epal

$
0
0


Makluman. Tempahan Mr Pai Epal kini DIBUKA SEMULA. Mak jemah tak sangka sambutan menggalakkan sampai cenderahati terpaksa mak jemah paksa cik Yaya sayang buat semula. Hihi

Harga untuk Semenanjung Malaysia RM28.00. Kos pos saya hanya ambil RM4.00 sahaja.
Harga Sabah & Sarawak RM31.00. Kos pos akan dimaklumkan di dalam emel nanti.
Jumlah pembelian Mr Pai Epal merangkumi pakej autograph besar dari Mardihah. Heh. Cenderahati comel dan stamp Eiffel Tower. Yeayyy! Juga pakej berjalan-jalan di Paris bila membaca Mr Pai Epal. :)

Sila emelkan nama di bawah komen jika sudi menempah dari saya ya. 

Terima kasih.

Mr Pai Epal juga boleh dibeli online di sini -----> SINI.
Makluman lanjut, mahu sembang-sembang ke, tanya masalah negara ke, masalah jerebu ke...hihi bolehlah emel saya ke mardihahadam@yahoo.com

Blurb Mr Pai Epal

$
0
0


Blurb Mr Pai Epal. Belakang kaver di bawah bunyinya. Ringkas saja. Tapi penuh makna. Ceh. Terima kasih untuk yang sudi memiliki Mr Pai Epal dari saya.  Nanti bolehlah beli di KaryaSeni online di sini ya. Untuk 300 terawal, stamp Eiffel Tower yang cantik dan TT besar saya ada juga. Alhamdulilah, segala urusan telah dipermudahkanNya. Doakan yang baik-baik. Komen positif dan negatif saya terima seadanya. Eh, selamat datang ke Alsace, Paris! 

Bonjour! Bonjour Paris! Part akhir dalam blog dahulu boleh kaji, selidik sebelum memiliki MPE. He he. klik SINI






Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Oooo Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – Izz Amir

“Gila!” – Yaya

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” Izz Amir

Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka menyatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

Namun, musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita jadi pengganti dan aku usir namanya yang pernah bermukim di kotak hati.

Namun, hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhan dia. Mata dia, benar-benar menawankan seluruh jiwa dan raga. 

“Ya. Saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa. Yaya, please, please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau Izz Amir. Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya di dalam jiwa ini? Mengapa?


Mr Tan 9

$
0
0
Hachemmm.....Mr Tan 9 kembali. He he. Dia memang hey hey hey....#tetiba rindu dengan Joe dan Mawar. He he he.

Jom layan sambil makan nasi ayam dan milo ais di depan mata. Sedakkknyaaa...



Nad terkebil-kebil pandang Tan Jie Kang yang hulurkan i-phone baru. Siap begnya sekali. Segala macam pakej yang memang tersedia dah masuk dalam beg. Tan sengih…siap kenyitkan mata, “Haa..ambik aje lah. Tak payahlah buat muka blur-blur segan macam gitu.”

Nad sunggingkan bibir. Tawa meletus akhirnya. Ambil beg kertas yang dihulurkan Tan. “I ingat nak meloncat-loncat kat kedai ni. Tapi nanti takut you terkejut pulak kan?” Nad pandang Tan dengan rasa terharu. Betul sungguh dia ni menggantikan i-phonenya. Haihlah, Tan!

“Apa salahnya kalau you nak meloncat-loncat. I okey apa.” Tan sengih. Lepas hulurkan duit membayar ‘hadiah’ untuk kawan barunya mereka terus angkat punggung.

Tan masukkan jemari ke dalam kocek seluar. Cari kunci kereta dan mereka mula bergerak ke destinasi seterusnya. “Eh, kita nak pergi mana lepas ni? Makan?” Nad mula tidak segan bertanya. Jemari dia tangkas membuka pintu kereta. Ikut sama bergerak macam Tan Jie Kang. Entah bila dah selalu berjumpa dan berbual-bual, dia makin serasi dengan kawan barunya ini.

“Iyalah Nad, I lapar ni. Kita makan nak?” Punggung henyak kerusi. Nad dah menerobos masuk sekali ke dalam kereta.

“Okey..boleh je.” Nad tengok jam di dashboard. “Tapi I ada kelas tanam pokok petang nanti. Jangan lambat.”

Tan pulas kunci kereta. Enjin mengaum. Pandang Nad. Dahi berkerut-kerut. Tanda soal menerjah kepala. “Tanam pokok?”

Nad senyum. Angguk. Tarik seat belt.“Nanti I nak bukak taman orkid, bukak taman bunga ros atau bukak taman bunga tahi ayam.”

“Ohh..then nanti you bolehlah bukak satu kolam ikan comel untuk I datang memancing dengan you. Okey?” Tan rasa mula menghirup udara segara dengan telatah Nad. Wajah ceria Nad sebeginilah yang selalu dia perhatikan dahulu semasa menjengah ke kedai mamak dengan Udin dan Jen. Sesekali menjeling Nad yang sedang makan-makan dengan Huzairi sudah cukup menyenangkan hati.

Nad angguk. “Boleh. Tapi you kena bayarlah. Satu jam memancing lima puluh ringgit.”

“Perghh..mahalnya. Mencekik namanya tu.”

Ha ha ha. Nad ketawa. Mana mungkin dia control ayu lebih-lebih lagi dengan Tan Jie Kang ini. Sisa ketawanya tiba-tiba terus mati bila Tan di sebelahnya terus ambil beg kertas mengandungi i-phonenya. “Eh-eh…you nak buat apa ni?”

“Bak sini sim card baru you tu. I nak tukarkan sekarang. Senanglah nanti.” Jemari Tan beria-ia menggamit meminta sesuatu dari Nad.

“Senanglah nanti apa?” Nad sambil bersoal jawab, terus ambil sim card dalam kocek seluar jeansnya. Lepas tauke kedai memeriksa kandungangn i-phonenya, install entah semua jenis keperluan yang wajib ada dalam i-phone, Nad terus minta cabutkan semula sim card barunya. Siap dibalut kemas sim cardnya.

Tan sambil tunggu enjin keretanya panas, terus laju membelek iphone Nad. Jemari tangkas macam dah sebati melayani karenah i-phone. Sim card yang dihulurkan Nad terus dia ambil. Buka, masuk. Entah tekan apa…buat itu dan ini. Macam pro! “I dulu kerja kedai telefon. Jadinya kerja-kerja ni dah hujung jari aje.” Tan senyum. Nad memerhati penuh minat. Eleh, macamlah dia tak tahu nak guna iphone canggih ni. Tunjuk terror lah tu!

Tan tarik nafas. Pandang Nad di sebelahnya dan angkat i-phone. “Siap!” Dia renung mata Nad. “I dah masukkan sim card you. Then I dah save nama I dalam iphone you.”

Nad cuba mengambil, tetapi sekali lagi Tan membawa iphone ke dalam genggaman jemarinya.

“No…” Tan buka aplikasi camera. Gelengkan kepala.

“Apa pulak ni. Bak lah sini. You dah bagi I free, lepas tu main minta-minta balik. Eee, buruk siku betul!”

“Kita ambik gambar dulu. Just you and me.” Tan terus tarik bahu Nad. Sekelip mata, tanpa dipinta dan tanpa persetujuan Nad. Wajah mereka berdua sudah tersedia. Rapat. Tan siap gumamkan bibirnya dan Nad dengan muka blur-blur ayam tak bersetuju.

Klik!

“Youuu!” Nad cuba sekali lagi mengambil iphone dari jemari Tan. Tan mengekek-ngekek ketawa sambil gelengkan kepala dan sandarkan tubuhnya ke kerusi kereta. Dia serius semula. Sambil itu mulutnya membebel. “You jangan delete gambar kita berdua ni ya. I dah save.” Tan mengukir senyuman.

Jantung Nad berdebar-debar. Jantung juga rasa nak terlompat keluar sebab terkejut Tan mengambil gambar mereka berdua. Sah-sah bukan dengan persetujuannya. “Okey…nah! I save nama I Tan Jie Kang. Sebut lima kali macam biasa, nanti I datang. He he he.” Tan hulurkan iphone Nad.

Nad ambil cepat-cepat dan menjeling Tan. “You paksa-paksa ambik gambar….” Belum sempat habis cakap, Tan potong bebelan Nad.

“Ala…seronok-seronok. Bukan I ada gambar dengan you pun. Nanti tetiba you rindu ke…boleh you bukak dan tengok banyak-banyak kali. I dah send picture tu kat iphone I.” Tan mula mahu menggerakkan kereta comelnya.

“Sesuka hati aje dia ni. Huh!” Nad jeling Tan yang sedang tersenyum kacak.

Dingin. Lepas adegan bergambar tanpa keinginan itu, mereka berdua keras kejung macam kena arus elektrik. Tan walau diam, sesekali menjeling Nad dan ukirkan sengihan mahalnya. Wajah cemberut Nad sesekali menghiasi tubir matanya.

Sehingga iphone Tan menyanyi-nyanyi minta diangkat. Sambil membawa kereta comelnya, dia gigih menyeluk poket seluar jeansnya dan mengangkat. Buat loudspeaker. Tan buat-buat tak peduli dengan Nad di sebelahnya.

Haaa..sudah! Nad kaku mendengar perbualan Tan yang langsung dia tidak faham. Kot ya pun, cakaplah bahasa melayu. Tapi sesekali suara Tan terbit juga bahasa ibundanya itu. “Haiya….iya maaa..iya maaa…”

Sambung lagi membebel dalam bahasa kebanggaan Tan.  Haiya iya maa iya maaa tu pun entah apa, dia tak faham. Tan nampak serabut, dahi berkerut-kerut. Terdengar pula Tan memberi arahan. “Haaa..you belikan I nasi ayam.”

“Eh..bukan-bukan. Haiya..beli kedai melayu maaaa. Milo ais dua!” Tan beri lagi arahan dengan bahasa melayu. Nampak macam kusut masai hidupnya bila berbual-bual sambil menjerkah orang yang memanggil.

Si pemanggil berbahas lagi dengan bahasa cina. Entah tagalog ke, kantonis ke, Nad langsung tak faham sepatah haram.

“I dengan kawan I ni.” Tan menjawab sambil bawa kereta. Nampak sungguh macho sebab sambil dia jawab telefon secara loudspeaker,sambil pusingkan stereng kereta, sempat pula dia menjeling aku kan? Ceh…Nad menjeling Tan yang setia menjawab soalan-soalan dari lelaki cina mana. Entah kenapa dia gariskan senyuman melihat Tan sebegitu rupa.

“Iyalah, sebab dia melayu maaa…mana boleh bagi makan kedai biasa kita beli tu. Okeylah-okeylah, I datang ni. You tunggu sana.”

Tan terus fokus memandu. Makin laju kereta comelnya membelah jalan raya sampai Nad langsung tidak berani mahu bertanya.

“Errrr….” Lagu Celine Dion pula bertukar masuk ke dalam gegendang telinga. Merdu. Tan nak bawa aku ke mana pulak ni? Yang sebut nasi ayam dua dengan milo ais tu untuk apa pulak? Adeii..harus aku blur-blur ayam dengan perancangan tergempar Tan Jie Kang ini.

Nad bawa bola matanya memandang Tan. “ Kita nak pergi mana ni? Makan kan?”

Serius. Tan pusingkan stereng kereta. Senada jawapannya. “Denai Alam. Pemilik rumah tu bising-bising ada benda yang mereka tak puas hati lagi. Siling kapur tu entah I lupa suruh budak-budak I settlekan.”

Denai Alam? Shah Alam sana tu…jauh ooo! Gila apa Tan Jie Kang ni. Siling kapur? 

Serentak itu dia toleh, memandang lelaki berdarah cina. “Hei hei…I ada kelas. Habis pukul berapa you nak hantar I balik ni? Joran pun tak beli lagi ni.”

“Esok. Esok kita beli joran you tu okey. I nak cepat ni. Puan Am tu dah bising-bising.” Nadanya rendah, minta simpati. Kaki tekan minyak sepuas hati. Nad pasrah dan menyerah. Oh meggi! Oh makaroni! “I janji, lepas settle semua, I hantar balik you pergi Serdang. Universiti you tu tak lari mana pun kan?”

Nad rasa nak sekeh-sekeh kepala Tan Jie Kang.  Tan di sebelah entah kenapa rasa suka hati. Rasa mahu meloncat tinggi sebab Nad akan menemaninya ke Denai Alam.

***

Mana Tan ayun kaki, dia turut sama mengikut. Nad akan teguh berdiri menemani Tan yang dimarahi itu dan ini. Sekejap mereka naik ke atas rumah teres dua tingkat cantik yang siap direnovate oleh Tan dan kawan-kawan. Sekejap mereka pergi ke bilik. Sekejap kemudian turun balik ke dapur. Tan pula diam sambil terangguk-angguk dengar arahan Puan Am dan suami. “Ni you lupa ke nak bagi cat. Ada lubang kat atas bilik air ni.”

Tan sengih. Pandang Jimmy. “Haa..ya ya, ni I lupa. Sorry puan.”

Puan Am sesekali menjeling entah perempuan mana yang diangkut oleh si kontraktor pilihannya. “Iyalah, you cakap sorry-sorry. Nanti you betulkan. I nak tengok balik dah you kena betulkan cepat semua yang I komplen kat you ni Tan. Jangan semberono aje. I bayar you ribu-ribu tau.”

Angguk. Macam cerita jepun. “Okey puan. Sorry puan. Nanti I suruh Jimmy betulkan.”

“Haaa…gril tu. I dah kata I tak nak macam tu.”

Tan garu kepala. Angguk lagi. “Okey-okey. Nanti I discuss dengan Lee. Dua hari lagi I gantikan gril tu ikut yan you emel kat I tu. Jangan risau puan.”

Nad terkebil-kebil. Rasa nak semput aje mendengar bebelan dan rungutan pelanggan rumah yang telah siap ditukang oleh Tan. Ishh puan Am ni, cerewet ya amatsssss! Akhirnya dia berdiri sahaja belakang Tan. Sesekali Jimmy tertoleh-toleh memandang dia. Dua minit, lepas Puan Am beri amanat terakhirnya, Jimmy keluar entah ke mana.

Bosan menantikan Tan dimarahi Puan Am, Nad segera bawa diri. Rumah ini masih berhabuk. Masih proses pembinaan dan hanya saki baki kerja Tan harus diselesaikan. Dia amati struktur rumah ini. Cantik. Kemas sahaja cara kerja Tan dan kawan-kawannya.

Jimmy dari luar bawa dua beg plastik. Hulurkan segera untuk Nad, “Ini Tan pesan suruh bagi kat you. Nanti you makanlah amoi. I kena balik dulu. Cari Lee settlekan gril pulak. Tan dah whatsapp I suruh cepat cari Jimmy.”

Terkebil-kebil Nad. Akhirnya dia faham sendiri. Nasi ayam dan milo ais ini adalah untuk mereka. Okey, pasrah betul jadual hidupnya untuk hari ini. Nad mengambil makanan yang tersedia dalam beg plastik. Memandang Jimmy yang terkocoh-kocoh menuju ke kereta dan memecut pergi. Akhirnya dia berdiri sahaja di ruang tamu rumah yang masih berdebu ini.

Tan..cepatlah… Saya dah lapar ni!

Nad memerhati entah kali keberapa ruang tamu ini. Kaki terus ke dapur. Membasuh tangan di sinki. Puan Am suaranya makin mendekati. Gegendangnya menerima arahan dan segala amanat Puan Am kepada Tan didengari sendiri. Tan asyik jawab..baik puan…baik puan…sorry puan…. Kadang-kadang Tan melawan juga sebut entah apa benda yang dia tidak berapa nak faham.

Sehingga enjin kereta mewah Puan Am memecut meninggalkan mereka di dalam rumah sedang diperbaiki ini. Nad menoleh bila mendengar bunyi helaian surat khabar. Mengigit-gigit gegendang telinganya. Tan garu kepala. “Sorry….so jom kita makan. Saya dah lapar.” Matanya pandang beg plastik yang dipenuhi dengan bekas berisi nasi ayam. Sebelah kiri, Nad sedang memegang erat milo ais kegemarannya.

Dia macam memahami. Mengikut sahaja punggung Tan membawanya naik ke atas. Masuk ke dalam sebuah bilik bersih. Sesekali mata Nad menjengah seluruh kawasan bilik ini.

“Bilik ni yang dah bersih.” Tan hamparkan helaian surat khabar dekat dengan dinding. Dia mara ke arah Nad yang setia berdiri. Mengambil nasi ayam. Tan terus duduk bersila atas suratkhabar.

“Kita makan kat sini. Dalam bilik ni ? Alas punggung dengan surat khabar aje?” Nad sengih. Nampak menarik bila Tan mula membuka bekas berisi nasi ayam.

“Ha’a.” Tan tepuk-tepuk suratkhabar di sebelahnya. Ruangan khas untuk Nad tersedia. “Sorrylah. Benda urgent macam ni, saya tak sangka pulak terjadi. Kita makan kat sini pun okey kan?”

Nad automatik melangkah. Jatuhkan punggung ke sebelah Tan. Betul-betulkan seluar dan Tan seperti biasa, bukakan bekas berisi nasi ayam. Aromanya meresap ke dalam hidung. Sedapnya. Perut sedang lapar memanglah akan terasa semua sedap. Milo ais disandarkan ke dinding. Tan siap-siap mengikat plastik milo air agar tidak jatuh melimpah ke bawah.

“Okey. New environment.” Nad sengih. Sambil itu menyambut bekas nasi ayam yang sudah terbuka. Dia mula berdoa dan menjamah seadanya. Ohh…sedapnya.

Paling terkesan, bila tiba-tiba Tan dekatkan tubuhnya ke sisi Nad, ambil ayam dari dalam bekasnya sendiri. Sebelum makan, dia hulurkan kepada Nad, “I tahu you lapar…you ambil ayam yang ni. I makan sikit pun okey.”

Ayam diletakkan perlahan ke dalam bekas makanan Nad. Tan senyum. Terus dia makan sambil sengih kacak. Okey, Nad terpaku. Huzairi langsung tidak sebegini macam Tan. Jauh sungguh beza perangai masing-masing.

Kenapa tiba-tiba ada perbezaan dan dia semakin nampak jurang antara dua lelaki ini? “You makan sampai habis. Sekejap lagi I hantar you balik Serdang. Kalau tak cukup, nanti I belikan lagi. Okey?”

Nad terharu. Dia makan dengan penuh berselera. Angguk dan kedinginan bilik ini terus menghambat jiwanya untuk merasa erti persahabatan dengan seorang lelaki berbangsa asing. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang.

Seru nama I lima kali. Nanti I datang. Heh. 

Maleq Rafie 31

$
0
0

"Nad kan benci abang. Nad kan tak cintakan abang." Dia menolak lembut pelukan isterinya. Dengan rasa kasih, dia angkat kepala Nadratul Nisa'. Diletakkan perlahan-lahan di atas karpet tanpa ada alas. Dan dia terus berpusing. Membelakangkan tubuh isteri. Maleq kembali mengerekotkan tubuh.


Apa kurangnya saya, Nad?
 
Apa lebihnya dia, lelaki yang Nad cintai itu sampai saya suamimu dihukum menderita sebegini. Mana letaknya saya di hati kerasmu itu, Nadratul Nisa?
 
Dia renung wajah isteri yang sedang nyenyak tidur. Dia tarik gebar. Perlahan lahan, dia membetulkan kain yang memberi hangat itu. Tidak mahu Nad terjaga dari kantuknya. Kalau waktu malam pekat beginilah, baru dia boleh merenung wajah isteri dicintai.
 
"Tan....Tan....Tan..." Suara Nad mengigau menghentak jiwa. Sekali lagi nama entah siapa meniti di bibir isteri sendiri. Maleq pejam mata. Sebak. Apa lagi yang perlu dia buat untuk Nadratul Nisa mencintainya? Tan itu siapa? Adakah itu lelaki yang dicintai Nadratul Nisa’?
 
Iya. Dia menjadi patung di rumah. Selain menyendiri dan melihat sahaja isterinya mendiamkan diri. Tidak ada perbualan seperti minggu pertama perkahwinan. Dia malah terus menghukum diri sendiri dengan melarikan diri. Rutin dia sebagai seorang suami malah terus sama dan makin memeritkan.

Balik tergesa-gesa dia akan memasak. Sampai dia marah-marah di dapur. Sampai di membenci melihat dapur yang tidak berkemas. Sampai jarinya berbalut luka kerana terpotong jari sendiri. Minyak meletup-letup di lengan. Habis berbekas gelembung sana dan sini. Haihlah isteri. Naik sahaja ke bilik, dia akan melihat Nad seperti itu lagi. Sesekali menjeling isteri yang membisu. Sesekali dia memandang sahaja Nadratul Nisa’ yang terus memurungkan diri.

Selepas episod bertegang lidah, dia kuatkan hati. Maleq tetap mencuri peluang bertanya itu dan ini dengan isteri. Dia mengawal hati. Meski kecewa. Meski dia tahu, Nad tidak mencintainya. Meski jawapan-jawapan Nad menghantar gerimis di hati. Tapi Maleq, dia harus kuat berhadapan dengan kenyataan ini. Mungkin Nadratul Nisa’ perlu masa dan ruang. Iya, dia beri masa dan ruang lagi. Tapi nampaknya isterinya semakin menjadi-jadi. Dia tidak mampu bertahan. Dia tidak boleh lagi beri muka dan peluang kepada Nadratul Nisa’.

Doa. Dia sudah berdoa. Zikir. Dia sudah lafazkan banyak zikir di telinga isterinya kala Nadratul Nisa’ sedang nyenyak tidur. Kalau waktu bersolat, dia hamparkan tikar sembahyang di belakang. Iya, dia sedang memimpin Nadratul Nisa’ dalam diam. Dia mahu Nadratul Nisa’ menjadi makmumnya. Dia mencuba dengan cara halus begini. Terpulang untuk Nadratul Nisa’ yang hanya memerhati tindakannya. Hari pertama, dia mengajak juga. Masuk hari ke dua dan berikutnya, dia hamparkan sahaja ‘encik sejadah’. Pedih Nad! Pilu sungguh hati lelakinya.  Ngilu rasa diri. Bebannya sebagai suami rasa memukul tubuh sendiri. Dia rasa berdosa sendiri.

Kalau ibu telefon bertanya khabar, dia jawab okey sahaja. dia jawab bahagia sahaja. Dia berlagak tenang di rumah melihat Nadratul Nisa’ sama seperti selalu. Dia menipu diri sendiri dengan kekecewaan yang sedang bersarang. Dia menyendiri. Dia hanya mampu mengesat air mata tanpa sesiapa rawat.

“Eh, bila nak bawa Nad datang sini? Dah dapat isteri, lupakan ibu ya?” Suara gembira ibu petang semalam mengundang hiba.

Dia duduk diam di depan sofa. Mata memandang televisyen. Entah cerita apa. Keseorangan tanpa teman. Telefon dan perbualan dengan ibu sahaja yang mengisi kekosongan hati. “Nantilah bu. Ala,  janganlah cakap gitu. Maleq ingat kat ibu. Ada hal sikit dengan kerja. Nad pun sibuk uruskan ladang.” Ah – pembohong. Munafik sungguh kau Maleq. Dia pandang lagi televisyen. Rumah bukan jauh sangatpun. Boleh saja dia singgah dan melawat ibu. Tapi kalau dia singgah ke rumah ibu atau ke kedai ibu tanpa Nadratul Nisa’ apa pula kata ibu.

“Esok Maleq datang kedai ibu ya. ibu buatkan sambal ayam.” Puan Wardah mengundang si anak kesayangan. Sebenarnya sudah rindu. Sudah lama Maleq mendiamkan diri dengan isteri di banglonya.

Sambal ayam. Menyengat sungguh. Petang tadi lepas sahaja balik kerja, bergegas dia mencari ibu. Ibu sudah menjemput dengan sambal ayam. Terus dia masuk ke kedai, menuju ke pantri dan menikmati sambal ayam dengan nasi. Puan Wardah terkebil-kebil menengok si anak. Macam tak makan sebulan aje. Siap bertambah tiga kali. Kenapa Maleq nampak kurus dan tidak terurus? Kenapa wajah anaknya rusuh dan seperti menanggung kesedihan? Jarinya berbalut terkena apa? Masa Maleq melipat lengan kemeja kerjanya, dia nampak gelembung-gelembung kesan terkena minyak. Eh, Maleq kenapa?

Dia renung sahaja si Maleq yang kusyuk mengunyah. Memerhati anaknya dengan penuh kasih. Air kopi kegemaran anaknya sudah dia sediakan. Diminum beberapa teguk dan kumis anaknya semakin kelihatan tanda tidak terurus. Jiwa ibu libang libu. Dia mula rasa sesuatu.

Maleq membuang kenangan pergi. Lauk ayam kegemaran sudah memberi sedikit ketenangan. Iyalah, air tangan ibu serba sedikit menghilangkan rasa sepinya. Laparnya berhari-hari makan lauk dimasak sendiri tak sama dengan air tangan ibu. Aroma kopi turut sama hilang. Dia bangkit menolak gebar. Perlahan-lahan membetulkan kepala Nadratul Nisa’ yang senget.

Iya, meski mereka berperang..Nadratul Nisa’ tidak pernah tinggalkan tempat tidur. Nadratul Nisa’ masih sudi mengemaskan katil. Bilik sentiasa harum cantik di matanya. Dia renung wajah Nadratul Nisa’.

Nadratul Nisa’ tiba-tiba berpusing mengadapnya. Tanpa sedar, tangan cik isteri a.k.a ‘cik banyak songeh’ terus memeluk erat pinggangnya. Zupp! Jantung si rupawan terus berdegup-degup. Mata asyik memandang bahu ‘cik banyak songeh’ yang terdedah. Sekali lagi dia membetulkan dan melindungi bahu isteri. Rambut isteri yang jatuh di atas dahi ditolak perlahan-lahan. Dia renung sepenuh hati. Kasih sayangnya masih tumpah untuk Nadratul Nisa’.

Lampu tidur menjadi teman. Dia berdoa lagi. Maleq terus menitip doa agar cinta isterinya itu untuk dia. Dia mencuba. Dia berusaha. Ditiup perlahan-lahan ke leher jinjang isteri. Dikucup lembut leher Nadratul Nisa’. Dia senyum. Telinga rasa berdesing. Jantung berdegup entah irama apa. Bulu roma rasa menegang. Kemahuan lelakinya memuncak. Tetapi dia sedar, Nadratul Nisa’ sedang tidur. Minggu ini, benar-benar minggu penuh dugaan untuk dia.

“Hei cik banyak songeh…abang rasa abanglah calon paling handsome dalam dunia. Kalau nak dibandingkan dengan Tan yang selalu disebut-sebut tu. Kan?” Dia renung lagi wajah kesayangan hati. Gigit bibir. Angkat kening.

Kalau Nadratul Nisa’ tidak mencintai…juga jika dia dibenci sekalipun dia tidak boleh untuk juga merasa benci.  Dia mesti mencari jalan supaya cinta si isteri kembali untuk dia. ‘Maleq, kau suami Nadratul Nisa’. Kau yang lebih berhak dan bukan orang lain. Bukan lelaki lain juga Maleq.’ Suara hati berbunyi lagi. Bangkit Maleq. Bangkit!

Kalau api, lawannya air, kan?

Bibir terus mengucup kening isteri. Dia buang rasa kerdil diri. Maleq merendahkan jiwa. Tafakur. Dia bukan sesiapa. Dia bukan malaikat untuk terus bersabar. Dia juga bukan lelaki yang cepat naik tangan. Ibu sudah mendidik dia untuk sentiasa berlembut dengan wanita. Nabi malah, memuliakan wanita.

Maleq boleh kan? “Hei cik isteri banyak songeh.  Cubalah satu hari awak berbual dengan abang. Abang nak tanya, benci awak tu kat abang banyak mana ya?” Maleq mengukir senyum. Tabah Maleq. Tabah! Dia renung wajah isteri yang sedang nyenyak tidur. Tangannya gagah diangkat. Dipeluk bahu isteri. Automatik kepala Nadratul Nisa’ sudah di lengan dan di bawah ketiaknya.

Iya, dia sedang mengawal kecewa. Dia sedang menaburkan suka di jiwa. Meski hakikatnya dia sedang pilu dan berduka dengan sikap Nadratul Nisa’. Kalau boleh esok dia mahu selesai. Dia mahu berdamai.

Abang penat Nadratul Nisa’. Penat.

***
"Nad, kalau membenci saya pun senyumlah sikit. Senyumlah. Sekurang-kurangnya lapang hati saya ni. Iya, walau saya bukan lelaki yang awak sayang dan cintai, hormatilah juga saya sebagai seorang suami. Dah sebulan Nad. Sebulan awak duduk tepi tingkap pandang pokok-pokok kat luar tu." Maleq turun dari tangga. Kaki terus ke bawah. Mata meliar memandang ruang tamu.

Sepi.

Air mata Nad mengalir lagi.

Suara Maleq yang maha lembut terus membuat dia bungkam entah kenapa. Kenapa Maleq terus-terusan bersabar dengan dia. Kenapa Maleq selalu buat dia bengang. Walau Maleq tahu hati, jiwa dan cintanya iini hanya untuk Tan seorang sahaja.

"Nadratul Nisa'..."

Dia panggung kepala. Memandang wajah lelaki yang parau suaranya ini. "Iya.." Dia kesat lagi air mata. Dia rasa bodoh. Dia rasa macam hamba duduk di dalam rumah ini.

"Saya dah masak nasi dan buatkan sup ayam. Nanti makan ya." Lembut lagi. Mengatur lagi menu harian isteri.

Dia renung lagi wajah Maleq yang sedang berdiri memandangnya. Maleq senyum. Dia sudah tidak punya kekuatan. Sudah puas memujuk Nad. Kalau Nad melenting, dia diam. Dia terus pergi kerja. Dia akan terus mengunci pintu. Rutin akan tetap sama. Jadual hidup tidak berubah sama seperti duduk membujang dahulu.

"Abang nak pergi kerja ni. Meh salam sini. Kebun Nad kat atas tu semua abang dah settlekan. Pekerja-pekerja tunggu Nad datang basuh kaki sahaja." Dia biarkan sahaja Nad dengan air mata. Biarlah. Kalau pujuk pun, Nad akan marah. Haihlah cik banyak songeh.

“Nad tak cintakan abang. Nad bencikan abang. Jangan baik dengan Nad lagi.” Nafasnya bersatu dengan angin. Dia tunduk. Kemudian retina mata Nadratul Nisa’ terus menangkap pokok di luar. Nadanya rendah. Kali ini, dia sengaja bercakap dengan lembut. Kalau Maleq buat tak tahu lagi, dia akan lari. Dia akan lari! Tekadnya satu sahaja. Mahu mencari Tan Jie Kang.

Pipi tertampar lagi. Dia tidak terkejut. Kerana itulah selalu ungkapan Nadratul Nisa’. Dia berdiri merenung Nadratul Nisa’ yang membelakangkannya. Sampai hati Nad.

“Nad nak abang faham. Nad nak abang mengerti. Sudahlah. Cukuplah buat baik dengan Nad. Buatlah apapun untuk abang pujuk Nad. Nad tak akan ubah keputusan Nad. Nad tetap sayangkan Tan.” Mendidih. Semalam abang-abangnya telefon suruh bersabar. Tetap berpihak dengan Maleq. Abang Ajim siap beri amaran akan report dengan baba jika Nadratul Nisa bertegas mahu mencari Tan Jie Kang. Kenapa semua menyebelahi Maleq Rafie ini? Kenapa?  Kenapa Nad tak boleh tetapkan hidup Nad.

“Kita bukan kahwin paksa pun Nad. Dulupun abang dah bertanya betul-betul dengan Nad.” Gerimis tiba-tiba datang. Dia semakin penat dengan semua ini. “Kita kahwin kerana redha Allah. Seorang suami itu hatinya untuk isteri. Janji abang selepas akad nikah untuk rumahtangga kita sampai syurga.”

Ah – Maleq meletak begnya dia atas sofa. Pagi sebelum ke pejabat, dia menerima sarapan terhebat dari isteri. Hati menangis lagi. “..dan untuk ke syurga abang perlukan Nadratul Nisa’.” Tabah. Dia sudah tidak kuat. Kecewa. Kusut. Jiwa makin rusuh.

“Kan bagus kalau Nad cakap betul-betul yang Nad sudah ada pilihan sendiri waktu tu. Takde kita penat bergaduh begini.”

“Nad sedang mengaku!” Bentaknya. “Nad sedang beritahu abang yang Nad memang cintakan orang lain. Yang Nad memang sayang dan Nad tak sayangkan abang. Puas hati. Sampai bila abang nak Nad cakap dan beritahu semua ini? Nad boleh gila tau tak. Gila!” Hati makin rawan. Nad sedang bodoh. Sedang melihat syaitan tersenyum senang hati dengan jiwanya nan rapuh itu.

“Baiklah!” Nekad. Suaranya keras.

Maleq terus mengambil kunci kereta dan semua kunci di dalam laci. Tubuh masih dengan kot. Beg dibiarkan di atas sofa. Kakinya laju. Dia segera menjeling Nad. Suara akhirnya meninggi. Kali ini, dia tidak lagi boleh berlembut. Sudah lama dia asyik mengalah. Sudah selalu dia memujuk. “Abang dah tak boleh sabar dengan Nad. Okey, kita tengok siapa. Kita tengok siapa inginkan siapa. Abang bukan tunggul dan kayu menadah semua kisah Nad yang dah jadi sejarah tu.” Dia terus membuka pintu.

“Gilalah seorang kat dalam rumah ni. Nad, syurga awak sekarang kat tangan saya. Ingat Nad. Ingat. Huh!” Pintu terus ditutup. Kuat dan berdentum. Dia puas hati. Sambil berlari ke arah kereta, air mata lelakinya turun perlahan-lahan. Honda streamnya terus dibawa laju. Menderu menuruni bukit.

Maleq. Maleq. Dia pegang dahi. Mengetuk-ngetuk stereng kereta dan sambil memandu dia menjerit sekuat-kuat hati. “Nad!!!!”

***
“Maleq…” Puan Wardah melihat tuala mandi baru di atas kerusi. Mata mencerlung ke dalam tong sampah. Bekas Maggi cawan entah perasa apa sudah tiga hari dia jumpa. Mula-mula dia pelik. Pekerjanya mana makan maggi. Masuk dalam bilik air, ada sabun mandi siap berus gigi. Hari pertama sabun tertinggal. Hari kedua, berus gigi pula. Hari ketiga, jam tangan anaknya tertinggal pula di atas meja.

Jangan disorok lagi wahai Maleq. Kedudukan meja di pantri juga berubah. Dia tahu Maleq tidur beralas tuala. Dia tahu Maleq tidur beralaskan bantal yang menjadi hiasan di kedai cenderahatinya ini. Telefon hadiah dari Maleq kini menghubungkan.

“Ya bu…”

“Anak ibu ni dah makan ke?” Hati ibunya sayu. Sebak. Air matanya tiba-tiba mengalir. Bersoal fasal makan membuatkan dia dilanda hiba.

Ah Maleq. Hati lelakinya rawan. Dia angguk. Berbohong lagi. “Dah bu. Dah. Nad masak sedap bu. Masak lemak cili padi orang negeri ni sedap sungguh kan?” Air mata bergenang-genang. Dia duduk mengadap keindahan kebun teh yang luas. Sudah tiga hari dia tidak bekerja. Tiga hari membawa diri entah ke mana. Tidurnya bersembunyi di ceruk kedai cenderahati ibu. Kunci pendua kedai ibu nasib baik dia bawa sekali.

“Ohh.. kalau dah makan, baguslah. Alhamdulilah. Baru ibu nak menumpang sekaki.” Dia buat-buat ketawa. Dia tahu Maleq sedih membawa hati nan pilu. Puan Wardah menarik sehelai tisu di depan kaunter. Dikesat-kesat hidungnya. Puan Wardah sedang menahan sebak. “Betul ke Nad masak sedap. Nanti ibu nak datang rasa.” Puan Wardah menutup mulut. Tangisannya ditahan-tahan. Maleq ini dia susukan. Maleq sudah jadi anak dan sudah menjadi darah dagingnya. Sebulan lepas bersalinkan Marzuqi, anjang serahkan Maleq untuk disusui. Dia sudah ada dua anak lelaki dalam sekelip mata.

Tetapi Allah lebih sayangkan Marzuqi. Arwah Marzuqi meninggal dunia kerana demam panas. Akhirnya, Maleq lebih sesuai duduk dan serasi dengan dia dan arwah suami. Dia pohon dari rumah anak yatim untuk membela Maleq dan pak anjang itulah yang menguruskan pengambilan Maleq.

“Maleq anak ibu yang baik kan?” Puan Wardah menahan hiba. Dia perlu mempunyai kekuatan untuk menjernihkan kembali rumah tangga anaknya. Kalau sudah Maleq tidur selama tiga hari di kedainya, bermakna sudah di tengah-tengah pergolakan si anak menantu.

Angguk. Dia tidak berdaya. Sudah lemah entah kenapa. Dia sudah tewaskah berperang dengan Nadratul Nisa’? “Iya, Maleq ni anak ibu yang baik.” Angguk lagi. Air mata mencurah-curah turun.

“Ibu…” Dia tersedu-sedu. Tangisannya sudah tidak boleh dikawal lagi. Dia tidak boleh membendung kesedihan diri. “Maleq ni teruk sangatke? Kenapa Nad tak boleh nak terima Maleq?”

Angguk lagi. Dingin terasa menyelubungi diri. terbayang-bayang kelibat Maleq di kedai membantunya menjaga kedai. Anaknya menghormati orang tua. Dia sudah ajarkan yang baik-baik. Dia sudah sekolahkan Maleq dan ajarkan agama untuk Maleq. Semuanya lengkap untuk Maleq.

“Ini dugaan untuk Maleq. Maleq kan baik.” Air mata si ibu terus mencurah-curah. Dia terus bangun menuju ke pantri. Kesedihannya dihumbankan ke meja. Jam tangan anaknya dipeluk erat-erat.

Gumam bibir. Dia kesat air mata. “Maleq sentiasa doa dengan Tuhan agar Nad terima dan redha dengan perkahwinan ini. Maleq tahu bu, Nad perlukan masa. Maleq tahu juga Allah pilih Maleq untuk terima ujian ini.”

“Maleq balik ya. Apa agaknya khabar Nadratul Nisa’ tu. Dah tiga hari. Tak baik buat begitu. Makan pakai Nad Maleq kena tengokkan. Apa-apa jadi nanti susah jugak Maleq.” Dia memimpin si anak yang sedang entah tidak tahu arah tuju.

Mata menjeling jam tangan yang tidak melekap di pergelangan. Ibu sudah tahu! Dia mengeluh. Sambil itu dia menahan tangisnya. Ah – buruk! Buruk menangis Maleq. Kepala mengangguk lagi. Dia mendengar arahan si ibu. Kasih sayangnya tumpah dengan keluarga ibu. “Ibu doakan Maleq ya.”

“Iya. Ibu sentiasa doakan Maleq. Ibu doakan Maleq bahagia dunia dan akhirat. Bahagia dengan Nadratul Nisa’ dan memimpin dengan baik ister Maleqi. Maleq boleh. Maleq kan anak ibu yang palinggg baik. Yang paling mendengar kata.” Teresak-esak si ibu.

“Berdoalah Maleq. Ibu sentiasa ada untuk Maleq. Tapi Maleq kena ingat, jangan tinggikan suara dan jangan naikkan tangan memukul isteri.” Nada ibunya membawa semangat paling tinggi. Dia termenung merenung kaki langit yang cantik.

Dia diam mendengar arahan-arahan si ibu. “Balik nanti, berasinglah tidur. Ibu percaya, malam kedua atau ketiga, Nad akan datang mencari Maleq. Maleq balik ya.”

Akur. Dia memulihkan semangat diri. Ibu sentiasa ada pesanan untuk dia. Ibu sentiasa tahu akan kesedihan jiwanya.

Puan Wardah berbisik lagi. “Solatlah malam. Maleq kurang solat malam tu.” Pesanan ibu terus menyegarkan gegendang telinga. “Zikir. Baca ayat-ayat dalam surah Taha. InsyaAllah.” Sekali lagi dia memberi pesan. Gusar. Tetapi dia yakin, Maleq anaknya yang boleh memimpin Nadratul Nisa’.

Angin terus memeluk tubuh tegapnya. Awan terus menaburkan warna biru dan putih dengan cantiknya. Ladang teh terus menerkam pandangan mata. Jemari runcing kiri terus membetulkan rambut ikalnya. Maleq melirik senyum. “Maleq cuba. InsyaAllah.”

“Ibu doakan. Dari sini ya nak. Ibu titipkan.”

Air mata bersisa. Dia tarik nafas. Wajah dan senyuman Nadratul Nisa’ menggamit dia untuk pulang. Dia rindu! Dia rasa rindu terikat di relung hati. Zikir bersahut-sahutan. Burung terbang menyahut zikir yang dia hantarkan.

Ya Latif. Ya Latif. Ya Latif. Langkahnya deras. Zikirnya terus panjang tanpa berhenti. 

:::Saya sedang berusaha membalas komen semua untuk entry Maleq Rafie 30. Serius saya terkebil-kebil baca tambah terharu. Terima kasih. Terima kasih.:::
:::Percayalah, saya tak boleh nak buat Maleq boleh menerima. Tapi dia kuat. Kena tabah dan tak boleh jugak nak buat tetiba Nad jatuh cinta dengan Maleq. Nanti macam errr...terburu-buru. takut terburu-buru dan nanti cliche jadinya.:::
:::Semua okey ya? Risau saya baca komen marahkan Nad. Hahaha.
:::Yang penting saya sayang semua 14 juta sebab siap 9 ms mlm ni. Okey, semoga suka. Hihi:::

Maleq Rafie 32

$
0
0
Matanya dibuka. Perlahan-lahan mengadap malam yang gelap. Hanya rambut si isteri yang menyapu pipinya. Esak tangis Nadratul Nisa’ memohon ampun dan maaf mendayu-dayu. Dia kasihkan Nadratul Nisa’. Dia cintakan sepenuh hati Nadratul Nisa’


"Marsha?" Terkebil-kebil dia. Nad himpit telefon ke bahu. Mata meliar pandang dapur. Selama sebulan ini, barulah dia nampak keadaan rupa dapur. MasyaAllah. Ribut taufan apakah ini. Hari ini, selepas tiga hari dia rasa keseorangan barulah dia berdiri betul-betul memerhati dapur. Iya, sudah tiga hari dia tidak ada teman bercakap dan bergaduh. Suara Maleq bagaikan sentiasa terdengar-dengar di hujung gegendang telinganya.

"Iya.. Ni Marshalah kak. Abang ngah mana ek? Marsha call tak berjawab pun." Suaranya manja menggoda. Marsha gigit bibir bawah. Dah naik lenguh dia telefon abang kesayangan. Whatsapp pun tidak berjawab.

Oh. Marsha. Ini adik kesayangan Maleq yang selalu Maleq cerita di awal-awal minggu 'baik' mereka. "Errr...abang ngah keluar. Tak ada line kot."

"Tak apalah kak ngah. Nanti Marhsa call lain kali. Dua minggu lagi Marsha balik. Nanti nak tidur rumah pengantin baru. Boleh kan? Hihi."

Dia terkebil-kebil. Angguk sahaja. Retina mata sebenarnya memandang keributan dapur. Talian terus dia putuskan. Nadratul Nisa’ menyeluruhi dapur. Di atas kabinet, first aid kid terbuka. Ada plaster, kapas, ubat kuning, ubat gamat dan entah apa-apa jenis ubat bersepah-sepah. Kaki perlahan-lahan menuju ke kabinet berkenaan. Dia amati satu-satu.

Mata terus menuju ke kapas yang bertaburan. Kesan kapas nampak seperti suaminya di dapur dalam keadaan kecemasan. Kaki perlahan-lahan berjalan. Mata meneliti setiap inci kabinet. Darah di atas kabinet tidak berlap. Titis-titis darah dari kabinet berdekatan sinki sampailah ke tempat first aid kid terbuka. Jantung Nadratul Nisa bagaikan dipalu. Terus dia dikunjung debaran. Pisau di sebelah sinki, bawang dan papan pemotong tersadai tanpa dikemaskan juga. Ada calitan darah di bawang. Ada kesan darah di dalam mangkuk sinki. Dia memerhati dinding sinki. Percikan darah jelas kelihatan. Kenapa di hari yang ketiga ini baru dia nampak segala ribut taufan di dapur. Papan pemotong pun di atasnya ada darah si suami. Dia termangu. Dua hari yang lepas kenapa dia tidak nampak semua ini?

Perlahan-lahan dia memegang darah yang sudah kering. Bibir Nadratul Nisa’ bergetar. Kelibat bayang-bayang suaminya sedang memotong bawang bagaikan terlayar di depan mata. Pisau, bawang bersatu. Di depan matanya..dia nampak pisau tajam menghiris jari telunjuk Maleq. Maleq mendodoi-dodoi kesakitan. Sayur-sayuran untuk entah menu apa, jatuh ke bawah. Semuanya bersatu di depan mata. Maleq memegang pergelangan tangan. Titis-titis darah jatuh sana dan sini. Maleq membuka air paip. Hulurkan jari yang dihiris sendiri.

Dia berjalan mengambil first aid kid di atas kabinet. Dibuka. Darah makin banyak. Menggigil-gigil si suami. First aid kid jadi penyelamat. Kapas dicari. Semuanya dikeluarkan. “Bodohhhh!!!” Suara Maleq menjerit memarahi si “encik minyak gamat”. Diketuk-ketuk first aid kid. Mangsa marah Maleq ialah si kotak penyelamat. Ah – Nadratul Nisa’ terkesan melihat semua itu.

“Bodoh betul!!” Suara Maleq menjerit sekali lagi menghentak dada. Kapas pula menjadi mangsa marah si suami. Nadratul Nisa’ terkejut. Suara suaminya membentak akhirnya lenyap dibawa angin. Tubuh tegap Maleq tiba-tiba hilang entah ke mana. Dia terkebil-kebil. Hairan. Mana Maleq. Mana suaranya selama tiga hari ini. Mana teguran dan soalan-soalan suaminya itu untuk dia?

Dua hari di dapur pun, dia hanya capai roti. Capai kaya dan makan buah-buahan yang ada di dalam peti sejuk. Dia memerhati nota-nota yang ditampal dengan fridge magnet oleh suaminya. Sungguh dia tidak pernah membacanya. Matanya ralit memerhati dan memerhati tulisan suaminya yang cantik.

Nad jangan lupa makan bubur yang abang buat ya.

Dia tegak di depan peti sejuk. Dibaca lagi. Entah tiba-tiba air matanya menitis sayu. Abang ada belikan roti. Makan. Nanti perut cik banyak songeh ni kosong.

Nad…jangan lupa solat awal waktu ya! ;)

Nad sayang, abang ada buatkan bubur. Tapi taktahulah sedap ke tak. Nanti makan ya.

Sorry, asyik bubur aje. Itu aje yang abang tahu buat.

Air matanya laju mengalir. Kau bodoh Nadratul Nisa’..kau bodoh! Kenapa kau tak pernah hargai Maleq bila dia ada depan mata. Kenapa sekarang tiba-tiba kau rindukan dia? Kenapa Nadratul Nisa’? Peti ais penuh sepenuhnya dengan nota dari Maleq.

Abang tak sengaja marah Nad. Abang minta maaf.

Jangan makan maggi lagi. Abang dah tak beli. Sorry!

Dia akhirnya terduduk. Menekur memandang lantai yang bersepah-sepah. Air mata merembes-rembes mengalir. Nadratul Nisa’ mengesat-ngesat pipi. Dia mendongak memandang dapur masak canggih milik Maleq. Sebuah cerek telah bertukar hitam di luarnya. Dia memerhati lagi rak pinggan mangkuk di sebelah sinki. Sebuah kuali bocor entah kenapa.

Telefon di dalam genggaman di pandang lama. Mana suaminya pergi? Dia menelefon, tidak ada jawapan. Telefon telah Maleq offkan. Sudah dua malam hujan melimpah bumi. Guruh dan kilat sabung menyabung buat dia dalam ketakutan. Selalunya Maleq yang akan menemani tidurnya. Takutnya akan berkurangan kalau melihat Maleq di sebelah. Marah Maleq sampai bila? Eh – kenapa perlu dia risaukan Maleq? Kenapa perlu dia sibukkan hal Maleq walhal ketika suaminya ada di depan mata, satu benda pun dia tidak pernah buat. Bukankah bibir sudah kata dia membenci dan tidak mencintai sang suami. Bukankah dia sudah nyatakan dengan penuh pendirian mengenai perasaannya kepada Maleq?

Sebutlah tentang masak. Bercakaplah mengenai mengemas. Berbicaralah mengenai membasuh baju. Semuanya dia tidak pernah buat dan usik. Selama sebulan setengah di dalam rumah ini, apa yang telah dia buat? Semuanya Maleq yang buat wahai Nadratul Nisa’.

Dia terkedu. Entah kenapa rasa sayangnya mula bertunas di hati. Angin apakah yang membawa rasa rindu ini? Kenapa dia rindukan sentuhan dan belaian Maleq? Mengapa dia tidak pernah menolak setiap kali Maleq menginginkan dia? Kenapa dia suka dan kenapa dia malah membalas rasa itu? Cintakah itu?

Nadratul Nisa’ menelan air liur. Dia tutup bibir dengan jemari runcingnya. Retina mata terus memandang telefon. Dia sudah bersandar. Duduk bersila depan kabinet. Nombor telefon yang tadi memanggilnya menerkam jari jemari.

“Marsha…” Nadratul Nisa’ mengigit bibir.

“Eh..ya kak ngah. Kenapa ya?” Marsha segera menjauhi rakan-rakannya yang sedang mengulangkaji.

“Abang ngah ada jawab call tak?”

Pelik. Tadi dia yang telefon kakak iparnya bertanyakan abang Maleq. Belum habis bertanya itu dan ini, kakak iparnya sudah meletak telefon. “Errr…” garu dagu. Gelengkan kepala. “Takde kak. Tu yang Marsha call tanyakan akak tadi.”

“Oh..” Dia macam nanar. Macam kehilangan sebelah kaki. Tangisnya bersisa. Dia kesat air mata. “Tak apalah. Tapi akak ada satu soalanlah.”

“Soalan apa ya. Marsha ada discussion ni.”

“Satu je. Sorry ganggu Marsha.” Nekad sungguh dia.

Dia gigit pen. Marsha jungkitkan kening. “Takpe. Kalau Marsha boleh jawab, Marsha jawab.”

Dia garu pula cuping telinga. “Abang ngah pandai masak tak?”

Marsha tiba-tiba ketawa. Sengih panjang. Kemudian menukar letak telefonnya ke telinga kiri. “Laaa..mana abang ngah tahu. Dia tahu masak air aje. Ibu mana pernah bagi abang ngah masuk dapur. Seminggu sekali ibu datang rumah abang Maleq. Mengemas. Basuhkan baju. Dapur tu kalau kak ngah nak tahu hanya hiasan aje. Abang ngah kata dapur untuk bini. Hihi.” Marsha ketawa lagi. Geli hati dia.

“Habis tu abang ngah makan kat mana selalu sebelum ni?” Gusar. Mata Nadratul Nisa’ meliar lagi.

“Abang ngah balik rumah ibu. Kadang-kadang duduk kedai aje sebab ibu dah bawak dari rumah.” Makin panjang perbualan mereka. Marsha mula menghidu sesuatu yang tidak enak. Abang Maleq ke yang masak?

“Ohhh..”

“Abang ngah tu anak ibu. Baju kerja pun basuh tangan. Cerewet mengalahkan perdana menteri. Seminggu sekali, ibu datanglah basuh, sidai, lipat, susun, gosok dan gantungkan baju-baju abang ngah dalam almari. Kalau Marsha balik…haaa..lagi Marsha buatkan semua. Abang ngah suka kalau Marsha balik. Sebab dia kata, Marsha adalah adiknya yang  paling kemas, best dan terbaik dari sesiapa.” Penerangannya terperinci. Satu-satu dia sebut. Wajah abang kesayangan menari-nari di hujung mata.

Nadratul Nisa’ terkebil-kebil.

“Eh…nanti kita borak lagi ya kak ngah.” Rozana sedang bercekak pinggang pandang Marsha. “Kalau abang ngah balik, suruh return call ya. Rindu kat abang ngah. Ok kak, bye!” Marsha gesa-gesa offkan telefon. Suara Rozana akan mengundang bahaya alam sekitar. Gegendang telinga boleh pecah sebab suara petirnya itu.

“Weiii…cepatlah sini. Nak borak dengan pakwe nanti karanglah. Mai sini!” Kan betul Roziana sudah memetir.

Nadratul Nisa’ hembus nafas. Dia bangun dan terburu-buru ke bilik air belakang. Baju suaminya berendam sudah tiga hari. Entah kenapa, kakinya terus berayun dan masuk ke dalam. Dia menyinsing lengan baju. Mencari sabun dan berus plastik yang tersedia di rak. Bilik air pun kemasnya macam disusun rapi-rapi. Mata mencari bangku duduk. Haa..ada!

Dia mengukir senyum. Perlahan-lahan memulakan tugas. Dia mula rasa hiba. Rendaman sudah berbau busuk. Dia keluarkan baju kemeja milik Maleq. Nadratul Nisa’ mula mengajar diri mengenai hakikat statusnya kini. ‘Abang ngah tu anak ibu. Baju kerja pun basuh tangan. Cerewet mengalahkan perdana menteri.’ Pesanan Marsha memberi tamparan hebat untuk dia. Sambil membasuh, air mata mencurah-curah turun.

Malam tadi, ibu mertua bertanyakan mana Maleq. Ibu mertuanya siap cerita, “Maleq hari-hari telefon ibu.”

Dia layan tak layan saja panggilan ibu mertua. Tapi cerita si ibu mertua mengundang rasa bersalah. “Maleq cerita Nad masak untuk dia. Maleq cerita Nad basuhkan baju kerja dia. Kemaskan baju-baju dia sebijik macam yang ibu buat. Terima kasih Nad. Terima kasih.” Maleq ceritakan yang baik-baik tentang dia. Sedikitpun ibu mertuanya tidak bercerita masalah apa-apa atau bertanya ke mana Maleq pergi.

Kaku. Serentak itu bayang-bayang suaminya menjelma. Memandang dia dengan senyuman dan memerhatikan dia sepenuh jiwa. Suara ibu bercerita itu dan ini menghibakan. Serentak itu juga, dia rasa Maleq ada di belakangnya. Maleq memeluk kejap tubuhnya. Hangat. Bibir merah Maleq terasa sedang mengucup ubun-ubunnya.

Tetapi bila ibu menamatkan perbualan, suaminya terus hilang. Bayang-bayang tubuh Maleq terus lupus di bawa angin. Dia terkebil-kebil tidak mengerti. Rindunya tiba-tiba datang. Jantungnya berdegup-degup lebih laju dari biasa. Wajah Maleq menghiasi tubir mata. Minda melayang-layang lagi sentuhan si suami. Dia pejamkan mata. Air mata menitis-nitis lagi.

Dia rindu. Kenapa Nad merindui abang? Kenapa?

***
Membilas. Buih-buih sedang menjadi teman. Bunyi kereta Maleq mengejutkan kerjanya. Nadratul Nisa’ terus terburu-buru menolak baldi. Dia bangun dan terus keluar dari bilik air. Sambil keluar, dia mengesat dahi dengan lengan.

Kaki dia laju diayunkan. Senyum sampai ke telinga. Tiba-tiba dia rasa gembira. Tiba-tiba dia bagaikan ternanti-nanti sahaja Maleq. Maleq sudah balikkah? Ah – kenapa dengan dia. Kenapa dengan resah hatinya. Pintu rumah sudah terbuka. Dia berdiri di pembahagi antara dapur dan ruang tamu. Kepala terjenguk-jenguk melihat susuk tubuh tegap Maleq.

Maleq. Iya. Suaminya sedang berdiri di depan muka pintu. Rusuh wajahnya. Berkumis dan nampak sungguh suaminya tidak terurus.

Maleq serius sahaja wajahnya. Dari dalam kereta, dia rasa berdebar. Dia rasa janggal. Iya, sudah tiga malam dia tinggalkan rumah. Pergi ke kedai membeli t-shirt, seluar track, seluar dalam dan kelengkapan mandian. Makanan ringan penuh di dalam kereta dan menjadi teman di kedai cenderahati ibu. Ah – sungguhlah kebudak-budakan kau Maleq. Merajuk sampai larikan diri! Kalau nak lari pun, duduklah di Strawberry Park ke. Banyak lagi hotel lima bintang ada di Cameron ni, Maleq! Jemari kasar mengusik hidung sendiri. Dia berdiri sambil merenung Nadratul Nisa’. Jantung berdegup-degup. Ingin bersuara, tapi dia tahan. Ingin sahaja dia meluru dan memeluk si isteri, tapi dia memendam. Ingin dia mengucup bibir merah isteri, tetapi egonya melangit tinggi. Pesan ibu dia pegang. Hati berzikir lagi.

Maleq memandang rambut Nadratul Nisa’. Buih kesan membasuh melekat di atas rambut. Dia pandang baju isterinya yang basah lencun. Aik? Membasuh? Hujan batulah nampaknya Cameron Highland hari ini. Kaki gagah berjalan. Dia tunduk sambil melencong ke kanan dan mendaki tangga.

“Abang…” Kaki Nadratul Nisa’ bergerak perlahan-lahan mengikut ayunan Maleq. Setpak, dua tapak dan tiga tapak. Ingin dia tarik jemari suami dan menyalaminya. Ingin dia peluk dan mengucup dahi suaminya. Akhirnya Maleq balik. Akhirnya, wajah yang tiba-tiba dia rindukan muncul hari ini. Sudah tiga hari suaminya pergi. Sudah tiga hari dia seperti kehilangan arah dan tuju. Entah kenapa. Dia rasa kosong tanpa mendengar suara dan pesanan suaminya.

Maleq endah tidak endah. Dia terus mendaki. Suara isteri yang dia rindu sekali lagi menghantar debar. “Nad nak masak kejap lagi.” Laju sahaja bercakap mengenai masak. Walhal selama ini, Maleqlah yang sibuk berkelentang kelentung di dapur. Mana pernah dia endahkan.

“Ada buih kat rambut tu.” Hanya itu sahaja yang mampu dia balas. Kaki Maleq mendaki lagi dan dia meninggalkan Nadratul Nisa’ yang tercari-cari buih di atas rambutnya.

Sambil naik dan mencari bilik, ada tanda soalan di atas dahi Maleq. Dahi berkerut-kerut. Pelik. Dia pusingkan kepala. Melihat Nadratul Nisa’ di bawah yang membuang buih dan dikesat-kesat di baju sendiri. Masak? Dia menampar pipi sendiri. Masak apakah? Nadratul Nisa’ menyebut mengenai masak? Dahi sekali lagi berkerut. Kening bercantum. Mata ke kiri dan ke kanan macam mencari kepastian. Aku tidak bermimpikah?

Sehingga jarum minit dan saat bergerak. Nadratul Nisa’ ketika ini bersiap sedia dengan apronnya. Mencari sesuatu. Memerhati keadaan dapur. Mengeluarkan segala jenis bahan basah di dalam peti sejuk. Siap juga mengeluarkan sayur-sayuran segar. Ketika inilah, dia mencari mana berasnya. Mana bawangnya dan cilinya. Dia mencari juga penyapu. Mencari si batang mop. Sambil menyiapkan rencah, menunggu ikan dan ayam lembut direndam – dia mula menyapu dan mengemaskan dapur.

Sesekali menjeling ‘encik ubat gamat’. Masa terus menjadi teman. Nadratul Nisa’, dia sedang mengukir senyum. Dia sedang perlahan-lahan membajakan jiwa dengan cinta untuk suaminya. Meski sukar, tetapi dia sedang menuai dengan harapan cintanya bertunas menjadi pohon yang rendang.

Dia mula rasa akan kehilangan Maleq. Salama tiga hari dia memusatkan hati. Mama menelefon sampaikan pesan. Bib juga memaki hamun dia lagi bila dia asyik sebut-sebutkan mengenai Tan Jie Kang. “Hei..dia dah pergi honeymoon luar Negara. Yang kau sibuk-sibuk tanya fasal dia buat apa?”

“Baik kau jaga laki kau. Baik kau tengok makan pakai laki kau dari dia cari perempuan lain dan kau jadi janda. Tan Jie Kang tu cina. Dah kahwin dengan Moh Jia Wei. Tu..bini dia nak beranak. Baik dia fokus fasal keluarga dia dari fikirkan kau. Sudah-sudahlah Nad.”

“Hidup ni kita kena teruskan. Dari kau macam orang sasau, derhaka dengan suami. Lawan cakap suami. Berdosa besar tau tak. Aku ni kan, kawan dunia dan akhirat. Dari tanggung dosa bersubahat dengar kau cerita dan asyiklah tanya fasal Tan Jie Kang tu, baik aku terus terang.”

“Bib!” Luahannya tidak dibantu. Malah Bib menyemburnya itu dan ini. Selepas Maleq meninggalkannya, dia terus berhubung dengan Bib. Terus menghambur kecewanya tentang Maleq. Walhal, dia…dia yang minta semua itu terjadi.

“Dahlah. Aku nak tidur. Kau tidurlah sorang-sorang. Berdoalah supaya Maleq Rafie tu pulang cepat dan tak ceraikan kau. Lelaki ada rupa, ganteng macam dia tu, aku pun nak. Hahaha.” Ketawa Bib semakin galak. “Okey Puan Nadratul Nisa’…selamat malam!”

Ah – telinganya berdesing. Bib memang. Bib memang selalu melaserkan dia. Ada ke laki aku pun dia berkenan. Chaittt!

Selesai masak, dia mengemas meja. Tersenyum-senyum mendengar pesanan Bib yang terakhir. Gentengkah? Adoi.. aku tak pernah perasan. Aku dibutakan oleh kenangan dan sejarah lama sahaja, Bib! Aku ni kan bodoh. Aku ni kan hatinya rapuh! Tapi Bib, aku boleh cuba kan, untuk memenangi hati suami aku semula. Aku juga mesti boleh mencintai dia kembali.

Pesanan mama pula meresap masuk ke dalam minda. Dia tahu kini dia berdosa. Dia tahu dia sudah membuat sesuatu yang tidak disukai suami. “Mama dan baba dah lengkapkan Nadratul Nisa’ dengan agama. Mama selalu doakan anak-anak mama. Jangan buat yang suami tak suka, Nad.” Roziana memberi pesan. Dia risau sungguh anak gadisnya masih menantikan cinta dari si Tan Jie Kang. Dia sudah kenal Maleq. Menantunya menyejukkan jiwa. Bukan seperti yang Nazrul selalu cakapkan. Bukan!

Nadratul Nisa’ terus membawa semangat mama bersama-sama dengannya. Pujuk mama dan pesanan baba dia simpan rapat-rapat. Salah dan dosanya tidak terhitung. Dia akan dicampak ke dalam api neraka. Kata-kata nistanya, pengakuannya dia tahu mengguriskan hati Maleq. Dia mengerti. Maleq sedang merajuk dan membawa diri.

Lauk pauk sudah terhidang. Pinggan makan sudah tersusun cantik. Mahukah Maleq memaafkan dia? Mahukah Maleq menerima masakan pertamanya hari ini? Cukupkah masakan ini boleh menjernihkan hubungan mereka? Nadratul Nisa’ terkebil-kebil. Dia bagaikan di persimpangan. Dilema sungguh! Risau sungguh.

Selesai sahaja menyiapkan hidangan, terhendap-hendap Nadratul Nisa’ mendaki. Sambil itu, dia mengikat rambut yang tidak terurus. Mana suaminya? Kenapa Maleq tidak turun untuk makan malam bersama dengannya. Jam sudah tujuh petang. Kotak First Aid Kid dia jinjit bersama-sama. Dia menolak pintu bilik utama. Maleq sedang menyarung baju melayu. Kain pelikat sudah bersarung kemas.

“Eh..abang nak pergi mana ni?” Mata menuju memandang Maleq yang sudah kacak berbaju melayu.

Maleq menoleh. Dia diam. Menikus lagi. Dia tercari-cari kopiah. Habis sudah dia punggah almari besarnya.

“Abang nak pergi surau ya?” Nadratul Nisa’ yang menjawab. Dia bertanya, akhirnya dia sendiri memberi jawapan. Suaminya sudah bisu. Ataupun, memang Maleq buat-buat tidak mahu menjawab. ‘Sengaja kan?’

Mata menjeling-jeling Nadratul Nisa’ yang sedang berdiri di hadapannya. Maleq angguk sahaja. Tidak menjawab langsung. “Kopiah ada dalam laci.” Nad lebih pantas menarik laci. Dia memilih kopiah. Dihulurkan dan Maleq mengambil. Diletak cepat-cepat atas kepala.

“Jari abang dah okey?” Dia tarik jemari Maleq.

Si suami terkebil-kebil lagi. Terkejut bukan main sebab Nadratul Nisa’ tiba-tiba jadi prihatin dengan dia. Jarinya yang terhiris minggu lepas ni, tidak pernah isterinya ambil tahu. Dia terjerit-jerit di dapur, tidak ada sesiapa membantu. Kasihan kan Maleq ini?

Dibawa Maleq ke hujung katil. Kini mereka sedang duduk berhadapan. Nadratul Nisa’ sedang memujuk. Dia menganyam jiwa yang kosong. Dia sedang memulakan rentak rumah tangga yang dia sendiri keruhkan. Hati sedang dia lapangkan dan perlahan-lahan nama Maleq Rafie dia panjatkan. Mahukah Maleq menerima kemaafannya. Kenapa Maleq tidak menjawab dan berbual-bual seperti biasa dengan dia.

Maleq merenung sahaja wajah isteri. Rindu Nad. Rindunya dengan Nad tidak terbendung sungguh. Tapi nekadnya satu sahaja. Dia mahu Nad mencintainya setulus hati. Ikhlas dengan sepenuh jiwa. Bukan kerana simpati atau bukan kerana hanya memohon keampunan sahaja.

“Luka abang ni dalam. Darah mesti banyak.” Ditekap-tekap dengan minyak gamat. Apa yang terlayar di depan mata kejadian suaminya terkena hirisan pisau bagaikan bernyawa meski ia hanya halusinasi sahaja. “Pembalut sebelum ni abang dah buang ya?”

Angguk. Dia menelan air liur. Hidung comel milik isterinya direnung lagi. Bau bawang pun, Nad tetap wangi di sisinya. Mata nakal terus menerjah leher jinjang isteri. Bibir merah dan pipi yang bagaikan bulat si telur itu dijamah lama. “Nad balutkan dengan pembalut baru nak? Letak minyak gamat ni ya?” Bersungguh-sungguh dia. Mahu Maleq suka. Mahu Maleq gembira dengan perubahannya ini.

“Eh, tak payah. Nanti nak ambik wudhu semula. Ni kurang sikit dah. Abang kena cepat.” Ditarik jemarinya sendiri. Maleq bingkas bangun. Berderau darah. Berdegup jantungnya. Haihlah cik isteri banyak songeh, kenapa hari ini tiba-tiba dia baik sebegini. Mana marahnya? Doa aku itu ya Allah, kau makbulkankah? Hati berbisik-bisik. Dia mahu sujud syukur. Alhamdullilah.

Ya Allah. Hati menjerit suka. Pesan ibu dia pegang lagi. Ayat-ayat melembutkan hati isteri bernada di dalam jiwa. Dia rasa bernafas semula. Dia rasa kembali bernyawa.

“Abang balik nanti kita makan ya?” Cik isteri banyak songeh mempelawa lagi.


Dia terus terburu-buru bangun. Maleq menoleh melihat Nadratul Nisa’ yang terkebil-kebil memerhatikannya. Dalam dia menjerit suka, dalam dia rasa syahdu, tetapi hati keras. Ego masih menggunung tinggi. Dia memerli cik isteri. “Nad kan benci dengan abang. Abang ni bukan yang Nad sayang. Bukan juga yang Nad cinta. Nad makanlah. Abang makan luar. Nanti Nad tidurlah dulu. Abang balik lambat ya.” Tombol pintu dipulas. Pintu dibuka.

Nadratul Nisa’ berdiri. Bumbung rasa menghempap kepala. Seluruh bilik, perabot mewah dan pokok di luar terasa mentertawakannya. Padan muka! Baru kau tahu kan bagaimana rasa tidak dipedulikan? Tubuh tegap suami terus menghilang. Bibir bergetar-getar. Dia tahu, Maleq masih merajuk. Dia tahu, Maleq masih marahkan dirinya. Apa yang perlu dia lakukan? Apa yang boleh dia buat untuk memujuk dan memohon maaf suami? Dia memeluk lengan sendiri. Terus mengayun kaki menuju ke jendela. Honda stream milik suaminya menderu sederhana.

Air mata menitis lagi dan lagi. Air mata menjadi teman Nadratul Nisa’. “Sampai hati abang.”

Sehingga akhirnya, kaki melangkah menuruni anak tangga. Terhoyong-hayang dia. Kaki menuju ke dapur. Membuka tudung saji dan dia merenung lauk pauk yang terhidang. Nadratul Nisa’ duduk di dapur keseorangan. Rasa sepi. Rasa kosong. Hakikatnya, dia tahu yang rasa ini sebenarnya telah lama dipendam sang suami dan dia yang membiarkannya.

Hari ini Nad, rasa itu dia sedang lalui. Hari ini Nad, dia nampak wajah muram suami sedaya upaya memujuknya. Hari ini Nad, dia nampak wajah suram suami memasak makanan untuknya dan dia langsung tidak menjamahnya.

Allah sedang memutarkan rasa sepi, rasa suram dan rasa muram itu untuknya pula. Kenapa dia tidak pernah mengendahkan cinta sang suami? Kenapa? Air mata berjurai-jurai membasahi pipi.

Hari ini.

Esok juga. Maleq terus mengasingkan diri. Tidurnya juga di luar. Dibiarkan Nadratul Nisa’ sendiri. Dibiarkan tubuh tegapnya sejuk tanpa ada hamparan indah dan teman tidur. Abang bukan mempersiakan Nadratul Nisa’. Bukan. 

Kadang-kadang mahu saja dia berlari laju masuk ke dalam bilik mengikut pujukan isteri. Tetapi, egonya dan rancangan harus rapi.

Abang rindukan Nadratul Nisa’. Sungguh. 

::: Esok ada sambungan lagi. Special entry. Maleq akan okeykah? Masih terus mencabar si cik isteri banyak songeh? Hahahaha. Mari doakan yang baik-baik untuk Nad dan Maleq. Sayang semua 14 juta kerana setia menunggu:::

Maleq Rafie 33

$
0
0
“Abang!”
Maleq memandang buku yang berselerak. Garu kepala. Apa lagi mahunya cik isteri banyak songeh ni. “Iya!”
“Sinilah. Turun. Mana kopi ek?”
Dahi berkerut-kerut. Kopi? Aik..bukan semalam isterinya ada buatkan kopi ke? Dah dua kali dia turun naik. Tadi tanya mana tepung gandum. Sebelum tu tanya mana letaknya gula. Adoi!







Dia buka album milik suami. Ada tersimpan rapi di dalam laci. Gambar Maleq dan dua orang abang kesayangan tersimpan. Di bawahnya sekeping gambar gadis yang berpakaian sekolah menengah. Nadratul Nisa’ tersengih. Mana Maleq dapat gambarnya yang ini ya? Mata sekejap-kejap menjeling ke pintu utama bilik. Manalah suamiku ini? Tengok cerita CSI dari tadi. Panjang sampai tiga jam ke? 

Mata kembali meneliti album. Suaminya, abang Nazim dan abang Nazrul bersekolah di Sekolah Datuk Abdul Razak. SDAR, sinonim untuk pelajar lelaki itu selalu jadi tempat dia berkunjung melawat abang Nazrul dan abang Nazim.

Kalau mama dan baba datang mengambilnya di Kolej Tunku Kursiah, haruslah berdesup baba membawa kereta mengambil si abang kembarnya. “Ala, kita bukan boleh bawa abang Ajim dan abang Arul keluar. Kan ke abang Arul dan abang Ajim nak PMR.” Dia ingat. Nadratul Nisa’ baru tingkatan satu. Bolehlah selalu dia keluar mengikut baba dan mama. Tapi kalau mahu membawa keluar kedua orang abangnya memanglah payah melainkan memang hari berkenaan ialah waktu prep dan cuti umum.

“Kita jenguk sekejap aje. Mama ada buatkan lempeng pisang ni. Lempeng ni kan kegemaran abang Arul dan abang Ajim. Pun mama ada buatkan abang Maleq masak lemak cili padi ni. Dia pun suka.”

Uweekk. Nak termuntah. Asyik-asyik abang Maleq.

“Ala…nanti Maleq tu sibuk menjeling-jeling Nad. Bencilah mama!” Nadratul Nisa’ di belakang tempat duduk sudah tanggalkan tudung. Secara rasminya, rambut panjang diikat tocang kuda. Bukan boleh pakai pun dia waktu sekolah dulu. Di dalam sekolah, alim bukan main. Masuk dalam kereta baba dan pergi berjalan-jalan dengan kedua orang abang kembarnya disertai Maleq tidak tahu malu itu, dia akan tanggalkan tudung.

Haa…lagi satu dia ingat. Kalau masuk ke dalam bilik kedua abang kembarnya. Nazrul tolak bahu Nazim. Nazim tolak bahu Maleq. Dia tahu pun, abang Nazrul bukannya sebulu dengan Maleq. “Cuba tanya budak-budak Tunku Kursiah. Siapa tak kenal dengan Maleq. Asyik-asyik Maleq. Dalam sepuluh budak-budak perempuan, satu aje aku rasa yang tak kenal dia.” Suara abang Nazrul kedengaran. Kalau masuk bilik kedua-dua abangnya, itu topik utama. Asyik Maleq. Asyik Maleq. Nazrul akan menjeling Maleq. Sehabis kuat pun, Nazrul kalau sedang bermain bola sepak di laman rumah mereka, akan disepaknya bola mengena tubuh si Maleq. “Haa..padan dengan muka kau, Maleq. Aku memang tak puas hati dengan kau!” Jerkah abang Nazrul sampai kadang-kadang dia rasa kasihan dengan Maleq.

“Maleq kirim salam kat Nad!” Abang Nazim baling bantal.

“Huh!” Jeling tajam. Sibuk aje. Sudahlah masa dia terkedek-kedek ke bilik pengumuman untuk memanggil nama kedua orang abangnya, si Maleq itu merenung dia. Macam nak ditelan pun iya. Anak makcik Wardah yang menjadi adik angkat baba tu selalu mencuri-curi pandang dia. Itu belum lagi kalau Maleq menumpang tidur di rumah mereka.

“Amboi-amboi. Aku tak akan setuju. Dahlah Tunku Rokiah yang aku minat tu minat kat dia.” Nazrul cekakkan pinggang. Maleq sengih. Jeling lagi si Nadratul Nisa’ yang berdiri depan muka pintu. Buat-buat tidak dengar.

Bantal pula Nazim baling ke Nazrul. Nazrul pula membalas. Akhirnya ketiga-tiga beradik bergaduh membaling bantal. Maleq ketawa riang. Melihat wajah sahabat dengan tenang. Dia menumpang kasih sahaja. Dia menumpang rasa jiwa dengan keluarga pakcik Marzunisham. Tapi entah kenapa, makin lama dan makin membesar… pandangan mata sudah jatuh cinta dengan Nadratul Nisa’.

Nadratul Nisa’ meneliti lagi album. Masuk tingkatan dua, dia mula sudah berbaik dengan Maleq. Dia mula mengenali Maleq. Makin rapat dan mereka sudah menjadi sahabat. Entah tiba-tiba kenapa, kenangan mula menjengah minda. Kalau dulu, susah dia hendak mengingati semua ini. Tapi bila melihat album lama milik suaminya, dia rasa mahu kembali ke alam remaja.

“Tengok apa tu?” Kepala Maleq terjengul. Tepat memandang cik isteri banyak songeh di bangku kayu.

Oh mak kau terkejut! Album terus dia tutup. Kenangan yang masih belum sempat bermain di dalam minda terus terpadam. Ah, kacau!  Cepat-cepat dia masukkan album ke dalam laci. Nadratul Nisa’ berdiri. Tolak rambut di dahi ke belakang. “Errr…tengok album.” Sarkastik bunyinya. Jawablah tengok gambar lama abang yang ganteng ni ke. Heh. Nadratul Nisa’ terkebil-kebil sambil tersenyum simpul.

Maleq betul-betulkan kain pelikat. Jantung berdegup laju. Ape pasalduduk dalam bilik pakai ini baju sebegitu wahai Nadratul Nisa’? Dia menjeling Nadratul Nisa’ yang sedang berdiri. Adoiii. Sakit mata, sakit dada tahu tak? Jantung pun sakit ni!

“Tu album abang. Lain kali jangan tengok lagi.” Tegas. Dia pusing kan badan dan pergi ke almari. Mencari selimut dan bantal pendua. Selalu ada dalam almari. Sudah dua malam dia tidur tanpa alas sampai sakit-sakit badan dibuatnya. Kesannya sampai ke pejabat. Sakit sungguh tidur beralas karpet dan bantal kecil. Tapi hanya disebabkan perancangannya, Maleq harus terus tabah. Harus terus berazam untuk menang dalam projek ini. Heh. Ingat orang perempuan pun ada misi dan projek memikat suami ke? Lelaki pun hadoo. Okey?

“Kalau album abang, album Nad jugak. Kan? Bukan haram pun.” Dia menjawab. Haa..tu cari bantal dengan selimutlah tu. “Nad sorok. Kalau nak tidur, malam ni abang kena tidur sini. Dengan Nad.” Dia tidak berselindung lagi.

“Tak nak. Saya bukannya lelaki yang awak cintai. Kan?” Maleq sunggingkan bibir. Menoleh memandang Nadratul Nisa’.

“Kan Nad dah minta ampun dan maaf dengan abang. Abang pun lepas solat okey aje. Abang ni kenapa?” Nadratul Nisa’ ayunkan kaki. Setapak, dua tapak dan kini tiga tapak. Meluru terus mendapatkan Maleq.

“Haa..haaa…” Maleq keluarkan lima jari. Menahan cik isteri banyak songeh dari mendekatinya. “Jangan Nad, jangan!” Dia terus berdebub sandarkan diri ke almari. Terkejut sungguh dia dengan tindakan reflek cik isteri.

Dia mencebik. “Apa, Nad tak cukup seksi ke ni? Baju jarang ni juga yang abang hadiahkan untuk Nad. Dah dua hari abang tidur luar.” Dahi berkerut-kerut minta kepastian. Sedihnya. Hiba sungguh jiwa. Rasa nak menangis bila Maleq buat dia sebegini.

“Good night!”  Maleq terus berlari-lari ke luar. Huh! Habis! Rosak program kalau Nadratul Nisa’ selalu begitu. Dia pandang karpet dan bantal kecil yang jadi penemannya. Nasib badan! Alahai, Maleq Rafie. Dia betulkan rambut. Perlahan-lahan dia melangkah sambil bunyi guruh berdentum-dentum. Hujan mahu berkunjung tiba tidak lama lagi. Wajah rusuh dan kusut isterinya terbayang-bayang di depan mata.

Dia menelan air liur. Lagi terbayang ialah si cik isteri banyak songeh yang aneh cara pakaiannya dua tiga hari kebelakangan ini. Kalaulah iman dia tidak kuat, sudahlah rosak program seperti pesanan ibu. Dia senyum. Kesat hidung sendiri. “Sabar-sabar wahai hati!” Dia menoleh melihat bilik utama yang masih terang berderang.

Mata kembali ke depan memandang semula karpet tempat tidur utamanya. Terbayang lagi senyuman cik isteri. Dia pejamkan mata. Gelengkan kepala. Maleq tarik nafas dan perlahan-lahan dia menghembuskannya.

***
Nadratul Nisa’ meraba-raba bantal. Guruh yang berlawanan menambah ketakutan. Kosong. Mata terbeliak bila bayang-bayang pokok melalui jendela menjelma. Langsir beralun mengikut rentak hujan yang semakin mengganas.

"Abang!" Dia bangun sambil menjerit. Nadratul Nisa' tolak rambut yang jatuh ke dahi. Pantas turun dari katil. Guruh makin berdentum. Rambut dia ikat dengan cepat.

Mata makin meliar. Mana Maleq? Ah- rasa berdosa dan rasa bersalah menghuni hati. Dia semakin melajukan larian mencari pintu. Batang tubuh suami tidak ada di dalam bilik. Sudah dua malam, Maleq membawa diri. Mana mungkin Maleq membeli huluran maafnya. Ego Maleq nampaknya setinggi gunung Kinabalu. Iya Nad, masa bergaduh dia keluarkan segala macam perkataan. Maleq mesti menyimpan rasa kecewanya. Maleq mesti masih tidak boleh memadam segala yang dia katakan.

Guruh makin mengganas. Bunyi entah pokok tumbang di luar sana mengganggu emosi.

Nadratul Nisa’ terus membuka pintu. Membetulkan baju tidurnya. Tingkat dua sepi. Namun sepi terisi dengan gangguan bunyi menakutkan. Ruang tamu kecil di sebelah bilik kedua menjadi santapan mata. Tubuh suaminya mengerekot tanpa apa-apa gebar. Hanya beralaskan karpet dan bantal kecil sahaja. Ah – Maleq masih merajuk. Maleq suaminya membawa hati. Maleq membawa dirinya tanpa menemani dia tidur. Sudah seminggu dia ditinggalkan sepi. Tiga hari lalu, entah di mana tidurnya. Balik rumah, dia ingatkan Maleq akan menemani malamnya, tetapi suaminya berpindah tidur. Kalau selalunya, Maleqlah yang akan memeluknya. Maleqlah yang akan mengucup dahinya. Belum ditambah dengan rencah kehangatan yang Maleq hadiahkah untuk dia. Pipi memerah. Hujan semakin menjadikan dia kerinduan.

Dia berdiri merenung. Rasa kasihnya jatuh. Rasa simpatinya mengikat relung hati. “Abang!” Dia panggil perlahan. Serentak itu, guruh kembali menawan gegendang telinga. Kakinya terus laju mampir ke arah Maleq. Cintanya meruap-ruap. Kebaikan sang suami jadikan dia pilu sendiri. Ketulusan Maleq membuatkan dia semakin ingin mengenali sang suami.

Baba…dia ini malaikatkah untuk Nadratul Nisa’? Baba….pilihan baba untuk Nadratul Nisa’ ini banyak memberikan anak baba ini pelajaran. Nad mengenali erti rindu sebenar, baba. Nad mengenali erti cinta hanya bila dengan dia sahaja baba. Kenapa dengan Nad kala ini baba?

Dia duduk bersimpuh. Maleq nampaknya sudah tidur dengan nyenyak. Suaminya tidak menyahut sepatah pun sahutannya. “Abang..marilah teman Nad kat dalam. Bangunlah.” Dia goyangkan bahu suami. Perlahan-lahan agar Maleq tidak terkejut. “Dah lima malam abang asingkan diri abang dari Nad. Bangunlah ya. Janganlah begini lagi.”

Sepi. Hujan lagi. Suara itu dia dengar. Suara itu menjentik rasa sayu. Dalam gelap ini, air mata lelakinya mengalir lagi. Nad datang lagi memujuk dia. Dua malam di luar, dia bertahan. Pujuk rayu Nad tidak dia endahkan. Malam ketiga ini, isterinya datang lagi memujuk tidak mahu mengalah. Betul kata ibu. Benar pesan ibu. Doanya usai solat malam dipanjatkan penuh tawaduk. Bukalah pintu hati isterinya untuk dia. Ikhlaskanlah cintanya untuk aku Ya Allah. Jika malam ketiga dia datang lagi, maknanya berjayalah usaha Maleq.

Maleq keraskan batang tubuhnya.  Dia memang sedar suara isterinya menjerit-jerit ketakutan di dalam. Sengaja dia menduga lagi keikhlasan si isteri. Sengaja dia biarkan sahaja Nad keseorangan.

“Abang..” Bahu Maleq digoyang-goyangkan. “Marilah temankan Nad tidur. Janganlah begini lagi.” Dipujuk rayu lagi.

Diam. Dia pejamkan mata. Air mata pilunya jatuh mendudu. Maleq…janganlah menangis lagi. Janganlah kecewa lagi. Sepi hati itu ubatkan dengan ketenangan sahaja. Sepi di hati itu jernihkan dengan sejarah baru. Akhirnya dia sedar, lengannya sedang perlahan-lahan ditarik oleh Nadratul Nisa’.

Suara Nad teresak-esak memanggilnya. “Bangunlah…”Kepala Nad sudah menjunam ke atas lengannya. Rambut Nad sudah melekat di pipi gebunya. Pinggangnya sudah dipeluk erat isteri. Jemari isteri sudah melekap mengesat air matanya.

“Nad tahu Nad berdosa. Nad tahu….” Dia terus membenamkan wajahnya ke dada bidang Maleq. Tangisan terus berlagu. Hujan juga terus turun menari-nari. Guruh pun turut mengiringi. “Abang janganlah menangis lagi.” Dipeluk erat pinggang Maleq.

“Nad minta maaf. Nad minta ampun.” Jemari kasar Maleq ditarik. Dikucup-kucup dengan linangan air mata. “Bangunlah..marilah tidur dalam bilik. Janganlah tidur atas karpet ni. Sakit badan nanti.” Dia memujuk. Sedaya upaya.

Matanya dibuka. Perlahan-lahan mengadap malam yang gelap. Hanya rambut si isteri yang menyapu pipinya. Esak tangis Nadratul Nisa’ memohon ampun dan maaf mendayu-dayu. Dia kasihkan Nadratul Nisa’. Dia cintakan sepenuh hati Nadratul Nisa’.

Tapi sekali lagi dia mahu mengajar. "Nad kan benci abang.” Dia bawa jemari kasar ke pipi Nadratul Nisa’ dan dikesat air mata isteri. “Nad kan tak cintakan abang." Dia menolak lembut pelukan Nadratul Nisa’. Dia bangkit sedikit dan dengan rasa kasih, dia angkat kepala Nadratul Nisa'. Diletakkan perlahan-lahan di atas karpet tanpa ada alas. Dan Maleq terus berpusing. Membelakangkan tubuh isteri. Maleq kembali mengerekotkan tubuh. Mata terkebil-kebil. Telinga masih terdengar esak tangis isteri. Alahai, comelnya. Haha.

Nad gigit bibir. Huh! Sampainya hati. Ditolak kita balik. Okey. Fine! Nadratul Nisa’ kembali memujuk. Dia tidak boleh mengalah, sudah dua malam dia memujuk. Sudah dua malam dia makan hati dengan sikap Maleq. Hari pertama masak, Maleq tidak makan. Hari kedua, Maleq sudah mula menjengah ke dapur. Petang tadi, barulah Maleq makan bersama-sama dengan dia. Dua malam juga Maleq mengasingkan tidur mereka. Terkebil-kebil dia melihat Maleq keluar dari bilik. Hairan sungguh dia sebab Maleq menarik bantalnya pergi sekali.

“Marilah. Bangunlah. Temankan Nad. Janganlah merajuk lagi. Ampunkan Nad. Maafkan Nad.” Dia tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu beralah. Maleq mesti bangun membawanya tidur ke dalam bilik kelamin mereka. Nadratul Nisa’ berdiri kembali. Terus dia kembali semula menarik lengan suami. Kali kedua ini, dia tidak mahu mengalah. Terus dia letakkan kepala di atas lengan sasa Maleq. Sekali lagi, dia pegang pipi suami yang tidak mengendahkannya. Mata Maleq tertutup rapat.

“Abang. Janganlah begini. Dua malam Nad pujuk abang. Semalam kan Nad dah mula solat jemaah dengan abang. Sudahlah abang. Jangan buat Nad macam ni lagi. Abang okey je doa sama-sama dengan Nad. Tapi bila malam aje, abang keluar tinggalkan Nad dan tidur sini.” Suaranya ditekan-tekan merayu. “Apa yang bestnya karpet ni ek?” Nad menggaru kepala. Haidnya sudah berhenti dua hari yang lepas. Masa Maleq hamparkan tikar sembahyang, terburu-buru dia mengikut sekali.

Dengan muka sememeh dia pandang Maleq, “Nad ikut solat ya?”

Si suami angguk. Mahu senyum tapi dia tahan. Hati menyebut-nyebut Alhamdulilah. “Eh, bukan Nad tak boleh solat?”

“Dah boleh!” Kenyitkan mata.

Huh. Sengaja sungguh Nadratul Nisa’ ni mengayat. Maleq akhirnya hadiahkan senyuman mahalnya, Memandang kembali sejadah, berdiri tegak, berniat menjadi Imam dan mengangkat takbir. “Allahuakbar.”

Mana mungkin dia boleh lupa. Saat bersolat jemaah dengan Maleq itulah momen indah menyelubungi jiwa dan nuraninya. Paling terkesan, bila Maleq menadah doa dan dia sama-sama mengaminkan. Indah kan Nadratul Nisa’. Yang paling menyentuh hati, bila usai solat berjemaah, Maleq berpusing mengadapnya. Maleq menarik dia ke dalam dakapan. Ubun-ubunnya dikucup. Suara Maleq deras masuk ke dalam gegendang telinga, “Isteri abang yang baik. Isteri abang yang solehah.”

Hangat. Terasa sehingga kini pelukan sang suami. Wangian yang dipakai Maleq masih segar di dalam hidungnya. Bila dia mengucup pipi Maleq, dia nampak pipi suaminya memerah. Sampai ke telinga berbahang-bahang macam kena cili. Dia sengih dan Maleq serius sahaja wajahnya. Heh.

Dan dia kini - Nadratul Nisa’ terus menyatakan keinginan. Rentaknya lebih pantas. Hanya ini sahaja jalannya untuk memujuk Maleq. Hanya ini. Nadratul Nisa senyum nakal. Lebih nakal bila si suami tiba-tiba membukakan mata. Membulat. “Jangan Nad! Jangan!” Suara parau Maleq menegah cik isteri banyak songeh.

“Encik ganteng, tolong diam ya!” Nadratul Nisa’ kenyitkan mata.

Lampu di tangga sesekali membantu dia melihat bayang wajah isteri dirindui. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Sudah melarat-larat nampaknya kenakalan si isteri sampai ke pipi. Ah. Sudah!

Jantung yang tadi berdegup tidak tentu arah terus bertukar lagi temponya. Pop Rock diselang seli Pop Dangdut. Dia si lelaki bernama Maleq Rafie berdehem banyak kali. “Cik banyak songeh ni… memang degil!” Dia senyum senget. Jemari sudah memeluk pinggang cik isteri dirindui.

Mari wahai Nadratul Nisa’, kita raikan cinta!

:::Sudah bab 33. Saya belum ada niat untuk berhentikan kisah ini di blog. Sila senyum banyak-banyak. Cuma bab Mr Tan saya draftkan. Minta maaf ya. Jangan tergolek sudah. Hahaha.:::

Mr Tan 15

$
0
0


 "Eh Tan, nasi ayam yang you belikan I hari tu kat mana ya?" 
"Jimmy yang belikan. Kenapa?"
"I kat Shah Alam ni. You kat Denai Alam lagi kan? Rumah hari tu ek?"
"Yerp."
"Okey, nanti whatsapp kat I kedai mana ya. Jap lagi I datang sana."
"Bawak nasi ayam sekali?"
"Iyalah."
"Ohh..ok.." Tan garu kepala. "Milo ais dua bungkus ya. I dahaga."
"Okey."



Tan jungkitkan kening. "Nad..kita ambik gambar ya. You and me. Okey? Gambar sempoi-sempoi aje."

"Mengada. Iphone kan ada. Siap bawak kamera bagai." Nad mengawal debaran.

"Kalau Iphone I masuk kolam jugak, menangis tak berlagulah I sebab gambar kita sama-sama takde. Baik I buat plan B dari guna iphone. "

"Nanti I jadi pengantin basilah jawabnya."

"Basi tak basi sangatlah. Dah, jangan nak bebel-bebel. sini-sini. Kamera ni Stephanie tolong ambilkan gambar. Iphone pun I tetap guna. Jangan lari. Cepat." Tan mula berikan arahan.

Tan cekakkan pinggang. Nad mengatur langkah. Kamera yang sudah ditangan Stephanie bersedia kini.

Hanya berlatar belakangkan sebuah pentas sederhana kecil. Sebuah bangku kayu, dan pemandangan biasa-biasa di sebuah butik perkahwinan. Nad terus masukkan tangannya ke tangan Tan. Mereka sama-sama kini tersengih dan bercekak pinggang. Sesekali Tan Jie Kang yang sibuk mendekatkan tubuhnya ke sebelah Nad. "Haiyaaa... Stephanie, ambik banyak-banyak sikit. Nad ni malu-malu pulak dengan I."

Bluwekk.. Nad mengejek Tan. Mereka senyum lagi. Ironinya, momen yang dari tidak biasa sudah bertukar menjadi biasa dan santai sahaja.

Kenangan manis Nad tan Tan. Sama-sama tersenyum, merenung kamera. Kemudian, Tan yang spontan sesekali dia menjeling pipi Nad yang sekejap-sekejap memerah kerana renungan nakalnya.

Nadratul Nisa'.... Tan memegang dadanya. Menjamah sekali lagi wajah Nad. "I tak pastilah kenapa jantung ni dag dig dug dag dig dug? You tak  rasa ke seperti apa yang sedang I rasa?" 

Hening. Nad telan air liur. Eh Tan ni. Selalu sangat bagi kepala dia jem tidak boleh nak menjawab. Stephanie semakin ligat klik! klik! Rasa seronok pula menjadi jurugambar tidak bertauliah untuk sahabatnya ini. Sesekali dia rasa ganjil juga dengan kelakuan Tan Jie Kang. Apa yang sedang Tan dan Nad buat, berbual dan momen santai, turut sama menjadi bukti di dalam kamera digital ini.

Nad gelengkan kepala. Menipu diri sendiri. "Tak. I tak rasa pun." Mata segera menangkap wajah Stephanie yang setia menjadi teman dan jurugambar.  Sesekali Nad rasa bersalah sungguh hari ini kerana membawa hati dan jiwanya terperangkap bersama angan-angan Tan.

Kenangan ini adakah akan memenjarakan kita dengan rasa bersalah ini? Tuhan, percepatkanlah masa. Tiga bulan ini, jarakkanlah kami. Aku keliru. Sungguh rasa terbeban dengan rasa ini.  Nad memanggung kepala. Merenung lagi Tan yang sedang kusyuk memerhatikan kamera. Stephanie sudah berdiri bersebelahan dengan Tan. Kini mereka bertiga. Entah apa yang Tan dan Stephanie bualkan, dia tidak tahu. Bahasa Cina yang memang tidak pernah dia arif. Kalau tanya Tan pun, Tan akan sengih sahaja.

"Tengok ni!" Tan halakan kamera depan mata Nad.

"Haaa..ya ya." Nad telan air liur. Tan bersahaja tingkahnya. Serta merta dia mengukir senyuman bila melihat wajah mereka berdua di dalam kamera berkenaan.  "I comellah."

"Hahahaha. Perasan!" Tan terus menolak lengan Nad dengan hujung sikunya.

"Eeeee..jealouslah tu!"

Tan sengih. Melihat lagi gambar yang telah diambil oleh sahabatnya, Stephanie. "Tapi I sukalah. Lagi-lagi dapat ambil gambar dengan you. At least I ada peluang juga bergambar dengan you pakai gaun pengantin ni. I kira bertuah. Kan?"

Nad diam. Mata menekur lantai berjubin mewah. Bertuahlah sangat Tan Jie Kang. Ini sudah dikira membuat satu kerja yang akan dimarahi oleh baba. Selepas saja pertunangan dia dan Huzairi terputus, baba sudah keluarkan arahan kepada mama, abang Nazim dan abang Nazrul. ‘Jangan sesiapa memandai-mandai nak mengenenkan Nad dengan sesiapa. Berkawan ke, keluar dengan sesiapa pun tak boleh. Nad ni bukan kira siapa. Senang sangat dia akan terpikat dan jatuh sayang. Tup tap, Huzairi minta putuskan pertunangan. Siapa yang malu?’ Nad menarik nafas. Baba kesayangan sudah lama keluarkan arahan. Tetapi dia lebih suka dengan apa yang sedang dia lakukan. Ikut sahaja kata hati sendiri, Nad. Tapi bila ikut kata hati, kelak akan memakan diri sendiri kan?

Suara Tan terus rancak menari-nari. "I ada bawa bunga orkid jugak untuk you. Tadaaa.."

Tan sudah gaya buat announcement. Siap bertadaa tadaaaa. Ha ha. Nad terus membawa bola mata ke depan pintu butik Stephanie. Tan masih tersenyum. Rasa puas hati dengan setiap gambar yang telah dia miliki,

Ada lebih kurang 5 pekerja lelaki keluar dan masuk butik ini. Gigih sungguh mengatur segala jenis bunga orkid di depan butik. Nad ternganga. Dia mula mengira pasu-pasu yang tersedia. Kaki terus berayun. Dengan gaun-gaun dia meninggalkan Tan. Sambil itu Nad terus menjerit-jerit. "Heii Tan. semua orkid ni untuk I ke?" Tertoleh-toleh Nad memandang wajah Tan.

Dia angguk. "Iyalah untuk you. I kan dah janji."

Nad senyum. Menjerit lagi. Butik Stephanie sudah jadi macam rumah dia pulak. "Waaa...thank you Tan. Thank you! Sukanya I." Entah apa lagi perasaan yang terusik. Terus sahaja Nad menarik kembali perasaan yang libang libu tadi. Kalau jadi bff Tan lebih dari tiga bulan pun dia sanggup. Dapat bunga orkid macam ni...seronoknya.

Nad mula mengira-ngira. Ada sepuluh pokok orkid. Terus dia memusingkan badan. Memandang Tan yang sedang bergerak perlahan-lahan ke arah dia. Semakin mendekati dia dengan senyuman yang sebenarnya dag dig dug dag dig dug kan jantungnya. "Hei Tan.."

"Iya..." Mengukir lagi senyuman untuk Nad. Dia suka melihat Nad segembira ini. Suka sangat-sangat.

Mata Nad sudah bersinar-sinar. Lagi-lagi melihat orkid kesayangannya turut ada di depan mata. "Tambah lagi sepuluh boleh? Hahaha."

"Mengada. Kita bagi sepuluh dia suruh tambah lagi." Ah - Tan tidak boleh mengelak dari turut sama ketawa.
***
“I ada kawan. Pun nak kahwin dalam masa tiga bulan ni.” Tan memusingkan stereng.

“Okey, lepas tu?”

Tan semakin berani. Semakin mahu meluahkan hasrat hati. “Dia cakap kat I, dia jatuh hati dengan gadis lain dan tak pasti dengan perasaan dia. Pelik kan?”

“Gadis tu tahu tak?” Nad membelek Iphonenya. Tan sudah whatsappakan gambar mereka berdua ke nombornya. Sekejap-kejap dia senyum.

Geleng kepala. Rasa putus nafas pun ya. Kau Tan, kenapa tidak mahu mengaku terus saja? “Tak tahu pun.”

“Kenapa tak beritahu dia cepat-cepat. You suruhlah kawan you beritahu. Senang cerita. At least bebanan perasaan tu hilang bila mengaku.”

“Mungkin sebab masa kot. Dan mereka berbeza agama.” Lancar sahaja Tan menjawab.

“Ohh…” Terus sesak nafas Nad. Hakikatnya dia rasakan cerita lelaki disebelahnya ini ialah dia. Akukah dalam plot cerita Tan ini? Kawannya itu ialah dia. Dia itu ialah Tan Jie Kang? “Atau itu hanya mainan perasaan aje kot. Nak kahwin lagi beberapa bulan aje tu Tan. Ish…”

Nad memandang jalan raya. Terus dia menyambung perbualannya, “Lagi nak kahwin, lagilah kena uji. Tak kira lah siapa. Kan?”

Hening. Tan tidak menjawab. Diam sahaja. Betul kata Nad, Tuhan sengaja menguji hati dan perasaannya. Tapi selama mana harus dia membohongi hati sendiri. Selama mana juga harus dia memencilkan rasa cintanya kepada gadis disebelahnya ini?

“So, kawan you tu pilih siapa?” Nad segera mahukan jawapan tepat dari Tan.

“Entah.” Tan angkat bahu. Sengih. “I haraplah jugak keputusan dia tepat.”

Nad mengatur perbualannya, “Kalau I jadi bakal isteri kawan you tu kan. Mesti I rasa kecewa, sedih, terkilan dan semua rasa nak humban lelaki tu ke gaung pun ada.”

Tan telan air liur. Biar betul Nadratul Nisa’ ni. “You ni. Sampai nak humban ke gaung. Larat ke?” Hihi. Tan ketawa.

“Macam apa yang I rasa bila Huzairi putuskan pertunangan kami berdua. You tahu, sepatutnya hujung tahun ni kami dah berkahwin.” Nad menjeling Tan yang tiba-tiba diam seribu bahasa. “Perit Tan. Perit sangat-sangat. I rasa macam dah tak bernyawa saat tu. Sampai hati Huzairi.” Nad tiba-tiba jadi sayu. Mengenangkan lagi beberapa bulan sahaja mereka akan disatukan sebagai suami isteri. Hanya sebab Amelia. Itu sahaja sebab musababnya.

“Susah nak jangka hati manusia kan?” Tan membayangi dirinya lagi. Cuba berlagak biasa walhal punggungnya sudah panas.

Nad membawa hatinya jauh-jauh. Kenangan dengan Huzairi dilontarkan pergi. Buat apa mengenangkan lelaki yang sudah tidak sudi dengan diri sendiri. “Orang-orang lelaki ni memang tak cukup dengan satu kan?”

Itu Huzairi Nad. Bukan Tan Jie Kang. Tan menjeling lagi gadis di sebelahnya ini. Ah, sekejap saja pertemuan mereka hari ini. Lagi beberapa minit, sampailah mereka ke KTM. Pokok orkid harus disimpan dahulu sebelum Tan membawanya sendiri ke rumah Nad.

“Baik you nasihatkan kawan you tu. Jangan kecewakan tunangnya dan majlis yang tinggal beberapa bulan aje lagi ni. Suruh dia tenangkan hati dan fikir masak-masak. Okey?” Nad sudah merumuskan. Rasa tenang pula ketika ini. Rasa perbincangan dan topik yang dibawakan oleh lelaki ini, mudah untuk dibual bicarakan.

“Tapi Nad…” Tan tidak mahu mengalah. Dia hembus nafas. Rasa sesak lagi. Berhimpit-himpit dadanya.  “Dia dah sayang kat gadis tu. Boleh tak you dengar cakap I ni. Yang lelaki tu rasa dia bahagia, dia senang hati bila gadis tu ada dengan dia. Dia tak pernah rasa yang sebegitu dengan tunangnya sekarang ni. You faham kan?”

Huh. Lelaki. Dasar lelaki. Nad mencebik. Mengada-ngada betul. “Apa lagi yang boleh I faham Tan?”

“You kena faham yang lelaki tu sebenarnya dari dulu sukakan gadis tu. Dari dulu meski gadis tu tak pernah tahu. Dan sekarang dia ada saat, detik dan hari-hari dengannya. Dan dia kata kat I, yang dia tak akan lepaskan gadis tu.”

Nad gelengkan kepala. “Ish..senangnya you cakap. Bibir atas gerakkan bibir bawah aje. Dah berapa lama kawan lelaki you kenal dengan ‘gadis sangat’ tu?” Nad menekan perkataan ‘gadis sangat’. Tan sengih. Sesekali mengerling bibir pot pet pot pet Nad yang merah.

Tan mula mengira. Antara dia dan Nadratul Nisa’. Sudah lama sebenarnya dia mengenali gadis ini. Sudah lama kan Nad? Cuma Nad sahaja yang tidak pernah tahu. Tetapi secara kasarnya, mereka lebih rapat belum sampai dua bulan pun.

“Errr..belum sampai dua bulan.” Tan menelan air liur.

“Choiiiii! Mengarut!” Nad cepat-cepat memutuskan pernafasan Tan.

Hening. KTM Seremban tiba-tiba tepat di depan mata. Kereta beransur-ansur pergi dan balik. Jalan raya nampak lengang. Nad ambil beg. Tali pinggang sudah ditanggalkan. Dia mahu buka pintu.

Tan terus memusingkan kepala. Mata memandang Nad yang sedang memaksa diri keluar dari kereta. “Tapi Nad, selalunya yang jatuh sayang ke hati itulah yang kekal kan? Even mereka berdua baru berkenalan selama dua bulan pun. Even lima hari. Atau sebulan pun. Bahagia tu kerja Tuhan kan Nad?”

Pintu yang mahu ditolak oleh Nad kaku. Jemari Nad terus kejung. Badan dia rasa terhenti untuk duduk lebih lama di dalam kereta Viva milik Tan ini. Suara Tan buat dia mahu menangis. “Kadang-kadang, yang berkenalan selama sepuluh tahun pun, bercinta bagai nak gila..tapi I selalu tengok akhirnya mereka akan berkahwin dengan orang lain. Kan?”

Nad tidak menafikan semua itu. Dia tidak boleh menolak rumusan Tan Jie Kang ini. 
“Macam kita ni. Mana tahu Tuhan kata persahabatan kita kekal sampai bila-bila.  Dalam bersahabat, rupa-rupanya kelak kita akan berkahwin. Walau kita baru kenal selama dua bulan. Benda-benda ni kita pun tak akan jangka kan? Hati dan perasaan beginilah yang I cakap tak boleh dikawal oleh sesiapa. Am  I right, Nadratul Nisa?” Tan membawa bola matanya. Merenung Nad yang sedang terkebil-kebil.

Mr Tan 16

$
0
0
 "Nad, kami cuma rapatkan aje. Tapi kalau Tan tu suka...apa salahnya. Peluklah Islam. Nak nama baru? Abang Jim ada banyak nama best-best!"
"Eeee...masalahnya dia dah nak kahwin. Yang semua sibuk-sibuk nak kenenkan Nad dengan si A lah, si B lah. Kenapa? Tan Jie Kang akan kahwin. Tahu tak?"
Alamak..Nad dah tahu ke Tan tu akan kahwin.
Mama sengih. Pandang Nazrul yang buat muka poyo.
"Tapi mama suka dia, Nad. Apa salahnya pun!"

 




Bib yang sedang makan maggi terhenti. Maggi betul-betul berada di bibir. Panjang-panjang tergantung. Dia tengok sahaja gambar Nad dan lelaki 'mamat sepet cina model' yang ditayangkan oleh Nad. Dia macam tidak sangka, Nad berubah seratus peratus percen! Paling tidak sangka ialah Nad bergambar bersama mamat sepet cina model yang dia nampak dalam Iphone Nad. Eh, ini sudah bikin panas. 

"Oi oi. Kot ya pun kau nak melopong tengok aku ala-ala cinderella ni, baik kau telan dulu maggi tu. Buruk beno perangainya." Nad sengih.

Bib terus mengunyah dan kembali stabil mengawal magginya. Mahu tersedak dia kalau betul-betul 'mamat sepet cina model' ini di depan mata. Sekali pandang, tidaklah kacak mana, tetapi mamat cina ini tingginya bukan main. Badan ala-ala tough gitu. Ohmaii bertuahnya kau Nad. Sekali kalau peluk..euwwww.... Bib terkebil-kebil sambil menggosok mata. Berdosa kau Bib sebab bayangkan sebegitu. Astaghfirullah, Bib mengucapkan perkataan berkenaan berkali-kali. Tapi dua kali pandang, oh mak, rambutnya ini yang buat dia spesis sedap mata memandang. Walaupun macam tidak bersikat sangat. Misai, jambang yang berkumis-kumis inilah yang membuatkan wajah lelaki ini jadi lumayan. Mata dia pun, sekali pandang cair ...cair...cair!

"Oi Bib. Aku suruh kau tengok sikit. Ni sampai naik terjojol biji mata kau. Amboi...kau tengok Tan Jie Kang aku ya? Kau pun terpikat ya?" Nad sengih sambil silakan duduknya. Maggi kari Bib ini nampak menarik sungguh. Meski rendam sahaja dengan air panas dan bubuh perencahnya.

"Eh Nad." Bib mula jadi Mak Jemah. Iphone Nad yang diletakkan di sebelah mangkuk berisi magginya diambil. Dia menelek gambar sahabatnya satu persatu. Ini bukan gaya sahabat atau kawan. Ini dah gaya pasangan kekasih. Mee magginya langsung tidak diusik. Nad pula yang kini mengadap makanan segera berkenaan.

"Apanya wahai cik Bib comel oi." Nad tarik mangkuk maggi Bib. Sudu dan garfu mula disatukan.

"Kau keluar dengan dia selalu ya? Ni gambar pakai gaun pengantin ni, kau dan dia main kahwin-kahwin erk? Baba tahu tak?" Bib menyeluruhi wajah sahabatnya.

Nad angguk. Tidak menidakkan. "Adalah keluar dua tiga kali. Belum campur keluar dengan abang Nazim dan Nazrul memancing dulu. Ni aku gantikan tunang Tan aje. Pilih baju. Sekali ambik gambar sekali dengan dia. Kata Tan untuk kenang-kenangan." Nad terus sumbat maggi kari dalam mulut. Mengunyah perlahan-lahan dan mengesat hujung bibir.  "Baba tak tahu pun. Abang Nazim dan Nazrul cover line. Dulu pun kami keluar sama-sama. Baba tak akan perasan punyalah." Nad telan air liur. Lepas maggi masuk dalam perut, ah -kenikmatannya sungguh sekali.

"Kau serius? Kau kata untuk kenang-kenangan aje gambar ni. Jangan hati kau terpaut  dengan mamat cina ni sudah. Naya kau Nad. So, dia akan kahwinlah ya?" Bib macam percaya tidak percaya.

"Ha'a. Lagi tiga bulan." Nad menunduk lagi. Mengambil maggi dengan garfu. Kuahnya dihirup pula dengan sudu. "Ishh..sedapnya maggi yang kau buat ni Bib."

Bib muka terkejut amatsss. "Dia akan kahwin lagi tiga bulan?" Bib engsotkan silanya ke sisi Nad. Jemari tayang angka tiga. Ini cerita paling sensasi ni. Haihlah Nadratul Nisa', lepas satu-satu kisah pilu dia dengari dari bibir Nad. Beberapa bulan lepas, putus tunang sampai jadi kurus macam ini. Baru badan nak naik sikit, dapat kawan macam mamat sepet cina model ni, yang akan berkahwin. Lagi tiga bulan pulak tu. Ish Ish...

Eh-eh dia ni. Buat muka terkejut pula. Sumbat maggi ni karang, baru tahu! "Iyalah Bib, dia akan kahwin lagi tiga bulan."

"Dan kau seronok-seronok keluar dengan bakal suami orang? Tanpa rasa bersalah? Ish kau Nad. Buatnya dia tersuka kat kau ke..kau tersuka kat dia ke, macam mana? Dulu kau jugak yang cakap kat aku, Baba dah melarang keras kau keluar lagi berkepit dengan mana-mana lelaki. Lepas kau putus tunang, baba dah bagi amaran keras jangan babitkan diri dengan cinta yang tak akan jadi. Kau lupa dah ke?" Bib bikin panas jiwa Nad. "Ke kau memang sengaja buat-buat lupa amaran baba kau? Sudahlah dengan lelaki cina. Kalau melayu Islam aku okeylah jugak kan."

Nad sengih. "Sekurang-kurangnya Bib, aku berkawan dengan tunang orang. Bukan dengan laki orang atau datuk VVIP mana yang popular kat Malaysia ni. Kira lagi okey aku dari Amelia yang merampas tunangan orang. Kan?" Nad sambil melahap maggi kari memandang Bib yang terkebil-kebil.

Hehehe. Bib muncungkan bibir. Buat-buat goyangkan bahu. Dia sudah bergaya ala-ala model. Tergedik-gedik kini.  "Tapikan Nad, serius aku suka tengok kau dengan dia dalam Iphone ni. Sama cantik, sama padan. Eeee, ruginya Huzairi menolak gadis baik macam kau. Kalaupun nanti dia suka kat kau, aku doakan dia masuk Islam cepat-cepat. Mesti dia caring kan?" Bib letakkan Iphone Nad di sebelah pehanya.

Nad tidak jadi mengunyah maggi. Sambil mulut penuh dengan maggi, Nad membebel-bebel. Pipi kembung semacam menahan isi dari keluar."Iya sangatlah kau. Siap berdoa  bagai. Dia nak kahwinlah Bib. Tolonglah jangan harapkan aku dan dia dengan apa-apa ikatan. Berdosa aku Bib, kalau runtuhkan masjid yang sedang dibina. Dahlah..aku nak makan ni. Lapar. Aku dan dia sekadar bff aje."

Bib pandang mangkuk berisi magginya. Kuah pun kini dihirup oleh Nad. Sehelai maggi pun tidak ada. "Naddddd!"

"Apanya?" Nad letakkan sudu. Sedapnya maggi ni. Pergh. Bola mata tepat pandang Bib.

Bib tarik mangguk magginya. Mata bulat macam guli. "Sampai habis kau makan maggi aku Nad? Sampai hati kau. sampai hati kau. Sedihnya aku." Bib pandang mangkuk yang sudahpun licin. Baru berborak beberapa minit, magginya habis lesap dimakan Nad.

"Hehehe. Itulah...kau asyik membebel tanya sambil tengok gambar aku dan Tan. Aku makan lah bagi perabih. Apa-apapun terima kasih sebab sedap sangat-sangat. Sayang kau banyak-banyak Bib."

“Sobss…habis maggi aku.” Bib pandang lagi mangkuknya yang sudah kosong.

Burpp….dia dengar Nad sendawa. Nad terus bangun dan mencapai Iphonenya. “Alhamdulilah. Ekekeke. Dahlah. Toksah buat muka empat belas macam tu. Aku buatkan lain ni.” Nad tala mata memandang Bib. Sambil itu Nad menjeling bakul makanannya yang lengkap dengan biskut, maggi, air kotak dan biskut oreo.

“Haaa..macam tulah sahabat dunia akhirat.”

Mereka ketawa. Nad menjeling Iphonenya yang menyala-nyala. Dua kali deringan, berhenti. Dia jenguk sekejap. Eh, Tan Jie Kang. Nad senyum. Iphone bernyanyi-nyanyi lagi. Nad panjangkan lehernya. Tiga kali. Kemudian berhenti. Tan Jie Kang juga.

Dia biarkan. Memanaskan air. Mencari mangkuk dan sudu untuk misi membuatkan Bib maggi dan menikmatinya sekali lagi. Beberapa minit, maggi sudah bersedia dalam mangkuk. Bunyi bip whatsapp menjengah gegendang telinga.

Nad terus mencapai Iphonenya. Ralit membaca. Lusa dan Rabu I ada kat Shah Alam.

Eh Tan ni. Buat apa nak beritahu? Tak tanya pun. Nad sengih. Demi melihatkan Bib yang sedang menanti, dia terus gigih bawakan semangkuk maggi ke bawah. Sekali lagi mereka duduk bersila sambil satu lagi bunyi menemani.

“Haaa..tak lain tak bukan…aku gerenti yang whatsapp kau sekarang ialah Tan Jie Kang.” Bib angkat kening. Pandang Nad yang menjelirkan lidah. “Kan? Tan Jie Kang kan?”

***

“Eh Tan, nasi ayam yang you belikan I hari tu kat mana ya?” Nad tanpa salam, tanpa hei, tanpa hoi terus menyanggah gegendang telinga Tan. Nad memusing stereng keretanya. Bib di sebelah sekejap-kejap menoleh. Tersengih. Akhirnya impian bertemu dengan bff Nad termakbul. Alhamdulilah, Ya Allah.

Tan senyum. Selepas sehari, mereka tidak bertemu dan selepas whatsappnya tidak berjawab, Nad akhirnya menelefon dia.

“Jimmy yang belikan. Kenapa ya?” Tan angkat kening. Dia bercekak pinggang memandang rumah yang masih belum siap sepenuhnya. Hari ini, Puan Am tidak berpuas hati pula dengan wardrobe yang ditempahnya. Hari tu mahu warna kuning cair, hari ini nak ubah pula ke warna merah jambu. Haiya..manyak susah ini olang! Wardrobe dah siap pasang pun. Tan garu kepala sendiri.

“I kat Shah Alam ni. You masih kat Denai Alam ke?” Nad fokus memandu. Sudahlah bawa kereta, ini bercakap pula dengan telefon. Ear phone, tertinggal pula dalam laci.

“Yerp.” Tan menjeling Jimmy yang sedang membuka semula wardrobe. Lee Tze Hei yang sedang memeriksa plug tekun sahaja mendengar suara bosnya. 

Nad memberi anggukan kepada Bib. “Okey, nanti you whatsapp kan kat I kedai mana ya. Jap lagi I datang sana.”

“Bawak nasi ayam sekali?” Buat-buat tanya soalan basi. Hakikatnya dia sedang tersenyum ceria mendengarkan suara gadis ini. Kalau Nad bawa nasi ayam ini - ah sudah. Mampus! Hari tu Jimmy sudah bersoal jawab dengan dia mengenai kehadiran Nad. Kali ini Lee Tze Hei mesti bertanyakan soalan yang sama juga.

“Iyalah.” Amboi Tan Jie Kang ni. Dua hari lepas kemain whatsapp beritahu ada di Shah Alam. Apa, ingat Shah Alam dengan Serdang dekat sangat ke? Duit minyak dan tol pun dah mahal okey. Dia tahu Tan sengaja beritahu yang dia ada di Shah Alam. Menyuruhnya datang ke sana, walhal Serdang dan Seremban lagi dekat untuk mereka berjumpa.

“Thanks Nad.” Senyum terbit lagi di bibir merah Tan. Dia garu kepala. “Milo ais dua bungkus ya. I dahaga.”

Nad ketawa. Eh eh. Boleh pulak request nak milo ais dua. “Nasi ayam nak berapa?”

Tan turut sama membalas ketawa Nad. Dia panjangkan leher melihat pekerja yang sedang membersihkan simen-simen dan sampah di hadapan rumah berkenaan. “Sekejap ya.”

“Oi oi! Nak makan tak? Ada orang nak belanja ni.” Suara Tan menjerit membuatkan Nad tersenyum. Kalau dua puluh orang, eh cukup ke duit yang ada dalam purse ni? Nad menjeling Bib. Bib ada duit. Bib kan kaya raya. Bib kan kawan dunia dan akhirat.

“Nad….” Tan memanggil. Rendah saja ton suaranya.

“Iya…”

“Tak apalah. You tengah drive kan? Nanti I whatsapp lah kat you nak berapa. Risau pulak.” Tan memandang Jimmy yang membuat angka 5. Dia angguk.

“Okey Tan Jie Kang. I tunggu ya.” Nad rasa senang hati kerana Tan memahami. Dia fokus memandang jalan raya. Janganlah ada pakcik polis kat sini.

“Hati-hati Nad. I tunggu ya. Dah, jangan guna phone masa drive.” Mata Tan menyeluruhi seluruh ruang bilik utama. Cepatlah sampai ke sini wahai Nadratul Nisa’.

Nad mengukirkan senyumannya. Senang sekali dengan sikap Tan. Dulu, Huzairi jarang sekali nak sebut hati-hati. Nad, untuk apa lagi dikenang kisah lama. Sudah-sudahlah tu. Dia letak Iphone atas riba. Bib sesekali menjeling. “Tan ada kan?”

“Adalah. Eh…” Nad ambil Iphone, Tangan kiri berikan hadiah dari Tan kepada Bib. “Nanti Tan bagi whatsapp, kau baca ya.”

“Baik Cinderella!” Bib ketawa.

Nad menjelirkan lidah. Buat-buat tidak dengar tetapi jantung sekali lagi rasa dag dig dug. Sehari yang panjang tanpa dia memberikan jawapan kepada Tan. Sibuk sungguh dia dengan kuliah dan sesi menjengah hasil tanaman untuk projek akhirnya di ladang projek. Alhamdulilah, semua urusan projek berakhir dan sesi pembentangan akan dijadualkan minggu hadapan. Sebulan lagi, dia harus fokus untuk peperiksaannya. Sebulan sahaja Nad, dan selepas baba berikan green light nanti, dia akan terus mendaki Cameron Highlands menjengah tanah dan projek tanaman bunga mawarnya pula.

Tan Jie Kang. Masa akan pantas berlalu. Masa akan mencemburui mereka berdua. Nadratul Nisa’ juga tidak pasti apa jawapan untuk persahabatan yang sedang bermula ini. ‘Kadang-kadang, yang berkenalan selama sepuluh tahun pun, bercinta bagai nak gila..tapi I selalu tengok akhirnya mereka akan berkahwin dengan orang lain. Kan?’
Lamunan Nad mati. Mati bila suara Bib menerjah gegendang telinga. “Yang, nasi ayam tu kat Gerai nasi ayam Mawar.  Seksyen 9, Bandar Aman Ria. Beli 7. Sos merah lebih.” Bib mengekek-ngekek ketawa. “Fuyooooo…dia panggil kau yang. Hahahaha.”

“Sengal Tan!” Nad memusingkan stereng. Dia sudah nampak gerai nasi ayam yang diwhatsappkan oleh Tan.

“Haaa..Nad-nad, dia taip lagi.” Bib rancak lagi mengenakan sahabatnya. Boleh tahan gatal juga si Tan ini. “Yang, air milo ais I jangan lupa. Miss you.”

Kahkahkah. Bib ketawa, rasa macam nak berguling-guling atas jalan raya. “Yang sangatlah. Hahaha.”

***
“Apanya tengok-tengok ni?” Tan yang sedang membuka nasi ayam diperhatikan pekerjanya. Lee Tze Hei dan Jimmy sesekali menjeling.

Lee Tze Hei sengih. “Tak adalah Tan. Kau tiba-tiba bawa awek baru. Terkejutlah kitorang kat sini.”

Nad dan Bib mati kutu betul duduk dalam bilik ini. Lagi pula semua pekerja Tan asyik memerhatikan mereka. Tapi dapat saja nasi ayam dari gerai Mawar semua berlari-lari ambil tanpa rasa malu.

“Hei Nad, duduk dekat sikit dengan sayalah. Duduk sebelah saya ni. Suruh kawan you duduk sekali. Makan sini.”

“Bib. Nama kawan I ni Bib.” Nad terus letakkan punggung atas tikar yang terhampar untuk mereka. Dekat saja dia duduk dengan Tan. Pekerja Tan yang lain sekarang kusyuk betul memulakan menikmati nasi ayam yang dibelinya.

“Hai Bib!” Tan hadiahkan senyuman untuk Bib. “Duduk-duduk. I takut you berdua tak selesa pulak datang rumah tak siap macam ni. Banyak habuk kat sini. I lapar sangat ni. Nasib baik Nad beritahu nak datang. Dapatlah makan nasi ayam free.” Tan menjeling Nad.

Nasi ayam sekali lagi untuk pertemuan mereka. Nad letakkan nasi ayam pilihannya di depan. Bib pun turut sama. Sesekali dia menjeling-jeling Tan dan Nad yang sebaris dengannya. Syahdunya dia melihatkan Tan sebegitu.

Bila Tan membukakan nasi ayam untuk Nad. Sekali lagi, air milo ais yang turut sama diletakkan di tengah-tengah mereka berdua. Perlahan-lahan Tan membuka ikatan talinya. Menyedut tanpa rasa malu dan sekejap-sekejap ukirkan senyumannya untuk Nad.

Bila pekerja-pekerja Tan turut sama tercengang melihat mereka berdua. Iyalah, Tan selamba badak saja mengambil ayam dari bekas Nad, dikopek-kopek untuk Nad. Dihulurkan air milo dengan penuh kasih sayang juga untuk Nad. Apa sahaja yang sedang Nad ceritakan mengenai aktiviti kuliahnya, didengari penuh minat oleh Tan. Separuh nyawa dia serahkan untuk setiap cerita yang dibualkan oleh Nad.

Bib terkedu melihatkan mereka berdua. Nad… Tan ini memang ada rasa dekat kau Nad. Kau takkan tak nampak. Nad… Tan ini memang ada hati dekat kau. Kau tak rasa dengan mata jiwa  kau tu ke? Nad, kau tak tahu ke yang seluruh pandangan mata dia itu ditujukan khas untuk kau.

“Nad…you tak payahlah pergi Cameron tu. Duduk Seremban ajelah.”

Nad terus mengunyah. Pandang Tan. “Tak bolehlah Tan. Baba dah belikan I tanah. Siap semua dah. Tinggal duduk sana, bawa badan dan tumbuhkan aje bunga kat sana.”

“Ala, you tanam kat Seremban ajelah.” Tan memujuk lagi. Mampukah dia untuk merasai kehilangan gadis di sebelahnya ini? Tegarkah dia untuk membenarkan Nad pergi.

Nad sengih. Kelakar sangat. “Musim kat sini lain sikit dengan Tanah Rata sana tu. Tanam dua tiga pokok bolehlah. Kalau boleh I nak tanam bunga-bunga jenis lain jugak. Mana tahu berjaya.”

Hening sahaja. Bib masih mendengar. Sambil menikmati kesedapan nasi ayam Mawar ini, matanya turut sama memerhatikan pekerja-pekerja Tan yang sedang berbisik-bisik sambil ketawa.

“Nad. Nanti kalau you pergi I akan rindu.” Hening. Nad diam. Menoleh memandang Tan yang syahdu  saja wajahnya. Bibir Tan menyambung lagi. “Iyalah Nad, siapa nak ganti you jadi bff I?”

Nad senyum. Merenung Tan. Iya, nanti dia pun akan merindui Tan. Kalau Tan kahwin pun, dia akan redha dan menerima saja. Dia sudah menolak rasa ini jauh-jauh dan tidak mahu lagi terbabit dengan perasaan untuk mana-mana lelaki. Termasuk juga dengan lelaki di sebelahnya ini.

“Bib kan ada!” Nad sambil itu ketawa dan merenung Tan yang serius sahaja wajahnya,

Huk huk. Bib terus tersedak-sedak sampai tercekik ayam. “Nad…air Nad. Air. Aku tercekik ni!” 

::Sorry, bab ni tak banyak kisah Tan & Nad, Next entry okey:::

Mr Tan 17

$
0
0
"Siapa tu baba?"
"Maleq."
"Ohh..anak kakak angkat baba yang kat Cameron tu ya?"
"Iya. Tanah yang makcik Wardah bagi tu, tanah Maleq." 
"Eh, baba nak keluar dulu. Nanti mama cerita panjang lebar kat Nad ya."
Cerita panjang lebar??? 






Tan mencampakkan tuala mandinya ke atas kerusi. Berlonggok kini tanpa disidai elok-elok. Bilik bersepah-sepah dengan bajunya yang bergantung-gantung di tingkap. Mata menyorot sebuah beg yang elok terletak di sebelah meja lampu tidurnya. Kaki terus diayunkan. Jemari pantas mengambil beg berkenaan.

Punggung dihenyak terus ke tilam empuknya. Beg sudah ada di sebelah. Bibir mengukir senyuman. Beg inilah yang membuatkan dia dan Huzairi bertumbuk dan akhirnya membawa lena dia dan Nad di dalam kereta. Sampailah dia bangun dan kemudian matanya nakal merenungi wajah ayu Nadratul Nisa'.

Sambil mata menyorot beg, jemari Tan perlahan-lahan membuka zip beg. Tangan menyelongkar semua khazanah milik Nad dan Huzairi. Malam semasa menghantar Nad pulang ke kampusnya, Nad siap berpesan, "You buanglah kat laut ke, kat sungai ke. I tak tengok hadiah ni. Malas nak bawak balik bilik. Nanti roommateI geledah tanya macam CSI."

Bibir Tan tidak lekang dari senyuman. Semua hadiah untuk Huzairi kini di atas katilnya. Tiga helai t-shirt berjenama. Seutas jam tangan yang dia kurang periksa jenamanya. Dua botol minyak wangi dan berpuluh-puluh keping kad untuk Huzairi. Sekeping kad diambil. Kad hari jadi yang cantik. Tulisan tangan Nad juga kemas menarik minatnya untuk membaca.

Awak,

Selamat hari jadi.
Terima kasih menyayangi saya. Terima kasih sudi belanja Nad makan malam tadi. Burppp. Alhamdulilah. Nad tak pandai nak tulis ayat bunga-bunga. Ceh. Tapi awak, sudilah terima kad tak seberapa dan hadiah saya ni. Pakai..jangan tak pakai.

Love,
Nadratul Nisa'.

Tan menyengih. Ayat biasa sahaja dari Nad untuk Huzairi. Sehelai nota dari kad empat segi ditarik dan dibaca. Tan senyum lagi.

Awak, asyik saya aje bagi awak hadiah. Mana hadiah hari jadi saya? Sedihnya awak lupakan hari jadi saya. Kan ke 5 Mei hari jadi saya. Semalam saya dah bagi hint kat awak. Bencinyaaaa.

Ayat macam budak-budak sekolah sungguh si Nad ini. Tan pandang kalendar. Beberapa hari lagi 5 Mei. Bermakna kad ini diberikan kepada Huzairi beberapa tahun yang lepas. Lama juga mereka berkawan. Agaknya kad ini di awal-awal perhubungan mereka berdua. Dan hari jadi Nad tarikhnya ialah 5 Mei? Dahi Tan berkerut-kerut.

“Next!” Tan jungkitkan kening. Memandang pula sekeping kad hari raya. Oh, cantiknya. Jemari mengambil kad berkenaan. Tan membacanya perlahan-lahan. Salam Aidilfitri kesayangan hati. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan. Seandainya diri ini ada kekurangan, ku pohon dikau menerima segalanya.

Dan Tan membaca sambil merenung bait-bait indah dilakar Nad. Ini kad terakhir dari Nad untuk Tan agaknya. Nad ini, kadang-kadang ayatnya ringkas sahaja. Kadang-kadang ayatnya buat dia rasa sesuatu juga. Iya, daku tidak pernah menyesali mengenali dikau, Huzairi. Namun bila petang Ramadhan suci itu, ibu dan ayah datang membawa hajat memutuskan ikatan pertunangan..ia bagaikan sesuatu yang merobek hati. Sampai hati. Sampai hati. Sudah dua malam berjaga tanpa rasa. Sujud kepada Dia dan merenung kekhilafan diri. Iya, aku tidak layak lagi berdiri sama tinggi denganmu. Aku tidak layak lagi merenung cantiknya kaki langit bersama dengan kamu.

Tetapi apa salah aku?

Yang pernah dikau cintai,
Nadratul Nisa’.

Ohh, betullah. Ini kad terakhir untuk Huzairi. ‘Dalam banyak-banyak kad yang ada kenapa boleh aku memilih membaca kad yang ni?’ Tan mengumam bibir. Simpatinya dia dengan gadis berkenaan. Segala barang yang ada di atas katil, di biarkan. Tan terus membuka langkah ke almari bajunya. Segera menyiap-nyiapkan diri. Mencari Iphone dan kunci kereta.

Beberapa minit kemudian dia sudah keluar dari rumah. Satu tempat yang dia mahu pergi detik ini. Dia mahu mencarikan sesuatu untuk Nad. Ayat Nad di dalam sehelai nota tadi buat terpanggil-panggil dia untuk segera keluar. Awak, asyik saya aje bagi awak hadiah. Mana hadiah hari jadi saya?

***

“Yang ni. I nak yang ni.” Tan menunjukkan hadiah comel berkenaan. Sambil tunduk, jemari kiri menyeluk poket seluarnya. Akhirnya dia menemui sesuatu untuk si buah hati. Entah kenapa ringan saja kakinya keluar dari rumah. Walaupun penat dengan kerjanya, tetapi bukan beban bagi dia untuk membelikan ‘hadiah’ isitmewa ini untuk Nad. Si petugas kedai tersenyum dan melayani Tan seadanya.

“Nak saya balutkan tak?” Ariani mengambil hadiah dari rak.

“Betul jugak ya. Okey. I nak. Kejap ya, I carikan pembalutnya sekejap.” Tan nampak bersungguh-sungguh. Tapi sempat menjeling Ariani. “Kalau letak kad pun okey jugak kan?”

Angguk. “Yerp. Kad dan pembalut ada di hujung sana.”

“Okey. Tunggu ya.” Tan terus fokus dengan hajat di hati. Manalah tahu, hadiah tidak seberapa ini, boleh buatkan Nad tersenyum dan ketawa. Dia memilih mengikut kata hati. Selepas selesai memilih kad dan pembalut, terus sahaja diserahkannya kepada Ariani. Selepas membayar, dia tekun memerhati Ariani membalutkan hadiah berkenaan.

“Thanks ya! Nanti I datang lagi.” Tan ramah mesrakan diri dengan Ariani. Dulu, selalu juga dia membawa kakaknya, Tan Siew Lee membeli hadiah untuk teman lelakinya. Hari ini, dia pula menjadi pengganti kakaknya.

Tan terus menghenyak diri masuk ke dalam kereta Vivanya. Meletak hadiah di sebelah tempat duduk,menyeluk poket seluar jenasnya dan mencari Iphone. Malas mahu whatsapp, dia terus mendail nombor telefon Nadratul Nisa’.

“Hai Nad.” Tan hidupkan enjin kereta.

“Hai…” Nad baru lelapkan mata mahu tidur. Apa tiba-tiba Tan telefon ni? “You kat mana?”

“Seremban ni.”

“Oh, okey. Then?” Nad muncungkan bibir. Mata memandang jam di dinding. Sudah jam 930 malam. Hari ini, dia entah kenapa malas dan penat sangat. Agaknya kerana dia terlalu sangat obses untuk lulus dalam peperiksaan akhir. Mee goreng yang Bib belikan untuk dia tidak berusik langsung. Dia cuma menjamah dua keping roti letak sedikit susu pekat dan segelas air milo.

“I datang sana kejap boleh?” Tan tiba-tiba melonjakkan keinginan di hati untuk bertemu Nad.

“Ishhh..I nak tidur ni. Mengantuklah.” Nad segera menguap. Buat-buat menguap yang paling dahsyat. Kalau mama nampak anak dara dia sebegini, habislah kena marah. Siap sekali mengeliatkan tangan dan tubuh mengikut rentak kepenatannya.

Tan melempar mata ke arah hadiah di dalam beg plastik. Oh, sampainya hati Nad. Tiba-tiba rasa jauh hati dengan Nad. Nad ni, kalau tak nak berjumpa, katakan sahaja. “Emm…tak apalah. Maybe next time. You pun dah mengantuk sangat tu. Nampak macam penat je.” Nada suara rendah sungguh. Buat-buat suara kesian. Wajah Tan sudah masam mencuka. Rasa sedih pula kerana Nad hari ini menolak untuk mereka bertemu. Sudah seminggu…Nad menyepikan diri. Dia tahu Nad sibuk dengan urusan kuliahnya. Dia juga turut sama sibuk dengan kerja-kerja akhirnya di Denai Alam. Mengubahsuai rumah Puan Am memang paling-paling berikan tekanan untuk Tan.

Nad tarik nafas. Buruk betul suara merajuk macam tu. ‘Macamlah aku tak dengar suara saja-saja buat pitching sedih.’ “You nak datang pukul berapa? Jauh tau Seremban dengan Serdang.”

Hehe. Tan sengih. Suara bertukar nada. “Haaaa..macam nilah best friend I.” Tan pegang stereng. Betul-betulkan duduknya. “I terus je ke sana ya. You tidurlah dulu, nanti I call you balik, kejutkan you. Ada nak makan apa-apa tak?”

Grrrr…sebut fasal makan lagi. Tan ni memang suka makan agaknya. Mee goreng basah Bib pun belum dijamah lagi. “Okey. Kalau you jumpa yong tau fu. Belikan untuk I.” Nad mengalah. Nanti bolehlah dia bawakan Tan mee goreng basah berkenaan.

Puas hati. Tan rasa macam terbang ke angkasa bila mendengar jawapan Nad. “Okey. Half an hour.”

“Fuuu..lajunya.” Terbeliak mata Nad.

Tan ketawa. “Iyalah, I kena laju sebab nak jumpa you. Nanti you tarik balik tak bagi I datang sana…nanti I linduuu oooo.” Tan memekatkan perkataan ‘L’. Tawa Nad di hujung gegendang telinganya membuatkan dia terus ditebak rasa cinta. “Jangan bawa Bib!” Tan terus matikan perbualan.

Dan Nad, diam sahaja sambil merenung Iphonenya. ‘Jangan bawa Bib’. Amboi, siap memesan itu ini. Demandsungguh kau Tan. Sambil membelek Iphone, melihat sekali lagi gambar dia dan Tan dalam pakaian pengantin. Kadang-kadang debaran di hujung jiwa itu dia sorok dan buang jauh-jauh. Kalaulah baba tahu, ah memang dia kena panggang hidup-hidup! Kalaulah baba tahu yang dia berkawan juga dengan lelaki berbangsa asing, entahkan panggang, goreng letak cili pun iya agaknya.

Kenapa hati? Kenapa kau selalu saja menyebut nama lelaki berbangsa asing itu? Kenapa juga jiwa? Kenapa kau selalu mahu memerhatikan renungan dan lirik senyumnya? Mengapa juga cinta ini terpenjara untuk dia? Benarkah sekali lagi aku jatuh cinta dan sedang menidakkannya? Mata Nad terkebil-kebil memandang siling. Sekali lagi dia mengelamun.

“Nad, iyalah Nad…dia sukakan kau. Dari aku tengok dia pandang kau. Layan kau, aku yang melting habis. Huzairi pun tak macam dia. Caring aje aku tengok.” Suara Bib menari-nari kini.

“Nad….tapi sayangnya sebab dia dah nak kahwin. Tambah, tolak, campur, bahagi, lagi dua bulan setengah. Tolak masa kerja dia, masa kau study dan final, tolak lagi time makan, tolak time kau teguk air. Haaa….” Bib sengih. Mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. “Tolak lagi masa kau mandi yang selama setengah jam tu akan berbaki lagi dua puluh hari.” Mata Bib bulat saja. Beria-ia dia bercerita.

Lagi dua puluh hari? Iya ke Bib? Suara Bib terus hilang bila mata Nad terlelap. Entah kenapa dia penat sangat-sangat. Terus Nad lupa dengan akan kedatangan Tan bersama Viva comelnya. Terus juga dia lupa dengan dua puluh hari yang disebut oleh Bib.  “Dua puluh hari aje lagi ada untuk kau bersama dengan dia. Kalau betul kau jatuh cinta dengan dia pun, aku tak akan marah. Kalau dia jatuh cinta dengan kau pun, lagi aku tak marah. Tapi kau kena ingat Nad, dia belum bersunat. Hahahaha…”

***
“Nad, bangun Nad!” Suara Bib mengejut Nad membuatkan mimpinya terus hilang.

Nad terkebil-kebil. “Haa….aaaa…haaaa..”

“Isk budak ni. Kerja tidur aje. Bangun-bangun. Tu, Tan Jie Kang tunggu kat bawah. Dah satu jam dia tunggu kau. Kesian dia. Aku masuk bilik, tengok Iphone kau berdering-dering aje. Nasib baik aku angkat. Entah dia dah kebulur agaknya kat bawah tu.” Bib bercekak pinggang. Kalah Mak Dara.

“Tan Jie Kang?” Kepala berputar-putar. Dahi berkerut-kerut. Nad pejamkan mata. Sambil itu tepuk dahi sendiri. Terus dia kembali membulatkan mata bundarnya. “Ya Allah. Tan dah sampai ya?”

Bib angguk. “Iya Nad. Aku rasa dia dah nak nangis kat bawah tu. Pergilah. Jangan bawak dia pergi tempat senyap sepi sudah. Nanti tak fasal-fasal kau dan dia kena tangkap basah.”

Nad cari tudung. Beg kertas bawah katil, dia ambil. Mee goreng basah yang dibelikan oleh Bib disumbat masuk. Sempat mengambil sudu dan air mineral. “Iyalah Bib, aku tahu. Aku tahu jaga diri aku. janganlah kau risau sangat.”

Bib memeluk tubuhnya. Bersandar gaya-gaya Saloma dan memerhatikan Nad dengan sepenuh hati. “Hari pertama sebelum hari ke dua puluh.”

“Heh. Kau mengada aje mengira hari. Dua puluh hari sangatlah!” Nad siap-siap ala kadar. Kalau nampak air liur basi, minta maaflah ya Tan. Nad sambar kunci dan Iphonenya. Sarung selipar biasa dan terus meluru keluar. Tergesa-gesa dia sambil kepala menoleh ke bawah mencari kereta Tan. Ada! Tu, Tan sedang berdiri berpeluk tubuh. Nad tersenyum. Mengantuk terus hilang dan dia lupa dengan malam yang semakin berwarna hitam. Sambil berjalan, menuruni tangga hati kecil si gadis terus berkata-kata, ‘kenapa detik ini, kita boleh habiskan masa berdua sahaja? Berdosakah kita berdua, Tan?’

Sehingga akhirnya tubuh genit Nad betul-betul berdiri di depan Tan. “Tan…” Serunya perlahan. Melihatkan Tan yang berdiri, berpeluk tubuh dan menundukkan kepala, Nad rasa semacam saja. Aik tidur berdirikah?

Tan panggung kepala. Senyum tidak lekang dari bibirnya. Ahh…dia mengeluh. Melihat jam di pergelangan tangan. “Sejam I kejutkan you. Susahnya kejutkan you ya.”

“Sorry!” Nad hulurkan beg kertas comel terus kepada Tan. “Nah, ada mee goreng basah. Lapar kan?”

Tan pegang perut. Mengambil beg kertas dan melihat-lihat isi kandungan di dalam beg berkenaan. “So, nak makan kat mana ni?” Dia pandang wajah Nad yang nyata seperti baru bangun dari tidur. Tapi comel saja bila gadis ini tersenyum.

“Haaa…kita jalan sikit. Kita pergi gelanggang tenis sana tu. Tempat tu kira terang sikitlah. Belum dua belas tengah malam kan? Nanti pak guard meronda habislah you kena halau.”

Tan gelengkan kepala. “Belum. Awal lagilah. Ala Nad, takpe pun kena halau. Asalkan I dapat jumpa dengan you.” Nadanya bersahaja sehingga membuatkan Nad diam tanpa kata. Tan pusingkan badan, membuka pintu kereta sebelah pemandu. Mengambil hadiah untuk Nad dan Yong Tau Fu yang sudah dibelinya. Dia angkat beg hadiah. “Sebab you sudi jumpa I malam ni, I akan bagi you hadiah.”

“Hadiah?” Nad ketawa. Dia ayunkan kaki. Membawa Tan ke tempat yang dituju. Gelanggang tenis tidaklah dipenuhi sangat malam ini. Ada juga pelajar yang selesa belajar dan duduk santai di atas gelanggang. Kadang-kadang bosan juga terperap belajar di dalam bilik masing-masing dan gelanggang ini akhirnya menjadi pilihan.

Tan angguk berkali-kali. Mengiayakan. Penat tau pilih. “Hmm…ya!”

“Peliklah you. Orang lelaki mana nak bagi orang perempuan ni hadiah.”

Tan cekakkan pinggang. “I seriuslah. Dia ni. Nanti you bukak depan I kejap lagi. Mesti you terharu punyalah dengan I.”

Nad ketawa. Paling pelik, antara dia dan Tan, pertemuan mereka mesti membabitkan makan. Minggu lepas, makan nasi ayam. Malam ini pula, mereka menikmati mee goreng basah dan yong tau fu. Nasib baiklah duduk atas gelanggang cantik ini. Ada juga beberapa pelajar lain sedang duduk secara berkumpulan dan belajar bersama-sama.

Sambil makan, menceduk Yong Tau Fu dengan chopstick yang dibawakan oleh Tan, mereka berbual-bual. Seperti biasa, Nad bercerita lagi kisah satu minggunya yang panjang. “Tapi kalau dah penat sangat study, I balik bilik aje, terus tidur. Call mama, baba, abang ajim dan abang arul. Borak-borak kejap. Kalau rasa letih sangat…ahhh I tidur ajelah.”

Tan mendengar sahaja. Sambil makan, sambil memilih bebola ikan dia merenung mata cantik Nad. “You belum balik rumah you ya?”

“Haaa..belum. Dah siap ke renovate bilik I?” Nad terus teruja. Mesti cantik kan perubahan biliknya sebab cadangannya kepada baba selalu tidak akan dipandang rendah. Bilik baba dan mama pun dia yang berikan cadangan. Warna dan designnya mesti semua di dalam rumah suka.

Tan menggelengkan kepala. “Ada sikit aje lagi. Wardrobe you I ubah last minute. Bagi you selesa sikit. Tapi kalau you balik mesti terkejut. I dah suruh Jimmy tukarkan langsir dan dia dah tempahkan sekali ikut quotation baba you.”

“Ohh..tak sabarnya nak balik. Tapi kalau ada yang I rasa tak puas hati, nak suruh you ubahkan boleh ya?” Nad pandang Tan. Bibir lelaki itu sedang dilap dengan sehelai tisu.

“Ala…kalau you nak suruh I tukar tu, tukar ni pun…you bukan ada duduk dalam bilik tu. Pindah jugak pergi Cameron kan?” Tan menjuihkan bibir. Nanti I rindu kat you, Nad. Tolonglah jangan pindah. Please sangat-sangat.

Alahai dia ni. Sentap sungguh! Nad menjelirkan lidah. “Suka hati I lah. I bukannya tak balik rumah baba dan mama. Baliklah. Tu bilik I, suka hatilah.”

“Iyalah-iyalah.” Tan mengaku kalah. Bila melihat Nad sudah meletakkan bekasnya, Tan mengambil beg kertas berisi hadiah. Dihulurkan kepada Nad. “Bukaklah. I nak tengok you buka depan mata I. Harap-harap you suka.”

Tan? Apa lagi ni Tan? Minggu lepas pokok orkid. Mama kalau berbual dengan dia, asyik kena perli saja. “Waaa…Mr Tan hantar pokok orkid dekat rumah mama. Mr Tan ke yang bagi? Ke Nad beli? Untuk Nad ya?”

“Iyalah ma. Untuk Nad. Biarlah kat dalam taman tu ya. Mama suruh abang Arul susunkan cantik-cantik tau.”

Suara Roziana riang ria di hujung telefon. “Hmmm..nak suruh abang Arul kamu? Sampai tahun depan pun tak berganjaklah pokok tu depan pintu pagar. Tan dah susunpun. Siap dia belikan baja untuk pokok orkid Nad. Sukanya mama tengok dia.”

“Baja? Bila pulak dia membeli baja ni ma?”

“Entah..dah orang bagi, mama ambik ajelah. Tak kuasalah mama nak tanyakan itu ini kat dia. Hehehe”

Lamunan terhenti. Suara mama lenyap bila Tan letakkan hadiah atas ribanya. “Bukaklah.”

“Untuk I lagi?” Sekali lagi bertanya meski dia tahu jawapannya. Dah semestinya untuk kau, Nad. Lagi mahu bertanya. Cet!

“Iyalah…bukaklah cepat.” Tan tayangkan gigi.

Kad disimpan dalam kocek blouse. “Kad ni I baca dalam bilik. I bukak hadiah dulu.” Nad merenung mata coklat Tan. “Boleh kan?”

Tan mengumam bibir. Dia mengangguk. Perlahan-lahan sambil matanya terus mencari mata bundar milik gadis itu. Mata Nad yang bersinar-sinar sekali lagi menjadi bahan tatapan sendiri. Wajah Nad sambil membuka hadiah direnung dalam-dalam. ‘Nad, seminggu itu jadikan aku rindu dengan kamu. Nad, seminggu itu jadikan aku mimpikan kamu.’

Nadratul Nisa’…..jika menyintaimu, berdosakah aku? Tan menarik nafas. Makin sebu dadanya dengan berbagai-bagai rasa hati. Bila Jia Wei datang menjenguk, bercerita mengenai majlis perkahwinan mereka. Dan entah, dia jadi tawar hati. Dia sudah tidak boleh menerima dengan gadis yang berpura-pura mencintainya. Atau, adakah dia sudah menjadi buta kerana cinta pandang pertama? Atau betul kata Nad, lelaki itu tidak cukup dengan satu.

Tegarkah aku melupakanmu wahai sang perindu? Tegarkah aku melupakanmu wahai sang pencinta jiwa, Nadratul Nisa’?

“Cantiknya….waaaaaa…” Nad panggung kepala. Kertas pembalut bersepah-sepah kini. Dia memandang Tan yang sedang tersenyum. “Comelnya…sukanya I.” Nad menggoncang-goncang hadiah kecil berkenaan. Bulatan berkaca, ada teddy bear kecil di dalamnya. Si teddy bear memegang bentuk hati. Ada glitter dan bila digoncang-goncang glitternya bergerak-gerak di dalam kaca berkenaan. Airnya membentuk cantik. Nad tersenyum lagi. Terharunya sampai rasa mahu berlari mengelilingi gelanggang tenis ini.

“Ada muzik!” Tan rasa seronok. Melihat cara Nad merenung hadiah tidak seberapanya dan cara Nad menerima seikhlas hati lagilah membuatkan dia jatuh sayang dengan si gadis ini.

“Really?” Nad melihat tapak cenderahati. “Ehh….Iyalah. Ada!” Terus saja Nad memutar. Skreettt…skretttt. Lagu ballad terus menemani. Nad ketawa. Beria-ia dia.

“Kalau you rindu dengan I…haaaa pandanglah teddy bear tu. Pasanglah lagu tu banyak kali. Sampai habis bateri pun tak apa.” Tan berseloroh tetapi menjeling Nad dengan penuh rasa.

“Iyalah, teddy bear comel yang pegang bentuk hati ni macam you. Comel!”  Nad terharu lagi. Melirik mata memandang Tan yang mengambil hadiah berkenaan. Tan memandang hadiah sendiri. Digoncang-goncangkan. Tersenyum.


“Bentuk hati. Kan?”

Nad mengangguk. Menelan air liur. Tan meletakkan kembali si teddy bear di depan Nad. Tan redha sahaja meluah hasrat yang terpendam. Meski berkias dan penuh dengan lapik. “I dah serahkan hati I kat you.”

Nad menarik nafas. Merenung kaki langit yang semakin garang dengan hitamnya. Suara Tan mengetuk lagi pintu hatinya. “You simpan baik-baik ya. Ingat kat I dan nanti jangan lupa sebut nama I lima kali. Tan Jie Kang…”

Nad segera menyambung. Hati sebak teramat kerana malam ini, dia menerima sebuah hadiah paling comel dalam hidup dan sejarahnya. Tanpa disangka, lelaki di sebelahnya ini sudi hadiahkan kenangan indah dalam diarinya. “Tan Jie Kang..Tan Jie Kang..Tan Jie Kang..Tan Jie Kang…”

Sayu. Angin malam berpuput lembut. Memeluk tubuh yang sedang hangat dibalut cinta mendalam. Tetapi tidak mampu terluah dengan kata yang sebenarnya. Tan pejamkan mata, bibir dia terus menoktahkan. “Nadratul Nisa’…Nadratul Nisa’…Nadratul Nisa’…Nadratul Nisa’…Nadratul Nisa’…”

Nad menoleh. Hairan. Tan menyebut namanya. Tan membisikkan namanya. Tan melantunkan namanya dengan penuh rasa hati. Tanpa Tan sedari, wajahnya direnungi Nad penuh mendalam. Lagu ballad yang menjadi teman memberi kesegaran. Jantung berdetak laju. Jantung berdegup menyanyi lagu syahdu. Rentak cinta berpadu.  ‘Tan Jie Kang, jika aku juga menyintaimu, berdosakah aku?’

Mr Tan 18

$
0
0
"Aku sukakan dialah Jimmy."
"Jia Wei?"
Angkat bahu. "Aku tak tahu."
"Kau jangan jadi gila, Tan. Lagi dua bulan kau nak kahwin dengan dia."
"Dua bulan ke, sebulan...aku tak kira."




“Yang semua beria-ia nak Nad kahwin ni kenapa?” Nad mencucuk kuih udang bersama kuah kacang. Dimasukkan ke dalam mulut. Dia mengunyah sepenuh hati. Menjeling-jeling abang kembarnya yang sedang menikmati menu pilihan mama. Nazim,  Nazrul dan mama tiba-tiba hari ini datang menemuinya di universiti. Lepas saja habis kelas, wechat abang Nazrul mengganggu perbincangannya dengan Norliza. Baru saja dia gagahkan tubuh melangkah mencari kereta di parkir, abangnya sudah memaksa. “Adikku… adikku comel..mari makan cendol dan kuih udang. Mama nak belanja.”

Nazim tersengih. “Kalau Nad kahwin lambat, kami berdua ni lambatlah kahwin. Kan mama?” Abang Nazim turut sama mengunyah-nguyah kuih udang. Cendol dan ABC turut sama terhidang di atas meja.

“Ala…rilekslah. Bukan tak tahu baba tu. Suka sangat dengan adat keluarga dan peraturan. Ada pulak abang-abang Nad kena carikan jodoh untuk Nad. Biarlah Nad cari sendiri. Apa, kalau Nad tak kahwin…abang Ajim dengan abang Arul pun tak boleh kahwin ke?” Nad sudah lali. Baba tu memang. Dalam sehari, baba akan menelefon dia sebanyak sepuluh kali. Itu belum lagi mengacau semasa dia sedang mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Kusut betul hidupnya. Lagi-lagi menjelang peperiksaan bulan lepas.

“Bukan tak boleh kahwin Nad, tapi lambatlah sikit. Baba kan nak Nad kahwin dulu. Kami ni yang kena pastikan Nad dapat pilihan terbaik. Ye kan mama?” Nazrul menyedut sirap limau. Dia ingat, baba sendiri sebulan selepas pertunangan Nad diputuskan, menyatakan hasratnya untuk mengahwinkan Nad dengan Maleq. Anak kakak angkat baba yang duduk di Cameron Highland sana. Dia sehabis daya memujuk baba supaya menangguhkan hasrat berkenaan. Sudahnya, bibir sendiri berjanji mencarikan calon untuk Nadratul Nisa’. Kalaulah juga mama tahu mengenai perancangan baba, memanglah akan dicincang-cincang leher dia. Rahsia itu, Nazrul semat dalam kepala. Nazim pun baru tahu sahaja mengenai perancangan baba.

“Elok sangatlah aku kenalkan Nad dengan budak cina tukang tu. Si Tan tu. Dari baba nak kahwinkan dia dengan Maleq yang macam tu punya perangai. Aku tak setuju. Sama sekali tak setuju.” Nazrul terkebil-kebil mendengar luahan adik kembarnya. Tanpa disangka, Nazim sudah hulurkan bantuan. Lagi senang kerja mereka.

“Masalahnya, Tan tu cina. Kau faham ke tak ni, Ajim? Cina dan bukan Islam!”
“Lebih baik dia peluk Islam dan faham Islam daripada kita ni yang dah memang Islam tapi malas nak belajar serba serbi mengenai Islam. Kita belum cuba, belum tahu, Arul. Mana tahu, betul Tan tu suka dengan Nad. Kita pun dapat pahala.” Suara Nazim mengingatkan Nazrul mengenai Tan. Jadi ke tidaklah hubungan Nad dengan si Tan itu.

Tapi yang menyedihkan, Tan akan berkahwin. Lagi dua bulan setengah saja lagi. “Hmmm..rosaklah plan kita semua. Tan tu akan kahwin.”

Sesi luahan perasaan mereka tiga beranak malam tadi lenyap bila Nad memukul lengannya, “Abang Arul, toksahlah teringatkan kekasih yang jauh duduk di Australia tu.” Nad jelirkan lidah. Kak Dayana yang mama dan baba kenenkan itu sudah jauh merantau belajar di Australia. Sikap pemalu abangnya ini mengusutkan fikiran semua orang saja. Sampai mahu memujuk kak Dayana pun, dia yang akan emelkan.

Roziana menarik pinggan di depan Nazrul. Menarik nafas. Bagaikan ada beban di bahu dia sebagai seorang mama. Lagi pula, Nadratul Nisa’ ini anak kesayangan suaminya. Satu-satu anak perempuan tunggal yang cukup dirisaukan Marzunisham. “Lepas Huzairi tu putuskan pertunangan, entahlah baba kamu tu. Risau tahap petala apa pun mama tak boleh nak kata. Hari-hari nak mama report fasal Nad. Hari-hari call Arul dan Ajim suruh tengok-tengokkan Nad. Baba tu risau sebenarnya lepas Nad berbulan-bulan tak lalu makan dan kurus kering. Baba nak Nad ceria balik macam dulu.” Roziana ikut sama macam anak-anaknya. Mengunyah penuh nikmat kuih udang yang disukai ramai di sini.

“Nad kan dah ceria sokmo ni. Kenapa semua nak risau ni.” Nad memeluk pinggang mamanya.

“Tan macam mana?” Nazim tiba-tiba bertanya. Nad yang baru menyuap cendol ke dalam mulut terus tersedak-sedak. Roziana mengusap-usap belakang anak gadisnya. Habis perit kerongkong dan anak tekak Nad.

“Eeeee…” Nad mencubit lengan Nazim yang sedang mengekek-ngekek ketawa.

“Nad, abang Ajim cuma rapatkan aje. Tapi kalau Tan tu suka..apasalahnya. Dia pun selalu sangat tanya abang Ajim itu ini. semua fasal Nad. Sambil naik tangga pun dia sempat. Kalau abang Ajim balik lambat dari pejabat pun dia sanggup tunggu. Lama-lama dia peluklah Islam. Nak nama baru? Abang Jim ada banyak nama best-best!”

Nad membuntangkan bola matanya. “Eeee..masalahnya dia dah nak kahwin. Yang semua sibuk-sibuk nak kenenkan Nad dengan si A lah, si B lah. Kenapa? Tan Jie Kang akan kahwin. Tahu tak?”

Alamak. Nazrul pegang dahi sendiri. ‘Nad dah tahu ke yang Tan tu akan kahwin?’

“Nad kawan aje okey, tolong jangan serkap jarang. Ni abang Ajim jangan pandai-pandai nak arrangekan itu ini lagi ya. Cubit nanti tahulah.” Nad beri amaran. Tapi bila sahaja bibirnya menyebut nama lelaki cina berkenaan, ada darah menyerbu-nyerbu naik ke seluruh rongga. Rasa bahagia saja jiwanya. Tetapi, ia dia harus menerima hakikat…Tan Jie Kang akan berkahwin.

Roziana mengukir senyuman. Mendengar sahaja perbincangan anak-anak. Rasa seronok sungguh melihat ketiga-tiga anak mereka duduk bersama. Lagi rasa beraroma rentak hatinya bila Nazrul dan Nazim sama-sama turut susah hati mengenai jodoh si adik. Apa boleh buat, Tan yang baik hati itu, tidak lama lagi akan berkahwin. Mereka kena fikir strategi lain nampaknya sebelum suaminya membuat perancangan lain.

“Tapi mama suka dia, Nad. Apa salahnya pun!” Roziana menjamah wajah anak gadisnya. Sudah merah pipi Nadratul Nisa’.

Tetapi gurauannya membuatkan Nad sedikit terhibur. Rasa senang hati kalau mama turut suka dengan lelaki bernama Tan Jie Kang itu. “Iya ke mama suka? Mama tak kisah kalau Nad memang berkawan betul-betul dengan dia? Mama suka?” Nad menyengih. Nazrul dan Nazim yang sama-sama sedang menikmati cendol terdiam.

Eh-eh. Nad ni biar betul. Memang Nad dan si Tan tu dah jadi closed-closed together teman tapi mesra ke? Nazim menelan air liur. Dialah punya strategi awal-awal dahulu. Konon-konon saja mahu test market. Sampai membawa kedua mereka memancing. Apa soalan si Tan itu semua dia jawab juga. “Nad ni biar betul!” Nazim menyengih. Muka macam bersalah saja. Menelan air liur. Tadi pun dia yang beria-ia. Kalau betul Tan dengan Nad pun, mereka semua suka.

Tapi masalahnya ialah baba. Sebab Tan Jie Kang itu cina. Bukan beragama Islam. Jangan nak solok sarang tebuan, Nadratul Nisa’ oi!

“Tapi kita semua pun tahu…Tan tu akan kahwin.” Roziana meletakkan sudu. Cendolnya baru separuh sahaja. Tekak dahaga, minta dibasahkan dengan air kosong. Muram sahaja wajahnya. Kepala asyik teringatkan pesanan suaminya.

“Hmmm…melepaslah Nad!” Nad mengekek-ngekek ketawa. Nazrul terus menyiku pinggang Nazim. Sudahnya semua turut sama membalas ketawa Nad. Macam dibuat-buat dan wajah Nad sekarang memang menampakkan kelainan yang sungguh ketara.

Nad ini memang dah jatuh cinta lagi dengan lelaki bernama Tan itu ke? Kenapa serinya semacam pengantin baru saja? Nazim menelan air liur.

***

"Tan, wardrobe ni kenapa you tukar warna ya? Bukan I kata kat baba nak warna kuning ke?” Nad memeluk tubuh. Mulalah membebel mahu diubahsuai semula bilik yang tidak berkenan di pandangan mata. Sanggup dia membawa kereta kerana baba memaksa. Sebab selalunya, dia lebih suka menaiki komuter sahaja. Hari ini, gigih pula dia memandu. Sebab kedua ialah dia tahu Tan ada sekali ketika sesi bertemu dan memeriksa.

"I tukarkan. Matching sikit dengan warna dinding you ni. Dinding you warna oren. Kalau wardrobe pun oren nampak tak cantik sangatlah Nad."

"Ala...tak cantik lah." Nad mencebik. Hanya sebab dia dan Tan sudah mengenali, maka Tan mengikut kata sendiri.

"Cantiklah. Sure cantik. Tak percaya?"

Geleng kepala.  Nad membawa matanya menyelurih wardrobe yang sudah terpasang. Dia memandang Tan yang sedang menyengih.  "Siapa suruh you sengaja tukar warna yang I nak?
I tak kira. You kena tukar jugak."

"Isk dia ni. Mengalahkan puan Am kat Denai Alam aje. Malas. I dah siap semua ni. Pasang lengkap wardrobe you ni. Nak tukar lain tahun!" Tan sengaja membakar api.

"Tak kira tukar jugak! Baba akan bayar."

"Nad...." Suaranya memujuk. Tan yang sedang berdiri di depan pintu bilik Nad memeluk tubuh. Sandarkan tubuhnya ke pintu yang terbuka.

"Tak kira!" Nad mengeraskan suara.

"Begini...apasalahnya kalau you terima cadangan I ni. Nanti kalau you nampak wardrobe ni, you akan ingat kat I." Tan mencerun matanya. Menjamah hidung mancung Nad di hujung tingkap.

"Buat apa I nak kena ingat kat you. Tak kira. Tukar jugak. Esok kena tukar." Bibir Nad sudah muncung sedepa. Suara riuh rendah abang-abangnya di bawah dan Jimmy mengasak gegendang telinga. Mama dan baba pun di bawah sana, komen itu dan ini dengan Jimmy.

"Nanti you rindu kat I, pandang wardrobe yang I pilih ni mesti you suka. Mana tahu tetiba I terpacul keluar dari dalam wardrobe ni. Kan?" Tan ketawa. Suka dia melihat wajah memerah Nad. Dia sudah mula nakal mengusik Nadratul Nisa'.

Nad mejelirkan lidah. Telinga rasa berbahang sungguh. "Ini bukan cerita Harry Potter lah. Narnia pun bukan."

"Tapi cerita mengenai kita kan? Nadratul Nisa' dan Tan Jie Kang...." Tan menjungkitkan kening.

Nad terdiam. Menarik nafas dan mencebik. “Eeee…susahlah kalau nampak wardrobe pun I kena ingat kat you.”

Tan mengukir senyum. “Kalau you nampak I keluar dari wardrobe, tu hantu namanya. Hahaha.” Tan ketawa. Mengusik lagi Nadratul Nisa’. Beberapa saat dia hentikan ketawa. Mula mencari rentak memujuk Nad yang nampak tidak sukakan warna pilihannya. Tetapi Jimmy pun nampaknya bersetuju dengan pilihan dia. Baba Nad juga bersetuju untuk dia merubah warna wardrobe bilik Nad. Kalau dipadankan dengan langsir dan warna cat bilik ini, nampak nyaman sahaja gabungannya. “Cantik Nad..selalunya apapun pilihan untuk orang yang tersayang, semuanya akan nampak sesuai dan sedap mata memandang.”

Nad menelan air liur. Suara mama mengejutkan rasa pijar di pipi. “Nad…sudahlah tu. Apa yang nak diubah lagi. Cepat turun..mama nak suruh Tan tengokkan dapur basah mama kat belakang ni.”

Tan terus pusingkan badan. Lebih lama memerhati pipi merah Nad, lebih mengundang rasa cinta. Jiwa sudah ditebak rasa sayang mendalam. Selepas beberapa pertemuan, dia memang sudah mula bermimpikan gadis genit ini.

“Tan…” Nad menarik nafas. Mengatur bicara yang sedang tersekat dengan tiba-tiba. Kakinya cepat mengikut langkah Tan. Pintu bilik yang terbuka ditinggalkan.

Dia menggerakkan tubuh. Kini berdiri berhadapan dengan gadis yang selesa dengan blouse berwarna peach. Skirt labuhnya benar-benar membuatkan Nad kelihatan lebih anggun.

“Ya?!” Mata Tan bersinar-sinar.

“You sayangkan I?” Mata Nad menangkap sepasang mata lelaki yang sedikit sepet itu. Nad angkat bahu. Serius. Jantung berdegup-degup laju. Tan terlongo. Soalan apakah ini? “You sayangkan I yang macam mana ya Tan?”


Mr Tan 19

$
0
0
Tunggu sekejap, wahai kasih.
Kerana hujan masih renyai.
Tunggu sekejap,
Dalam pelukan asmaraku.




"Sayang you macam...errr..." Tan membawa bola matanya. Menangkap wajah Nad. Nad sengih biasa. Tan mengatur nafas. Jantung berdegup-degup. Tan mahu menoktahkan rasa hatinya hari ini. Walau Jimmy menghalang. Meski juga Lee Tze Hei  sudah menyerangnya bertubi-tubi dengan soalan dan melebihkan Moh Jia Wei.

Suara Jimmy mengasak mindanya. “Kau dah gila ya?”

“Aku sukakan dialah Jimmy.”

“Jia Wei?” Jimmy membuang puntung rokok di dalam gelas. Suasana di dalam kelab yang selalu menjadi tempat berhibur rasa tidak hangat malam ini kerana Tan Jie Kang tiba-tiba diam membisu. Mahu berdansa seperti biasa pun lelaki ini tidak mahu.

“Kau jangan jadi gila Tan. Lagi dua bulan kau akan kahwin dengan Jia Wei.”

“Dua bulan ke sebulan…aku dah tak kira.” Tan panggung kepala. Lampu berwarna warni terus menerkam biji matanya. Hanya wajah gadis genit berkenaan kini bermain-main di hujung mata. Setiap masa, hanya suara Nadratul Nisa’ mengganggu jiwa halusnya. Dia kali ini tidak boleh menidakkan rasa kasihnya kepada Nad.

Tan melirik mata. Menerkam wajah kesayangan yang kini berada di depannya. Kenangan dua malam lepas terus lenyap bila garisan senyuman Nad berpadu di halaman jiwa. "Lebih. Lebih dari biasa, Nad."

Nad terpaku. Dalam dia sengaja bertanya bagaimana bentuk dan bagaimana sayangnya Tan kepada dia, akhirnya Tan meleraikan juga rasa hati. Antara mereka sebenarnya, jika dikunci erti sayang itu, makin lama semakin membuak-buak di jiwa. Cinta yang memang wujud antara  mereka tidak boleh dipisahkan lagi. Malah, dia sendiri adakala keliru dengan rentak jantung yang berpadu bila merenung Tan Jie Kang. Pandangan mata Tan terbukti detik ini.

"Nad..." Tan memanggil lagi nama gadis idaman hati. Nad memanggung kepala. Pipi memerah lagi. Tan kini sudah mengakui. Tan sudi dan Tan tidak lagi menyembunyikan rasa yang sememangnya dia rasa.

"Iya..." Lemah rasa lutut bila Nad mendengar suara Tan memanggilnya.

"Tak apa kan, kalau I sayang you lebih dari biasa?" Tan mwmasukkan jemari ke dalam kocek seluar jeans lusuhnya.

Nad mengangguk. Entah kenapa, dia suka. Entah kenapa dia rasa bahagia dengan pengakuan jujur lelaki di hadapannya ini. "Tak apa." Nad tersenyum. Lebar sampai ke telinga. Terus Nad berjalan perlahan-lahan. Mengikut jejak langkah Tan. Sama-sama keluar dari bilik dan menuruni anak tangga.

“I tak boleh nak rahsiakan lagi. I tak boleh nak diamkan lagi rasa hati I ni. Kalau you nak cakap I ni jiwang ke, playboy ke, gatal ke, dah nak kahwin tapi nak pikat you ke…I tak kisah. Cakaplah apa-apa. Asalkan you sudi menerima I. You sudi kan?”

Nad gumamkan bibir. “Hmm…sudi. Biarlah apa orang nak kata. Biarlah semua marahkan kita.” Nad lebih yakin. Keyakinan ditambah lagi bila Tan perlahan-lahan mencari jemarinya. Sepantas kilat, jemari Nad diraih. Di genggam erat.

Nadratul Nisa’, meski dia tahu hukum hakam, meski juga dia arif mengenai segala yang sedang Tan lakukan bersama dengan dia. Tetapi dia tidak boleh menolak sama sekali untuk merasai hangatnya mencintai seorang lelaki bernama Tan Jie Kang. Nad tahu, Nad salah. Tapi jangan hukum Nad melebihi apa-apa. Nad cuma rasa Nad ingin bahagia sahaja. Tidak lebih dari itu. Jika sekadar Nad bermain-main cinta, Nad tidak akan merelakan. Tapi kali ini, Nad betul-betul jatuh sayang dengan lelaki di sebelah Nad ini. Salahkah Nad?

"Hei hei!" Nazim cekak pinggang. "Kot ya pun, turunkan jari adik aku dulu."

Kaki terhenti. Tan cepat-cepat melepaskan jemari Nad. Menggaru kepala dan Nazim terus membawa bola matanya memandang Nad. “Nad, kalau baba nampak, habis semua kena marah. Dah, cepat.” Nazim mengarah Nad segera turun.

Tan menggaru-garu lagi kepala. Senyum sinis. Sempat dia menjeling Nad yang cepat-cepat meluru ke bawah menyertai abangnya.

“Jom.” Nazim campakkan kunci kereta. Tan terus meluru ke dapur. Telinga masih mendengar arahan Nazim. “Kita cari makanan. Abang Ajim lapar ni.”

“Sengaja kan?” Suara Nad menerobos gegendang telinga Tan.

“Hahaha. Memang pun. Amboi-amboi. Dah mengakulah tu sukakan Tan Jie Kang. Adik, kalau baba tahu, habis kita semua tau tak. Kata tak konon. Kata kawanlah. Kata best friend foreverlah. Cet! Hello….dia akan kahwin lagi dua bulan okey? Apa ertinya kawan-kawan tapi mesra.”

“Eh..Nad betullah. Kami kawan ajelah!” Nad menyembunyikan lagi rasa hatinya.

“Habis tadi tu apa? Jangan nak menipu. Bagi tahu abang Arul nanti.”

Nad terus menolak tubuh abangnya. Terus ke hadapan. “Shhh..diamlah. Baba dan mama kat dapur tu!”

“Eleh. Nanti abang Ajim beritahu kat baba jugak!” Nazim mengekek-ngekek ketawa.

Nad terus menekup bibir abangnya. “Diam boleh tak? Eeee…” Cepat-cepat dia pusingkan tubuh dan memandang Tan yang masih berdiri di antara ruang tamu dan dapur. Nad terus arahkan Tan masuk ke dapur. Bibir dimuncung-muncungkan supaya Tan segera berlalu. Seluruh mata beraksi. Bibir kejap senget ke kiri dan sekejap senget ke kanan.

Jemari Nad yang melekap ke bibir Nazim segera dilepaskan. Nazim terus menarik lengan Nad. “Dah-dah. Jangan nak main-main mata kat sini. Gila ah dia ni. Kalau baba nampak, habislah. Tak serik-serik betul. Jom-jom!”

Tan terkebil-kebil memerhatikan kelibat Nazim dan Nadratul Nisa’ yang terburu-buru keluar. Dia terus mengayun kakinya mencari puan Roziana dan tuan Marzunisham. Dapur sudah diubahsuai cantik. Tubuh Marzunisham menangkap matanya. “Haa..Tan. Sini-sini. Dapur basah kat belakang ni kena ubah sikitlah. Mama si Nad ni ada pulak lagi yang tak berkenan di matanya.”

Tan terus mengikut rentak Marzunisham. Mata mencari puan Roziana. Sekali pandang, dia tahu kecantikan Nad diwarisi dari kecantikan puan Roziana. Mata bundar Nad itu sah-sah dari bayangan mata bundar mamanya ini.

“Haa..Tan. Apa lagi yang kau menungkan tu. Aku tunjuk sini. Kat dapur basah. Yang kau termenung jauh pandang bini aku tu kenapa?” Marzunisham terkebil-kebil. ‘Eh-eh budak cina ni. Pandang-pandang bini aku pulak.’

“Errr..ha ya ya.” Angguk lagi Tan macam burung  belatuk. Dia garu dahi yang tak gatal. “Tak bos..sebab I pandang muka puan, I nampak Nad. Serupa banyak.”

Darah menyerbu naik ke muka. Roziana menjeling Tan. ‘Hmmm…amboi, dah pandai sebut nama anak dara aku. Tan Jie Kang ni betul ke ada hati dengan Nad?’

“Iyalah Tan. Dah puan tu mamanya. Mestilah serupa.” Marzunisham mengetuk-ngetuk pintu kabinet yang berwarna biru cair itu. “Bini cantik, anak pun cantiklah Tan. Tapi sebab babanya pun lagi handsome, lagilah berganda-ganda cantik anaknya. Tak gitu mamanya?”

Roziana naikkan kening kanan. “Eee…perasan aje husband aunty tu Tan!” Mata Roziana menangkap wajah Tan yang sedang serius. Sebab sudah baik dengan Tan, dia lebih senang membahasakan diri sebagai aunty sahaja.

Jari telunjuk Marzunisham menunding ke kabinet dapur basah yang perlu diubahsuai sekali lagi. Perbincangan terus rancak. Perbualan terus menemani hangatnya jiwa sang lelaki. Dan mata sepetnya sesekali merenung bingkai gambar gadis genit yang menemani mamanya. Di dapur itulah, bingkai itu sebenarnya menjadi peneman dia membuat kerja pengubahsuaian. Dinding yang tidak berusik itulah sebenarnya nyawa dia bila sedang sibuk mengubahsuai dapur ini. Kalau pandang sekali rasa tidak puas hati. Kalau pandang dua kali, terasa senyuman Nad itu melekat di hati. Kalau direnung berkali-kali, terasa jemari lembut Nad itu menutup matanya. Terasa sungguh, bibir Nad yang merah itu meniupkan angin ke dalam matanya.

Ahh..Tan mabuk asmara. Tan betul-betul rasa bahagia.

Dia tidak tahu kenapa Tuhan lambat menemukan antara dia dan Nad. Kenapa Tuhan? Kenapa untuk sekarang ini, kau berikan aku rasa cinta yang sebenarnya? Nadratul Nisa’..nama itu sekali lagi ditanam rapat-rapat ke dalam hati. Dia senyum.

***

Hari ini, termaktub sudah. Antara Nadratul Nisa' dan Tan Jie Kang. Hari ini dan kata hati mereka menoktahkan untuk berjanji sehidup dan semati. Hari ini, perasaan yang bergelora lantas dihidupkan dengan cinta. Kalau mahu dibilang rasa nafas ini, Nadratul Nisa', setiap detik itu namamu bersemi di hati. Sebegitu indahnya cinta, bukan?

"Sinilah. Duduk belakang badan I." Tan mengengsot-engsotkan tubuhnya mahu Nad duduk di belakang.

"Drama Korea sungguh!" Nad jelirkan lidah.

Hahaha. Tan ketawa. "I tak pernah tengok cerita Korea.Tolong sikit ya." Tan senyum senget. Mata melirik, menjeling ke belakang.

Nad terus sandarkan belakang badannya ke belakang badan Tan. Pohon rendang kini sedang meneduhkan mereka. Kaki langit berwarna biru menjadi payung. Awan bertompok-tompok putih dan terlakar menarik sedang sama-sama menjadi saksi. "Manalah tahu, you kaki tengok drama Korea ke. Kan ke semua orang gila menengoknya."

"You tengok ke? Suka?" Tan lunjurkan kaki. Membuka sebuah buku yang diambilnya dari beg Nad. Mata ralit memerhati.

Nad menggelengkan kepala. "Tak. Tak suka sangat. Tapi Bib suka."

"Ohh.." Tan mengangguk sahaja. Membuka lagi helaian berikut. "Nad..." Dia memanggil perlahan. Nama gadis itu disebut tenang.

Nad diam. Jemari memegang pen. Buku di atas lutut yang sedang dipeluknya ditekuni. Rasa nyaman sahaja petang ini. Rasa bahagia. Kalau mahu membandingkan Huzairi dan Tan Jie Kang, dia akan membedakan. Dia akan bersetuju mengatakan Tan ini lain benar sikapnya. Huzairi itu juga lain benar mendefinisikan maksud cinta. Nad senyum lagi. Kalau boleh pipi ini menjerit, sudah lama pipi ini menjerit memarahinya. ‘Oii…penat oi asyik tersengih aje. Sudah-sudahlah tu!’

"Nad.." Sekali lagi suara Tan mengetuk-ngetuk gegendang telinga.

“Hurmmm..” Itu sahaja jawapan dari suara lunak Nad. Bibir mengukir senyuman nan jelita. Nad mengetuk dahinya dengan pen.

Tan sengetkan bibir. Hurmm aje jawapannya. “Sorry. Ganggu you study. Patutnya you kena temankan Bib dalam bilik. Ataupun mungkin sekarang you sedang study dalam library.”

“Tak jadi masalahlah Tan. I okey. Sini pun I study jugak.” Nad kembali fokus. Tapi mana boleh dia fokus kalau sudah duduk berdua dengan Tan di kawasan bukit lapang ini.

“Iya ke okey?” Tan menoleh. Tudung Nad ditariknya.

“Eeee..janganlah tarik.”

Tan ketawa. “Hahaha.” Dia kembali merenung ke depan. Awan semakin tenang beralun. “You tak berdebar-debar ke duduk dengan I kat sini?”

Nad membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Eee, suka betul tarik-tarik hujung tudung kita. “Buat apa pulak I nak berdebar-debar duduk dengan you. I okey aje. Eee,..jangan jiwang sangat boleh tak?”

“Serius?” Tan sengaja menguji. “You biasa-biasa aje ekk?” Hidung dikembangkan. Selagi tidak mengusik Nad, selagi itulah dia akan mencari soalan.

Pen sekali lagi dicapai. Buku dirapatkan semula ke lutut yang bersedia menjadi alas buku. Nad mencebik. Mengada betul soalan Tan ni. “Kenapa you tanya?”

Sepantas kilat, Tan memusingkan badan. Hampir terjatuh Nad ke belakang. Nasib baik juga dia menstabilkan diri. Tan terus bersila. Merenung Nad yang terkial-kial membetulkan bukunya. Tan terus mengambil buku dari jemari Nad. Pen di hujung jari manis dan ibu jari Nad dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya.

Nad terkebil-kebil. Angin tidak ada, ribut tidak ada.. kenapa bersila macam nak berdoa lepas kenduri aje si Tan ni?

“Betul you tak ada rasa apa-apa bila berdua dengan I kat sini?” Tan dekatkan wajahnya. Terus matanya menangkap mata berwarna coklat milik Nadratul Nisa’. Dua tiga helai daun mula gugur.

“Errrr…” Nad tundukkan wajah. Tan Jie Kang…jangan dekat sangat dengan Nadratul Nisa’ boleh tak?

“You sungguh ke suka kat I, Nad?”

Angguk. Bibir si gadis terkunci.

“You sungguh ke sayang kat I, Nad?”

Angguk lagi. Jantung berdegup-degup. Detaknya semakin laju bila Tan mengukir senyuman. Detaknya berlawanan lagi bila Tan mendekatkan wajahnya terus wajah Nad. “You tak akan pergi Cameron dan tinggalkan I kan?”

“’Mana satu soalan yang I nak jawab ni, Tan?” Nad melarikan wajahnya. Memandang beberapa batang pohon rendang yang turut sama memberi kesegaran.

Tan tarik nafas. Susah hati. Bila mereka sudah bersedia dan sama-sama menzahirkan, dia tahu masa depan kelak tidak mungkin berada di dalam tangan. Perkahwinannya bakal berlangsung. Nad akan pergi meninggalkan dia.

Nad menyembunyikan resah. Malam tadi, dia tidak nyenyak tidur kerana memikirkan banyak jawapan kepada persoalan yang selalu bermain di fikiran. Dia tidak boleh menidakkan lagi rasa cintanya kepada Tan Jie Kang. Menolak pun dia tidak akan.

Nad kembali menoleh. Memandang Tan yang sedang mengumam bibir. Dia susun buku di sebelah kirinya. Perlahan-lahan, dia menggenggam kedua-dua belah tangannya. Mendekati Tan yang berada di depannya.

Lutut bertemu tikar. Duduk Nad kini sama tinggi dengan Tan yang sedang bersila. “You pilih antara dua. Kanan ke kiri.” Gigi putih Nad berbaris cantik. Dalam hati amat mengharapkan ada keajaiban untuk perhubungan yang baru bermula. Ironinya, dia tahu Tan akan berkahwin dengan Moh Jia Wei. Lelaki ini kelak bukan menjadi miliknya. Titik.

Tetapi jika betul ada Tuhan hantarkan keajaiban, alangkah bagusnya kan? “Pilihlah cepat.” Ada nada sayu di hujung jiwa. Meski dia sedang tersenyum riang.

Bola mata Tan bergerak-gerak. Kemudian memandang lagi wajah putih Nad. Cantik Nad. Ingin sekali dia menyentuh pipi mulus Nad. Kalau melihat pipi Nad yang memerah itu, hati meronta-ronta ingin mengucup lembut pipi itu. Tapi dia tahu batasnya hubungan mereka. Dia tahu agama Nad melarang semua perkara yang dia ingini itu. “Pilih?” Kening terangkat.

“Iya!” Nad angguk berkali-kali. “Pilihlah Tan. You kena pilih satu.”

Teragak-agak. “Kalau pilih yang salah, jawapannya tetap sama kan?” Tan sekali lagi merenung hidung Nad. Hidungnya comel sahaja. Mahu saja dia picit-picit hidung comel Nad. Gulp!

“Ada jawapan untuk soalan-soalan yang I bagi tadi. Erkk?” Tan senyum. Masih menyoal Nad. Masih mahu matanya menyeluruhi wajah kesayangan hati. Dia nakal lagi dan merenung pula kening Nad yang terbentuk indah.

Nad mengangguk. “Iya..cepatlah pilih.” Nad masih menggenggam erat kedua-dua jemarinya. Kening bercantum-cantum menunggu reaksi dari Tan. “Kanan ke kiri. You kena pilih salah satu.”

“Ermm…” Mata Tan beralih ke arah jemari Nad yang sedang erat berpadu. “I pilih kananlah.”

Nad senyum. Melirik ke arah wajah Tan. Jambangnya walau ada tetap nampak kacak di mata. Hidung Tan yang terletak indah itu kadang-kadang buat dia rasa cemburu. “Nak tahu jawapannya tak?”

“Yerp…mestilah nak. Apa jawapannya?” Reaksi Tan spontan sahaja. Serius wajahnya inginkan jawapan.

Hening. Nad membuka jemari kanan. “Kanan. Sebab you pilih ni. Jawapannya ialah ya, I sukakan you dan sayangkan you. Sungguh!”

Mata bertaut. Angin berhembus perlahan. Tan rasa bahagia. Rasa dihargai. Kali ini, dia rasa sungguh manisnya bercinta. Sungguh asyiknya disayangi oleh gadis yang disukai.

“Kalau I pilih kiri?” Dia menduga.

Nad menghembus nafas. Detik indah yang sedang dia lalui bersama Tan ini dia sematkan di dalam kotak fikiran. Tanam rapat-rapat. “Tetap juga I sukakan you dan sayangkan you.”

Nad menunduk. Jemari kiri yang masih belum dibuka, perlahan-lahan dilepaskan. Telapak jarinya dikembang-kembangkan. Tan memandang telapak jari Nad. Mata kemudian semakin galak merenung pipi Nad. “Nad….”

“Hmm…iya.” Mata sekali lagi berpadu.

Tan hadiahkan senyumannya. Lafaznya senada. Bersama rentak jantung yang berirama cinta. Hanya untuk Nadratul Nisa’. “I sayangkan you.”

Mr Tan 20

$
0
0

Antara kenangan dan kenyataan. Aku memilih untuk adanya kenangan dengan dia. 
Aku memilih untuk setiap masa yang berbaki ini adalah bersama dengan dia.
Meski itu salah.
Kerna, aku bahagia dan senyuman ini sentiasa terukir bila dia ada.
Di depan mata.






“Tan!” Suara tinggi menjerit nama jejaka berkenaan. Nad kerut-kerut dahinya. Mata tala ke kanan dan ke kiri. Badan berpeluh-peluh kerana kepenatan. Ganggang telefon di pegang kemas. Erat. Air mata sudah bertakung ditahan-tahan. “Tan…sedihnya.”

“You kat mana ni? Kenapa ni?” Suara nada rendah sungguh. Kenapa dengan Nad ni? “Cemas aje. Apa yang sedih ni. Hei Nad, kenapa?” Tan membuang putung rokoknya.

“I kat KL Sentral. You kena tolong I. Beg I hilang.” Nad mengesat air mata yang tumpah. Habislah semua dokumennya hilang. Iphone kesayangan turut sama lenyap. Purse yang abang Nazrul hadiahkan tahun lepas juga mesti habis dilunyai si pencopet. “Ada kredit kad, Kad pengenalan, duit ada dalam empat ratus ringgit, Iphone yang you hadiahkan tu, purse I pun semualah benda-benda dalam tu. Semua dah tak ada. Puas I cari. Polis kat sini dah tolong cari. Please Tan. Carikan beg I. Please.” Nad sudah menangis. Alahai. Duit menelefon Tan ini pun pemberian polis bantuan bernama Haryati. Dua tiga orang polis yang ada di KL Sentral sudah puas mencari begnya. Itulah Nadratul Nisa’, berangan kemain lagi. Lepas hantar Bib dan melambai Bib yang menaiki komuter ke Ipoh dia terus rasa mahu menikmati nasi ayam. Nad terus ke Chicken Rice Shop. Alih-alih, semasa mahu membayar, Nad terus tercari-cari beg sendiri di atas bangku! ‘Eh, malaun mana pulak mengambil beg aku ni?’

Ah. Menggelabah. Trauma. Terus Nad terpempan. Perut yang lapar terus jadi kenyang. Bib sudah pergi. Kalau telefon baba, mesti kena marah. Kalau telefon abang Nazim atau Nazrul, mereka semua sibuk bekerja. Yang ada dan paling dia ingat ialah nombor telefon Tan. Satu-satunya kini kekasih di hati. Dia minta bantuan sana dan sini.

“Okey-okey. You duduk sana. Sampai I datang.” Haih Nad, apa yang you dah buat sampai semua hilang ni? Mata terus pandang Jimmy yang sedang menyusun bungkusan simen.

“I dah tak boleh nak gerakkan kaki ni. Cepatlah Tan. Cepat datang sini.” Nad sudah gelabah. Jemari sudah menggigil. Kepala rasa jem. Dia tidak boleh memusingkan apa juga keadaan yang berlaku tadi. Rasa kehilangan sungguh. Risau juga sampai apa soalan dari polis dia tidak menjawab dengan betul.

Dah hilang, habis dia nak buat macam mana? Kaki mahu ke Maybank pun rasa tidak mampu. Kaki seperti tidak pijak di bumi. Bumi rasa berputar-putar ligat.  Nad sudah tidak boleh berfikir. Blur tau tak. Blur.

“Okey-okey. Tunggu situ, sampai I datang. Tunggu situ. Jangan pergi mana-mana tau.” Tan terus matikan talian telefon. Masukkan Iphone dalam kocek seluar jeansnya. Dia terus meraba poket seluar. Kunci kereta ada. Beg duitnya juga ada di poket belakang. Nad…Nad. Fikirnya satu detik ini – hanya Nadratul Nisa’. Nad, jangan risau Nad. Nad, jangan menangis depan orang ramai-ramai kat situ ya.

Tanpa memaklumkan Jimmy, dia terus berlari anak keluar dari kawasan rumah yang sedang diubahsuai.

Pecut sahaja Tan membawa kereta Vios. Alahai Nad, nasib baik hari ini dia tiba-tiba mahu bawa si kereta pendua. Ni kalau bawa si Viva entah-entah malam nanti baru sampai. Tan menjeling jam di pergelengan tangan. Dia senyum. Teringatkan Nad. Segala mengenai Nad sehingga wajah Jia Wei kian lama kian terpadam.

***

“Hei Nad.” Tan menghela nafas. Dia penat berlari-lari mencari Nad. Ke mana Nad. Mana Nad duduk, ke mana Nad pergi dan apa yang sedang Nad buat kala ini. Setengah jam dia berlari anak mencari Nad. Berpusing keliling satu KL Sentral. Duduknya di ceruk ini. Alahai Nad. Kakinya terus melangkah. Berdiri betul-betul di hadapan gadis

Nad panggung kepala. Air mata  sudah kering. Mata sudah bengkak. Dia kesat pipi. “You…” Ah – sedih. Apa nasib begnya itu. Entah-entah Iphone pemberian Tan sudah dijual. Duitnya habis agaknya dibelanja. Empat ratus banyak juga. Kredit kad juga sama entah agaknya sudah habis dibelanjakan.

Tan sekali lagi menarik nafas, mengukir senyumannya dan duduk bersebelahan dengan Nad. Akhirnya dia bertemu juga dengan Nad. Punyalah dia memecut membawa kereta. Punyalah juga dia berlari-lari mencari Nad ke sana dan ke sini. KL Sentral hari ini, menjadi tempat dia bermain polis sentry aje. Mahu saja dia ketawa sendiri. Tapi Nad ini, suka sangat buat dia risau. Jemari Nad ditarik dan digenggam erat. “Macam mana boleh hilang?” Dia pandang bola mata Nad.

Nad menggelengkan kepala. “Habis, I nak buat macam mana. Dah nak hilang. Carikanlah. I dah tak boleh fikir tau tak. Janganlah tanya soalan macam baba.” Tan ni, sebiji sudah seperti baba. Mengalahkan polis tadi pun iya.

Lelaki bermata sepet akhirnya mengangguk. Iyalah Nad. Iyalah. Tan terus menarik Nad untuk berdiri. “Come, kita cari sama-sama ya.”

Dalam membebel-bebel, Nad akhirnya mengikut jejak langkah Tan. “Carikan sampai dapat.” Nad menambah rempah ratus bebelannya. “Kalau hilang betul beg I tu, belikan I Iphone baru. I tak kira. Nanti letak balik gambar kita berdua dalam Iphone I.”

Tan gelengkan kepala. Ala, manjanya. Haha!

Bagaimana sayangnya Nadratul Nisa kepada Tan Jie Kang.. Begitu juga Tan Jie Kang kepada Nadratul Nisa'.  Susah kan mahu menduga hati dua insan yang berbeza ini. Dan ketika ini, Tan dan Nad berdua berjalan perlahan-lahan. Jemari Nad digenggam erat. Diheret gadis itu ke sana dan ke sini. "Kat sini?" Dia ikutkan rentak Nad untuk mencari begnya dahulu. Otak ligat sebenarnya mahu terus membawa Nad ke balai polis, bank dan menyelesaikan banyak perkara. Kalau betul hilang, harus dua hari kes ini diselesaikan bersama-sama. Urusan kad pengenalan lagi penting Nad. Tapi Nad ini, heboh betul menyebut Iphonenya nan satu itu.

Nad gelengkan kepala. "Tak. I yakin bukan kat sini."

"Okey, kita cari lagi. Maybe kat sana." Tan lembut sahaja. Dia mahu menyenangkan Nad yang sekarang mukanya masam macam cuka. Sepenuh hati, dia amat berharap beg Nad dijumpai sesiapa.

Ditarik lagi jemari Nad. Nad di belakang menyeluruhi sahaja tubuh tinggi lampai Tan Jie Kang. Dia terasa damai dan aman sahaja melihat karekter lelaki ini. Tan ini menyenangkan. Tan ini tidak seperti dia yang kelam kabut sahaja. Tan selesaikan masalahnya dengan penuh jiwa. Tan tidak sesekali memarahinya. Tan mengikut juga kehendaknya mencari dahulu begnya nan satu itu.

Kalau sudah cinta, semuanya indah kan, Nadratul Nisa’?

Eh, tidak. Sama sekali tidak. Tan Jie Kang bukan begitu. Iya sebab cinta, iya juga sebab kasih dan sayang. Tetapi dari cara dan lenggoknya ini, Tan itu berbeza sungguh caranya. Mata Nad yang nampak dan telah menjadi saksi. Mata Nad terus merenung sisi Tan yang kelihatan berbeza. Kacaknya sebab kumis dan mata sepetnya. Kacaknya hanya boleh dilihat di mata Nadratul Nisa’ sahaja. Kesan jerawat di pipi Tan itu manis sekali kalau direnung lama-lama. Hidung Tan yang mancung terletak itu comel sahaja.

“Okey, I rasa ada beg you tu. Harap-harap ada dan berjaya diselamatkan sesiapa. Jangan risau-risaulah Nad.” Tan sesekali menjeling ke belakang. Wajah Nad yang monyok itu kelakar juga. Tengoklah muncungnya itu. Haih! Berangan sungguh. “Kalau I berjaya jumpa, you nak bagi I hadiah apa?”

“Eeee…time cenggini nak hadiah. Carilah dulu.” Nad mencebik. Gigit bibir bawah. Hidung terbau kan sesuatu. Mata Nad menjelajahi gerai Famous Amos. “I belikan you biskut coklat chip famous amos aje.”

Ketawa Tan menjengah gegendang telinga Nad. “Biskut aje. Nad oi, I berlari mencari you serata alam dan jelajah satu KL Sentral. Biskut Famous Amos aje?” Tan sengih dan pipinya sudah merah. Kelakar sungguh Nadratul Nisa’ ini.

“You macam tak ikhlas. Carilah cepat.” Nad mula mengasak.

Jemari Nad dipegang lagi erat. Terasa nyaman. Belum lagi dia lepaskan. “Okey, kalau kali ni pusing satu KL Sentral masih tak jumpa juga kita duduk kat sana dan I nak tanya you betul-betul.”

Nad garu pipi. Apa nak tanya lagi ni. Apa yang betul-betul? Tan ni cakap kadang-kadang Bahasa melayu tunggang terbalik. Huwaaa.. “Iyalah-iyalah.” Cebik lagi. Dia mengikut lagi ayunan Tan. Mana Tan bawa, dia mengikut sahaja.
Sehingga akhirnya mereka duduk di sebuah bangku. Tan keluarkan Iphonenya. “I cuba call Iphone you. Okey?” Tan sudah kepenatan.

Nad menggeleng kepala. Skru kepala rasa padat. Sungguh. “I dah call. Polis tadi semua dah call. Rasa macam dah habis bateri tu sebab call sampai berpuluh kali. I call dah tak ada bunyi.” Nadanya sedih sahaja.

“Okey. Cuba you ingat betul-betul cerita kat I, apa you buat kat sini dengan Bib. Sampai you temankan Bib dan sampai you pergi ke Chicken Rice Shop.” Dia garu leher. Tiba-tiba gatal pula leher jinjangnya. Tan angkatkan kening. Mata memandang Nad yang diam sambil berfikir. “Hei…you menung pergi kahwin dengan I erk?” Dia ketawa.

Nad muncung sedepa. “I tengah fikir mana I letak beg I lah. Ishhh!” Nad jelirkan lidah. Membalas renungan Tan. “Okey….” Dia hembuskan nafas.

“Lepas hantar Bib, lambai dia I naik atas. Pergi News.com beli majalah. Masa tu duit ada. Beg pun ada.” Dahi Nad berkerut-kerut. Cuba memikir.

“Okey. Then? Tenang…tarik nafas. I rasa mesti you ingat.”

“Tan!” Nad terus berdiri. Jemari dia gigih menarik jemari Tan. Mahu Tan pula mengikut langkahnya.

“Hei hei..nak pergi mana ni?”

“I ingat. Cepat. Lepas I pergi News.com kan, I terus pergi toilet. Baru I pergi Chicken Rice Shop.”

Huwaaa. Tan kejip-kejipkan mata. Kalau tertinggal dalam tandas, harus watamatlah beg gadis pujaan hatinya ini. “I doa beg you selamat dunia akhirat.” Tan mengikut laju. Semakin laju langkah Nad, semakin dia semput. Penat sungguh dia hari ini kerana kisah ngeri beg Nadratul Nisa’.


Sampai di depan pintu tandas, Nad menarik nafas. Beg kulitnya, terletak cantik di atas bangku. Di sebelah penjaga tandas berkenaan. “Ohhhh….akhirnya. Alhamdulilah!”

“You tinggal ini beg ya amoi?” Wanita separuh usia itu tersengih.

“Ohh aunty. Terima kasih. Terima kasih.” Tunduk beberapa kali gaya cerita Jepun. Nad terus mengambil begnya. Dibuka dan digeledah segala benda di dalam begnya. Semua ada. Lengkap. Wajahnya terus bertukar. Bersinar-sinar bahagia.

Tan memegang dada. Ahhh….selamat. Selamat. Mujur ada. Jika tidak, haruslah dia mendengar rintihan kesedihan Nad sepanjang hari. Dia lebih pantas, membuka dompet dan mengambil not lima puluh ringgit. Secepat kilat, Tan terus mampir menghulurkan wang berkenaan kepada aunty yang baik hati. Hari ini, Nad memang betul-betul bertuah. Sepanjang berjalan mencari beg Nad dari satu kedai ke satu kedai dan mereka memang asyik lalu lalang saja tandas di hujung ini. Nad ini, tak ingat langsung bagnya ada di dalam. Lepas buat sesi kaunseling, bawa Nad duduk atas bangku dan suruh bertenang barulah otaknya itu boleh berfungsi. Ishh..Nad ini.

“Nad…dah. Jom. I lapar. Belanja I makan sebab I penat pusing keliling KL Sentral dengan you.” Nada perintah. Macam hakim lagaknya. Tan terus menarik lengan Nad.

“Alaaa..tunggulah kejap. I nak tengok barang I dulu ni.”

“Ah…takde-takde. Jom-jom. Sekarang!”

***

Kenapa ya, kita mesti ada rasa cinta ini? Mata bundar gadis genit diperhati lama. Kenapa juga Nad, masa semakin mencemburui mengenai kisah cinta kita?

“Lagi sebulan setengah I akan kahwin. Kalau kira, lagi beberapa hari aje Nad.”

“Okey, I tahu. Kahwinlah.” Mudah sungguh Nad. Tapi entah kenapa dia kuat menghadapinya. Kalau dulu dia kehilangan Huzairi tanpa rela. Tapi kini, dia akan kehilangan Tan Jie Kang dengan rela dan tanpa paksa. Pergilah. Tan sendiri mahu mereka ada kenangan indah sebelum lelaki itu berkahwin. Tan sendiri kata, dia dan Tan ialah best friend forever. Tapi dalam berkawan meski tidak lama, keserasian itu telah wujud dan status Tan itulah penghalang mereka. Dia kecewa. Makan hati akhirnya.

Kalau membenarkan kenapa ada air mata bertakung di dalam kelopak mata. Laici disuap perlahan-lahan. Nad mengacau air dengan penuh resah.

“You tak sedih?” Tan mencari jalan. Mahu memujuk Nad. Kadang-kadang dia keliru sendiri. Sama mencintai dan menyayangi. Tetapi bila dia bersama Jia Wei, kenapa rasa itu lenyap dan semakin hilang seri cinta berkenaan. Mengapa?

“Buat apa I nak sedih?” Nad jungkitkan bahu. Bibir herot ke kenan. “You sayangkan Jia Wei. You cintakan I. Tapi you kena pilih Jia Wei sebab you dah janji dan dah ada ikatan. Keluarga you lebih penting dari I, Tan.” Nad mengumam bibir. “You dah sayangkan I, I okey. I terima. Seadanya.”

Nad mencari kekuatan. Meski hari-hari bersama Tan, dia bahagia. Tan sudah melakar banyak kenangan manis dengan dia.

“Nad…” Wajah Tan serius. Sepuluh kali lebih serius. Dahi berkerut-kerut.

Nad membalas renungan Tan. Dia anggukkan kepala. “I terima Tan. Terima.” Ini balasannya Nad. Balasannya mencintai lelaki yang akan berkahwin. Air mata gugur. Perlahan-lahan menjadi teman pipi gebu Nad. Dia tahan sebak di dada.

“I peluk Islam. I akan kahwin dengan you.”

Dia terkedu. Semudah itu sahaja lelaki di hadapannya ini menyebut lafaz untuk memeluk Islam. Nad menggelengkan kepala. Tidak. Sama sekali dia tidak mahu Tan memeluk Islam hanya kerana mencintai dirinya tanpa mendalami Islam itu sendiri. Hakikatnya, dia serba kekurangan untuk membimbing lelaki di hadapannya ini.

“Tak semudah itu, Tan…” Suara seorang wanita membalas. Dia berdiri sambil merenung Tan Jie Kang dan Nadratul Nisa’.

Ruang nafas yang luas semakin sesak bila air laici di depan mata, tiba-tiba disimbah ke muka. Bumi rasa bergegar. Nafas Nad rasa terhenti. “Hei…you jangan nak paksa-paksa Tan. You jangan ingat you semudah itu dapat kahwin dengan Tan. Stupid!”

Jemari Tan ditarik kuat. Nasi ayam berterabur dicampak ke tubuh Tan. Drama dari televisyen mana ni? Ohhh.. Nad pejamkan mata. Dia mahu ini hanyalah mimpi.  Dia mahu ini bukan realiti. Kenangan dengan Tan terus menari-nari di pelupuk mata. Suara si gadis seksi akhirnya menghiris-hiris jiwa. Antara kenangan yang telah mereka bina dan akan terus dicipta juga kenyataan yang sekarang harus dia terima.

Mana satu pilihan hatimu wahai Nadratul Nisa’? Kenangan atau kenyataan?

:::Mr Tan kembali selepas Aidilfitri nanti. Hoyehh. Doakan cerita ini siap laju-laju ya. Tunggu cerpen MPE terakhir untuk sesi Ramadhan & Aidilfitri:::

Mr Tan 21

$
0
0
"Sampai hati abang buat Nad macam tu. Kesianlah dekat dia abang."
"Nak kesian apa? Apa lagi yang dia nak, Roziana?" Marzunisham menekan nama isterinya. Suara sudah tegang. Esak tangis Nad di dalam bilik sudah kedengaran kuat.
"Nad tak nak. Nak tak nak. Bukak pintu ni baba. Bukak cepat. Bagi Nad jumpa dengan Tan sekarang jugak!"




Sensitifnya Nadratul Nisa'. Walau dia tahu waktu ini, waktu Tan Jie Kang sedang keluar berdua-duaan dengan Moh Jia Wei. "You kat mana?" Nada garang berbaur cemburu. Jemari runcing menguis-nguis rambut yang jatuh ke dahi.

Mata Tan meliar. Kejap ke kiri dan kanan. Haihlah, Jia Wei..pilih baju dah masuk empat jam. Dia pandang jam. Tan sandarkan tubuh ke dinding. Nasib agak baik kerana gadis yang kuat membebel mengarah dia itu dan ini sudah masuk ke sebuah kedai memilih baju. Entah apa lagi mahunya. Rimas. "I kat Pavillion. Teman Jia Wei." Jujur. Tan tidak mahu menidakkan.

"I tahu." Nad juihkan bibir. Nak belajar pun tak semangat. Satu jam lepas, si Tan sudah berwhatsapp. Agaknya Tan berani hantar pesanan bila dalam bilik air.

Tan ketawa. "You jealous ek? Right?"

Nad angguk beria-ia. "Ehhh..mestilah I cemburu. So, bila you nak bawak I keluar pilih baju jugak?" Nad masam mencuka. "Why you gelakkan I ni? Teruknya dia ni."

"Hihi. Okeylah my sayang. Malam ni kita keluar. You and me."

"Kita berdua?"

Tan angguk. Yakin. "Yerp. Hanya kita."

Nad senyum. Menarik nafas. Kini berpijak dengan kenyataan.  "Macam yang you tahu Tan..." Nada suara rendah. Kembali mengawal diri. Tapi betullah kata orang, mencintai lelaki yang benar jujur ini buat kita menyayanginya tanpa henti. Kenapa kau wahai hati?

Terkebil-kebil Tan sambil mengetap bibir. Dia tidak lagi boleh menyorokkkan rasa cintanya. Sama sekali tidak. Kalau paluan hati Nad bernada namanya, rentak jantungnya juga sama menyebut-nyebut nama Nad. "Iya...I faham Nad."

"I cuma nanti akan ada kenangan. Bukan memiliki you. Bukan juga akan hidup dengan you. Kalau dulu Huzairi tinggalkan I dan I sukar menerima hakikat. Tapi sekarang, I terima untuk you melupakan I. I terima you tak memilih I sebab agama. Sebab kita berbeza. Jauh sangat  bezanya Tan." Nad menyeka air mata. Merenung dua ekor ikan laga di dalam akuarium comel pemberian Tan.

Didi dan Nini sedang berenang-renang dengan senang hati.

"I tengah pujuk Jia Wei. Dia nampak serabut sungguh."

"Salah I Tan. Salah I!" Nad menyeka lagi air mata. Tan melalui whatsapp bercerita mengenai perang besar dia dan Jia Wei. Habis segala barang di rumahnya pecah dibaling Jia Wei.

"Hei Nad...bukan salah you pun. Dahlah. Jangan rasa terbeban dengan semua ni. Mana tahu ada jalan untuk kita. Kan?"Tan menguis-nguis kakinya sendiri. Entah mengharap ada kejutan dan Tuhan merubah hidupnya. Tetapi hari semakin dekat. Majlis perkahwinannya bakal diadakan. Moh Jia Wei selepas berperang besar dengannya, terus-terusan mendesak untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.

"Rumah dah kemas ke?" Nad mula menyoal.

Geleng kepala. "Belum Nad. I tengah usaha pujuk dia. Ni nampak dia dah okey sikit."

Nad mula rasa dia si gadis kejam. Gadis duduk dalam kelompok perampas kebahagiaan orang lain. Tapi salahkah dia menyintai Tan. Berdosakah untuk turut sama memiliki sedikit hati Tan? Berdosakah juga kiranya di dalam hatinya kini hanya terukir nama Tan Jie Kang sahaja.

Tan membetulkan rambut. Gumam bibir. "Nad..." Dua hari ini dia hanya berbual dengan Nad di dalam telefon sahaja. Masa dan waktunya di sini, benar-benar dikawal selia sepenuhnya oleh Jia Wei.

"Ya.."

"Rindu....."

Nad senyum. Angguk. Mengesat lagi air mata. "You kata nak ajar I buat Yam Ring. Kan?"

"So sambil ajar you. I boleh renung mata you dan tengok hidung you yang comel tu. Baru boleh hilang rindu? Malam ni ya?" Tan mula mengatur jadual dan masa untuk bertemu dengan Nadratul Nisa'.

Nad macam dipukau. Cinta itu buta kan? Dia sudah nekad untuk memilih mencipta kenangan dan membiarkan kenyataan itu berlalu. Kenyataan itu baginya biarkan sahaja datang. Kalau perit sekalipun, dia akan hadapi. Mencipta kenangan sudah menjadi pilihan hati Nadratul Nisa'. Dia sudah memilih. Titik. Noktah. Nad senyum paksa. Gigit bibir. "Okey. You datang awal sikit tau."

"Okey. Jia Wei pun dah balik semula ke Penang."

"....dan I akan ada kenangan dengan you kan?" Nad memandang lagi Didi dan Nini. Hadiah dari Tan yang menggembirakan. 'Untuk you. Yang warna hijau ni namanya Didi dan yang merah-merah ungu ni namanya Nini. I beli semalam. Bila pandang Didi you ingat I tau.'

'Didi dan Nini?' Jeling Tan. Hati melonjak girang sebenarnya. Teruja sangat Nad waktu itu.

'Iyalah. Nama tu I bagi. You jangan ubah nama ikan-ikan ni. DIDI tu jantan. NINI pulak betina. Hehehe.'

Nad menelan air liur. Suara Tan ketika memperkenalkan Didi dan Nini hujung minggu lepas melekat-lekat di hujung gegendang telinga.

Tan membawa bola matanya memandang sekumpulan wanita Islam bertudung. Rasa senang dan sejuk sekali hatinya. Entahlah kenapa semenjak mula rapat dengan Nad, dia rasa wajar untuk menghormati pemakaian si gadis Islam. Suara Nad menghantar rasa perit . Tan rasa macam lelaki bodoh kala ini. Dia seperti memperbodohkan cinta suci si gadis. Dia seperti bermain dengan hati seorang gadis yang sunyi dari seorang teman lelaki. Tan pejamkan mata. Menarik nafas. Genggam erat Iphonenya. "Ya Nad, you dan I. Kita akan ada kenangan bersama. I janji." Tan mengangguk lagi. Hening. Rasa sayu jiwanya.

"I akan pilih kenangan. Dan Jia Wei akan jadi kenyataan dalam hidup you Tan."

Air mata akhirnya berjurai-jurai turun. Basah pipi dan tambah memedihkan bila suara manja Jia Wei mengasak minda. "Zou ba! Wo yin jing zhao dao wo yao de yo fu le, ni yao qing wo chi fan ma?" 

Perbualan telefon terus Tan matikan. Iphone segera dia sumbat masuk ke dalam kocek seluar. Tersengih-sengih sambil jemari runcing Tan akhirnya ditarik pergi oleh Jia Wei. ‘Oh Jia Wei, habis shopping sakan, ni dia nak ajak aku makan pulak.’

Nad terkebil-kebil lagi. Entah apa perbualan Jia Wei. Dia tidak mengerti. Tambah lagi tidak faham satu patah perkataan pun.

Wajah Bib tiba-tiba muncul di depan mata. Dia bercekak pinggang. Mata Bib mencerun pandang Nad. "Dahlah Nad. Sudah-sudahlah tu." Bib menggelengkan kepala. Nad sudah angau tahap tujuh petala langit dengan Tan. "Dia akan kahwin dengan Jia Wei. Jangan lagilah harapkan benda-benda yang tak akan menjadi tu."

Nad diam. Masih mengesat pipinya. Masih terasa basah pipi gebunya.

Suara Bib menyentap jiwa. Nad pejamkan mata. “Kau takkan nak jadi sama macam Amelia. Takkan kau nak jadi perempuan yang merampas kebahagiaan orang lain. Kau tak kan?”

Dan Bib, semenjak bila pula dia rasa macam menyampah dengan episod percintaan Nad dan Tan ini. Meski dia pernah merestui, tetapi kini dia mula tahu Nad tidak akan berpijak di bumi yang nyata. Nad baginya membuang masa. Nad sudah mengada-ngada.

Dan Nad sekarang dah buang agama dan panduan hidupnya hanya disebabkan oleh Tan.

***
“Bib dah pesan kat I.” Nad mengikut jejak Tan.

Tan menjinjit beg plastik yang penuh dengan barang-barang membuat Yam Ring. Sampai di muka pintu, dia meletakkan beg plastik ke bawah. Jeling Nad. “Dia pesan kat you supaya jangan ikut I balik rumah I? Hahaha.” Tawanya bergema. Gelengkan kepala.

Nad buat muka pelik. Eeeee…kita serius, dia main-main pulak.

“Iyalah Nad. I tahu. I tahu pun perempuan Islam mana boleh ikut lelaki masuk dalam rumah. Nanti you takut kita kena tangkap basah kan?” Kunci sudah masuk ke dalam tombol pintu. Dia jeling Nad. Sekali lagi ketawa. “Kalau tangkap basah, senanglah kerja I nanti. Terus I peluk Islam. Hihi.”

“Mengada.” Nad terus membantu jinjit barang-barang masuk ke dalam rumah Tan. Pintu sudah terbuka luas. “You ingat senang ke. Jangan sebab I you peluk Islam Tan. Jangan! Merbahaya.”

“Tapi kalau you tak sudi, tak apalah. Kita masak kat bawah pasang khemah pun I okey.” Suara Tan sahaja bergema. Tubuh Tan sudah masuk ke bahagian dapur. Beg plastik diletak atas meja. Dia panjangkan leher melihat Nad yang hanya berdiri di ruang tamu.

Beg plastik yang ada di jemari Nad, terus dia letakkan di atas meja makan. Mata meliar melihat rumah Tan yang cantik. Kemas dengan susunan perabot tetapi lantai berselerak dengan kaca dari pasu yang pecah. Bersepah-sepah bantal-bantal kecil dan cermin kayu terukir turut sama jatuh belum diangkat lagi. Cerminnya juga pecah berderai. Ohh…apa yang berlaku antara Tan dan Jia Wei? Perang dunia ketigakah?

“Tapi you janji jangan buat tak senonoh dengan I.” Darah menyerbu ke muka. Susah hati pun iya. Kalaulah baba tahu, habis dia kena pancung kepala. Itu baba, kalau Bib? Nad kerdip-kerdipkan mata. Tan sudah berjalan ke arahnya. Sambil tersengih-sengih, mata terus menerkam wajah comel Nad.

Kaku. Tan kini betul-betul di hadapannya. “So?” Dia rendahkan kepala. Bibir mendekati pipi mulus Nad yang kian memerah. Jemari Tan mengambil beg plastik yang letaknya di atas meja. Sengaja dia mengusik si gadis idaman. “Selama ni pernah I buat tak senonoh kat you?”

Nak geleng-gelengkan kepala. “Errr..tak-tak.” Degup jantung bernada riang.

Jemari Nad terus ditarik. Dia mengurangkan debar di hati bila mata sudah melekat menjamah pipi merah Nad. Alahai Nad, comelnya. Jemari kiri Tan terus menjinjit beg plastik. Tan cepat-cepat tundukkan wajah sendiri. Buat muka tak bersalah. Kaki terus mengasak Nad menuju ke dapur. “Jom kita masak!”

Dia senang melihat Tan Jie Kang sebegini. Dia senang juga mendekatkan diri dengan Tan dan mahu menikmati kenangan ini sepuas-puasnya. T-shirt lengan panjang Tan sekarang dilipatnya hingga ke paras siku. “Kalau nak masak, bagi kemas macam ni.” Nad senyum. Dia betul-betulkan lipatan t-shirt berkenaan.

Tan memaksa mata menjamah jemari Nad yang sedang melipat-lipat lengan tshirtnya. Sesekali mata menjeling lagi hidung comel milik Nad. Angkat kening. “Thanks.” Mata meliar pandang beg plastik dan sekali lagi dia mengawal debaran di dada. ‘Nad, please…please jangan baik sangat macam ni. Janganlah buat I termimpikan you lagi.’

Hari ini termaktub lagi. Hari ini, Nadratul Nisa’ dan Tan Jie Kang melipat kenangan. Hari ini, kalau sesiapa mahu asyik dengan erti cinta, maka buktinya sudah ada di depan mata.

“Ni keladi!” Tan bergerak pantas. 

Nad sudah membuang kulit, mengukus dan meleceknya. “Eleh, macam I tak kenal keladi pulak.”

Hahaha. Tan ketawa. Ingatkan Nad tak kenal dengan keladi. “I ingat you nak cakap ni keledek ke. Manalah tahu. Saja nak uji-uji.”

Nad jelirkan lidah. Rasa senang dengan cara Tan mengusiknya.

Bahan-bahan sudah tersedia di depan mata. Tepung gandum, rempah, shortening, garam dan air panas. Tan bersedia membuat Yam Ring kesukaannya. “I belajar dengan aunty Sally.”

“Macam tak percaya you pandai masak. Eeee..tak sangkanya.”

Tan jungkit kening. Menyengih macam kerang busuk. “Tapi google jugak semalam kat internet cara membuatnya. Nasib baik I tak hilang ingatan resipi yam ring ni. You kena cuba sebab sedap betul Nad.” Mata menjelajah lagi wajah Nad di sebelahnya. Nad sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk membuat kuah sos tiram.

Mata nakal lagi merenung jemari Nad. Nad lebih tangkas mendadukan isi ayam. Capsicum hijau, lobak merah, bawang besar, bawang putih, halia dan bahan-bahan yang perlu dihiris sudah siap disempurnakan Nad.

Sos-sos yang telah dia arahkan dikeluarkan oleh Nad turut sama tersedia. Nad lebih cekap.

“Tapi you lagi handal dari I. I ni kerja menukang rumah aje. Mana reti masak memasak ni. Sebab sukakan yam ring nilah I belajar dengan aunty Sally. Kalau asyik beli, bankruplah I.”

“You kan kaya!”

“Kaya tak kaya sangatlah.” Sempat dia menjeling lagi jemari Nad yang tangkas membantunya di dapur. “Tapi bolehlah jugak beli you dan bawa you lari ke Negara yang tak ada nama. Kita duduk sana berdua aje. Best kan?”

Nad mencebik. Mata gagah memerhati Tan yang sedang menghabiskan tugasnya dengan si keladi.

“Encik keladi tu bila nak siapnya? Errr..pinggan mangkuk you ni semua okey kan untuk I?” Nad berharap Tan mengerti maksudnya.

“Sekejap jeee lagi..then I akan buat kuahnya. Don’t worry, pinggan mangkuk, periuk belanga kat rumah I ni semua tak pernah letak makanan yang Islam haram. Sebab I kalau nak makan, I balik aje rumah mama. Itupun dah jarang sangat sebab I sibuk dengan kerja. Rasa macam dah enam bulan kot tak makan. Dapur ni pun macam hiasan aje. Orang bujanglah katakan.”

“Ohhh…”

Tan pusingkan badan. Mula mahu memasak kuah sos untuk cik yam ringnya. “You duduk depan dululah. Nanti kalau dah siap cik yam ring I ni, I panggil you ya.”

Nad terus mengangguk. Pantas ke sinki dan membasuh tangannya. “I kemaskan ruang tamu tu dululah. Macam perang dunia ketiga aje. Takutnya I tengok.”

“Ya. Thanks Nad. Nanti I dah masak, I akan ke depan tolong you. Jap eh.”

“Masak sedap-sedap tau sebab I nak makan banyak-banyak. Lapar giler dah ni. I nak jadi permaisuri hari ni. Tau!” Arahan bernada lucu untuk Tan.

“Heh. I buatkan masin-masin untuk you!” Tan jelirkan lidah.

***
“Nad…” Nadanya rendah. Tan memanggil lagi. Mata ligat mencari mana si gadis disayangi. Ruang tamunya sudah berkemas. Malah lebih kemas dari hasil gerak jarinya.

Langkah diatur lagi. Tuala untuk mengelap jemarinya diletak di atas kerusi. “Nad..you kat mana?”

Mata terus ke sofa. Menangkap wajah kesayangan hati. Nad sedang tidur pulas dalam keadaan duduk. Nad sedang tidur sambil entah bermimpikan apa. Tan senyum.

“Nad…” Dia mengatur rentak hati. Jantung berdegup laju entah kenapa.

Tan terus menghenyak punggung ke sofa. Duduk bersebelahan Nad yang masih belum mahu bangun. Tan menengadah kepala mencari jam dindingnya. “Nad, Dah jam sembilan malam ni. tadi you kata you lapar. Bangunlah.” Dia meramas jemari sendiri. Tan menekur memandang lantai marmar. “You kata nanti nak balik awal. Nanti Bib bising-bising lagi. Haiyaa…bangunlah!”

Entah kenapa, dia rasa indah bila dapat memerhati wajah Nad yang sedang tidur. Sesekali dia memandang ruang tamu yang habis dikemas oleh Nad. Agaknya Nad penat sangat. Agaknya Nad tertidur sambil menantikan dia yang sedang memasak di dapur. Mata Tan kali ini, tidak beralih. Tidak berganjak juga posisinya. Kalau tadi juga dia sengaja melarikan bola mata tetapi detik ini, dia sukar. Sukar menjauhi untuk merenung gadis dicintai. Nad cantik. Nad baginya sempurna sekali.

“Nad…” Dia memanggil lagi. Sampai satu tahap, bibirnya terus terkunci. Tan terus mendekati Nad. Bahu Nad perlahan-lahan dibetulkan. Kepala Nad yang terlentok kembali ditegakkan. Dia senyum. Sambil itu, dia memegang dada sendiri. ‘Kenapa kau jantung? Kenapa kau hati bernada sebegini rancak?’

Sehingga satu tahap, dia mula memerhati bibir merah Nad. Sehingga juga matanya terus menikmati kecantikan hidung comel Nadratul Nisa’. Tan mula bergerak lebih rapat. Pinggang Nad dipeluk erat. Kepala Nad terus dijatuhkan di atas bahu sendiri.

Dia diam memandang ke depan. Dia diam sambil nafas Nad di sebelahnya terus bersatu dengan angin. Deru nafas gadis disebelahnya ini bagai menyamankan gegendang telinga sendiri. Tan mengatur rasa diri. Tan kembali mengawal rasa cintanya. Dia tahu, Nad ini gadis baik-baik. Dia juga tahu, Islam itu sendiri tidak membenarkan apa yang sedang dia buat ini.

Mata Tan terus memandang dinding yang bercorak-corak. Tangannya masih kejap memeluk pinggang Nad. Bahu kirinya masih terletak kemas kepala Nad. “Nad..bangunlah. I lapar ni. Yam ring tu nanti sejuk tak sedap. Penat cef Tan Jie Kang masak.”

Ohh…Nad masih nyenyak tidur. Nad masih belum mahu bangun dari tidurnya. Lebih selesa kepalanya di atas bahu Tan. Lebih manis rasa mimpinya kerana sudah beralas si bahu sasa.

“Nad…” Sekali lagi dia mencuba memanggil.

Tan menoleh ke kiri. Kepala Nad masih di bahunya. Kepala Nad masih dialasnya. Dia pandang dahi Nad. Entah kenapa, hati terus mengasak bibir. Entah kenapa hati terus bertubi-tubi mahukan ia.

“Nad…” Dan sekali sahaja detik itu, dia tak mahu lagi mengulanginya. Sumpah Nad! Sumpah! Sekali sahaja, ketika jam tepat ke detik sembilan tiga puluh malam, dahi Nad disentuh perlahan-lahan oleh bibirnya.

Senyum. Sebab Tan sudah ada kenangan dengan gadis dicintainya. Ketawa. Tan ketawa sebab akhirnya dia jadi nakal sebegitu rupa. Kejap-kejap dia gelengkan kepala. Sambil kembali membetulkan posisi dan mata terus pandang dinding. Kemudian mata menekur memandang lagi marmar. ‘Nad, berdosakah I kerana buat you begitu?’

“Nad..bangunlah…I lapar ni.” Tan mengejutkan lagi Nad. Dikuis-kuis kaki Nad. Sesekali dia tersenyum. Entah sampai jam berapa, matanya sudah kuyu juga mahu tidur. Badannya juga mahukan rehat dan mahu dapatkan mimpi indah seperti Nad.

:::Macam yang saya kata, semua manusia tak sempurna. Saya cuba lari dari kisah yang cintanya dijaga sahaja. Tapi tetap ada lapiknya. Ohh, Nad bukan gadis sempurna baik belaka. Hehehe:::Press LIKE itu comel. Terima kasih menunggu Mr Tan. Entry ni rasa macam dah double page. Hihi. Saya nak belajar pergi buat Yam Ring. Yum yumm..:::

Mr Tan 22

$
0
0
"Kalau Ana tak pujuk Nad jauhi Tan, abang akan beritahu fasal Maleq."
...."Dan abang akan nikahkan Nad dengan Maleq hujung bulan ni jugak!!"


 




"Kiranya kau dah jenis spesis yang sama macam Amelia. Nad, Tan akan kahwin dengan Jia Wei tahu tak? Kau pun nampak yang diorang gigih berpegangan tangan jalan-jalan berdua beli cincin minggu lepas." Bib hembus nafas. Pening kepala dia dengan Nad yang seorang ini.

"Masalahnya aku tak tahu kenapa aku okey dan tak kisah pun." Nad menelan air liur.

Bib bulatkan biji mata. Mula rasa marah dengan Nadratul Nisa’. "Kau akan jadi perampas tunangan orang. Lagi pulak bakal jadi suami orang, Nad!"

"Hidup kena diteruskan." Nekad bunyinya. Sebab malam tadi, Tan menghulurkan sebentuk cincin yang cantik kepada dia. 'I pilih cincin ni untuk you. Jia Wei dapat satu.'
'I akan kahwin dengan you Nad. Bukan Jia Wei.' Suara Tan mengganggu lagi mindanya. Bangun saja dari tidurnya di atas sofanya, kepalanya terlentok betul-betul di atas bahu Tan. Tan juga sedang tidur dengan nyenyak. Perlahan-lahan dia bangun dan memerhati wajah Tan. Selang beberapa saat, dia memerhati jam di pergelangan tangan. Serentak itu, menggelepur Nad mengejutkan Tan dan cepat-cepat mereka berdua menikmati Yam Ring yang sudah sejuk.

“Amboi, tidur tak ingat dunia. I kejutkan you sepuluh kali tau tak?” Suara Tan muncul lagi. Kenangan manis malam tadi berlayar-layar di cepu minda. Nad senyum manis.

“Sorry. I kemas rumah you sampai tertidur. Tunggu cef Tan masak lambat sangat. Tu yang I lepak-lepak kat sofa empuk you tu. Tengok-tengok tertidur.”

“Cef Tan lambat. Serba serbi lambat.” Mata Tan terus menjamah dahi Nad yang telah disentuhnya. Sengih nakal. Angkat kening. Tan menarik kerusi. Terus duduk di atas kerusi. Nad terus menerpa membuka tudung saji.

“Errr… sebelum makan I nak buat satu pengakuan.” Tan tayangkan gigi. Mata terus menjamah wajah kesayangannya.

Wajah Nad teruja. Retina mata terus memandang Yam Ring yang tersedia. “Sedapnya bau Yam Ring ni. Nanti bagi I resipi ya. Mesti lagi best kan sebab you yang masak. Haaa..” Nad sudah bersedia untuk makan. Duduknya di sebelah Tan kini. Terus Nad menoleh memandang pipi Tan. “Pengakuan? You nak mengaku apa? Heii..cepatlah you. Dah jam 1 pagi ni. Nanti nak kena hantar I balik lagi.”

“Errrr…” Tan muncungkan bibir. “Tuu…tu..” Bola mata pandang dahi Nad. Dia sengih lagi.

Nad angkat biji mata ke atas. “What? Kenapa dengan dahi I?” Nad pusingkan badan. Capai pinggan dan sudu garfu. Bersedia menceduk Yam Ring.

“Tadi masa you tidur I tercium dahi you!” Heh. Tan ketawa terbahak-bahak bila melihat pipi Nad sudah kemerah-merahan.

Alih-alih, Nad sudah berdiri. Pegang pinggan dan sudu garfu!

“Tannnnnn!” Suara jerit Nad bergema. Melantun-lantun di dalam ruang rumah. Berkejar-kejaran mereka sambil meninggalkan Yam Ring sekali lagi di atas meja. Sudu dan garfu jadi bahan pula untuk Nad mencari mangsa. Kantuk Tan terus hilang.

Tan terus mewarnai hati sendiri dengan kenangan yang sedang berlangsung. Tan terus menerus mencipta cinta di dalam jiwa. Meski dia tahu hakikat yang masa sedang mencemburui dia dan Nadratul Nisa’. Meski juga dia tahu yang walau apa terjadi, perkahwinan antara dia dan Jia Wei tidak boleh lagi dibatalkan atas sebab Jia Wei sudah mengandungkan anak dia. Ya – kalaulah dia tahu yang Nad akan hadir dalam hidupnya, dia tidak akan sama sekali terpedaya dengan pujuk rayu Jia Wei. Sama sekali juga dia tidak akan menurutkan nafsu lelakinya kala digoda oleh Jia Wei.

Tan rasa mahu meraung kala ini! Tan tiba-tiba rasa berdosa kerana mencintai separuh gila dengan gadis ini. Nad…..maafkan I Nad!

Ah – itu hanya kenangan sahaja Nadratul Nisa’. Detik dan jam ini, dia sedang berhadapan dengan kenyataan bersama Bib. Cincin di dalam begnya yang diberikan oleh Tan di dalam kereta tadi sudah disimpan baik-baik.

Nad meraup wajah. Menekur pandangan mata ke lantai bilik mereka ini. Begitu mudah lafaz dari bibir merah Tan Jie Kang. Persoalannya, mampukah Tan itu menjadi seorang yang menganuti agama Islam. Tan itu betulkah akan mencintai dan menyayangi dirinya seadanya. Tan itu bagaimana mahu menolak kasih dan sayang yang selama ini telah Jia Wei curahkan. ‘Akukah yang akan membinasakannya? Adakah aku dan dia akan seperti pasangan lain, melarikan diri berkahwin di Thailand dan membuang keluarga? Tan akan meninggalkan Jia Wei dan keluarganya. Aku akan tinggalkan mama, baba, abang Nazim dan abang Nazrulkah?’

Tidak! Tidak!

"Aku tak ada kawan yang macam kau Nad. Kalau Tan kata sayang kat kau, dan kemudian Tan akan kata dia cinta kat Jia Wei. Semudah itu sahaja hatinya. Aku nak tengok buktinya kalau dia sayangkan kau. Jujurnya Nad....aku tak suka. Bulan-bulan lepas ya....aku suka dan setuju, tapi bila aku tengok kau dan Tan dan serupa macam entah apa-apa..aku dah tak boleh setuju!"

"Apa-apa? Apa yang kau tak setuju? Apa yang entah apa-apa?" Nad mula meninggikan suara.

"Iya, soalnya bila kau dah tak endahkan maruah kau. Berjalan dengan dia, berpegangan tangan ke sana dan ke mari. Sampai satu masa, dia letakkan jemari dia kat pinggang kau dan sama-sama makan bersuap-suapan, sama-sama berjalan dengan kaedah sebegitu setiap masa dan kau rasa itu sweet...oh itu cinta! Ohhh itu manja..ohh itu bahagia. Mengarut!"

"Kau cemburu Bib! Cemburu!" Nad bangun dan berdiri. Menolak kerusi ke belakang. Muka sudah merah menahan marah.

Bib tunding jari ke kepala Nad. "Cemburu? Nonsense Nadratul Nisa'. Buat apa aku nak cemburu, sedangkan hakikatnya hati dan jiwa kau tu perlu dibasuh dengan pokok dan rasa iman kepada Tuhan. Kau Islam dan dia bukan Islam. Mana mungkin kau dan Tan bersatu selagi perkara yang halal itu belum disahkan. Ngerti!" Bib lepaskan nafas. Begitu mudah sekali Nad membuat rumusan.

Bib ketap bibir. "Kau dan Tan berbeza. Sama berbeza Nad dan hakikatnya, janganlah jadi perempuan yang merampas kebahagian orang lain." Bib melepaskan lelah. Suara Moh Jia Wei memohon menasihati Nad membuatkan dia ambil keputusan nekad ini. Pelik. Sebab gadis itu datang menemuinya dan bukan bertemu empat mata dengan Nad sendiri. "Sama juga bila kau rasa Tan memeluk pinggang kau itu, itu bukan lagi halal untuk kau berdua. Faham?" Kalau putus persahabatan inipun, dia akur. Akur hanya untuk melihat Nad tidak kecundang lagi.

Nad diam. Mendengar bebelan Bib yang terus menerjah gegendang telinga. Perit. “Pukul berapa kau balik malam tadi? Kau ingat aku tak tahu?”

Nad pejamkan mata. Sudahlah Bib! Sudah! Mahu saja dia menjerit. Tetapi bibir terkunci. Bibir terus terpaku dengan sendirinya. “Kau pergi mana dengan Tan? Dah selalu sangat kau balik lambat. Sabtu Ahad kau akan keluar lagi dengan dia. Study pun aku tengok dah kurang. Kau pun nak final kan Nad? Kau nak repeat paper lagi ke? Bukan ke lepas ni kau akan ke Cameron bukak ladang bunga. So, setakat dah ada tanah, kau rasa kau boleh jawab exam buta macam tu aje?” Suara Bib makin keras. Dia mencampak nota ke atas katil. Bib terus mengikat rambut. Buat tak pandang Nad yang sedang menahan tangisnya. Nad ni memang – marah sikit. Menangis. Marah banyak – merajuk. Itulah yang selalu terjadi. Masa bercinta dengan Huzairi pun beginilah. Rapuh sungguh. Bergaduh sikit dengan Huzairi, menangis sampai bengkak-bengkak mata. Haihlah..tak faham sungguh dengan dunia ni!

Air mata terus tumpah. Air mata yang dia tahan akhirnya mencemar duli.

“Aku..a…a…aku cuma ada dia, Bib. Bukan sesiapa lagi yang boleh mengisi hati aku melainkan dia. Kalau nak dibandingkan antara Huzairi dan Tan, Tan tu lebih aku cintai melebihi aku sendiri Bib!”

“Cinta tu buta, Nad.” Bib memutuskan. “Iya, aku tahu dia sungguh-sungguh sayangkan kau. Tapi kau kena bukak mata dan terima hakikat. Dia akan kahwin dengan Jia Wei.”

Air mata membasahi lagi pipi. Nad tunduk. Hening ruang di dalam bilik ini. Bib terus mara ke mejanya. Mengambil buku-buku. Cepat-cepat dia masukkan buku berkenaan di dalam beg. Menarik tudung berwarna hitam dan disarungkan pantas. Dia menjeling Nad. “Kau kena terima hakikat. Hakikat Nad!” Dia melaungkan lagi perkataan keramat berkenaan. Biar Nad terbuka hati dan menerimanya.

“Kalau kau marah aku, terserahlah kat kau, Nad. Aku nak keluar.” Bib menjeling Nad yang tersedu-sedu menahan tangis. “Kalau lapar, whatsapp aku. Nanti aku belikan makanan.”
Bib terus menyandang beg. Jemari mengambil kunci bilik dan telefonnya dimasukkan ke dalam kocek jean. Mata terus menjamah wajah sugul Nad. “Lagi sebulan sebelum Tan berkahwin dan minggu depan kita semua nak final exam. Good luck!”

Bib ayun kakinya. Pantas dan menutup pintu.

Sepi.

Air matanya mendudu lagi. Sekejap-kejap dia mengesat air mata. Sekejap-kejap mata mencari Didi dan Nini yang sedang berenang dengan asyik di dalam akuarium kecil di atas meja.

Suara Bib terus menujah-nujah minda. Dia makin kusut. Nad terus rasa terpukul dengan setiap yang Bib lontarkan. Semakin menekan dan bagi Nad, dia cuma ada air mata sebagai teman sepi.

***

“Abang dah gila apa?” Roziana terus duduk di atas kerusi. Panas punggungnya dan segalanya rasa bertambah kusut dengan saranan dan cadangan suaminya, Marzunisham.

“Apa yang gilanya Ana. Kita pun tahu, Maleq dan Nad berkawan sejak kecil. Nad pun dengan Maleq memang baik dari dulu. Masing-masing dah suka satu sama lain. Abang dah aturkan. Awak jangan pandai-pandai nak ubah itu ini. Nad lepas habis exam akan nikah dengan Maleq, terus pergi Cameron dan duduk sana. Kita pun tak payah nak susah hati sebab Nad dah ada suami.”

“Itu masa mereka kecik-kecik abang. Dah memang anak kakak angkat abang tu sayang dengan Nad. Tapi tu dulu abang. Berpuluh-puluh tahun lalu. Sudahnya kalau Nad dah ada calon sendiri, takkan kita nak memandai-mandai aturkan pulak. Abang ni kenalah tanya dulu dengan Nad, jangan semborono macam ni. ”

Marzunisham tarik nafas. Sesak dadanya. Kalau betullah, apa yang dia nampak tempoh hari, maka dia perlu memutuskan dengan isterinya. “Kalau saya nampak Nad dengan budak cina Tan tu…Nad tak akan ambik exam dan saya akan terus nikahkah mereka.” Menggertak! Marzunisham nampak terdesak. Terdesak kerana bila ternampak anaknya keluar berdua-duaan dengan Tan Jie Kang.

Roziana tarik nafas. Berdebar-debar. Ya Allah. Apa semua ini. “Saya tahu Maleq tu anak kakak angkat abang. Janganlah abang buat keputusan terburu-buru ni abang. Tolonglah kasihankan Nad abang.” Dia  memandang suami tersayang. Pohon simpati. “Janganlah sebab abang beli separuh dari tanah kat Cameron tu abang sanggup nak nikah kahwinkan anak kita dengan Maleq tu.”

Marzunisham menutup buku. Membuka cermin mata. “Saya bukan jual anak, Ana. Bukan dan saya bukan baba yang tergamak menjual anaknya. Tanah tu memang saya beli untuk Nad. Memang tanah kak Wardah pun. Apa salahnya saya beli dari kak Wardah yang banyak berjasa dengan saya tu?”

“Habis, apa kena mengena dengan Nad pulak? Kenapa abang nak suruh dia kahwin dengan Maleq? Abang kiranya memaksa Nad tau tak?” Mahu saja dia tinggikan suara. Suaminya ini tak habis-habis membuat keputusan terburu-buru.

“Dari saya tengok dia keluar dengan Tan tu, baik saya kahwinkan aje dia. Desperate sangat nak berlaki kan? Ni baba akan keluarkan kenyataan untuk semua. Baba kalau kata hitam, hitam juga! Kalau Nad keluar lagi dengan Tan tu…” Marzunisham tarik nafas. Dia sudah rasa Nad hilang pedoman. Mana mungkin Nad mencintai seorang lelaki berlainan agama. Tidak! Dan dia sama sekali tidak akan menerima hakikat itu. Pantang keturunan dia bercinta dan berkahwin dengan orang berlainan bangsa dan agama.

Bola mata mereka bertemu. Marzunisham hela nafas. Dia menyambung bicara, “Exam pun Nad tak akan ambik. Faham!” Berdiri tegak. Kening tebalnya bercantum. Meletakkan buku dan kaki Marzunisham terus diayunkan hala ke bilik air.

Dia pejam mata. Ahh. Nad. Hati ibunya terus terusik. Antara suami dan anak segalanya sedang berputar-putar mengasak minda. Dia telan air liur. Dua hari lepas, memang Maleq datang berkunjung ke rumah. Tanpa makluman Nad dan sesiapa. Nad yang terperuk di dalam bilik entah kenapa muram sahaja. Asyik menelaah buku pelajarannya. Duduk di balkoni termenung entah kenapa. Nad membungkus semua pakaiannya dari asrama dan sudah tersedia di dalam bilik. Entah kenapa dengan anak gadisnya itu, walhal Nad masih berbaki beberapa hari lagi menginap di biliknya itu. Mejanya terletak cantik sebuah akuarium comel. Dua ekor ikan berenang-renang.

“Nad duduk rumah sajalah mama.”

Dahi Roziana berkerut-kerut. Kenapa dengan Nad ni? Di bawah, suara papa dan Maleq bergelak ketawa menghentak-hentak jiwa. Rasa macam tidak sedap hatinya dengan kedatangan Maleq.

“Eh, awal anak mama balik. Exam kan minggu depan.” Dia mengusap jemari runcing anaknya.

Lari dari kenyataan dan lari dari Bib. Haha. Nad ketawa dalam hati. Mata terkedip-kedip memandang akuarium tempat hidupnya Didi dan Nini. “Nad akan ke kampus dari rumah sajalah. Bukan jauh sangat pun. Exam pun nak dekat. Duduk rumah dapat dekat dengan mama dan baba.”

Mata Roziana terus memandang susuk tubuh seorang lelaki yang sedang keluar dari kawasan rumah. Tegap tubuhnya dan ketika membuka pintu kereta entah jenama apa, pandangan mereka bersatu. Nad juihkan bibir. Entah siapa lagi!

Tapi pelik – kenapa mata lelaki itu singgah menjamah wajahnya? Siapa dia?

Pintu bilik terbuka. Marzunisham cekak pinggang. Menyembunyikan resah dengan perangai anak daranya nan satu ini.

“Siapa tu baba?” Nad membawa mata ke bawah, kembali memandang susuk tubuh lelaki berkenaan. Marzunisham sengih menyorokkan sesuatu. Mata memandang beg anaknya yang tersusun di depan katil.

“Maleq!”

Nad terkebil-kebil. Maleq? Macam serasi namanya di dalam keluarga baba. Tapi dia terlupa siapa. Nad mencapai pen. Retina memandang buku yang bila dibukanya hanya senyuman Tan sahaja terpampang di mata. Minda berpusing-pusing mencari jawapan. Sekali lagi dia angkat kepala, mata memandang baba. “Ohh..dia tu anak kakak angkat baba yang kat Cameron tu ya?”
“Iya.” Ah – lega hati ayahnya bila Nad mengingati Maleq. “Tanah yang makcik Wardah ‘bagi’ dan yang baba beli separuh tu tanah Maleqlah.”

“Ohh…” Nad gumam bibir. Hadiahkan senyuman untuk mama di sebelah. Roziana memandang suami sambil hati terus terdetik sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Dan apa yang terdetik nampaknya benar-benar berlaku. “Eh, baba nak keluar dulu. Nanti mama cerita panjang lebar kat Nad ya!”

Roziana terus memandang Nad. Menelan air liur. ‘Cerita panjang lebar?’  Apa cerita yang dia mesti ceritakan dengan Nad ya?

Bunyi pasu pecah di bawah memadamkan kenangan dua hari lalu. Semuanya berlalu dengan begitu pantas! Bila mengingatkan pesanan suaminya itu, jantung terus berdegup-degup laju. Makanya, baba sudah tahu Nad sekarang sedang bercinta dengan Tan! Ohhh..kenapa dia lambat menghuraikan isi hati anak gadisnya sendiri. Roziana pantas memusingkan badan. Mencari susuk tubuh suaminya yang tidak ada di dalam bilik.

Dia terus bangun. Kaki bergerak laju kerana jeritan Nad di bawah tambah memberi debar. “Mama!!!!!” 


:::Press like macam biasa, sebab akan mencomelkan anda semua. Hihi.  ;) Sayang semua. Terima kasih sudi menanti Mr Tan:::


Adios!

Viewing all 176 articles
Browse latest View live