"Orkid?"
"Yerp. I suka bunga orkid."
"Ohhh...patutlah I nampak banyak bunga orkid kat laman rumah you." Tan pandang pameran sebelah kanan. Banyak bunga ros. Warna-Warni. "Bunga ros?"
Nad panggung kepala. Tan semakin mendekati. Dekat sangat-sangat. Kini, seakan berbisik. "Kalau you dapat bunga ros, you nak warna apa?"
“Tan tu asyik tanyakan Nad aje. Eh, adik dengan dia memang dah closed together-gether erk?” Nazim sengih.
Nad diam. Pandang dinding dan rasa sebu perutnya. Apa merepek sangat abang Nazimnya ni. “Mama mana? Nad nak cakap dengan mama ni.” Nad saja mengubah topik perbualan.
“Mama takde. Kat luar..tengah sembang-sembang dengan Tan Jie Kang. Ada benda nak diubah lagi tu. Nak ubah bilik Nad pulak. Baba pulak tak puas hati. Macam-macam idea kreatifnya.”
“Sembang-sembang dengan Tan Jie Kang? Amboi mama.” Nad cekak pinggang.
“Ewah-ewah dia. Kita tanya dia fasal budak Tan tu. Dia marahkan mama pulak.” Nazim sengaja cari masalah dengan adiknya yang tersayang.
“Nad tak puas hatilah. Baba kata nak renovate masa Nad ada cuti sem nanti.”
Nazim berdiri depan tingkap. Tolak langsir dan matanya menjamah wajah mama dan si penukang rumah. Mesra sungguh siap dibuatkan teh dan digorengkan kuih karipap sekali. Untunglah Tan tu. “Kami tak nak. Abang dan abang Nazrul kata kalau ada Nad, habis kecoh satu rumah. Nanti Tan pening kepala nak layan karenah Nad.”
“Baba?”
“Baba kira okey lagilah dari melayan idea Nad tu. Hihi.” Nazim ketawa. Mengutuk adiknya depan-depan.
“Eleh.”
“Apa eleh-eleh? Kita tanya dia fasal Tan Jie Kang, buat-buat tukar soalan pulak. Dengar kata si dia hadiahkan iphone baru. Esok lusa nak bawa orang di sana tu beli joran baru. Bolehlah abang Nazim tumpang sekaki ya. Belikanlah sebatang dua batang joran baru ke. Baru syiok memancing nanti. Dapat hadiah free. Ekeke.” Nazim ketawa lagi.
Nad gigit bibir bawah. Harus kena tepuk punggung abang Nazim ni. “Eh, Nad tak kata pun nak beli joran baru. Iphone tu dah orang sedekah, kita ambiklah. Sibuk aje dia ni tau!”
“Sedekah ada makna tu. Haha.” Sekali lagi Nazim sunggingkan bibir sambil memandang mama dan Tan yang sedang berbual-bual di halaman rumah.
“Pleaselah.” Nad tuang air suam ke dalam gelas. Buku nota terpampang depan mata. Assignment berlambak-lambak belum siap.
“Eh, abang Nazim serius ni.”
“Serius apanya?” Nad jemari sebelah pegang pen pula. Dia memang suka berbual dengan abang Nazim. Kalau dengan abang Nazimnya ini, dua tiga jam pun boleh. Ada saja ceritanya mengusik. Tapi abang Nazrul kembar abangnya itu sedikit serius orangnya. Kalau berbual dengan abang Nazim dua tiga jam, dengan abang Nazrul lima belas minit aje. Heh. Hoh....Iya ke...ohh...ok. Itu aje jawapannya. Patutlah susah nak dapat girlfriend abang Nazrulnya itu. Serius dua puluh empat jam. Tapi kalau kena regunya, duduk berdua abang Nazrul dan abang Nazim memang habis dia dibuli sakan.
“Kami kat sini selalu perhatikan Tan Jie Kang tu. Entah kenapa suka betul menengoknya. Tak percaya nanti tanya abang Nazrul.”
Dia mula dah...dia mula dahh menyakat aku. Eeee.. “ Apa kena mengena dia dengan Nad pulak?”
“Mama pun macam suka aje. Tu tengah borak-borak. Dah sejam. Siap buatkan air teh dengan goreng karipap. Eh, dia baiklah Nad.”
Nad mula rasa nak sekeh-sekeh kepala abang Nazim. “Apa pulak kena mengena dia baik dengan Nad ni?”
“Hari-hari dia mesti tanya fasal Nad.”
“Ohh...” Nad buat-buat tak faham. Jelirkan lidah.
Nazim mengekek-ngekek ketawa. “Kami dah bongkarkan banyak rahsia Nad tau.”
“Abang Nazim! Bongkar apanya niiii?” Nad dah memetir. Terus bangun dari kerusi. Cekak pinggang dan menggigit bibir bawah.
“Adalahhh...nak tahu kena tanya Tan lah sendiri.”
Mata Nad bulat macam guli. “Eeee...macam-macamlah. Abang Nazim ni teruklah.”
“Kami kan match-maker paling terbaik. Haha.” Nazim muncungkan bibir. Dia ketawa lagi. Paling tidak, kalau betul match-maker ini menjadi, mesti mama suka hati. Mama pun kalau dia balik dari kerja asyik memuji saja Tan Jie Kang itu. Ada saja ceritanya. Dia dan Nazrul dah berjanji, selagi Nad tak berkahwin, mereka berdua akan membujang. Kalau Nad kahwin, baru dia boleh cepat-cepat masuk meminang gadis pilihan hati. Mereka paling susah hati bila Nad kecewa dan bersedih hati kerana kehilangan Huzairi. Kalau kata, mendesak, entahlah. Dia tidak fikir sampai begitu sekali untuk menjodohkan adiknya dengan lelaki sebegitu. Bangsa asing dan bukan Islam pula. Tapi kalau dah cinta, semuanya boleh disatukan. Tan Jie Kang di mata mereka, terlalu sempurna. Pertemuan dan cara mendekatkan adiknya dengan lelaki bermata sepet itu pun tidak dijangka. Plotnya tiba-tiba sahaja.
Kalau dia terserempak dengan Huzairi, akan dilayangkan penumbuk sulungnya ke rahang lelaki paling tidak guna itu. Huzairi mempergunakan adiknya. Huzairi membuatkan Nad berduka. Menangis sampai bengkak mata dan sampai kantoi paper peperiksaan akhirnya. Kenalah Nad mengulang semula untuk semester ini.
Eeee..makin dilayan, makin menjadi-jadi. “Dahlah, malas layan abang Nazim ni. Bye.” Dia nak tamatkan perbualan.
“Eh-eh..nanti kejap.”
Grrr... “Haa...apa lagi?”
“Dia betullah dah jadi hero Nad. Kena belasah pun still macho lagi. Badan ketul-ketul ala model. Rambut pun cantik boleh buat tocang. Haha.”
Nad gigih capai gelas air suamnya. Mula meneguk. Kurang senang dengan abang-abangnya yang suka menyakat. Apa lagi ni...Apa lagi yang Tan cerita ni? Habislah dia. Habislah semua...Huwaaaaa
Nazim menyemarakkan jiwa sang gadis. Adiknya diam lagi. “We all kan...”
Nad pegang gelas. Tekaknya sudah dibasahkan. “Apa lagi ni? Sudah-sudahlah buat cerita basi kat Nad.” Wajah Nad memerah diusik. Dia kembali meneguk air suamnya.
“Errrr....kami semua ajak Tan Jie Kang peluk Islam. Sunat cepat dan kahwin dengan Nad.”
Air yang tersekat di kerongkong Nad terus tersembur. Habis basah iphone yang dihadiahkan lelaki bermata sepet itu. Dia menjerit kuat. Bergegar dinding dan pintu biliknya. “Whatssssss?”
Nazim berdekah-dekah ketawa. Terus matikan perbualan. Sambung ketawa dan keseronokannya mati bila mama terpacul depan mata. “Kenapa ni Nazim? Sukanya dia.” Roziana masam mencuka. Letak baldi depan Nazim.
Kenapa mama masam tetiba ni? Bukanke mama baru lepas sembang-sembang dengan Tan Jie Kang. Selalu ceria sahaja. “Eh, kenapa muka mama macam cekodok basi ni. Tan dah balik?”
Angguk. Roziana pusingkan tubuh badan. Lesu sahaja langkahnya. “Nazim tahu tak?” Roziana terus ke dapur.
Geleng kepala. “Tak tahu.”
“Iyalah...Nazim memang tak tahu pun. Dan mama baru tahu ni.”
Apa pula mama ni. Tahu fasal apa ni? “Fasal apanya ma?”
“Tan...” Suara Roziana sayu amat-amat. Sedihnya. Apa yang anak lelaki kembarnya angankan punah juga akhirnya. Sobsss
“Haaa..kenapa pulak dengan Tan Jie Kang tu mama?” Nazim meluru mengikut rentak ayunan kaki mamanya.
“Sabar ajelah.”
“Iyalah...sabar ajelah apa pulak ni?” Nazim pula rasa nak cubit-cubit pipi mamanya.
“Tiga bulan lagi dia akan kahwin. Kahwin dengan Moh Jia Wei.” Sendu sahaja bicaranya. Wajah Tan Jie Kang yang masam mencuka tadi bagai menggebu-gebu di lirik mata. Ape pasal anak-anak lelakinya berkenan dengan mamat sepet tukang buat rumah ni. Ape pasal jugaklah dia turut sama terpaut hati dengan lelaki bangsa asing ini. Pun begitu, kenapa dia bersetuju dengan rancangan Nazim dan Nazrul begitu.
‘Ala ma…kita kenen-kenenkan aje Nad dengan Tan tu. Tan tu pun bukan siapa-siapa dengan kitorang ma. Kenal lama dah’ Suara Nazim memujuk rayu terdengar-dengar lagi.
‘Iya ma. Masa kami sama-sama pergi memancing, seronok aje menengok mereka berdua tu. Sweet aje ma. Bolehlah mama. Setuju aje.’ Suara Nazrul menyogok buat dia terpandang-pandang akan wajah maskulin Tan Jie Kang itu.
‘Cina ke tak cina. Asalkan Nad bahagia dan kita pun dapat pahala ma kalau Islamkan Tan Jie Kang tu.’ Nazim mencelah lagi.
Oh..oh…Roziana rasa nak demam aje. Desperate sangatke aku ni mahu bermenantu lelaki? Kalaulah suaminya tahu perancangan mereka bertiga, habislah baba mengamuk setahun.
Nazim di belakang Roziana rasa bumbung rumah berputar-putar. Bagaikan menghempap tubuhnya. Kepala turut sama berpusing-pusing. Tiga ratus enam puluh darjah.
***
“Jom teman I keluar. Nak?” Tan sengih. Dia gigih mencari gadis berkenaan di kerusi tempat menunggu. Perhentian komuter Serdang semakin dipenuhi. Keretanya diparkir di depan restoren mamak, Maulana.
Nad pusingkan badan. Baru menengok jam tangannya. Mana abang Nazim dan abang Nazrul ni? Kata tunggu kat sini. Kenapa tiba-tiba Tan Jie Kang ni yang terpacul. Dia mula musykil. Entah-entah abang Nazim yang hantar jejaka bermata sepet ini. Eeeee…
“Pergi mana?” Serentak itu dia menjawab juga. Nad sambil itu membaca whatsapp dari kedua-dua orang abangnya. Kitorang malas lah nak pergi tengok pameran pokok-pokok bunga ni. Tak best. Tapi lagi best kalau Mr Tan yang teman. Nad tarik nafas. Hendak atau tidak, dia kena cepat pergi sebab takut orkid idamannya habis dijual. Mahu ke Tan ni menemani dia? Nad menjeling Tan yang masih kekal berdiri di sebelahnya. Bengkak di bawah matanya sudah surut. Dia senyum.
“Errr…kita pergi…” Sebenarnya tak tahu mana nak tuju. Tan telan air liur. Nad nampak manis dengan skirt labuhnya. Blouse warna kuning cair dan tali pinggang yang mengikat pinggang comelnya menyerlahkan keanggunan gadis ini. Kasut Nad biasa sahaja. Hanya wedges yang tingginya dua inci. Dua inci pun masih belum mampu mengalahkan ketinggiannya. Dia sengih. Tudung Nad berbeza pula fesyennya hari ni. Belit-belit entah gaya apa. Tapi dia suka memerhati Nad sebegini. Simple sahaja.
“Haaa…kita pergi tengok hari hijau sedunia nak?” Ah lantaklah. Ajak juga. Tak kira. Kalau abang Nazim hantar Tan Jie Kang ke, hantar sesiapa ke, dia akan ajak juga pergi ke Mid Valley menemaninya.
Kerutkan dahi. Tan pandang bibir merah Nad. “What?”
Nad betulkan beg Pradanya. Mata terus memandang Tan. “Ada program cucuk tanam. Ada banyak jual pokok-pokok orkid dengan bunga. Murah-murah pulak tu. Okey?”
“Errr…” Heh dia ni. Nak ajak makan-makan kat tempat mahal sebenarnya. Program cucuk tanam. Pun bolehlah. Nad, Nad. Tan senyum. Hanya disebabkan abang Nazim yang menyuruhnya datang menemani Nad, dia terus sahaja pergi. Hati teringin betul mahu bertemu Nad.
“Kat mana?” Tan mula membuang rasa segannya. Nad mesti tertunggu-tunggukan kedua-dua orang abang kembarnya itu. Alih-alih dia yang datang. Wajah terkejut Nad tadi, dia renung. Dia pasti, Nad terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba.
“Mid Valley.”
“Kita naik komuter aje. Okey?” Tan memerhati kawasan persekitaran. Kaunter yang panjang dengan barisan direnungnya.
Angguk. Nad segera ayunkan kakinya. “Saya okey. Tapi I tanya satu soalan boleh?”
Mata merenung wajah gadis yang sudah menjadi rapat dalam diari hidupnya. “Tanyalah. Sepuluh soalan pun I akan jawab.”
“You datang sini, abang Nazim suruh ya?”
Angguk. “Tiba-tiba dia suruh I datang sini. Temankan you. Tak apa kan?” Rasa bersalah pun iya. Tan terkebil-kebil. Kejamkah dia dan adakah dia turut bersalah dalam hal ini. Tadi pun dia bertanya dengan Nazim, pergi ke Komuter Serdang untuk apa. Nazim memang tidak menyembunyikan kebenaran. Nazim jujur sahaja menyuruhnya datang menemani Nad berjalan-jalan. Dia ambil masa juga untuk menerima pelawaan Nazim. ‘You nak ke tak nak ni? Kalau tak nak, I suruh kawan I temankan. Kami ada program lain pulak ni.’
‘Kenapa you pilih I?
‘Sebab you kenal dan dah memang closed dengan Nad. I pilih youlah. Okeylah Tan. You jangan lupa. Jam sepuluh pagi ya.’
“You hari ni takde kerja ke? Renovate rumah?” Nad menyoal. Mula mahu tahu apa sebenarnya tujuan Tan. Apa juga sebenarnya yang abang Nazim dan Nazrul sedang aturkan. Dia semakin was-was. Lagi pula, dia semakin malu dengan Tan semenjak dia tahu yang abang Nazim menyuruh Tan Jie Kang peluk Islam. Lagi malu disuruhnya lelaki di sebelahnya ini, bersunat dan berkahwin dengan aku? Gila apakah abang Nazim itu. Tak malu betullah!
Tan gelengkan kepala. Senada menjawab, “Tak. Kebetulan hari ni I off. Saja nak lepak-lepak kat rumah. Tiba-tiba abang you call. Suruh datang sini.” Tan mula rasa tidak sedap hati. Nad sudi ke nak keluar dengan dia ni.
“Ohhhh…” Nad keluarkan pursenya. Dia memang dah agak. Ni mesti kerja abang-abangnya. Betul agakannya. Memang abang Nazim nak kena ni.
“You tak suka ke?” Tan serius. Dia hulurkan duit untuk Nad membayar harga tiket. Mereka terus melangkah ke kaunter. Berbaris bersama-sama. Bila melihat Tan Jie Kang menghulur wang, Nad terus memasukkan pursenya semula.
Nad pusingkan kepala. Pandang Tan yang kemas sahaja penampilannya. “I suka. I okey.”
“Fuhh..selamat!” Tan lega. Pegang dada sendiri dan Nad sunggingnya bibir. Senyum memerhati tingkah laku Tan yang nampak bersalah aje wajahnya.
Dan gerabak keretapi menanti mereka untuk menuju ke destinasi. Berebut-rebut masuk ke dalam gerabak. Mahu dibawanya Tan masuk coach ladies, harus Tan dihalau nanti. Masuk ke dalam gerabak campuran akhirnya.
Penuh. Sesak. Sambil masuk, Tan Jie Kang memerhati suasana di dalam Komuter. Sumpah, dia tak pernah naik komuter. Seumur hidup, inilah kali pertama dia jejakkan kaki ke dalam perut komuter. Ramai lelaki. Dan baunya….humphhhh. Mahu sahaja dia menyumbat hidungnya dengan kapas.
“Nad, sini.” Beg sandang Nad ditarik perlahan. Sebelum Nad kemek macam sardin, baik dia memanggil Nad cepat-cepat. Sebelum Nad ditinkan dengan ketiak para lelaki Negara asing, baik dia mendahului.
Dan kini, mereka hanya mampu berdiri. Memandang antara satu sama lain. Komuter penuh macam tin sardin. Sesekali Nad mendongak. Tan di depannya diam. Mengawal rasa debaran di jiwa. Jantung berdegup-degup. Nadanya pop rock kini.
Tangan Tan Jie Kang yang bersandar dekat sebelahnya menjadi teman dan penghalang penumpang lain mendekatinya. Padat dan sesekali di setiap stesen, masuk lagi penumpang..semakin padat komuter. Dia berdiri dengan selesa. Sesekali Tan Jie Kang menjelingnya.
“Awak…” Tan beranikan diri. Selalu mereka ber I dan beryou sahaja.
Nad dongakkan kepala. Kenapa suara Tan ni semacam nadanya. Lempang nak? “Yerp…”
Tan senyum. Mata bundarnya cepat-cepat dialihkan. Tadi matanya sudah menjelajahi hidung comel Nad. Sambil tunduk pandang wedges Nad, bibirnya kuntumkan lagi senyum. “Awak cantik.” Jujur sahaja nadanya. Perlahan tapi penuh jiwa.
Nad buntangkan biji mata. Whatttssssss?